Bulan ini,sudah hampir sembilan bulan aku dikandung ibu dan dibawa ke sana ke mari.Rasanya,sudah tidak sabar lagi untuk aku keluar melihat dunia. Aku sering mendengar cerita ibu tentang keindahandunia. Betapa cantiknya lam ciptaan Tuhan ini. Dan yang paling aku nantikan ialah menatap wajah ibuku.
Ah! Sebulan ini bagaikan setahun rasanya bagiku.
sebaik keluar aku menjerit dan menagis ketakutan. Bilik kecil itu beggitu asing bagiki.
aku tersa begitu takut apabila melihat dunia
Tiba-tiba,aku dipeluk oleh seorang manusia seperti aku. aku membuka mata dan mengerling ke arah manusia itu.
Oh! Inilah ibu. Ibu yang mengandungkan aku dengan susah payah selama sembilan bulan. Cantik orangnya. Apabila ibuku mendakapku,terasa aman jiwa ini. Aku begitu selesa berada dalam dakapan ibu.
Aku memerhati sekeliling. Ayah,dimana ayah? Aku ingin menatap wajah ayah. Tapi ayah tiada.Ibu sebaliknya memberikan aku kepada seorang wanita lain. Aku tidak tahu siapa wanita itu,lalu aku kembali menangis. Lantas wanita itu ,menyuapkan aku sebotol susu, dan aku menghisap semahu-mahunya.
Tidak lama kemudian,aku melihat ibu bersiap-siap.Ibu..Ibu...ibu mahu kemana? Ibu tidak menjawab pertanyaanku itu,sebaliknya berlalu keluar dari bilik itu bersama wanita yang sedang mendukungku ini.
Aku menjadi pelik,kenapa ibu tidak mahu mengendongku. Bukankah aku ini anaknya? Selama sembilan bulan aku menunggu untuk menatap wajahmu ibu,kenapa tiba-tiba ibu bersikap dingin terhadapku?Kemudian,ibu dan wanita itu menaiki sebuah kereta. Ibu memelukku erat,matanya tepat memandang ke wajah ku. Mataku dan mata ibu saling bertentangan. terasa begitu bahagia apabila aku dapat menatap wajahmu ibu.
Aku melihat sekeliling.Gelap.Ada bulan di atas sana dan disekelilingnya berkelip-kelipan jutaan butir bintang.Alangkah indahnya dunia ini. Mungkin inilah yang ibu katakan sebagai malam. Sedang aku mengelamun,tiba-tiba kereta yang aku naiki bersama ibu berhenti di sebuah taman permainan kanak-kanak. Wanita itu kemudiannya mengambil aku dari pangkuan ibu.Aku kembali menangis. Entah kenapa,aku benar-benar tidak selesa dengan wanita itu.
Aku memandang wajah ibu dengan tangisan dan teriakkanku. Namun,ibu hanya melihat aku dengan pandangan yang sayu.
Kemudian dia berpaling kearah lain. Wanita itu membawa aku pergi,lantas meletakkan aku di atas tanah yang berumput,bersebelahan dengan tong sampah yang hapak baunya. Aku menangis dan menjerit. Kenapa aku diletakkan disini? Aku mahu kembali ke pangkuan ibuku! Mana ibuku?!
Ibu,aku takut! Aku menjerit sepuas-puas hati,namun tangisan aku itu sia-sia. Ibu dan wanita itu telah meninggalkan aku seorang diri.Ibu!!! Kenapa ibu tinggalkan aku disini? Di sini bukanlah tempat seorang bayi seperti aku ini. Bukankah aku sepatutnya dibelai dan dimandikan,lalu diberikan pakaian untuk menutup tubuhku ini?
Semut-semut merah yang bisa berkeliaran ini mula merayapi tubuhku.
Seekor daripadanya menggigit tubuhku yang masih dipenuhi darah. Aduh!!! Ibu...sakit ibu,sakit! Aku terus meraung apabila semut-semut itu menggigit tali pusatku. Ia kemudian menggigit pula bibirku. Aduh!!! aku tidak tertahan lagi.
Aku cuba menepis semut-semut merah yang mula menyerang telinga,kaki,tangan,kaki dan seluruh tubuhku,tetapi aku tidak berdaya. Tanganku ini terlalu kecil dan lemah.
Aduuh.....ibuuu!!! Aku menangis kesakitan,tetapi ibu tidak juga datang membawaku pergi.Waktu berlalu,akhirnya aku menjadi lesu sendiri. Aku tidak punya suara lagi untuk menangis dan tidak berdaya lagi menepis semutyang semakin ganas
menggigitku. Aku juga tidak berminat lagi untuk melihat kegelapan malam dan bulan yang terapung di langit.
Ibu...aku sayangkanmu,ibu. Aku tidak sabar-sabar untuk lahir ke dunia,semata-mata untuk menatap wajahmu ibu,tapi ini yang kau lakukan padaku.Langit beransur cerah,matahari muncul dan cahanya kian terik terasa aku sudah tidak mampu lagi untuk menghembuskan nafas ini.Tekakku luka kerana semalaman aku menangis memanggil namamu ibu. Kini,aku benar-benar lemah. Sisa nafas hanya tinggal din tengkorakku. Telingaku tiba-tiba terdengar suara-suara manusia di sekelilingku. Kemudian aku diangkat dan dipeluk oleh seseorang,lalu membawaku pergi dari situ. Namun,aku sudah tidak laggi bersemangat untuk hidup. Aku tidak lagi menjerit dan menangis. Aku juga tidak mahu menatap wajah ibuku.
Ibu biarlah aku pergi,kalau itu yang engkau inginkan.Hanya satu yang ingin aku tanya padamu ibu...tidakkah engkau takut kepada Tuhan yang menjadikan diriku
dan dirimu? Aku tahu,sebentar lagi aku akan kembali ke pangkuan Tuhan. Terima kasih ibu,kerana melahirkan aku. Terima kasih juga kerana membuangku.
"AKU MENANTIMU DI SANA.."
p/s:huhu...sanggupkah kita bertanggungjawab atas setiap perbuatan yang kita lakukan...
ingatlah,kematian itu pasti..masa makin berlalu..bertaubat lah selagi masa masih ada...
No comments:
Post a Comment