::-PENCINTA ILMU-::

Saturday, March 26, 2011

SUKALAH APA YANG ADA

Banyak sangat impian kita dalam hidup ini. Jiwa kita sarat dan terpenuh dengan kehendak,angan-angan dan cita-cita. Sewaktu kanak-kanak dulu,pelbagai imaginasi dan impian yang terhampar di dataran rasa dan cita-cita.

Tuhan Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Kerana Dialah'Master Piece' yang aturan tadbir dan takdir-Nya terlalu seni dan hebat. Maha Suci Allah daripada segala kekurangan,kesilapan dan bertindak zalim terhadap hamba-Nya. Cuma kita gagal menyelami maksud ketentuan-Nya. Mata hati kita gagal menangkap yang tersirat dari kehendak-Nya. Justeru,kita jadi gelisah apabila apa yang kita ingin dan impikan tidak diperolehi dalam hidup ini! Malah mungkin kita berasa kesal dan marah terhadap takdir dan ketentuan yang datang daripada-Nya.

Ingatlah! Ada perkara yang kita sangka baik,rupanya buruk untuk kita. Ada perkara yang kita ingatkan sesuatu yang buruk,tetapi sebaliknya tersimpan kebaikan untuk kita.

Hukum aturan-Nya telah menetapkan begitu. Maka pandanglah pada dimensi yang pelbagai dan setepatnya. Lihatlah yang tersirat dari yang tersurat. Fahamilah akan hakikat dari setiap ketentuan. Bangunlah kita selaku insan yang berjiwa besar.

Tataplah warna-warna dalam kehidupan ini dengan riang dan gembiranya. Tatanglah limpahan nikmat yang dikecapi bersama jiwa yang damai dan bahagia. Lemaskan hati dalam lautan kesyukuran yang tidak bersempadan. Bersimpuhlah digerbang takdir-Nya selaku hamba yang tunduk,akur,pasrah dan menyerah!

Sesungguhnya dalam hidup ini,
Dalam hidup ini,kalau tak dapat apa yang kita suka,
sukalah apa yang kita dapat.
Kerana apa yang kita dapat adalah anugerah terbaik daripada-Nya Yang Maha Penyayang!

p/s: benarlah,kita hanya diberi ruang dan keizinan untuk merencana dan merancang,tetapi yang mutlak memegang ketetapan takdir adalah Dia yang serba maha di atas segala!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz