::-PENCINTA ILMU-::

Saturday, March 26, 2011

::::Bersalaman Dengan Lelaki::::

Ini merupakan fenomena yang kerap berlaku dan macam dipandang remeh oleh masyarakat terutamanya kaum wanita ketika bertemu dengan lelaki yang bukan mahram.Sudah menjadi tradisi masyarakat yang telah banyak mengenepikan hukum-hukum Allah.Banyak dapat kita lihat,seorang wanita bersalaman dengan anak pakcik,anak makcik,saudara ipar dan rakan kerjanya.Sangat-sangat mudah..!
Jika dilihat dengan jelas bahaya yang boleh terjadi,maka sudah tentu dia tidak akan melakukannya.

Nabi s.a.w bersabda.,
"Lebih baik seseorang menusukkan jarum besi di kepala salah seorang di antara kamu daripada bersentuhan dengan wanita yang tidak halal baginya."

Tidak diragui lagi bahawa ini merupakan zina tangan,seperti yang disabdakan Nabi s.a.w.,

"Kedua-dua mata ini melakukan zina dan kedua-dua tangan ini melakukan zina.."
Apakah ada seseorang yang lebih suci daripada Nabi?Baginda berkata, "Aku tidak pernah bersalaman dengan wanita."

Dalam sahih Muslim,Aisyah berkata,

"Dan tidak!Demi Allah belum ada seorang wanita pun yang menyentuh tangan Rasulullah,walaupun baginda sedang membaiat mereka,namun baginda melakukannya dengan perkataan.

Maka,hendaklah para wanita bertakwa kepada Allah dan tidak mendengar seruan yang menyesatkan dengan alasan bahawa niat yang dilakukan adalah baik.Tidak ada niat yang baik dan suci,kecuali Baginda Rasulullah s.a.w..
Hendaklah diketahui bahawa dengan berlapik tangan ketika bersalaman,tidak mengubah hukum,malah ini tetap perbuatan yang diharamkan.

Wallahua`lam..
Petikan daripada buku;
"290 NASIHAT UNTUK MUSLIMAH"
(perkongsian dari blog :
http://intanmasyitah.blogspot.com/)


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz