2. Safar ertinya 'kosong' atau 'kuning'. Dalam bulan ini semua lelaki bangsa Arab dahulu keluar meninggalkan rumah sama ada berperang, berniaga,mengembara dan sebagainya.
3. Rabiulawal ertinya 'penetapan pertama'. Dalam bulan ini semua lelaki yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumah masing-masing.
4. Rabiulakhir ertinya 'penetapan terakhir'. Dalam bulan ini semua lelaki yang sebelumnya keluar meninggalkan rumah telah kembali berada di rumah masing-masing.
5. Jamadilawal ertinya 'kering' atau 'beku'. Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air, parit, sumur, sungai, lembah dan tasik menjadi kering.
6. Jamadilakhir ertinya 'peng-habisan' atau 'kering yang penghabisan'. Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu mengalami kekeringan air yang penghabisan atau yang terakhir.
7. Rejab ertinya 'mulia' Orang Arab zaman dahulu memuliakan bulan ini dengan 4 cara iaitu :
a) Tanggal 1 Rejab mereka akan menyembelih anak unta sebagai tanda pengorbanan.
b) Tanggal 1 Rejab juga mereka akan membuka pintu Kaabah siang dan malam supaya dapat beribadat sepuas-puasnya.
c) Tanggal 10 Rejab mereka akan kembali menyembelih korban tetapi tidak lagi anak unta. Amalan ini telah dibatalkan dengan kedatangan Islam.
d) Diharamkan berperang tetapi selepas kedatangan Islam larangan ini juga telah dibatalkan.
8. Syaaban ertinya 'berserak-serak'. Dalam bulan ini orang Arab zaman dahulu akan berserak ke lembah, tasik, sungai dan sbgnya untuk mencari air disebabkan oleh kekeringan. Dinamakan juga berserak untuk mencari kebajikan.
9. Ramadhan ertinya 'panas terik' atau 'terbakar'. Cuaca dalam bulan ini di Jazirah Arab sangat panas dan terik sehinggakan sesiapa yang berjalan kaki tanpa memakai alas pasti kakinya akan melecur. Sabda Rasulullah, "bulan ini juga dapat membakar dosa-dosa lalu".
10. Syawal ertinya 'naik'. Dalam bulan ini bila orang Arab menaiki unta dan ini membuatkan ekor unta tersebut menegak sedangkan dalam bulan ini tidaklah berlaku sedemikian.
11. ZulkaedaH erti 'yang empunya duduk'. Dalam bulan ini semua orang lelaki akan menetap di rumah masing-masing tiada yang keluar bermusafir atau mengembara.
12. Zulhijjah ertinya 'yang empunya haji'. Dalam bulan ini semua umat manusia akan keluar menunaikan ibadah haji bermuka dari zaman Nabi Adam sehinggalah sekarang.
Allahu'alam..
No comments:
Post a Comment