::-PENCINTA ILMU-::

Monday, March 28, 2011

SURAT CINTA DARI SYAITAN

Hai Manusia yang tersayang, Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat kursi dan kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.


Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya.
Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri/putera kayangan.


Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wuduk. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.


Aku lihat engkau tak pernah membaca bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.
Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga, cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.


Semalam ada seorang peminta sedekah datang rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat.Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.


Aku lihat engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "hi everybody!". Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa inggeris. tak perlu engkau belajar bahasa arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.


Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...... kita berpegang-tangan...Menuju ke Neraka Jahanam...


Sahabatmu yang Tercinta..
        “IBLISSS”


WAllahu’alam..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz