“Wahai anak kecil, mahukah kamu jika aku ajarkan kepada kamu beberapa perkara?"
Ibnu Abbas r.a. menjawab: "Mahu, ya Rasulullah.."
...Rasulullah saw kemudian bersabda:
"Peliharalah ALLAH, nescaya Dia akan memelihara kamu.
Peliharalah ALLAH, nescaya kamu akan mendapati-Nya di hadapanmu.
Jika kamu meminta, maka mintalah kepada ALLAH.
Jika kamu memohon pertolongan, maka pohonlah kepada ALLAH.
Ingatlah ALLAH ketika dirimu dalam kesenangan,
maka ALLAH akan mengingatimu ketika kamu dalam kesusahan.
Pena telah diangkat
dan lembaran suhuf telah kering.
Sekiranya manusia berkumpul
untuk memberikan sesuatu kepadamu
yang tidak ditetapkan oleh ALLAH,
maka mereka tidak akan dapat melakukannya.
Dan sekiranya mereka juga berkumpul
untuk menghalang sesuatu daripadamu
yang telah ditetapkan oleh ALLAH,
maka mereka tidak akan dapat melakukannya.
Ketahuilah bahawa bagi setiap kesukaran itu ada kelapangan,
dan bagi setiap kesusahan itu ada kemudahan."
No comments:
Post a Comment