Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian.
Hati (heart) adalah satu organ yang ajaib. Ia berdegup 100,000 dan mengepam 100 gelen darah setiap jam. Bayangkan jika kita mengangkat air sebanyak itu dalam sejam. Mengikut sebuah kajian, otak sentiasa menghantar mesej ke otak , tetapi hati kadang-kadang tidak patuh. Fikiran kita mengatakan "kena solat", tetapi hati (perasaan) kita kata nak sambung tidur.
Oleh itu, hati yang cerdik adalah hati orang mu'min yang merasai dekat dengan Allah, merasai Allah itu ada dihati kita. Butanya hati kerana jahil (tidak berilmu). Maka banyak manusia yang menjadi musuh kepada apa
yang ia jahil lalu memusnahkan Islam dengan rasa cinta pada Islam.
Rata-rata , walaupun seorang insan itu belajar agama sejak dari sekolah rendah lagi, tetapi apa yang dipelajari lebih berbentuk ilmu pendrive atau ilmu 'copy paste'. Ilmu yang dipelajari tidak lebih dari pengetahuan agama, ilmu yang diletakkan di kepala, yang tidak menjadi kemahuan agama (ilmu yang masuk dihati).
Tempatkan Allah di hati
Ibarat sebuah lampu yang diletakkan di atas atap , tidak akan mampu menerangkan sebuah rumah ,
dibandingkan lampu yang diletakkan di dlam sebuah rumah.
Untuk menganalisis hati kita, cuba jawab soalan ini;
a. dengan siapa kita bergaul?
b. buku apa yang kita baca? (termasuk Al-Quran? dan yang berkaitan dengannya?)
Manusia akan menjadi luar biasa kerana hatinya akrab dengan Allah. Sebenarnya Allah tidak pernah meminggirkan kita, tidak menjauh dari kita, tetapi kita sendiri memilih untuk jauh dari Allah.
Hati yang dikuasai dengan kebaikan , akan melahirkan kebaikan yang banyak.
Begitu juga hati yang dikuasai dengan kejahatan, akan lahir kejahatan yang banyak.
Ilmu yang dihati akan melahirkan output - 'walk the talk', 'actions that speak louder than words' , lebih
banyak mengajak dari semata-mata mengajar - mendidik.
Semak Kualiti Hati
Cuba kita semak kualiti hati kita. Dari manakan datangnya kejahatan pada hati - takabur, angkuh, sombong, riak. Manusia akan merasa besar diri, megah, rasa hebat dan lebih baik dari orang lain, kerana tidak merasai kebesaran Allah di dalam hatinya.
Sebab itu mutakhir ini, manusia yang berjaya dikatakan manusia yang mempunyai spiritual intelligence (kecerdikan dalaman/rohani) yang tinggi - ada perasaan bertuhan,ada Allah dohatinya. Dia tahu dia dari mana, untuk apa ia dijadikan dan kemana ia akan pergi. Solat bukan hanya menjadi rutin atau ritual harian tetapi spiritual ( Solat yang mempunyai ruh =semangat).
Menyembah Allah dalam ertikata sebenar bukan hanya menyembah Agama. Ada rasa THE ENDS yakni akhirat. Orang-orang barat sibuk mencari Green Society walhal jawapan itu ada dalam Islam.
Walaupun bagaimanapun, sesuatu yang berharga memang sukar untuk mendapatkannya. No Pain No Gain.
Perlukan Mujahadah.
Jannah itu dipenuhi dipagari dengan kesusahan manakala neraka dipagari dengan keseronokan.
Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis, hati nak jadi baik bukan mudah. Namun hati nak jadi jahat senang. Lebih mudah untuk mengumpat, mengeji manusia dari mengatakan sesuatu yang melahirkan kasih sayang.
Kenapa kita perlu ada perasan kita lebih baik dari orang lain sedangkan solat sunat qabliah, ba'diah, dhuha, tahajud, witir pun tak lepas. Mencela, memandang hina dan memperlekehkan orang lain. Sedangkan insan yang mulia, yang luar biasa hebatnya solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki. Kaki kita ???? Hebat ke???
Adakalanya kita merasa comfortable- solat, puasa, zikri, baca Al-Quran , tahajud , semua OK. Tetapi ia mungkin menjadi 'graviti sifar'. Rasa dah OK. selamat. Maka kita perlu sesuatu kuasa yang kuat untuk melonjak kita keluar dari zon keselesaan itu. Sebab itu ujian, musibah datang sebenarnya adalah untuk mendidik hamba.
Didikan dari sebuah ujian atau musibah menimbukan bekas lebih dari kesan solat pada seseorang. Ia merupakan mehnah yakni didikan direct dari Allah melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku didunia. Di situ dididik sifat sabar, redha, raja'. Khauf.
Peringkat Mujahadah
Peringkat mujahadah pula berubah dari "I have to pray" ( BISA) - rasa seperti beban. Maka kita akan merasa lega setelah selesai solat. Seterusnya akan naik kepada "I need to pray" (BIASA). Akan merasa bahgia ketika solat. Seterusnya meningkat kepada mendapat halawah (rasa manis ketika solat) dan mereka akan menjadi Pembela Kebenaran.
Sesuatu kebaikan itu akan hanya lahir dari satu kebenaran. Pembohongan, penipuan tidak akan melahirkan sesuatu kebaikan. Untuk berubah kepada kebaikan, nafsu ibarat bayi yang menyusu. Jika dipisahkan dari menyusu, maka dia akan menangis, meronta, mengamuk. Jika kita diamkan dan biarkan dia meronta, maka satu hari nafsu itu akan jinak.
Dalam melalui jalan menuju Allah, kita jangan mengalah walaupun berkali-kali kalah dengan kejahatan. Allah tidak akan jemu jika kita tidak jemu. Allah pula tidak menilai EFFECT tetapi Allah menilai EFFORT. It is not the destiny but the journey will be evaluated by Allah. PAY NOW PLAY LATER. Carilah pergaulan yang soleh, ikhlas dalam pergaulan, menyayangii kita kerana cintakan akhirat. Cinta makhluk hanyalah alat untuk
cinta Allah, cinta makhlukbukanlah tujuan.
Cintailah yang mencintai kita, jangan kita cinta orang yang kita cinta.
Ingatlah Allah itu menyintai kita, maka cintailah Allah dihati kita
Dalam kita berusaha mendapatkan sesuatu, pastikan apa yang kita dapat faedahnya lebih besar dari apa yang kita hilang. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, kita akan mendapat ilmu, peringatan, tetapi kita akan hilang waktu rehat.
Kita dapat rehat tetapi kita mungkin hilang peluang berada dalam majlis ilmu. Yang mana pilihan kita??
No comments:
Post a Comment