::-PENCINTA ILMU-::

Monday, November 12, 2012

TIPS Awal Sebelum Bertudung Labuh

1) Mulakan dengan memakai stokin kaki & sarung lengan. Biasakan memakai baju yang longgar dan melepasi punggung. Tukarkan penggunaan seluar jeans dengan seluar slack yang longgar.

2) Cari & sertailah kumpulan usrah yang benar. yakni yang diyakini agama naqibah (ketua usrah) nya serta hala tujunya selari dengan syariat. insyaAllah.

3) Perhebatkan langkah menyertai majlis-majlis ilmu seperti kuliah maghrib di Masjid, ceramah-ceramah oleh ustaz/ustazah untuk menambah input dalam diri. InsyaAllah, akan bertemu sahabat-sahabat baru yang baik di majlis-majlis tersebut.

4) Bersungguh-sungguh memperbaiki ibadah-ibadah asas seperti solat, puasa & sebagainya. Boleh rujuk ustaz/ustazah, sahabat2 yang diyakini agama, kitab-kitab fardu ain, ataupun mendengar ceramah-ceramah online (kalau boleh, semua ini seiring).

5) Perbanyakkan membaca al-Quran & mentadabbur (mengkaji) maknanya. Tidak ada gunanya pembacaan al-Quran tanpa memahami isinya. Milikilah tafsir mini sebagai teman karib. :)

6) Apabila hati sudah semakin kuat, yakni semakin sudah yakin dengan pilihan yang dibuat (untuk berhijrah lillahi taala) maka, perlahan-lahanlah mulakan langkah untuk memperbaiki penampilan. Mulalah memakai baju yang menutupi peha (mencecah lutut). Paling popular, T-shirt Muslimah. Namun, hati-hati, seeloknya pastikan ukurannya mencecah lutut kerana T-shirt yang tidak menutupi peha berpotensi untuk menampakkan bentuk peha jika dipakai dengan seluar.

7) Mulakan dengan memakai tudung bidang 50 (melepasi bahu). Pinkan secara lurus. Kalau dipinkan silang ke dada, kelihatan agak singkat. Kebiasaannya muslimah memilih untuk memakai Tudung Turki atau Tudung Mesir.

8) Setelah semakin selesa, mulalah memakai pula tudung Tudung Turki/Mesir/Bawal bidang 60. Tudung jenis ini kebiasaannya labuh mencecah siku & menutupi punggung. Sebenarnya, tudung jenis ini pun sudah memadai untuk menutupi aurat dengan sempurna. Namun, agak renyah sebab penggunaan pin.. ( kalau tudung jahit terus sarung je. lagi mudah kan? ) ^ ^

9) Dalam pada berusaha menjaga penampilan, langkah 1-6 masih dipraktikkan dengan istiqomah (berterusan). Iman ditingkatkan, ibadah diperhebatkan, akhlak dipermantapkan. insyaAllah.

10) Kemudian, setelah bersedia untuk memakai tudung labuh berjahit, bolehlah mulakan dengan berselang-seli dengan Tudung Turki/Mesir bidang 60 sebelum istiqomah dengan tudung labuh berjahit. Serta kurangkan pemakaian seluar serta mengantikannya dengan memakai kain. Memakai t-shirt muslimah dengan kain tidak ada salahnya. Bahkan lebih manis dipandang mata. :) 


"...ballighu 'anni walau aayah...." 
*peace with imaan*




ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Monday, October 15, 2012

Ucapan Saidina Ali

Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun. Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui
keampunanNya.
 
Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik. Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman. Peribadi seseorang itu tersembunyi dibawah lisannya.
 
Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan. Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.
 
Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan. 
Tidak ada pujian bersama kesombongan. 
Tidak ada kesihatan bersama kerakusan.
Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat.
Tidak ada keharmonian bersama kedengkian.
Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.
Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.
Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.
Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.
Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.
Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.
 
Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.
Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya
melampaui batas.
Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.
Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.
 
Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang. 
Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.
Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan. 
Ukhwah itu indah


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Friday, October 5, 2012

Cinta High Class

‎"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada 'standard' dia. 'Terer' Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.

Macam-macam cara merisik.

Ada orang yang menghantar 'spy'.

Ada yang bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.

Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam,

Ada bermacam-macam lagi bentuk risikan. Kreatif!

Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia?Itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.

Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.


Ikuti teladan betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:

Umar: Adakah kamu mengenal orang ini?

Sahabat: Ya.

Umar: Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?

Sahabat: Tidak.

Umar: Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?

Sahabat: Tidak.

Umar: Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?

Sahabat: Tidak.

Umar: Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?

Sahabat: Ya.

Umar: Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

#segalanya tersurat dan tersirat dalam novel Cinta High Class ♥


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, September 20, 2012

Allah Maha Pemurah

tengok tajuk  mind set korang mesti  'REZEKI'.
right?
ok,good!!!

sebagai umat Islam kita perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.

Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?”
Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)

Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)

Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):

Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semua­nya dikembalikan kepada Allah SWT.

Adapun yang dirujuk dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan mem­buka rezeki seseorang.

Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.
Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.

Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang diper­cayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.

Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan per­buatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan kea­daan sedemikian berlaku.

via Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

jadi,tak perlulah kita susah nak menabur janji palsu bagai. malah tak kurang jugak dengan 'menabur pasir ke periuk nasi orang'.

apa yang kita nak,sumber rezeki kita halal. mungkin rezeki kita halal TAPI adakah rezeki tu diberkati ALLAH?

beringatlah sebelum membuat sesuatu.





ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Sunday, September 16, 2012

Nilam Jatuh Cinta?

N.i.l.a.m j.a.t.u.h c.i.n.t.a?

Eh,betul ke?
dengan sape?
orang mana?
mesti hensem kan?
konform alim kan?

ya! betul!
nilam jatuh cinta...
dengan seorang mujahid!
entah? yang pasti dia ada di bumi Allah,tak pun menanti nilam di syurga.
nilam tak kisah dia hensem ke tak. yang pasti! dia beriman. orang yang beriman ni Allah kurniakan mukanya bersih dan dicurahi nur..
memang alim. sebab,nilam nak dia bimbing dan membawa nilam menuju Jannah. kalau tak alim,apa yang dia nak ajarkan pada nilam nanti? kalau nak mengajar,kena ada ilmu. orang berilmu kan dipanggil alim? 

ngeee..
nilam masih menanti seorang mujahid!
sambil nilam berusaha menjadi seorang mujahadah!

sejak dua menjak ni,nilam asyik mimpikan tentang rumah tangga.
nilam berkahwin,hidup bersama..macam-macam la..
kenapa ek?
korang tahu tak?

bila asyik mimpi macam tu,rasa nak menjadi seorang 'isteri'/ 'ibu' tu membuak-buak.
tapi,apakan daya. semua itu takdir Allah. 
jadi,nilam kena la bersabar.
sebab Allah dan jadikan sesuatu itu berpasang-pasangan kan..

Ya Allah,dengan rahmatMu aku memohon pertolongan dariMu. Permudahkanlah segala urusanku di dunia & akhirat. aamiin Ya Rabbal 'Alamin.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, September 15, 2012

7 Cara Bersahabat Kerana Allah

 1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya’
(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya’
(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria’
(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah’
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu’

6.Memberi Hadiah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang’
(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan’
(HR Hakim)




aku bersyukur sangat-sangat sebab aku ada circle of friends yang sangat sayang pada aku.
dan of coz aku pun sayang mereka jugak kerana Allah swt.
dalam persahabatan tak sepatutnya ada rasa iri hati, dengki, cemburu.
sebagai kawan kita patut rasa gembira untuk kawan kita.
dan turut merasa sedih kalau mereka sedang berduka.

jangan memulakan persahabatan jikalau dari awal dah pasang niat yang salah.
bersahabatlah dengan ikhlas.
insyaAllah kita akan merasa nikmatnya.

beberapa orang kawan telah mengeluarkan aku dari hidup mereka.
atau pun mungkin aku sendiri yang membawa diri?

mungkin ada yang berkawan hanya kerana tugas atau belajar,aku tak kesah.
Bagi aku,aku akan cuba untuk tidak membuka pekung kawan-kawanku seperti ada yang sanggup hina aku di ruang media sosial misalnya di 

fb @ skype @ twitter @ tagged @ netlog @ myspace @ perfsport @ bebo
(semua ni aku search kat internet)

aku tak kesal.kutuk je la dibelakang,kerana pembalasan di hadapan hari. dan kerana yang pergi cuma beberapa orang.
tapi Allah SWT telah menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari mereka.
yang muncul tanpa aku duga.

hidup ini adil sebenarnya.
kita sendiri yang menidakkan keadilannya.

untuk semua kawan-kawan, terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari hidup saya.
mewarnakan hidup saya dengan kerenah korang semua.
nilam sayang korang banyak-banyak!

bagi yang pernah menyakitiku,
aku pun nak minta maaf,mungkin aku betul2 tak sedar diri. Tapi,satu ja aku nak minta,tegurlah aku,nasihatilah aku..tak laku pun kalau kau jaja cerita aku kat laman sosial. 
tapi,kalau nak tambah saham pahala free tuk aku,ok jugak. 


hahaahaa..nak baca,baca je la..dok mengumpat depan laptop hang tu wat pa? 


creditc kepada semua kawan-kawan nilam,yang boleh nilam post ni sebab kesah-kesah kawan yang pernah merasainya. malah,nilam pun merasainya jugak. so,jangan perlu takut untuk hidup. takut hanya pada Allah okeyh!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, September 1, 2012

Ganyang Akhlak Style = Gangnam Style

Kadang-kadang kita lebih gopoh nak ikut trend, dari gopoh berfikir baik buruk di sebalik trend tu.



(ops. Ganyang bukan terjemahan kepada Gangnam ya.^^)

Ramai orang ingat, memperingatkan kepada kebaikan dengan mengkondem Gangnam Style adalah satu cara yg jumud. Kononnya kena manipulasikan kefemesan Gangnam Style barulah cool.

Islam bukan menghukum. Tapi dalam Islam ada hukum-hakam. 

Ada banyak lagi benda cool lah. Not this.

Fikir-fikirlah.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus: "Gaya hidup muda mudi Seoul yang menggalakkan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas dengan menari tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredhai Allah dan Rasulullah SAW"

1. Ramai tak puas hati didatangkan perbandingan sebegini. 

Jwpn: Kita ni nak pilih cara hidup yang mana sebenarnya? Islam the way of life kan? 

2. Ada yang kata, "ada banyak lagi vid tarian tak senonoh, why tak dihighlight yang tu?". 

Jawapan: Ada beza ke highlight yang tu dengan yang ini? 

3. "Benda tarian ni ada manfaatnya kat negara dorang. Ada unsur-unsur sinis tegur masyarakat diorang."

Jwpn: "Ok, so apa yang ianya dah berjaya 'tegur' anda dan kehidupan Islam anda?"

4. "Bandingkanlah tarian dengan tarian! Bukan banding dengan ibadah!"

Jwpn: "Salah ke banding dengan ibadah yg jauh lebih baik? Mengingatkan anda yang mgkn terlupa mana yg lebih bermanfaat wlpn anda sudah tau ibadah tu bermanfaat."

"Watpe banding ngn tarian gak."

5. Ni nak tegur ke nak mengutuk mengata, macam ni ke Islam?

Jwpn: "So, macam mana cara terbaik anda? Tunjuk ajar please. Kami berminat sangat nak tahu. Maaflah, budak baru belajar lagi."

6. "Islamic la kononnnnnn!!"

Jwpn: "Ya, cuba ajar diri sendiri suka benda2 Islamik dulu dari suka benda2 tak Islamik lgsg. Sukakan kehidupan Islamik, apa yg tak kenanya? Suka Islam pun tak kena dah ye skrg? 


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Berubah? Betul kaHHH!

Ada manusia berubah kerana harta,
Sedang harta diguna habis tidak berbaki,
Ada manusia berubah kerana pangkat yg diingini,
Lupakah ia tua akan datang mengiringi,
Ada manusia berubah kerana mahu beristeri/suami,
sedangkan isteri/suami hanya menemani kita separuh hayat yang berbaki.

Tahukah kamu siapakah yg bersama kamu setiap waktu dan hari
Yang mana bersamanya Dia dengan kita lebih dekat dari hablul waridi

Dialah yang menemani kita dari saat ditiup sifat alHayy "wanafakhtu fihi min ruhiyy"
Hingga ke negeri akhirat abadi dan hakiki
Intabih ya nur fi zulam!! Ila aina wajahta fi sairy?
ila hakikiy au wahamiyy!!
Turid hakikiy albaqiyy au faniyy!!
Intabih,intabih,intabih

Nasihat kepada diri sendiri bimunasabati maulidi bittarikh masihi.
*pertama kali dlm bulan puasa, alhamdulillah.....
tawasul dgn sifat Allah alHayy,AlWasi' ,AlKarim,Al Mu'ti,arRahman arRahim,bijah alMustafal karim, habibullah rahmatan lilalamin.....alfatihah.

creditc to my friend Abg Shahir atas perkongsian.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang? by- Dr MAZA

Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal”
(Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

 Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali ‘Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” 
(Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

 Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, August 30, 2012

MERDEKA tiba lagi?


merdekakah aku?
aku rasa,aku masih dijajah. 
dijajah dengan idealisme barat.
idealisme yang merosakkan.
beroperasi seperti api dalam sekam.
dalam dirosakkan tanpa sedar.
tahu-tahu dah habis terbakar.
-------------------------------------------------------------------------------------------------
Wahai umat Islam saudaraku sekalian.
sempena merdeka ke55 ini,
biarlah janji nak ditepati ka apa ka,
marilah kita sama-sama berazam. 
akan cuba mengeluarkan diri daripda jajahan barat dalam diri kita.
bukan akan! tapi MESTI !!!
biar lambat,asal selamat.

bangun membina diri kita yang sebenar.
buang segala toknek jahiliyah dalam diri kita.
agar kita sama-sama dapat merasai nikmat ISLAM itu sendiri.

masakan oren dicampur nescafe boleh mencapai kemanisan oren?
tidak bukan? 

semua berada di IMAN anda. selangkah anda melangkah perubahan. ia membawa impak besar dalam diri anda .

tukar laungan merdeka kepada TAKBIR!

TAKBIR! TAKBIR! TAKBIR!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

CINTA! sebut saja tentang cinta,pasti semua akan cuba ambil port. ada apa dengan cinta? best ke? cewaahh! buat tanya. sudah gaharu cendana pula. apa kaitan cinta ngan pokok pulak ni? Ah!!! sudah,nilam pun dah jadi lain.

biasa kita dengar,orang yang jatuh hati a.k.a jatuh cinta ni selalu angau. suka senyum sorang. aik!!! macam pernah jadi je..

nilam percaya wujudnya cinta. sebab,kerana cintalah kita kena Allah. tapi,kalau cinta manusia.......nil....am macam kurang sikit. ya la,dalam usia 20thn ni,rasanya mustahil. yang dikejar adalah cita-cita bukan cinta. namun,larilah seribu batu sekalipun,hati akan dijentik rasa suka. ya! tapi,bukan cinta.  Nilam mudah sangat jatuh suka dengan ajnabi. tapi hanya kerana akhlaqnya la. rasa sejuk je mata hati. kalau boleh nak tahu semua tentang rutin dia. bukan untuk seronok2 tapi untuk mencari inspirasi.

ada yang kata nilam tengah dilamun cinta. mungkin. tapi,nilam akan tetap berpegang teguh,biarlah orang yang nilam cintai adalah suami nilam yang sah suatu hari nanti. bertuah ke malang si dia? ha3..

nilam tak suka rasa cinta hadir. sebab ia akan menyebabkan mata hati menjadi kabur. nilam mudah lalai. kadang2 tersedar,nilam turut melayan perasaan tu. bukan mudah kita nak lari dari rasa cinta kalau ia dah melibatkan hati. menjadi malu pada diri sendiri. kualiti diri pun makin jatuh. kurang fokus dalam melakukan segala hal. tiada kekhusyukan dalam ibadat. ni dah parah dah ni! 

bukan senang nak jaga hati. jadi,nilam nak pesan. sebelum kita menyerahkan hati kita pada seseorang,serahkan dulu hati kita pada Allah dan Rasulullah s.a.w. serahkan rasa itu juga pada Allah. jika ia baik bagi kita. maka Allah catatkan untuk kita. kalau tidak,terima ia sebagai salah satu jalan untuk mendekatkan diri pada yang maha Esa. bersabarlah. berdoalah.

p/s: nilam merapu sikit malam ni. nilam xpuas hati sebab nilam xfokus dalam kelas sebab rasa kurang enak tu. 


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Tuesday, August 28, 2012

DISINILAH SELAMANYA


Sila perhatikan  dan ingat betul-betul
faham betul-betul.
inilah tempat dan kedudukan kita nanti
bukan untuk suatu hari nanti..
tapi boleh jadi..

SETAHUN LAGI
SEBULAN LAGI
2 MINGGU LAGI?
ATAU LUSA?
ATAU ESOK?
ATAU 5JAM LAGI?
ATAU 5 MINIT LAGI?

ATAU....

belum sempat anda habis membaca
AJAL sudah datang menjemput

ALLAHUAKBAR
TAKUTNYA YA ALLAH

_____________________________________________

Tak kira siapa anda, 
semua akan laluinya, 
moga kita beringat, 
tempat tinggal terakhir di dunia,
yang jarang kita fikir untuk menghadapinya...
Selamat berfikir...
____________________________________________

"Allahumma hawwin 'alaina fi sakaratil-maut...
Wan-najati minannar...
Wal-afwa 'indal-hisab..."

"Ya Allah, Ringankan atas kami saat sakaratul maut,
Selamatkan kami dari api neraka,
Maafkanlah kami di saat hisab/perhitungan..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, July 26, 2012

Nilam Plus 1 = Twenty


Bissmillahirrahmanirrahim..

ALHAMDULILLAH..YA ALLAH untuk usia yang telah Engkau berikan. terima kasih juga untuk setiap rezeki yang Engkau kurniakan. terima kasih untuk setiap cubaan yang Engkau turunkan. terima kasih untuk bakat dan ilham yang Engkau anugerahkan padaku. sesungguhnya terlalu banyak yang telah Engkau berikan kepada ku dan terlalu sedikit pengabdianku terhadapMU.

Engkau tetap menerima walau kadang2 aku alpa,lupa,khilaf dalam menafsir makna setiap kurniaan dan dugaan. namun,begitu besar kasihMU,Engkau tetap melindungi aku walaupun terkadang aku sentiasa merungut ketika aku rasa 'down'. aku tidak pernah menafikan hakMU sebagai KHALIQ walaupun kadang2 aku terbuai dengan kesedihan dan kesakitan yang amat pedih.

ampunkan aku YA ALLAH apabila aku merintih nasibku dihadapanMU. Kalau bukan kepadaMU,siapa lagi harus ku mengadu? aku tidak pernah menyesali kewujudanku ini YA ALLAH,namun, aku hanyalah hambaMU yang dhoif dan lemah. adakalanya aku kurang kesabaran. ada masanya aku goyah keimanan. ada masanya aku hampir terikut bisikan syaitan. namun,dengan limpahan kasih sayangMU,Engkau menarikku kembali jauh drpd kesesatan.

YA RAHMAN,pimpinlah tangan hambaMU ini,pimpinlah hatiku ini,pimpinlah langkah hambaMU ini akan sentiasa berpijak di atas jalan kebenaran. YA MUHAIMIN,sebagai hambaMu yang hina,aku takkan mungkin mencapai kesempurnaan. tapi kasihanilah aku..bimbinglah kau sentiasa agar aku mampu meniti titian siratulmustaqimMU dengan tenang dan mudah tanpa cela. Terima kasih YA ALLAH atas segala takdir yang telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Yang Maha Besar. Peliharalah aku agar terus berpegang teguh pada taliMU. Aamiin Ya Rabbul 'Alamiin..

mood: bahagia coz masih dberi kesempatan utk mnjangkau ke angka 2 ;)
sedih coz,xdpt dengar ucapan dari mama kali ni..tapi aku tahu,mama xpernah 
miss doakan anak2nya.moga mama cepat sembuh ya ma..i miss u so much.. ;(

p/s: terima kasih pada semua yg wish utk hari ulang tahun kelahiranku 26 julai..rakan2 yg mengenali diriku xkira di dalam malaysia mahupun luar malaysia..tq korang. moga Allah jaga hubungan kita. xlupa jugak ada yg hntar emel pd ku,peminat nilam la tuh..hee..haaaAAA! hari ni jugaklah hari lahir angkasawan pertama malaysia kita dato' mejar sheikh muzaffar,moga dia sentiasa dibawah rahmat illahi..aaminn..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan Bakal Tiba Lagi

Saya suka hendak pesan sikit untuk Ramadhan yang akan tiba ini. Sekarang banyak promosi-promosi Ramadhan di dalam FB,blog dan juga di alam realiti. Banyak juga program-program dianjurkan sebagai latihan menuju ke Ramadhan.

Dan saya pasti, banyak lagi program yang akan diadakan dalam Ramadhan ini nanti. Qiamullail, solat tarawikh dan sebagainya. Alhamdulillah, baguslah. Tetapi, pada saya, ada suatu perkara penting yang saya rasa kita perlu lihat sama-sama iaitu adakah dengan semua program-program itu menjadikan kita semakin dekat dengn Allah atau tidak?

Maka, daripada sinilah, pentingnya kita melihat bahawa di samping program-program yang banyak untuk Ramadhan ini, kita sendiri tidak boleh lupa untuk proses diri kita. Apakah matlamat dari Ramadhan ini? Taqwa bukan?

Jadi, sepatutnya usaha untuk proses diri kita pun sepatutnya menuju ke situ jugalah. Ramadhan ini bukanlah bulan untuk membaiki hubungan kita dengan Rabb saja. Tetapi, ia ada bulan untuk kita memperbaiki juga hubungan sesama manusia. Sebab itu, Ramadhan bukan sekadar bulan untuk kita berqiamullail, tarawikh, puasa, dan sebagainya yang melibatkan hubungan kita dengan Allah, tetapi ia juga adalah madrasah tarbiyah untuk membentuk peribadi dan akhlak kita yang melibatkan hubungan kita sesama manusia.

Ramai orang kadang-kadang seronok dengan program yang banyak dalam bulan Ramadhan ini, tetapi terlupa memproses diri sendiri. Keaiban dalam diri tidak dirawat walaupun ibadah-ibadah fiziikal makin banyak. Program banyak, tetapi kita tidak semakin dekat dengan Allah.

Sebab itu, pentingnya muhasabah setiap hari dalam bulan Ramadhan nanti. Biar kita tidak terlepas sehari pun tanpa proses diri kita.

Inilah ihtisaban !
Berkira-kiralah untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik !

p/s: selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh dengan keberkatan. dan mungkin nilam stop kejap dari berblogging. hehe InsyaALLAH





ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, July 14, 2012

Assalamualaikum semua..

Alhamdulillah,masih diberi peluang untuk berceloteh dengan kalian.
Kalian semua sihat?

seperti yang dijanjikan,nilam akan kembali ke dunia penulisan atau lebih tepatnya berblogging.
Alhamdulillah,nilam tak kembali dengan kosong. tapi nilam akan hadiahkan penantian kalian dengan sebuah cerita pendek / cerpen hasil karya nilam sendiri insyaAllah dalam masa yang akan datang akan di publishkan cerita tu. 

so,nilam datang malam ni pun kejap je. sekadar datang kemas apa yang patut.  dah da yang naik kulat dah..hehe..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, May 19, 2012

Selesai Sudah Tugasku Untuk Sem iNi

Alhamdulillah,syukur segala puji bagi Allah..



hari ni,tamatlah sudah tugasku untuk menjalani latihan industri sebagai kelayakkan untuk mendapatkan diploma insyaAllah setahun je lagi..


sayang la pulak nak tinggalkan KayoDen Computer ni.
ye la,kat sini la nilam banyak timba ilmu,bukan saja ilmu bidang IT semata-mata malah ilmu untuk bekalan akhirat pun banyak yang diperolehi disini.

apa yang nilam banyak dapat masa praktikal ni adalah
-sedah semestinya yang berkenaan bidang nilam..
-nilam dapat sesuaikan diri dalam kolompok yang ramai (awam)
- nilam dapat lihat dan kenal sifat sesetengah manusia yang lebih kejarkan dunia
-dapat perhatikan personaliti pelanggan yang okey dan yang tak okey
- nilam dapat didik diri nilam untuk bersabar menghadapi perangai pelanggan yang agak menyakitkan hati
-nilam dapat bercakap dan bersuara untuk mengemukakan hak diri sendiri

alhamdulillah,banyak lagi yang nilam dapat,tapi kalau nilam senaraikan boleh jadi panjang entry kali ni..

tapi,bila dah habis praktikal ni,nilam kena usaha untuk siapkan report pulak. adehh..banyak tu..
doakan nilam dipermudahkan ya..aamiin.

sehubungan dengan itu jugak la nilam nak uar-uarkan disini,nilam akan bercuti bersama blog ni sepanjang cuti semester ni. so,kalau nak kontak tu boleh lah kol/mesej je..
segala akaun facebook ( Surita Sukri) ,twitter (nilam_surita)  dan blog  akan bercuti juga.
nilam ingin mencari kekuatan kembali.

banyak perancangan nilam untuk cuti ni,. sapa-sapa orang kelantan boleh la booking nilam sebab nilam akan bercuti di sana. hehe ikut suami..(aik..dh kawen ker?rahsia....)

doakan nilam bahagia dengan kehidupan baru nilam k,nilam akan cuba kembali berblogging bila nilam terasa rindukan korang.insyaAllah. jumpa dilain waktu k. Assalamualaikum ^_^




ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, May 17, 2012

Jika JODOH Hadir Di Usia Muda

fuhh..Alhamdulillah,
hari ni dapat lah sikit masa nak melepak di blog yang banyak sawang-sawang ni..
sapa la ek pemilik blog ni? (sudah semestinya aku)



ok,berbalik kepada tajuk entri kali ni.

Baru-baru ni,Karya Seni baru menerbitkan sebuah novel bertajuk "Suami Aku Ustaz",dan ianya telah berjaya dalam genggaman tanganku sejak Isnin lalu. Alhamdulillah.

Cerita novel tersebut mengisahkan seorang gadis remaja yang telah berkahwin di usia muda iaitu di alam persekolahan ketika dia berumur 17 tahun. Dia telah dikahwinkan dengan pilihan keluarganya iaitu sepupunya sendiri yang juga merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 5 di kelasnya. 

asehhh...bukan cerita novel tu yang nilam nak kongsi. Nak tahu kesudahan perjalanan hidup si remaja tersebut beli la eh. RM22 ja..sesuai bagi kita para remaja sebab banyak ilmu yang dimasukkan dalam pembacaan tu..

melalui novel tu la,nilam terdetik mengeluarkan entry yang bertajuk sedemikian untuk kesekian kalinya.

Bagi korang la kan, apa pendapat korang tentang jodoh muda?

Sebenarnya,tak salah pun nak kahwin di usia muda ni. Lagipun,ini kan membantu kita menghindarkan diri kita daripada zina dan pergaulan bebas. ye la,orang zaman la ni makin kuat nafsu sebab terpangaruh dengan budaya barat yang dibawa masuk ke negara kita. ish3

Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang,attack dari pelbagai arah dalam masa yang sama.

Allah berfirman:
"dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin,Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.."
(24:32)

Jadi harta wang ringgit tu bukan keutamaan,Allah akan beri rezeki kalau kita ikhlas nikah kerana Allah bukan kerana nafsu semata. Ya,tak mudah nak mengawal keinginan nafsu,dan kita sentiasa berdepan dengan godaan terus-menerus,setiap detik,setiap ketika. Dari terjadinya buang anak,gugurkan kandungan,seks luar nikah,malah ada yang selalu jerk tengok berkepit macam belangkas..

so,kalau ada yang diantara kita yang tengah cintan cintun tu,apa kata nikah je. 
tak la kita  menambah dosa yang berterusan. kan mainan hati juga boleh menyebabkan zina hati.

dan kepada kaum Adam yang mempunyai rasa yang begitu kuat pada seseorang kaum Hawa, 'terus je kabo ke die' (curi ayat Ust Azhar Idrus) 

"tak salah kalau kita nak meminati seseorang itu (bukan muhrim) asalkan dia itu bukan isteri orang "
(Ustaz Azhar Idrus)

p/s: korang jangan sebulat suara menerima apa yang nilam bicarakan ni..nilam pun nak jugak 
        mengetahui apa pendapat korang tentang hal ni..xsalah rasanya kalu kita membincang          
        isu yang makin hangat di pasaran macam goreng pisang











ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Wednesday, May 16, 2012

TERIMA KASIH CEKGU!!!

Alhamdulillah,26/06/2012 ni genap dua tahun aku menimba ilmu di utara tanah air di Perlis (cehh..macam la duk kat kedah tu bukan utara)




hari ni tanggal 16 MEI sungguh bermakna bagiku. Kan hari ni HARI GURU..


bukan kerana aku ni seorang cekgu,tapi kerana aku amat menghargai pengorbanan guru-guruku.
teringat kembali zaman sekolah, walaupun tens!on sebab banyak homework yg cekgu bagi,tp tak la rasa terbeban macam sekarang (cehh macam la la ni sibuk sgt)


zaman sekolah memang best! terbaek!!! (curi trademark eN. ShafiQ)







Antara denda yg aku dapat masa zaman sekolah ni lah.. (banyak wooo..nampak sgt aku nakal)
1) kena cubit pipi
2) kena cubit pinggang (sakit wooo..dh la kuku tajam)
3) berdiri atas kerusi
4) kena rotan kat tangan

5) kena ketuk-ketampi
6) kena ketuk-ketampi separuh / suku (sakit lutut..lepas tu terus serik)
7) kena bebel (bukan la..nasihattt)


korang mesti tengah gelakkan nilam kan? ok la..nilam insan yang lemah..huhu

ok,berbalik kepada tadi..

walau apa pun yang cekgu denda kita, itu bukan sebab mereka saja-saja nak buat macam tu,tapi kerana SAYANG kan kita la cekgu sanggup buat macam tu.



janganlah menyimpan dendam dengan cekgu,sepatutnya kita la kena banyakkan berterima kasih pada mereka..


Tanpa GURU,siapalah kita..

Cekgu,dulu..
Kau lah yang banyak merungut tentang kenakalanku,
Kau lah insan yang banyak menasihatiku,
Kau lah insan yang sentiasa melurut lembut di kepalaku kerana kemajukkanku.



Cekgu,
aku tahu,aku selalu nakal dengan mu,
aku tahu, aku selalu buatmu kecewa denganku,
aku tahu,aku selalu menjentik kesabaranmu,
tapi,itulah aku..yang masih setia menguji ketabahanmu.



Cekgu,
sekarang ini,aku telah berjaya,
sekarang ini,aku telah mulai terima nasihatmu,
sungguh katamu,dunia luar tanpa sempadan,
banyak sudah  telah aku tempuhi di alam dewasa ini.


Cekgu,
maafkan segala kenakalanku,
halalkan segala ilmu yang telah engkau curahkan padaku,
moga Allah memberkati kerja mulia mu ini..
Selamat Hari Guru Cekgu..





  hasil nukilan anak muridmu yang nakal ~ SURITA a.k.a nilamkasturi



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Tuesday, May 15, 2012

Ayuh,Masa BerJIHAD,sudah bermula..ayuh BERSATU!!!



Save image, upload semula di FB anda kemudian Pilih mana-mana individu dalam gambar untuk di crop. Demi perpaduan menyokong lebih dari 3000 tahanan Palestin yang melancarkan mogok lapar ketika ini.


Warna Coklat adalah warna pakaian yang dikenakan oleh entiti zionis Israel ke atas BANDUAN BERANI MATI.
(*Logo di sebelah kanan ertinya "Shabas" dan ia merupakan singkatan bagi "Perkhidmatan Penjara Israel) Tahanan Palestin mogok lapar memerlukan bantuan anda, sila berkongsi ini dengan kawan anda untuk menyebarkan kesedaran mengenai mogok lapar yang terbesar dalam sejarah.


Bilal Thiab - 77 Hari
Thaer Halahleh - 77 Hari
Hassan Safadi - 71 Hari
Omar Abu Shallal - 69 Hari
Mohammedd Al-Taj - 61 Hari
Mahmoud Sarsak - 55 hari
Faris Al-Natur - 48 hari
Jafar Ezz Al-Din - 54 Hari
Abdallah Al-Barghouthi - 33 Hari
lebih daripada 2000 Banduan - 28 Hari.


 Jangan biarkan media antarabangsa mengebumikan kes mereka, semua tahanan meminta hak asasi mereka sebagai tawanan perang, hak lawatan, hak pendidikan dan hak-hak lain yang diisytiharkan oleh undang-undang antarabangsa.


 The Palestinian prisoners on hunger strike need your help, please share this with your friends to spread awareness about the biggest hunger strike in history..


Bilal Thiab ... 77 Days
Thaer Halahleh ... 77 Days
Hassan Safadi ... 71 Days
Omar Abu Shallal ... 69 Days
Mohammedd Al-Taj ... 61 Days
Mahmoud Sarsak ... 55 Days
Faris Al-Natur ... 48 Days
Ja'far Ezz Al-Din ... 54 Days
Abdallah Al-Barghouthi 33 Days
more than 2000 Prisoner .... 28 Days


Di sini ada 10 Profile Picture yg nilam nak kongsi dgn kawan2....
jangan lupa copy dan guna profile picture ni dekat facebook anda atau di mana2 sahaja...













sila copy....
sokongan padu UMAT ISLAM sedunia









ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Monday, May 14, 2012

JIKA KAU BAKAL MENJADI SEORANG?

Jika kau bakal menjadi seorang DOKTOR kelak ,
maka rawatlah hati insan yang kian terpesong jauh daripada Agama tercinta. 


Jika kau bakal menjadi seorang ARKITEK kelak, 
maka lakarlah sinar Islam yang mampu menyinari kehidupan setiap Muslim. 


Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERA kelak, 
maka binalah satu ukhuwah yang kukuh antara umat Islam itu. 


Jika kau bakal menjadi seorang PEGUAM kelak, 
maka pertahankanlah Islam dimata dunia 


Jika kau bakal menjadi seorang JURUTERBANG kelak, 
maka pandulah manusia untuk kembali ke jalan yang diredhai-NYA.


Jika kau bakal menjadi seorang POLIS kelak, 
maka awasilah umat Islam daripada terus memungkiri ALLAH SWT yang Maha Pencipta.


Jika kau bakal menjadi seorang PENSYARAH kelak, 
maka didiklah anak bangsa untuk menjadi Muslim yang berjaya. 


Jika kau bakal menjadi seorang AKAUNTAN kelak, 
maka sedarkanlah manusia bahawa pahala ALLAH SWT itu lebih mewah daripada segala-galanya. 


Jika kau bakal menjadi seorang GURU kelak, maka bentukkanlah acuan sempurna dalam sanubari anak didik mereka agar kelak menjadi GOLONGAN di atas...



















ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Sunday, May 13, 2012

Bukan Hari Ibu Lambang Kasihku Padamu Ibu

Suatu hari, anak gadis kecil datang memeluk ibunya. Pelukannya erat tidak seperti hari-hari biasanya.


Ummi: "Eh, hari ni hari ibu ya? Ustaz Azhar Idrus  maklum, hari ibu tidak boleh disambut, bimbang terjejas akidah."


Anak gadis: "Ummi, daku memelukmu hari ini bukan kerana hari ibu, tapi kerana kasihku padamu. Tadi di sekolah, ustazah ceritakan betapa Rasulullah s.a.w. menyebut ibu melebihi sebutan bapa. Betapa besar nilai seorang ibu di hadapan Allah dan Rasul. 


Sesungguhnya tidak akan pernah daku merasa jemu memelukmu walau dirimu saban hari meningkat usia, rambutmu memutih, tubuhmu tidak lagi sekuat dulu..Sungguh, daku tidak jemu-jemu mengasihimu ummiku.."


Ummi: "   .... :)







ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, May 12, 2012

Coretan Hati Buat 'Mujahid' Yang Dirindui

Coretan 1
Bila hatiku tiba-tiba meridui seorang mujahid. Aku meletakkan kepercayaan kepada-Nya. 
Timbul rasa tak layak bila memuhasabah diri ini yang serba kekurangan.


Ya Allah, temukan aku seorang ‘suami ahli Syurga-Mu’. Saat aku merinduinya, lebih kuat aku bermunajat kepada-Mu, lebih pantas aku mempertingkatkan keperibadianku. Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui, siapakah mujahid yang terbaik buatku. Kepada-Mu aku bertawakal.




Coretan 2
Mujahidku, Walaupun aku masih tidak mengenali dirimu. Namun, aku sentiasa meyakini kewujudanmu. Aku memelihara hatiku daripada mencintai mana-mana lelaki, kerana cintaku ini terlalu istimewa buatmu. Aku amat meyakini janji-Nya.. ‘lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. jika aku mengharapkan dirimu, mujahid yang terpelihara hatinya, aku dululah yang harus memelihara hatiku. 


"Ya Allah, hanya Engkau yang layak menentukan mujahid yang terbaik buatku. Hanya Engkau penyusun terbaik buatku"




Coretan 3
Mujahidku, Hatiku menangis. Rindu untuk menanti kehadiranmu kerana ujian demi ujian sering mendatangiku. Hatiku amat bimbang akan keadaanmu, lantaran melihat keruntuhan kaum lelaki. Aku meletakkan kepercayaan kepadaNya. 


"Ya Allah, aku yakin Engkau memelihara hatinya.. memelihara peribadinya. Ya Allah, aku masih tidak mengenalinya. Jadikan jiwanya sentiasa mencintai dan dicintai-Mu"


Jawapan mujahidku (bisikan rasa dan ilham dari Allah)


Mujahidahku,


Aku juga amat rindu dan sentiasa menanti kehadiranmu. Hati ini merayu kepada Yang Maha Esa agar mempertemukan kita dalam ‘Baitud Dakwah’ tercinta. Jangan bimbang wahai mujahidahku, Aku di sini sentiasa berusaha menjaga diriku, hatiku, pandanganku. Aku juga sedang mempersiapkan diriku. Lantaran diriku yang serba dhaif, kupinta agar diberikan sedikit waktu untuk menggumpulkan roh cinta yang sebenar. Mujahidahku, Aku juga sepertimu masih dalam perjalanan menaiki anak tangga menuju Cinta-Nya. Aku juga ingin mencintai dan dicintai-Nya. Aku ingin memilih Cinta Allah sebelummu. Aku ingin buktikan kepadamu, bahawa aku ini mujahidmu. Kuingin buktikan cintaku pada Rabb, kekasih kita berdua. Teruslah mempersiapkan dirimu mujahidahku, kerana dirimu bakal menjadi sayap kiri yang akan menguatkan perjuanganku.


Sumber: Diari kehidupan seorang mujahidah 


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz