::-PENCINTA ILMU-::

Thursday, March 31, 2011

andai masih bernafas..bacalah..
Alhamdulillah..hujan rahmat masih mencurah.
Hujan itu boleh saja menjadi sesuatu yang tidak kita sukai..
tetapi mohonlah pada Allah swt agar hujan itu menjadi rahmat kepada kita..
InsyaAllah..setiap perkara yang tidak kita sukai pasti ada sebab kenapa Allah mengizinkannya berlaku..
Jangan kita pandang sesuatu tanpa kita mengaitkannya dengan tujuan penciptaan yang Allah lakukan, kerana boleh saja kita lupa siapa pencipta segala yang ada di langit & di bumi..hanya memandang dengan pandangan kosong..ianya tidak akan mampu mnyedarkan hati..
Alam ini milik Allah swt, termasuk segala isinya..peraturanNya telah di tetapkan, namun..
Andai kita tidak menyukai syariat yang telah Allah tetapkan..tiada yang akan marah kita jika kita nak keluar dari dunia ini..
Ustaz pernah cakap, kalau tak suka..kita bina dunia kita sendiri..kita cipta peraturan kita sendiri..tiada yang kisah.
Tapi, persoalannya..mampu ke kita??untuk mencipta 1 helai rambut saja kita tak mampu..
Wahai sahabat..
Andai engkau melihat burung di langit..
Pernahkah engkau teringat firmanNya :
“Tidakkah mereka memerhatikan burung-burung yang mengembangkan dan mengatupkan sayapnya di atas mereka? Tidak ada yang menahannya (di udara) selain Yang Maha Pengasih. Sungguh, Dia Maha Melihat segala sesuatu..”
[surah al-Mulk :19]
Andai engkau melihat daun yang gugur ke bumi, pernahkah engkau terfikir tentang firmanNya :
“…Dia mengetahui segala apa di darat dan di laut. Tidak ada sehelai daun pun yang gugur melainkan Dia mengetahuinya. Tidak ada sebutir biji di dalam kegelapan bumi dan tidak pula sesuatu yang basah dan yang kering, melainkan tercatit di dalam Kitab nyata (Lauh Mahfuz).”
[surah al-An’am : 59]
SubhanaAllah..Mahasuci Engkau Ya Allah..
Tiada lah kami ini hanya hambaMu yang tidak pernah sedar akan kehebatanMu..
Sahabat yang di muliakan..
Sungguh Indah ciptaan Allah pada diri kita..sehingga untuk kita menjelaskan tentang diri kita, kita tidak mampu..
Telah lahir begitu raminya professor yang pakar dalam bidang2 mereka sehingga di kenali & dihormati..malah disegani..
Namun,jika mereka mengkaji tentang tangan, belum tentu mereka mampu menghuraikan tentang otak.
Andai mereka mampu menjelaskan tentang rumput, belum tentu mereka mampu menghuraikan tentang batu..
Sesungguhnya, ilmu yang kita perolehi seperti jarum yang jatuh di tengah lautan luas..
Fikirkanlah..
Andai kita mempunyai hati..pasti kita tahu bertapa Allah swt sedang melihat kita.
Mendengar rayuan hati kita..
Wahai sahabat..
Kita mempunya akal..malah lebih hebat dari segala makhluk.
Tapi..sebenarnya kita lebih hina dari segala makhluk kerana kita melakukan kemungkaran Allah swt sedagkan kita mengetahui tentangnya..
Ya Allah..aku mengejar duniaMu melebihi akhiratku sedangkan aku tahu ianya tidak akan kekal.
Ya Allah..aku meninggalkan akhiratMu kerana keseronokan dunia yang bakal di hancurkan..
Ampunilah hambaMu ini Ya Allah, hamba yang menyedari kesilapan, tapi tidak bisa untuk menghalangnya tanpa IzinMu..
Allahu’alam..
-EXCO DAKWAH & TARBIYAH PERKIM UUM-


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

..::wAhAi InSaN::..

Wahai Insan..
Engkau adalah Islam atas IC..tapi, bukan pada kenyataannya..
Kerana engkau menutup apa yang patut ditutup..tapi, engkau sisihkan syariat penutupan aurat Islam yang sebenar..
Namun, engkau marah bila Islam di hina di dunia..
Tapi, engkaulah yang sebenarnya mencerminkan Islam di mata dunia..

Wahai Insan..
Engkau mendengar apabila dinasihati..malah engkau menangis bila terdetik keinsafan..
Namun, sayangnya..keinsafanmu tidak berpanjangan..
Engkau menyalahkan takdir Allah yang tidak memberimu hidayah..
Tapi, engkau tidak pernah tahu apa itu hidayah yang sebenar..

Wahai Insan..
Indahnya dirimu dimata mereka kerana kecantikanmu..
Tapi, alangkah buruknya Islam di mata mereka kerana ia terpancar dari dirimu..
Islam di salah ertikan..kerana engkaulah yang mencerminkannya..

Wahai Insan..
Bila kata2 taubat disarankan padamu..
Engkau hanya tersenyum atau mencemuh..
Tidak ada terdetik di hati untuk berubah..
Kerana engkau tidak pernah merasakan nikmat Islam yang sebenar..
Hanya yang engkau tahu..aku pasti akan berubah..

Tapi..engkau tidak pernah berusaha untuk berubah..
Kerana Iman mu belum kukuh untuk menangkis hasutan sekelilingmu..
Maka..angan2 untuk menjadi Islam yang sebenar hanya tinggal angan2..
Kerana engkau membaca tanpa hati..
Maka hanya mata memandang kata2...namun tiada kesan di hati..

yang benar :
UMAT ISLAM ATAS IC
Allahu’alam..
-EXCO DAKWAH & TARBIYAH PERKIM UUM-


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Wednesday, March 30, 2011

HaTi iNi

istiqamah dalam mendidik hati..
tanpa penat dan lelah..
agar dapat menguatkan lagi hubungan dengan Pencipta..
kerana syaitan sentiasa cemburukan ikatan ini..


sabar lah wahai hati..
dengan bersabar,kamu telah memberi bonus kepada hati..
dalam menguat dan mengukuhkan lagi pertahanan di jiwa..
menentang musuh nombor 1 Islam adalah Syaitan laknatullah!







ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

.:YANG MENJADI PEMBEDA HANYALAH KEIMANAN:.


Ada hati tanpa iman
umpama...
ada langit tanpa awan
ada bumi tanpa tumbuhan
ada laut tanpa air kebiruan


Saujana mata memandang
Sudut mana yang terang
Kiri kanan tidak terpandang
Adakah hati sudah gersang...

MasyaAllah...
Bagaimana harus ditaksir
Ufuk masyrik maupun ufuk maghrib!
Keresahan terus melanda
Sekiranya iman tiada bertanda
Kembalilah
Wahai iman
ke dalam hatiku
yang sudah sedia menanti
telah ku tazkiyahkan
untuk menyambut kepulanganmu
IMAN



~puisi pasca STAND~


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Monday, March 28, 2011

Di Mana DIA Di Hati Kita???

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang. Selawat dan Salam kepada Junjungan Nabi, serta ahli keluarganya dan para sahabatnya sekelian.
Hati (heart) adalah satu organ yang ajaib. Ia berdegup 100,000 dan mengepam 100 gelen darah setiap jam. Bayangkan jika kita mengangkat air sebanyak itu dalam sejam.  Mengikut sebuah kajian, otak sentiasa menghantar mesej ke otak , tetapi hati kadang-kadang tidak patuh. Fikiran kita mengatakan "kena solat", tetapi hati (perasaan) kita  kata nak sambung tidur.

Oleh itu, hati yang cerdik adalah hati orang mu'min yang merasai dekat dengan  Allah, merasai Allah itu ada dihati kita.  Butanya hati kerana jahil (tidak berilmu). Maka banyak manusia yang menjadi musuh kepada apa
yang ia jahil lalu memusnahkan Islam dengan rasa cinta pada Islam.

Rata-rata , walaupun seorang insan itu belajar agama sejak dari sekolah rendah lagi, tetapi apa yang dipelajari lebih berbentuk ilmu pendrive atau ilmu 'copy paste'. Ilmu yang dipelajari tidak lebih dari pengetahuan agama, ilmu yang diletakkan di kepala, yang tidak menjadi kemahuan agama (ilmu yang masuk dihati).

Tempatkan Allah di hati
Ibarat sebuah lampu yang diletakkan di atas atap , tidak akan mampu menerangkan sebuah rumah ,
dibandingkan lampu yang diletakkan di dlam sebuah rumah.

Untuk menganalisis hati kita, cuba jawab soalan ini;
a. dengan siapa kita bergaul?
b. buku apa yang kita baca? (termasuk Al-Quran? dan yang berkaitan dengannya?)

Manusia akan menjadi luar biasa kerana hatinya akrab dengan Allah. Sebenarnya Allah tidak pernah meminggirkan kita, tidak menjauh dari kita, tetapi kita sendiri memilih untuk jauh dari Allah.

Hati yang dikuasai dengan kebaikan , akan melahirkan kebaikan yang banyak.

Begitu juga hati yang dikuasai dengan kejahatan, akan lahir kejahatan yang banyak.

Ilmu yang dihati akan melahirkan output -  'walk the talk', 'actions that speak louder than words' , lebih
banyak mengajak dari semata-mata mengajar - mendidik.

Semak Kualiti Hati
Cuba kita semak kualiti hati kita. Dari manakan datangnya kejahatan pada hati - takabur, angkuh, sombong, riak. Manusia akan merasa besar diri, megah, rasa hebat dan lebih baik dari orang lain, kerana tidak merasai kebesaran Allah di dalam hatinya.

Sebab itu mutakhir ini, manusia yang berjaya dikatakan manusia yang mempunyai spiritual intelligence (kecerdikan dalaman/rohani) yang tinggi - ada perasaan bertuhan,ada Allah dohatinya. Dia tahu dia dari mana, untuk apa ia dijadikan dan kemana ia akan pergi. Solat bukan hanya menjadi rutin atau ritual harian tetapi spiritual ( Solat yang mempunyai ruh =semangat).

Menyembah Allah dalam ertikata sebenar bukan hanya menyembah Agama. Ada rasa THE ENDS yakni akhirat. Orang-orang barat sibuk mencari Green Society walhal jawapan itu ada dalam Islam.

Walaupun bagaimanapun, sesuatu yang berharga memang sukar untuk mendapatkannya. No Pain No Gain.

Perlukan Mujahadah.

 Jannah itu dipenuhi dipagari dengan kesusahan manakala neraka dipagari dengan keseronokan.

Mujahadah itu pahit kerana syurga itu manis,  hati nak jadi baik bukan mudah. Namun hati nak jadi jahat senang. Lebih mudah untuk mengumpat, mengeji manusia dari mengatakan sesuatu yang melahirkan kasih sayang.

Kenapa kita perlu ada perasan kita lebih baik dari orang lain sedangkan solat sunat qabliah, ba'diah, dhuha, tahajud, witir pun tak lepas. Mencela, memandang hina dan memperlekehkan orang lain. Sedangkan insan yang mulia, yang luar biasa hebatnya solat malam sehingga bengkak-bengkak kaki. Kaki kita ???? Hebat ke???

Adakalanya kita merasa comfortable- solat, puasa, zikri, baca Al-Quran , tahajud , semua OK. Tetapi ia mungkin menjadi 'graviti sifar'. Rasa dah OK. selamat. Maka kita perlu sesuatu kuasa yang kuat untuk melonjak kita keluar dari zon keselesaan itu. Sebab itu ujian, musibah datang sebenarnya adalah untuk mendidik hamba.

Didikan dari sebuah ujian atau musibah menimbukan bekas lebih dari kesan solat pada seseorang. Ia merupakan mehnah yakni didikan direct dari Allah melalui peristiwa-peristiwa yang berlaku didunia.  Di situ dididik sifat sabar, redha, raja'. Khauf.

Peringkat Mujahadah
Peringkat mujahadah pula berubah dari "I have to pray" ( BISA) - rasa seperti beban. Maka kita akan merasa lega setelah selesai solat.  Seterusnya akan naik kepada "I need to pray" (BIASA). Akan merasa bahgia ketika solat. Seterusnya meningkat kepada mendapat halawah (rasa manis ketika solat) dan mereka akan menjadi Pembela Kebenaran.

Sesuatu kebaikan itu akan hanya lahir dari satu kebenaran. Pembohongan, penipuan tidak akan melahirkan sesuatu kebaikan. Untuk berubah kepada kebaikan, nafsu ibarat bayi yang menyusu. Jika dipisahkan dari menyusu, maka dia akan menangis, meronta, mengamuk. Jika kita diamkan dan biarkan dia meronta, maka satu hari nafsu itu akan jinak.

Dalam melalui jalan menuju Allah, kita jangan mengalah walaupun berkali-kali  kalah dengan kejahatan. Allah tidak akan jemu jika kita tidak jemu. Allah pula tidak menilai EFFECT tetapi Allah menilai EFFORT. It is not the destiny but the journey will be evaluated by Allah. PAY NOW PLAY LATER. Carilah pergaulan yang soleh, ikhlas dalam pergaulan, menyayangii kita kerana cintakan akhirat.  Cinta makhluk hanyalah alat untuk
cinta Allah, cinta makhlukbukanlah tujuan.

Cintailah yang mencintai kita, jangan kita cinta orang yang kita cinta.

Ingatlah  Allah itu menyintai kita, maka cintailah  Allah dihati kita

Dalam kita berusaha mendapatkan sesuatu, pastikan apa yang kita dapat faedahnya lebih besar dari apa yang kita hilang. Umpamanya menghadiri majlis ilmu, kita akan mendapat ilmu, peringatan, tetapi  kita akan hilang waktu rehat.

Kita dapat rehat tetapi kita mungkin hilang peluang berada dalam majlis ilmu. Yang mana pilihan kita??


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

sAbAr ItU pErLu SeTiAp MaSa

SABAR...

satu perkataan ringkas yang memberi impak yang besar pada diri manusia. Sifat sabar ini berjaya 'memandu' tindakan manusia dalam kehidupan seharian. Adanya sifat sabar ini membolehkan ramai manusia hidup dalam keadaan aman damai seperti sekarang.

Dengan sifat sabar ini, seorang guru mampu terus menjadi seorang guru walaupun berhadapan dengan ragam pelajar yang bermacam-macam karenah.

Dengan sifat sabar ini, seorang ibu mampu membesarkan anak-anak yang ramai walaupun ketika kecil, anak-anak biasanya sangat nakal dan tidak mendengar kata kerana mereka masih tidak mengerti kata-kata ibunya.

Dengan sifat sabar ini, hubungan persahabatan terus berkekalan walaupun kadang-kadang dalam bersahabat, kita selalu diuji dengan sikap rakan yang mengundang rasa kecil hati.

Dengan sifat sabar ini, ramai manusia telah berjaya menjadi orang hebat kerana berjaya melalui pelbagai kesusahan ketika menuntut ilmu.

Dengan sifat sabar ini juga, suami dan isteri terus bahagia menjalani kehidupan walaupun setiap pasangan biasanya akan diuji sepanjang berada di alam rumah tangga. Kata orang, 'sedangkan lidah lagikan tergigit, inikan pula suami isteri'.

Cuba kita bayangkan situasi dimana sifat sabar ini sudah tidak ada langsung dalam diri manusia, walaupun sekelumit.

Tanpa sifat sabar, bilangan guru akan berkurang kerana ramai orang yang tidak sanggup lagi menjadi guru untuk melayan karenah pelajar yang kadang-kadang mengundang rasa marah dan sedih di hati.

Tanpa sifat sabar, anak-anak kecil akan membesar dalam keadaan yang tegang tanpa kasih sayang kerana tidak ada lagi sifat sabar dalam diri ibu bapa dalam sepanjang membesarkan anak-anak kecil yang masih tidak mengerti.

Tanpa sifat sabar, hubungan persahabatan tidak lagi seindah yang dirasakan sekarang kerana setiap orang tidak dapat bersabar lagi dengan sikap rakan masing-masing dan tiada lagi sifat sabar dalam diri yang mendidik hati berlapang dada dan saling memaafkan.

Tanpa sifat sabar, tiada lagi lahirnya orang-orang hebat kerana semua orang tidak sanggup menghadapi kesukaran ketika belajar dan berputus asa saat-saat diuji dengan kesukaran.

Tanpa sifat sabar, alam rumah tangga tidak akan bertahan lama kerana tiada lagi sifat sabar dalam diri pasangan masing-masing untuk bertolak ansur antara satu sama lain.

Firman Allah S.W.T yang bermaksud:
"Maka bersabarlah (wahai Muhammad terhadap ejekan golongan yang kafir itu), dengan cara kesabaran yang sebaik-baiknya". (Surah Al-Ma'aarij:ayat 5)

Ya,ana suka ayat ini. Ketika sedang menahan marah dan menahan sedih, ayat ini benar-benar memberi motivasi kepada ana. Bagaimana Allah memerintahkan kita untuk bersabar, malah bersabar dengan kesabaran yang baik.

Sememangnya dirasakan sabar ini merupakan sesuatu yang sangat perit sehingga kadang-kadang hati kita mengeluh.

" Asyik sabar je, penat dah sabar ni!"

Kita tidak perlu fikirkan lagi, mengapa kita bersabar dan berapa kali kita bersabar dalam hidup ini kerana ana ingin mengajak anda melihat apa yang dapat kita peroleh dari sifat sabar ini.

Apabila kita bersabar, kita sebenarnya dianugerahkan satu rasa yang tidak semua orang mampu merasainya, iaitu rasa KETENANGAN. Ketenangan ini bukan semua orang mampu merasainya melainkan orang-orang yang menjalani kehidupan mengikut apa yang Islam anjurkan.  Percayalah dengan sifat sabar ini, dalam keadaan tidak sedar kita telah menyelamatkan banyak hubungan persahabatan daripada terputus, dengan sifat sabar ini kita boleh hidup aman damai seperti sekarang, dengan sifat sabar ini kita menjadi dewasa sehingga kini. Lihatlah betapa besarnya impak sabar untuk menjadi kehidupan harmoni.

Untuk anda yang sedang diuji, dalam hati ini hanya ada dua pilihan, sama ada NAFSU ataupun IMAN. Jika menang nafsu, maka kalahlah iman, jika menang iman maka musnahlah nafsu. Kita yang perlu menilai dan memilih. Apabila diuji, kita mahu memilih nafsu untuk terus marah, atau kita memilih pilihan yang paling tepat iaitu iman dan sabar. Lihat pada impaknya, jika kita memilih untuk marah, hati kita akan dikuasai rasa marah yang menghilangkan rasa tenang, malah boleh jadi kita bertindak diluar batas fikiran kita yang akhirnya memberi kesan negatif pada kehidupan kita ketika itu. Namun, jika kita memilih untuk bersabar, insyaAllah kita diberi ketenangan untuk membantu kita mengambil tindakan yang tidak memburukkan lagi keadaan.

Ana bagi satu contoh yang mudah. Ditakdirkan anda terpaksa menjalani kehidupan dengan seorang rakan yang sangat pentingkan diri sendiri. Setiap tindakannya pasti memberi kebaikan pada dirinya dan kita sentiasa menjadi mangsanya. Setiap perbuatan dan kata-katanya sentiasa membuat kita berkecil hati. Disini, anda hanya ada dua pilihan, memilih untuk terus bersabar dan bertahan sepanjang anda menjalani kehidupan dengannya, atau anda memilih untuk bermasam muka dengannya akibat sakit hati yang menguasai diri. Jika anda memilih untuk bersabar, anda mampu menjaga keharmonian persahabatan dengannya, namun jika anda memilih untuk bermasam muka, pastinya memberi kesan yang tidak baik dalam hubungan persahabatan itu sendiri.

Namun sahabat, perlulah kita ingat bahawa kita ini manusia, kita bukan malaikat untuk terus menjadi sempurna di mata orang lain. Sabar manusia itu ada juga batasnya dan kadang-kadang orang yang paling banyak bersabar, sekali dia 'meletup' huru-hara jadinya. Oleh itu, perlunya fungsi kita meletakkan diri kita ditempat orang lain. Malah jika kita jenis yang pentingkan diri sekalipun, sebelum bertindak, kita perlu berfikir bagaimana rasanya jika kita berada ditempat orang yang teraniaya itu.

Sebelum kita bunuh orang, cuba kita bayangkan diri kita menjadi orang yang dibunuh itu.

Sebelum kita melemparkan kata-kata yang mampu mengguris hati orang lain, cuba bayangkan diri kita yang dilemparkan kata-kata itu.

Jika kita mampu meletakkan diri kita ditempat orang lain, saya yakin manusia tidak akan menzalimi sesama manusia lagi.

Sabar itu bukan perlu pada waktu-waktu tertentu sahaja, tetapi ia perlu setiap masa dan dimana jua kerana hidup kita tidak pernah lari dari diuji dengan pelbagai jenis dan bentuk ujian.

Teruskan langkah dalam kehidupan ini tanpa menoleh ke belakang lagi, kerana di depan sana ada syurga menanti kita. Cubalah memahami untuk diri kita difahami, cubalah bertolak-ansur, supaya orang lain juga mudah bertolak ansur dengan kita. Janganlah sentiasa mencari salah orang lain, supaya orang lain tidak mencari salah kita.  Nasihat ini untuk diri ana sendiri, dan juga untuk kamu wahai sahabat-sahabatku..



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

BERITA KURNIAAN ILLAHI

AMARAN dari ALLAH ...DIDALAM MULUT BAYI
please read!!!.. TRUE STORY
Message: Begini ceritanya.... Sahabat saya tu seorang guru di salah sebuah sekolah di Malaysia. Sahabat saya tu mempunyai seorang kawan Cina yang sama mengajar macam dia. Kawan Cinanye kata , dia telah terbaca berita di akhbar Cina baru-baru ini yang mengatakan ada seorang bayi cina baru saja lahir dalam keadaan mulutnye seperti berjahit tapi takdelah kesan jahit. Cuma mulutnye tertutup rapat. Jadi doktor bersepakat untuk membedah bayi Cina tersebut.
Ketika dalam pembedahan, mulutnye berjaya dibedah tapi ada sesuatu yang amat memeranjat yang berada di dalam mulut bayi tersebut..............Nak tahu ape dia???????? Doktor yang membedah bayi tersebut telah menemui sehelai kertas kecil yang didalam kandungannye bertulis dalam tulisan cina..nak tahu tak ape kandungannye??? Didalam kertas tersebut telah menyebut dalam tulisan cina yang berbunyi "Ingatlah wahai manusia ,sesungguhnye Hari Kiamat akan menjelma tidak lama lagi"
Maka terperanjat lah doktor cina tersebut sebab bayi tersebut memang sejak dilahirkan memang mulutnye tertutup. Jadi tiada bukti mengatakan ada orang yang meletakkan kertas kecil tersebut. Jadi memanglah terbukti bahawa kuasa Allah Yang Maha Besar menciptakan bayi tersebut sedemikian rupa untuk memberi maklumat kepada manusia tentang ketibaan hari kiamat.. Sesungguhnye Allah Maha Bekuasa untuk memberikan agar bertaubat. Jadi sesungguhnye Allah sebenarnye masih sayangkan kita kerana telah memberi maklumat tersebut...
Adakah anda percaya ?Dalam keadaan ini , cuba kita renungkan pada zaman Rasullulah s.a.w Allah telah memberikan petunjuk kecil tentang tanda-tanda hari kiamat sejak zaman nabi-nabi dulu lagi.Contonhye lelaki kawin sama lelaki begitulah sebaliknye.
Dan didalam Al-Qur'an sendiri telah mengatakan bahawa tanda tanda hari kiamat ialah apabila orang islam! sendiri yang membenci islam dan menentangnye. Ini telah terbukti pada zaman sekarang di negara kita.Jadi secara amnye... sebenarnye hari kiamat akan menjelma tidak lama lagi tapi kita tak tahu bila. Cuma rasullullah ada menyebut hari kiamat akan datang pada hari Jumaat tapi tak tahu bila...........Tapi kita hairan kenapa akhbar melayu tiada berita ini.Ini adalah disebabkan pemerintah tak mahu akan menjadi kecoh di negara ini. Jadi sama-samalah kita renungkan bersama sesungguhnye berita itu adalah merupakan satu bonus daripada Allah terhadap manusia agar bersiap sedia.....untuk menanti ketibaan hari kiamat....................
Seperkara lagi ialah berkenaan salah satu tanda kiamat iaitu akan berlaku gempabumi di tiga tempat ....timur tengah,barat dan timur.Waktu itu baru Turki dan Taiwan.Tup..tup..Mexico di landa gempabumi yang dasyhat juga seminggu. Dan Allahyarham Ustaz Taha pernah berkata sekitar lima tahun lepas salah satu tanda kiamat akan berlaku kekecohan di Indonesia dan Turki. Sama sama kita renungkan...buktinya jelas makin nyata dari hari ke hari....sabarlah menanti.....sekian ini adalah keratan email yang dihantar oleh seorang rakan kepada saya..oleh itu menjadi tanggungjawab saya untuk edarkan pada semua.. sekian..
Notis dlm Mulut Bayi (pernah disiarkan disebuah akhbar berbahasa Cina)
"Sebarkanlah ajaranku walau satu ayat pun"
(Sabda Rasulullah SAW)
"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan- amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar." (Surah Al-Ahzab:71)


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

~ 5 TIPS UNTUK MERASAI KEINDAHAN DUNIA DIDALAM SOLAT~

1: Wajah yang cantik – solat subuh

2: Duit yang banyak – solat zohor

3: Kesihatan yang baik – solat asar

4: Anak2 yg cerdik dan berjaya macam kita – solat maghrib

5: Tidur yang nyenyak tanpa ganguan – solat isyak


Senang jer untuk mendapatkannya hanya 15 minit setiap hari .


Kata Nabi Muhammad S.A.W; siapa yang tinggalkan solat subuh tiadalah padanya nur di wajahnya dan siapa yang tinggalkan solat zohor tiadalah padanya rezki yang berkat dan barang siapa yang tinggalkan solat asar tiadalah padanya kekuatan badan dan siapa yang tinggalkan solat maghrib tiadalah padanya anak2 yg bermanfaat dan barangsiapa yang tinggalkan solat isyak tiadalah padanya tidur yang nyenyak . ( Sampaikanlah daripada nabi saw itu walaupun satu ayat )

' Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ' Surah Al-Baqarah ayat 286


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

::KeSiBuKaN D sEmEsTeR 2 2011::

dari kiri: Liyana,_ _ _,Fiqa & Anis
suke yerk main belon berisi air..ish2..mcm budak2 => (kata kat diri sendiri)




seronok main music chair,akhirnya menang mewakili DNS2A bersama Zana




erm...tengah2 hujan pun nk posing ag...



ni masa merisik..hehe x larh,ni time Majlis Tautan Ukhwah laa..



sabar2 yerk sahibah2ku...tggu la kayak seterusnya sampai dlu..



suka dapat tima sijil masa kem proasirs drpd sahibah ukhti aishah hadi..



erm sedap tw puding laici ni...msa ni kt Bukit Merah join nature life wat projek akhir kt Pulau Orang Utan...memg best...



dekat kandang orang utan pun sempat ag kmi snap pic...hehe



sebelum mulakan kelas nk dlu pose sana sini...hehe dgn sorang teruna chinese,Low



setelah penat berkejar hang aku..manjakan badan dgn urutan kerusi urut Ogawa..



hepi betul dapat jupa adik2 angkat tersayang di Kg,Perit,Chuping,Perlis..



gembira dapat mghabiskan masa bersama kalian..miss u all





ciptaan Hanger Scarf..inovasi dari kumpulan Nur Humaira'..tahniah muncul tempat kedua..


inovasi rekaan Tanglong 1Malaysia...hasil kumpulan Ni Ker Sahabat Sejati?



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



sebenarnya nak upload bnyak ag gambar2 aktiviti ana bg semester ni..tp msa xmngizinkn coz mata ana mngantuk sesangat...zzZZZzzZ
insyaallah t ana da msa ana upload ag..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

SURAT CINTA DARI SYAITAN

Hai Manusia yang tersayang, Tadi malam waktu akan tidur, aku lihat engkau tidak memuji Allah, tidak berselawat, tidak membaca ayat kursi dan kulhu. Ini bagus sekali kerana waktu akan tidur adalah waktu untuk tidur, bukan untuk membaca Al-Quran. Sesungguhnya engkau tidak membuang masa.


Pagi ini aku lihat engkau tidak bangun mengerjakan solat subuh. Bagus sekali! engkau telah membuktikan bahawa engkau adalah sahabatku yang budiman. Janganlah engkau susah-susah bangun dan memendekkan tidurnya.
Tidurlah dengan nyenyak dan nyaman. Jangan hiraukan suara ayam berkokok yang mengejutkan engkau dari tidurmu. Bila subuh datang menjelang, udara masih dingin, tariklah selimutmu dan tidurlah sayangku seperti puteri/putera kayangan.


Aku lihat engkau jarang-jarang mengambil wuduk. Ini bagus sekali kerana engkau tidak membazirkan air dan tidak meninggikan water bill rumahmu.


Aku lihat engkau tak pernah membaca bismillah sewaktu akan makan. Ini bagus kerana engkau tidak memenatkan mulutmu.
Dan bila sudah kenyang, engkau tidak pernah menyebut Alhamdulillah. Ini bagus juga, cukuplah engkau sendawa kuat-kuat seperti lembu.


Semalam ada seorang peminta sedekah datang rumahmu. Engkau menghalau dia suruh pergi tanpa engkau memberikan duit sesen ataupun seteguk air. Ini sangat bagus dan terpuji, kerana engkau tidak membuang-buang duit dan tak membazirkan rezekimu yang melimpah-ruah yang diberi Allah kepadamu. Engkau seorang yang jimat cermat.Biarlah rezeki engkau untuk kegunaan engkau seorang, untuk menonton wayang, berholiday di Genting dan membeli kemewahan-kemewahan dunia.


Aku lihat engkau bertemu dengan sahabat handaimu, engkau tidak mengucapkan Assalamualaikum. Engkau mengucapkan "hi everybody!". Ini bagus juga kerana engkau menunjukkan bahawa engkau mengerti adab resam orang kafir dan engkau mengerti bahasa inggeris. tak perlu engkau belajar bahasa arab kerana ini bukan bahasa antarabangsa.


Engkau telah membuktikan bahawa engkau dan aku adalah sahabat sejati. Sudah tentu engkau adalah seorang yang budiman kepada kaumku. Di akhirat nanti, engkau dan aku dapat berjalan bersama-sama...... kita berpegang-tangan...Menuju ke Neraka Jahanam...


Sahabatmu yang Tercinta..
        “IBLISSS”


WAllahu’alam..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

MUSTAHILKAH UNTUK MELAKUKAN PERUBAHAN???

Mustahilkah? Susahkah? Pasti jawapannya tidak mustahil.
Tetapi bukankah perubahan itu ada dua jenis iaitu perubahan positif atau perubahan negatif (nauzubillah).

Tiba-tiba terfikir satu persoalan.

Mengapakah untuk melakukan perubahan yang positif itu lebih susah berbanding perubahan ke arah yang lebih negatif?
Adakah kerana diri ini lemah? Lemah untuk melawan godaan syaitan?

"Dan sesungguhnya syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangi mereka dari jalan yang benar dan mereka menyangka bahwa mereka mendapat petunjuk" - Surah Az-Zukhruf 43 : 37

"Dan janganlah kamu sekali-kali dipalingkan oleh syaitan sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu" - Surah Az-Zukhruf 43 : 62

Tarik nafas dalam-dalam. Ambil masa, fikir sejenak.
Yang mana lebih kita kejarkan? Perbuahan yang lebih bagus atau yang sebaliknya?
Pastinya yang lebih baik.

Tetapi tidak dapat untuk kita nafikan untuk melakukan perubahan kearah kebaikan ini, jalannya dihiasi dengan ranjau yang penuh berduri, halangan, ejekan, ujian, dan semua ini adalah dugaan.


Kadang-kadang untuk berubah ini penuh dengan bisikan dan desas-desus manusia:

"Eh, kenapa A pakai tudung sekarang ini, bukankah dahulu dia seorang minah rempit, ini mesti tak lama nie!"
"Alhamdulillah, A dah mula berubah insya Allah sentiasa dirahmatinya"

Hendaklah kita sematkan dalam pemikiran kita, janganlah sesekali kita terpengaruh dengan kata-kata negatif terhadap diri kita, kerana andai kata kita terpengaruh dengan kata-kata tersebut, pasti berat kaki ini untuk melangkah ke alam baru, berat lagi hati ini untuk melakukannya.

Percayalah, kita lebih mengenali diri kita dari orang-orang lain, dan Allah lebih mengenali kita dari diri sendiri.
Tidaklah semua perkara itu manis untuk menuju ke syurga, kerana pasti Allah selitkan sedikit ujian untuk kita, bagi menguji diri ini.

"Apakah manusia mengira bahawa mereka akan dibiarkan hanya dengan mengatakan, “Kami telah beriman”, dan mereka tidak diuji?" - Surah Al-Ankabut 29:2

Apakah definisi perubahan sebenar dalam diri kita? Adakah hanya dari segi fizikal atau hati nurani? Yang mana akan datang dulu?

Sebenarnya, yang mana datang dahulu itu tidak penting, kerana yang lagi penting adalah hasilnya.

Andai kita rasa, perubahan fizikal seperti melabuhkan tudung dan pakaian itu lebih mudah, maka lakukan itu dahulu, kemudian kita melatih hati ini satu persatu, andai kita merasakan hati ini lagi senang untuk dilatih, maka latihlah ia dahulu.

Kerana perubahan itu datangnya dari hati yang ikhlas, yang tulus. Insya Allah.
Mari mulakan langkah kita bersama, kerana pintu taubat itu sentiasa terbuka.
Manusia sentiasa perlukan perubahan kerana iman kita naik dan turun. Jangan biar jalan kita dihiasi dengan futur.



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Menangani Hawa Nafsu

Fitrahnya, manusia diciptakan dengan dikurniakan akal dan nafsu.  Mengikut hawa nafsu boleh diertikan sebagai mengikut sesuatu yang disenangi jiwa tanpa pertimbangan akal yang sihat, mengendahkan hukum syariat dan tidak mempertimbangkan akibat yang muncul.

Hawa nafsu mendorong manusia larut dalam kemewahan, terpedaya dalam kerehatan dan hiburan, mengejar kuasa, pengaruh dan kedudukan, wanita dan kecantikan, emas perhiasan dan pelbagai kilauan dunia yang sementara.

Al-Quran menegah kita mengikut hawa nafsu kerana ia menyimpang dari kebenaran (4:135) bahkan menyesatkan manusia dari jalan Allah (38:26) ; (28:50). 

Rasulullah s.a.w juga mengingatkan kita bahawa:
 orang yang cerdas ialah mereka yang mengawal diri dari mengikut hawa nafsu manakala mereka yang lemah adalah mereka yang menuruti hawa nafsu.
Dalam satu hadith riwayat Abu Daud, Rasulullah s.a.w berpesan bahawa akan muncul dari umat baginda, orang-orang yang mengabdikan diri mengikut hawa nafsu sebagaimana anjing mengabdikan diri kepada tuannya.

FAKTOR mendorong manusia mengikut hawa nafsu termasuklah cara pendidikan dari kecil yang terlalu dimanjakan.  Ibu bapa yang mudah memenuhi kehendak anak-anak gagal mengajar anak untuk mengawal kemahuannya dan membiasakan diri untuk bersabar.

Bergaul dengan mereka yang bergelumang menuruti hawa nafsu juga sedikit sebanyak mempengaruhi pemikiran  dan kecenderungan seseorang.  Manusia mengikut hawa nafsu semata-mata akibat kurang mengenali Allah dan hari Akhirat.Kita juga boleh lalai jika kita mula mengabaikan tanggungjawab kepada masyarakat, yakni kurang membuat kebajikan serta tidak endah akan realiti masyarakat yang memerlukan.  Manusia yang terlalu cintakan dunia dan melupai akhirat akan tewas dalam pertimbangan antara keperluan dan kehendak.

Tidak mengetahui akan akibat buruk hawa nafsu juga penyebab manusia jatuh ke dalam lubuk kejahatan.

Antara AKIBAT buruk mengikut hawa nafsu adalah kurangnya ketaatan kepada Allah samada dalam melaksanakan amal mahupun menjauhi dari dosa dan perbuatan terlarang.

Hati menjadi keras atau mati, lalu gagal membezakan kebenaran dari kebatilan.  Hati yang keras juga mudah meremehkan dosa dan tidak segan silu kepada Allah dalam kemaksiatan.

Mereka juga boleh menyesatkan orang lain dalam kehanyutan nafsunya.  Mereka yang mengikut hawa nafsu mudah melakukan bid’ah, tidak mendapat hidayah dan bantuan Allah dalam kepayahan hidupnya.

PENYEMBUH bagi penyakit mengikut hawa nafsu ini tidak lain adalah mengenali Allah dan hakikat diri.  Di samping itu, kita hendaklah sentiasa mengingati kesan buruk menuruti hawa nafsu, tidak rapat dengan mereka yang mengikuti hawa nafsu dalam tindak-tanduknya, bingkas menjalankan tanggungjawab sebagai ahli masyarakat terutamanya melalui kerja amal da’wah serta membaca dan mencontohi kisah-kisah para mujahid dalam sejarah Islam.

Haruslah juga kita sentiasa berwaspada dengan kemanisan dunia dan bersungguh-sungguh memohon pertolongan Allah agar diberi hidayah dan kekuatan dalam mentaatiNya.
Ingatlah bahawa “Ketenangan hanya dengan mengikut syariat, bukan mengikut hawa nafsu”.

(Ringkasan buku “Menggapai Ridha Ilahi” tulisan Sayyid Nu)


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

JANGAN DITANGISI APA YANG BUKAN MILIKMU

Dalam perjalanan hidup ini seringkali kita merasa kecewa. Kecewa sekali. Sesuatu yang luput dari genggaman, keinginan yang tidak tercapai dan kenyataan yang tidak sesuai dengan harapan.
Dan sungguh sangat beruntung andai dalam saat-saat tergoncangnya jiwa, masih ada setitik cahaya dalam kalbu untuk merenungi kebenaran. Masih ada kekuatan untuk melangkahkan kaki menuju majlis-majlis ilmu dan majlis-majlis zikir yang akan memberikan ketenteraman jiwa.


Hidup ini ibarat belantara. Tempat kita mengejar pelbagai keinginan dan impian. Dan memang manusia diciptakan mempunyai kehendak serta mempunyai keinginan. Tetapi bukan semua yang kita inginkan dapat dicapai. Sesungguhnya tidak mudah menyedari bahawa apa yang bukan menjadi hak kita tak perlu kita tangisi. Banyak orang yang tidak sedar bahawa hidup ini tidak punya satu hukum: harus berjaya, harus bahagia atau harus-harus yang lain.


Betapa banyak orang yang berjaya tetapi lupa bahawa hakikatnya semua itu pemberian Allah sehingga membuatnya sombong dan bertindak sewenang-wenangnya. Begitu juga kegagalan sering tidak dihadapi dengan betul. Padahal dimensi tauhid dari kegagalan adalah tidak tercapainya apa yang memang bukan hak kita. Padahal hakikat kegagalan adalah tidak terengkuhnya apa yang memang bukan hak kita.
Apa yang memang menjadi milik kita di dunia, samada rezeki, jawatan atau kedudukan, pasti Allah akan berikan. Tetapi apa yang memang bukan milik kita, kita tidak akan mampu miliki; walaupun ia nyaris menghampiri kita atau meskipun kita bermati-matian berusaha mendapatkannya.


"Tiada suatu bencana pun yang menimpa di bumi dan (tidak pula) pada dirimu sendiri melainkan telah tertulis dalam kitab (Luh Mahfuzh) sebelum Kami menciptakannya. Sesungguhnya yang demikian itu adalah mudah bagi Allah. (Kami jelaskan yang demikian itu) supaya kamu jangan berdukacita terhadap apa yang luput dari kamu, dan supaya kamu jangan terlalu gembira terhadap apa yang diberikan-Nya kepadamu. Dan Allah tidak menyukai setiap orang yang sombong lagi membanggakan diri.." (Surah Al-Hadid: 22-23)


P/S:Maka sudahlah, jangan kau tangisi apa yang bukan milikmu!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Taubat Cara Bersih Jiwa,Sucikan Hati

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:

"Sampaikanlah PesanKu Biarpun Satu Ayat..."



Rasulullah bersabda maksudnya:

'Kesucian hati daripada sifat keji itu adalah setengah daripada iman. Untuk membersihkan hati, kita perlulah menjauhi segala penyakit-penyakit hati.' (Hadis riwayat al-Iman Muslim)

Jelas bahawa iman yang sempurna itu adalah menyucikan hati daripada sifat keji dan menanamkan dalam hati segala sifat terpuji.
Antara penyakit hati yang keji itu ialah berperasaan hasad dengki, sifat riak, ujub, takbur, terlalu banyak cakap, terlalu banyak makan, pemarah, bakhil dan kasihkan dunia.


Dalam hal ini juga Allah mengingatkan manusia terhadap musuh dalam diri mereka yang sentiasa mengajak ke arah kejahatan.


Firman-Nya bermaksud:
'Dan aku tidak membebaskan diriku (daripada kesalahan), kerana sesungguhnya nafsu itu terlalu menyuruh kepada kejahatan, kecuali nafsu yang diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.' (Surah Yusuf, ayat 53)

Nafsu dan syaitan bekerjasama untuk merebut tempat di hati setiap manusia. Jika hati sudah dikuasai dan ditawan oleh syaitan, maka manusia tidak lagi ikut perintah Allah dan rasul-Nya. Mereka dengan mudah mengikut telunjuk dan kehendak nafsu syaitan.


Nafsu syaitan mahu mencorakkan hati manusia dengan sifat tercela atau mazmumah. Apabila sifat ini berputik dan bertapak pada hati manusia, maka syaitan akan memperalatkan nafsu melakukan apa saja yang disukainya. Maka akan timbullah segala penyakit hati.
Oleh itu, umat Islam hendaklah menguatkan iman mereka bagi melawan serangan nafsu dan kehendak syaitan yang sentiasa mengajak kita untuk menderhakai Allah.


Nafsu tidak tidur atau lena untuk membuatkan kita sentiasa lalai dan leka.
Tidak ada ubat bagi mengubati penyakit hati melainkan yang ditunjukkan oleh al-Quran dan sunnah.
Jika penyakit itu ialah mensyirikkan Allah, maka ubatnya ialah mentauhidkan Allah.


Jika penyakit itu melakukan amalan berdosa, ubatnya ialah meninggalkan amalan itu dan bertaubat kepada Allah.

Jika penyakit itu ialah lalai dengan tanggungjawab yang diberikan Allah, ubatnya ialah menyedari akan tanggungjawab itu.

Jika penyakit itu ialah membenci dan memandang kecil terhadap perkara yang disukai Allah, ubatnya ialah perlu mengambil berat, suka, reda dan cinta terhadapnya

 Jika penyakit itu ialah merujuk kepada selain daripada Allah, ubatnya ialah kembali merujuk kepada Allah SWT dalam semua hal kehidupan.

Manusia perlu faham dan sedar bahawa setiap detik kehidupan tidak boleh terlepas daripada keputusan Allah. Segala-galanya perlu dirujuk dan dikembalikan.
Taubat akan menutup segala pintu kejahatan dan membuka pintu kebahagiaan serta kebaikan.

Ini boleh dilakukan dengan cara beristighfar kepada Allah dan mentauhidkanNya.

Sesiapa yang ingin menyihatkan badan hendaklah dia menjaga makan minum daripada makanan yang memudaratkan.

 Sesiapa yang ingin menyihatkan jiwa dan hati maka hendaklah dia meninggalkan segala dosa.


Thabit bin Qurrah berkata:
"Kerehatan badan bergantung kepada kurangnya makan. Kerehatan jiwa bergantung kepada kurangnya melakukan dosa. Kerehatan lidah bergantung kepada kurangnya bercakap".

 Dosa bagi hati umpama racun bagi badan.

Justeru, dosa yang dilakukan seseorang umpama meminum racun. Jika dosa itu tidak membinasakan jiwa secara menyeluruh, maka ia akan melemahkan
jiwa (seperti racun, walaupun ia mungkin tidak memusnahkan badan, tetapi tetap melemahkan badan).



Jiwa yang lemah tidak lagi mampu melawan penyakit, sama seperti badan yang lemah tidak mampu melaksanakan tanggungjawab dengan baik.
 Abdullah bin Mubarak berkata:
 "Saya dapati dosa itu mematikan jiwa manakala melakukan dosa hingga sampai ke peringkat ketagih akan mewarisi kehinaan. Meninggalkan dosa bermakna menghidupkan hati. Oleh itu adalah baik bagi kamu agar menderhakai dosa".


 
Kebersihan batin penting bagi umat Islam bagi menjadikan dirinya insan yang bertakwa kepada Allah. Ia dilakukan dengan membersihkan jiwa daripada kesan dosa dan perbuatan maksiat iaitu dengan cara bertaubat dan membersihkan hati daripada akhlak tercela.



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

:::CiNtA:::

Rasulullah SAW bersabda : “Cintailah siapa yang ada di bumi supaya kamu akan dicintai oleh makhluk yang berada di langit “ (Riwayat Tabrani)

Kamu tidak akan beriman sehingga kamu berkasih sayang. Mereka berkata : “Kami semua pengasih” Rasulullah SAW bersabda : “Sesungguhnya bukanlah mengasihi seorang sahabatnya sahaja, akan tetapi membawa rahmat kepada manusia, mengasihi semua manusia”. (Riwayat Tabrani)


Erti Cinta

“Kata pujangga cinta letaknya di hati. Meskipun tersembunyi, namun getarannya nampak sekali. Ia mampu mempengaruhi fikiran sekali gus memberi kesan kepada tindakan. Sungguh, cinta dapat mengubah pahit menjadi manis, debu beralih emas, keruh menjadi bening, sakit menjadi sembuh, penjara menjadi telaga, derita menjadi nikmat, dan kemarahan menjadi rahmat. Cinta mampu melembutkan besi, menghancurkan batu karang, membangkitkan yang mati dan meniupkan kehidupan padanya serta membuat hamba menjadi pemimpin. Inilah dahsyatnya cinta!” (Jalaluddin Rumi).

Alangkah indahnya Islam! Di dalamnya ada syariat yang mengatur bagaimana
seharusnya manusia mengelola perasaan cintanya, sehingga menghasilkan
cinta yang lebih dalam, lebih murni, dan lebih abadi.

Islam mengajarkan bahawa seluruh kuasa cinta manusia harus dipupuk menuju pada Allah Yang Maha Pencipta, sehingga cinta kepada-Nya jauh melebihi cinta pada sesama makhluk. Justeru, cinta pada sesama makhluk dicurahkan semata-mata karena mencintai-Nya. Asasnya adalah firman Allah SWT dalam surah al-Baqarah ayat 165, ‘Dan di antara manusia ada orang-orang yang mengambil selain Allah untuk dicintainya; mereka mencintainya sebagaimana mereka mencintai Allah. Sedangkan orang-orang yang beriman amat dalam(taat) cintanya kepada Allah.’

Pengurusan Cinta
Islam mengajar manusia tentang pengurusan cinta, iaitu bagaimana manusia seharusnya menyusun skala prioriti cintanya. Urutan tertinggi perasaan cinta adalah kepada Allah SWT, kemudian kepada Rasul-Nya . Cinta pada sesama makhluk diuruskan sesuai dengan firman-Nya iaitu kedua orang ibu-bapa, kaum kerabat , anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat dan jiran tetangga yang jauh, rakan sekerja, ibnu sabil dan hamba sahaya. Sedangkan harta, tempat tinggal, dan kekuasaan juga mendapat posisi untuk dicintai pada tempat yang lebih rendah . Maha Suci Allah, Allah Maha Hebat!

Perasaan cinta adalah abstrak. Namun perasaan cinta mampu diwujudkan
dengan tindakan yang nampak oleh mata. Di antara tanda-tanda cinta
seseorang kepada Allah SWT adalah memperbanyakkan bermunajat, mendirikan solat sunnah,membaca al-Quran dan berzikir kerena dia ingin selalu bersama dan mencurahkan semua perasaan hanya kepada-Nya. Apabila Sang Khaliq memanggilnya melalui suara azan maka dia bersegera menuju ke tempat solat untuk berjumpa dengan-Nya. Bahkan bila malam tiba, dia ikhlas bangun tidur untuk berduaan (berkhalwat) dengan Tuhan kekasihnya melalui solat tahajjud. Betapa indahnya jalinan cinta itu!



Ini dapat dilihat daripada kata-kata di bawah:

“Seseorang tidak akan memiliki kebaikan, meraih kemenangan, merasakan kenikmatan dan kesenangan hakiki kecuali mengesakan cintanya kepada Allah SWT semata, dan Allah lebih dicintainya daripada yang lainnya” ( Ibnu Qayyim al-Jauziah)


Bukti Cinta
Namun hati-hati juga dengan cinta, karena cinta juga dapat membuat orang sihat menjadi sakit, orang gemuk menjadi kurus, orang normal menjadi gila, orang kaya menjadi miskin jika cintanya itu disambut oleh para pencinta palsu. Cinta yang tidak dilandasi kepada Allah. Itulah para pencinta dunia, harta dan wanita. Dia lupa akan cinta Allah, cinta yang begitu agung, cinta yang murni.

Ramai yang mengaku mencintai Allah, dan sering mengatakan mencintai Rasulullah, namun mustahil semua itu diterima Allah tanpa ada bukti yang diberikan. Contohnya ketika Allah menguji cintanya, dengan memisahkannya daripada apa yang membuat dia lalai dalam mengingat Allah, selalunya manusia sukar menerimanya. Ketika Allah memisahkan seorang gadis daripada kekasih hatinya, selalunya sang gadis itu akan lemah, lesu, sedíh. kecewa dan terbaring sakit. Pada ketika seorang isteri dipanggil menghadap Ilahi, sang suami pun tidak mempunyai semangat untuk meneruskan kehidupan.

Ketika harta yang dimiliki hangus terbakar, ramai yang masuk ke hospital sakit jiwa, semua ini adalah bentuk ujian daripada Allah, kerana Allah ingin melihat seberapa dalam cinta hamba-Nya pada-Nya. Allah menginginkan bukti, namun manusia kadangkala tidak berdaya membuktikannya, justru cintanya pada Allah selalu kecundang ketika Allah menarik sedikit nikmat yang telah diberikan-Nya. Itu semua adalah bentuk cinta palsu. Sedangkan semuanya sudah diatur oleh Allah, rezeki, maut, jodoh, dan setiap tarikan nafas kita, itu semuanya sudah ada suratannya pada Allah, kita hanya harus berusaha untuk merealisasikannya.

Sungguh merugikan apabila manusia hanya diletihkan oleh cinta dunia, mengejar cinta makhluk, memburu harta dengan segala cara, dan tidak mahu membantu orang yang memerlukan pertolongan. Sedangkan nasib di akhirat nanti adalah ditentukan oleh amalannya ketika hidup di dunia, Bersungguh-sungguh mencintai Allah, atau terlena oleh dunia yang fana ini. Hanya orang yang bertakwa sahaja yang mampu membuktikan cintanya yang sejati kepada Allah SWT.



Kata-kata yang tepat untuk itu seperti di bawah:
‘Aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu, jika kau hilangkan agama dalam dirimu, hilanglah cintaku padamu.’ {Imam Nawawi)




Cinta Allah
Yakinlah wahai saudaraku, kesenangan dan kesusahan adalah bentuk kasih sayang dan cinta Allah kepada hambanya yang beriman. Kesusahan yang diberi Allah adalah tarbiyah terhadap ruhiyah kita daripada Allah SWT, agar kita sedar bahwa kita sebagai makhluk adalah bersifat lemah, kita tidak mampu berbuat apa-apa pun kecuali atas izin-Nya. Akhirnya tinggal bagi kita membuktikan, dan berjuang bersungguh-sungguh untuk memperlihatkan cinta kita pada Allah, agar kita terhindar daripada cinta palsu.

Dan Allah tidak akan menyia-nyiakan hambanya yang betul-betul berkorban untuk-Nya.Untuk membuktikan cinta kita pada Allah, ada beberapa perkara yang perlu kita persiapkan iaitu iman yang kuat, ikhlas dalam beramal, berusaha bersungguh sungguh untuk melaksanakan ibadah wajib dan sunah, seperti qiyamullail, puasa sunnah, membaca al-Quran dan menuntut ilmu. Buah daripada ibadah yang kita lakukan pada Allah, dengan keistiqamahan mengamalkannya dalam setiap hembusan nafas dan langkah hidup ini, Insta-Allah kita akan dapat menggapai cinta dan keredhaan-Nya.

Cinta dan kasih sayang membawa kepada kebahagiaan. Isteri menyayangi suami, ibu bapa menyayangi anak-anak, anak-anak menyayangi ibu bapa, jiran-jiran menyayangi jirannya, maka hasilnya masyarakat akan hidup dengan berkasih sayang dan dunia pun akan aman dan damai.

Kasih sayang penuh dengan rasa ikhlas kerana mencari redha Allah. Kasih kepada seorang saudara mencegahnya daripada menderhakai Allah, sayang dalam persahabatan dalam memburu kejayaan yang diredhai Allah Maha Pencipta, kasih kepada masyarakat dengan seruan ke arah kesejahteraan hidup di dunia dan akhirat. Itulah kasih sayang yang sejati.

Islam menggalakkan umatnya hidup berkasih sayang. Haram hukumnya membenci serta memutuskan kasih sayang sesama manusia, kerana ia mengundang azab Allah.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

~~~OrbiT~~~


p/s:hidup kita ibarat orbit / roda...kadang-kadang di atas kadang-kadang dibawah dan di atas semula.
hidup  kita tidak akan sunyi dari ujian dari Nya. ujian yg diberi telah dibekalkan dengan kekuatan yang ada pada diri kita. terpulang kepada individu itu sendiri sama ada ia kuat ataupun tak. disaat ini,keimanan kita amat diuji. Hanya orang yang benar-benar kuat dapat mengharunginya dengan tabah. sesungguhnya Allah swt telah menyediakan ganjaran kepada hamba yang sabar menempuhi dugaan dan ujian Nya.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

-MUSLIM HAVE NO BUSINESS CELEBRATING VALENTINE'S DAY-

Muslims should have no business celebrating such an occasion as it is forbidden to do so in Islam.
Only Eid-ul-Fitr, which marks the end of the fasting month of Ramadhan, and Eid-ul-Adha, commemorating the annual pilgrimage to Makkah, are Muslim festivals.

There is no other.
Muslims should be aware of this and if they are not, they should be educated. Ignorance is no excuse.
Second, only unmarried Muslim couples who are involved in illicit affairs forbidden by Islam need to be concerned.

Islam is not against love per se but it must be expressed within proper boundaries as allowed in its teachings. Coupling, dating and being in close proximity with members of the opposite gender in isolated and private venues is strictly prohibited as it would entail unhealthy consequences for both parties.

Baby-dumping is one such outcome we are faced with today.
Islam, in its practical dimension, endeavours to block the many winding paths to sinning and wicked conduct that attracts God’s displeasure.
It lays down basic rules and principles on how to identify the nature of sin and keep away from it.

Prevention is better than cure is an Islamic dictum.
A Muslim is expected to play his part not only in keeping away from things that have been forbidden but to ensure his fellow Muslims avoid the many roads to perdition.
Valentine’s Day is another sorry excuse to promote reckless consumerism and persuade gullible people to part with their hard-earned cash.

How could true love be measured with the likes of roses, chocolates and diamond rings?
For the young and immature, they tend to confuse love with lust and the seemingly romantic atmosphere just urges them on to have a go at their willing partner. Thus, it leads to gratuitous sex with far-reaching consequence for the couple.

It contributes to further increase in sexual immorality and perverse conduct, which are contrary to the true meaning and spirit of love itself.
Furthermore, if you truly love someone you don’t need a Valentine’s Day to express it.
We must ever be vigilant against this soul-ravaging menace
.
M. SIRAJUDIN,fcr_alumni@yahoogroups.com
perkongsian dari sahibah...


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

::::NOTA CINTA::::

Allah....


Ingin sekali aku menulis nota cinta untuk-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kutuliskan untuk-Mu,
Bersama embun titisan air mata cinta pada-Mu.



Allah...


Ingin sekali aku mengarang nota cinta buat-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak kukarang buat-Mu,
Bersama bunga perasaan rindu yang menggebu-gebu.



Allah...


Ingin sekali aku mengirim nota cinta pada-Mu,
Nota cinta yang sudah lama tidak dikirim pada-Mu,
Bersama wangian kesetiaan yang yakin dan padu.



Allah...


Jika ku tulis, ku karang lalu kirim padaMu,
Masihkah Kau sudi membacanya seperti dulu?
Suatu nota dari seorang aku,
Yang hina lagi jahil malah kaku,
Dalam menanggapi erti cinta sejati dariMu.



Allah...


Jika ku tulis, ku karang lalu kirim pada-Mu,
Sudikah Kau membalasnya buat diriku?
Sebuah nota pada seorang aku,
Yang curang tak bererti lagi buntu,
Dalam menanggapi erti kehambaan pada-Mu.



Allah...


Ingin sekali aku memberikan nota cinta untuk-Mu,
Tapi aku malah jadi tidak tahu,
Mahu bermula dari mana,
Mahu mengakhirkan bagaimana.



Allah...


Apakah masih pantas untuk mulutku yang hina ini,
Menyebut nama-Mu Yang Agung itu


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz