::-PENCINTA ILMU-::

Saturday, March 26, 2011

::SURAT CINTA DARI ISTERI UNTUK SUAMINYA::

Satu ketika kau bertanya Sudikah kau menjadi makmum di setiap solatku Agar solatku lebih bermakna dan terjaga hendaknyA?
Sudikah kau menjadi penjaga diri dan maruahku
Agar hidupku lebih tenang dan bahagia?
Sudikah kau menjadi pendidik hati dan jiwaku
Agar rohaniku terasa hikmahnya dan akhlakku terjaga hendaknya?
Sudikah kau menjadi pemerhati setiap gerak dan langkahku
Agar aku tahu mana salah dan buruk lakuku?
Sudikah kau menjadi peneman di kala suka dan duka ku
Agar satu hari, jika ujian itu datang, air mataku ada yang menghapuskan?
Sudikah kau menjadi pembela diriku dan agamaku
Agar aku terus berada di atas jalan yang benar?
Sudikah kau menjadi penggerak semangatku
Agar bila aku kelesuan, kau mampu memberi bantuan, walau hanya sekadar senyuman?
Sudikah kau menjadi sahabat buat diriku, mendengar luahan hatiku
Agar aku boleh berbicara apa saja dengan dirimu tanpa rasa ragu?
Sudikah kau menjadi penghibur tika ku kesunyian
Agar aku boleh ketawa riang?


Satu ketika aku menjawab..


"Ya, aku sudi. Kerana kau pilihanku kerana Illahi dan kau juga memilihku kerana petunjuk Rabbi."


Tetapi, aku kembalikan soalan ini kepadamu..


Sudikah kau terus menjadi Imam di setiap solatku?
Jika aku sudah tidak seperti dulu..
Sudikah kau pula menjadi penjaga, pendidik, pembela, penggerak, peneman, sahabat dan penghiburku?
Jika suatu ketika nanti, aku sudah tidak mampu lagi menjadi makmum di setiap solatmu
Jika aku sudah tidak mampu lagi menjagamu, menemanimu, memerhatikanmu, mendidikmu, membelamu, menggerakkanmu, menjadi sahabatmu dan menghiburkanmu
Sudikah kamu wahai ..........?
Aku percaya kau masih sudi


"Kerana aku pilihanmu kerana Illahi dan aku juga telah memilihmu kerana petunjuk Rabbi."


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz