::-PENCINTA ILMU-::

Saturday, March 26, 2011

(^_*)

Iman dan Nafsu(Jahilliah), tidak akan berada pada tahap yang sama.. Andai kata kita tidak mengikut tuntutan iman, maka kita PASTI sedang mengikut tuntutan nafsu.
Satu analogi yang iaitu, posisi jiwa manusia ini berada di antara langit dan bumi, jika kita cenderung dan sentiasa melaksanakan tuntutan bumi, maka kita akan semakin menjauh dengan langit,apabila kita mendekati langit, maka kita akan semakin jauh dengan tuntutan bumi.


Maksudnya di sini, sebagai manusia, kita diciptakan daripada tanah, jadi, kita akan sentiasa ditarik dengan graviti bumi, tak kira dari apa sahaja seginya, material ke,pangkat dan darjat ke, hub lawan jenis ke atau kita katakan cenderung keseronokan duniawi.
Maka, apabila kita menyerah kepada bumi, maka kita akan semakin menjauh dari langit, maksudnya di sini, kita sukar untuk mengangkat tangan berdoa,beribadah,dan melaksanakan apa sahaja yang dituntut oleh Allah swt.Maka kita tidak lagi merasai damainya jiwa dengan iman.


Namun apabila kita cenderung melaksanakan tuntutan iman @ ke langit, maka kita akan semakin menjauh dari bumi. Maksudnya, nafsu akan tunduk kepada iman, nafsu akan melemah kerana kita tidak banyak masa kepada dunia. 
Bukan maksudnya kita asyik berada dalam masjid je, namun, setiap amal kita lakukan tak kira study ke ,makan ke, mandi ke, main ke, berjumpa kawan ke, ke majlis apa sahaja , semuanya kerana Allah,dan semuanya terisi dengan iman, kita merasakan ada roh keimanan walau di mana sahaja dan apa sahaja yang kita lakukan serta kita menjauhkan diri dari segala perkara yang bakal melemahkan iman,
 contohnya berada dalam majlis maksiat, berbicara perkara dosa, mendengar perkataan dusta & dosa, dan melihat perkara maksiat.


 Maka, jiwa kita akan sentiasa disegari dengan iman, rasa hidup dengan Islam. Oleh itu,mari kita sama2 menghindarkan diri dari panahan nafsu duniawi,agar jiwa kita sentiasa cenderung munuju ke Langit Illahi. Kita terbang bebasdari belaenggu nafsu dan syahwat yang menipu..ameen..


p/s:Bingkisan untuk diri sendiri dan ingin berkongsi bersama sidang pembaca sekalian..


Wallahua'lam..
Analogi ini dirujuk dari Buku "Menjadi Hamba Rabbani"-DR MAJDI AL-HILALI.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz