::-PENCINTA ILMU-::

Saturday, April 16, 2011

✿ SEKADAR RENUNGAN BERSAMA ✿

*:.☆˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥ muhasabah diri ♥ ✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆˙·٠•●Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●.

 

✿Betapanya malu apabila

Bayangkan Rasullulah tiba-tiba mengetuk pintu rumah kita... baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita,

 

...
✿Apa yang Kita Lakukan ??

Mestinya kita akn sangat berbahagia memeluk baginda erat2 lantas mempersilakn baginda masuk ke ruang tamu kita.

 

✿Baginda tentu Tersenyum

Tapi mungkin kita meminta Rasullulah tunggu sebentar di hadapan pintu kerana teringtkan VCD rated XXX yang ad di dalam ruang tamu dan segera memindahkan dahulu VCD itu ke dalam

 

✿Baginda tentu Tetap Tersenyum

Atau kita ingat lukisan wanita setengah... yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa sembunyikannya dengan tergesa-gesa. Barangkali kita memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita.

 

✿Baginda tentu tetap tersenyum

Bagaimana Rasullulah bersatuju menginap di rumah kita?? Barangkali kita teringat akan keluarga kita yang lebh arif lagu-lagu barat daripada selawat dan zikir. Kita tentu malu memikirkan keluarga kita yang tidak mengetahui sirah Rasullulah kerana kelalaian kita mengajar mereka.

 

✿Baginda tentu tetap tersenyum

Barangkali kita lebih malu apabila keluarga apabila kita tidak mengetahui walau satu pun satu nama ahli keluarga Rasullulah, tetapi lebih hafal nama artis dan watak-watak kartun. Barangkali kita terpaksa menukar sebuah kamar mnjadi sebuah ruangan solat. Barangkali kita teringat bahawa keluarga kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.

 

✿Baginda tentu tetap tersenyum

Belum lagi buku-buku dan kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita. Ke mana harus kita singkirkan semua itu demi menghormati junjungan kita. Barangkali kita akan maludiketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi. Barangkali kit akan malu pada saat magrib kita masih lagi sibuk dengan tv. Barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita merasa malu kerana keluaraga kita jarang sangat membaca al-Quran. Barangkali kita mnjadi malu kerana kita tidak mengenali jiran-jiran kita.....


maafkan kami Ya Rasullulah.. 
Masihkah baginda tersenyum???
Senyuman pedih,pilu, getir... 
Oh ! betapa memalukan kehidupan pada saat ini dimata Rasullulah.

 

SUMBER :Majalah Pearl of Waqafan 2003


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

=== BUATMU AR RIJAL===

Dulu,

bila disebut lelaki..

wanitnya mendongak megah,

lelaki kami Asadullah,Saifullah,

tokoh ramai tak terkira..
 


kini,

bila disebut lelaki..

wanita menunduk lemah,

tokoh kami sedikit sekali,

ramainya boneka yahudi.



Dulu,

bila disebut lelaki..

wanita tenang dihati,

lelaki kami menaga,melindungi..
 
kini,

wanita cabut lari,

lelaki kianat,tidak boleh dipercayai.



Dulu,

bila seorang wanita dianiaya,

sepasukan kuda putih membela,

Al-Mu'tasim kebangaan wnita..
 
kini,

ribuan wanita suci terpelihara,

mereka minta dibela,

lelaki tunduk tak bertenaga.



Dulu,

bila wanita dibawah jagaannya,

lelaki memagari sehabis daya,

tiada siapa berani menggoda..

kini,bila wanita dibawah jagaannya,

lelaki tidak kisah auratnya terbuka,

wanita bebas binasa.



Dulu,

lelaki menggadai harta dan nyawa,

untuk mengangkat kemuliaan wanita..

kini,

lelaki menggadai ketinggian agama,

demi nafsu,dunia dan seisinya.



Dulu,

lelaki bermati2an mencipta sejarah,

kental berjuhad,tekun berdakwah..

kini,

lelaki hanya menyanjungi sejarah,

diri bermalasan,tenaga tak dikerah.



Dulu,

lelaki mmperjuangkan deen dan ummah,

Al-Farouq,Zunnurain mati terbunuh..

kini,

lelaki mmperjuangankan diri dan kroninya,

hingga sanggup membunuh.



Dulu,

lelaki bersatu menghadapi musuh,

angkatannya kuat dan teguh..

kini,

lelaki berpuak dan berpecah,

sesama sndiri saling bertelingkah.







KEMBALILAH ARRIJAL KU..!!

PADA KELELAKIANMU,

KAMI RINDUKAN LELAKI DULU..

ACUAN MADRASAH RASUL..T___T


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

RINTIHAN SEORANG HAMBAMU YA ALLAH...

Ya Rabb, kini aku berada di sisi-Mu

Aku datang dengan mata menangis

Kudatang dengan rintihan, kegelisahan, dan kesedihan 

Telah kuperbuat banyak kejahatan dan dosa

Sehingga jadilah aku sang pendosa

Di sisi-Mu-lah sekarang, hai Sang Maharaja

Aku datang dengan penuh penyesalan

Hati ini sudah dipenuhi kesalahan
 
Aku sangat malu saat menerima soalan

Bagaikan burung yang terikat sayapnya

Aku datang sambil jatuh bangun Wajahku merunduk ke tanah

Aku datang dengan pandangan sembab 

Wahai penguasa alam, lihatlah

Aku datang dengan hati terbakar



Tiada yang dapat menenangkan hatiku selain Dzat-Mu

Akulah makhluk-Mu yang hanya berharap redha-Mu

Kerna Engkaulah penentu semua perbuatan dan prilaku

Hanya pada-Mu-lah kegundahanku dapat berlalu

Hanya dari mata air sayang dan kemuliaan-Mu-lah Ya Allah

Air lain tidak mengalir ke sungai-sungai tubuhku

Semenjak diriku tercakup dalam inayah-Mu

Tiada beban dalam tubuhku selain beban kegundahan-Mu



Ya Allah, hariku gelap, perbuatanku salah

Ya Allah, akulah pendosa dan bermasalah

Ya Allah, maafkanlah hamba-Mu ini

Ampunilah hamba-Mu yang malu ini

Meski kejahatan segunung dosa

Di sisi ampunan-Mu, lebih kecil dari biji gandum

Jangan Kau masukkan daku ke dalam neraka-Mu

Aku yang kebingungan, sedih, dan merintih

Berharap pada-Mu, hai Yang Mahahidup lagi Mahasuci

Aku Mohon pada-Mu, sebuah hati yang menangis dan letih

Kerna tempat-Mu di hati yang hancur.



Ya Allah, lindungi mereka yang tak punya perlindungan

Tataplah mereka yang keletihan

Betapa sedikit peminta yang beroleh perhatian si sultan

Banyaknya kebutuhan membuatku gelisah

Saksikanlah kegelisahanku, Wahai Tuhan

Ya Allah, kusandarkan diriku pada kasih sayang-Mu

Kerna tiada yang layak disandar selain kasih sayang-Mu

Bimbinglah hati yang gundah-gulana

Kerna hati tanpa pembimbing kan jatuh dalam sumur

Kepala menempel ke tanah rumah-Mu

Sambil meminta, butuh, dan menghatur ampunan

Telah datang pada-Mu tawanan yang pemalu lagi pendosa

Sambil berharap kasih sayang dan ampunan-Mu

Seorang pengemis dengan tangis penyesalan

Menjadi tak berguna karna beban dosa

Kugapai tangan Yang Maha Pengampun

Agar dianugerahkan sesuatu yang istimewa



Ya Tuhan, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada seseorang yang melabuhkan cintanya pada-Mu, agar bertambah kekuatanku untuk mencintai-Mu.



Ya Tuhan, jika aku jatuh hati, izinkanlah aku menyentuh hati seseorang yang hatinya bertaut pada-Mu, agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta semu.



Ya Rabbi, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya agar tidak berpaling dari hati-Mu.



Ya Tuhan, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai aku merindukan surga-Mu.



Ya Tuhan, jika aku menikmati cinta kekasih-Mu, janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya bermunajat di sepertiga malam terakhir-Mu.



Ya Tuhan, jika aku jatuh hati pada kekasih-Mu, jangan biarkan aku teralit dan terjatuh dalam perjalanan panjang menyeru menusia kepada-Mu.



Ya Tuhan, jika Engkau halalkan aku merindui kekasih-Mu, jangan biarkan aku melampaui batas sehingga melupakan aku pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepada-Mu.



Ya Tuhan ampuni dosa hambamu


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

KORBAN & PENGORBANAN DIRI

Masih ku ingat kata-kata Guruku..
Untuk berjaya kita mesti berkorban waktu..
Wang & juga masa..
Malah mempertaruhkan nyawa..

Itulah hakikat pengorbanan sejati..
Murni hati terpuji hakiki..
Menghampirkan diri kepada Ilahi..
Tanda kebaktian akan kasih-NYA..
Tanda keberkatan akan rahmat-NYA..

Berkorban harta..
Untuk kesenangan dunia..
D akhirat berganda pahala..

Berkorban masa..
Untuk menggapai kecemerlangan..
Akhirnya memetik buah kejayaan..

Berkorban nyawa..
Demi Agama & negara tercinta..
Erti Qaseh hanya kepada-NYA..

Korban untuk yg d sayangi..
Mewangi budi d hati tiap insani..
Memekar suci d jiwa yg murni..
Ibadah wadah kepada Ilahi..
Memudah tiap perjalanan abadi..
Di negeri ukhrawi yg pasti..

Korban & Pengorbanan diri..
Sesuci hati nurani..
D limpahi barakah ibadah..
Kepada-MU..yaa Allah..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

PELEMBUT KALBU

SUBHANALLAH..sentuhan zikir selembut kalbu.
Menusuk hati..Penenang jiwa..
Meingatkan diri padaMu yang SATU..
Merintih jiwa terasa syahdu..


“Tubna ilaAllah (kita bertaubat pada Allah)”
“Waraja’na ilaAllah (kita kembali pada Allah)”
“Wanadimna a’ala ma faa’lna (kita menyesali dosa-dosa yang pernah di lakukan)”

“Hasbii Rabbii Jallallah (Memadailah bagiku Allah)”
“Maa Fii Qalbii Ghaurullah (tiada di hatiku selain Allah)”
“Nur Muhammad Sollallah (dan Muhammad pesuruh Allah)”


Andai hati berasa gundah..Ingatlah, kita lemah..yang diciptakan sebagai hamba..
Jiwa meronta kembali kepada fitrah..maka bimbinglah ia untuk kembali kepada fitrah..
Iaitu mengakui bahawa ALLAH itu TUHAN kita YANG BERKUASA KE ATAS KITA..

Andai duit engkau risaukan..sudahku sandarkan padaNya
Andai belajar engkau khuatirkan..sudah ku pohon kekuatan & redhaNya..
Andai masalah engkau peningkan..sudah ku sandar air mata & rintihan jiwa padaNya..
Iaitu pada Tuhan yang sentiasa ada bersama kita..

Dugaan itu berat..tapi dugaan itu mengajar kita untuk lebih MENGENALINYA..

Allahu’alam..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

~ TiPs BeRuRuSaN DeNgAn LeLaKi AjNaBi ~

1. Elakkan Berurusan dengan Lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.





2. Kalau terpaksa Contact Orang Lelaki.

Gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar.

Contoh:

=> Maaf, (bukan sorrie..).., Terima kasih (bukan time kaceh)..

=> Lagi satu halnya la buat smiley face ke (^_^).., gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

=> Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat orang pempuan supaya keraskan suara.

Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
“Wahai istri-istri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka jangan lah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik”


Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada istri-istri nabi saja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada istri-istri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai drajat yang sama seperti mereka, drajat wanita-wanita yang bertaqwa dan drajat wanita-wanita yang terpilih. Best kan,..???






3. Tundukkan Hati.

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang (merinding), kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ini tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan lelakki itu, banyak-banyak lah berdoa,

“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”




4. Tundukkan Pandangan.

Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yangg kita belajar kat uni dulu, “ make eye contact with the person you’re talking to ”. bende itu applicable kalau kita berbicara dengan orang yang sama saja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jenis, kita akan mendapati theory “ dari mata turun ke hati ” itu betul. so, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan istri-istri nabi.

Lihat surah al-ahzab ayat 53
“ ….Apabila kamu meminta sesuatu dari istri-astri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.. ”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sekali jaga pandangan (pandangan mata), tutuplah pandangan dengan buku, dengan file atau dengan sapa saja yang boleh membantu kita untuk menutup pandangan kita.

 Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat n isteri-isteri nabi supaya mereka tak kembali(mati) dalam kemungkran kalau kita nak jadi sehebbat mereka,kenalah buat apa yang diorang kena buat.Jangan tunggu  Allah sebut nama kita dalam Al-Qur'an baru nak buat.

=>"Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu… ” Isk2. tak layak nye..





5. Cepatkan Urusan.

Ini mungkin applicable kepada students atau orang yang sudah bekerja yang terpaksa berurusan dengan team mata lelaki. dan tak mungkin juga , dia menjadi team kita. So, apa-apa kerja yang akan dibuat bersama, ya buat sebatas kerja itu saja. takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.





ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Friday, April 15, 2011

SEDARKAH ANDA,KITA BEGINI???

KITA SEBENARNYA..
lebih gembira menyambut 1hb. Januari daripada 1 Muharram.

KITA SEBENARNYA..lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal.

KITA SEBENARNYA..lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat.

KITA SEBENARNYA..lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar azan.

KITA SEBENARNYA..lebih suka lepak, tidur, tengok tv daripada sembahyang.

KITA SEBENARNYA..lebih tahu nama artis-artis kita daripada nama-nama pujaan.

KITA SEBENARNYA..lebih suka menyebut helo atau hai daripada Assalamualaikum.

KITA SEBENARNYA..lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertasbih.

KITA SEBENARNYA..kita sebenarnya lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri.

KITA SEBENARNYA..kita sebenarnya lebih suka membaca majalah daripada buku-buku agama dan al-quran.

KITA SEBENARNYA..lebih suka pergi ke konsert daripada ceramah agama.

KITA SEBENARNYA..lebih suka memaki,mengumpat orang daripada mendoakan dan menasihati mereka.

KITA SEBENARNYA..lebih suka mencarut daripada menyebut MasyaAllah.

KITA SEBENARNYA..lebih suka kemungkaran daripada berbuat kebaikan.

KITA SEBENARNYA..lebih bangga dengan kejahilan kita daripada bersyukur dengankeimanan kita.

KITA SEBENARNYA..lebih cintakan urusan dunia daripada urusan akhirat.

Tapi, bila ada orang tanya arah tujuan kita,
kita lebih suka menjawab..


KITA SEBENARNYA..
lebih suka menuju ke syurga daripada neraka..


Tapi layakkah kita dengan syurga milik Allah s.w.t?

Yang sesungguhnya, akhirat itulah negeri yang kekal. Barang siapa mengerjakan perbuatan jahat, maka ia tidak akan dibalasi melainkan setimpal dengan perbuatan jahat itu. dan barang siapa yang mengerjakan amalan soleh,baik laki-laki mahupun perempuan, sedang ia dalam keadaan beriman,maka mereka akan masuk syurga,mereka diberi rezeki di dalamnya tanpa dihisab.
(surah al-mumin)

"Kesabaran adalah tunjang kekuatan dan kebahagiaan di dunia mahupun akhirat...."


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, April 14, 2011

ALHAMDULILLAH CINTA ###

Bermulanya sebuah kisah pada tanggal 23 Julai 20xx. Sahabat karibku, Muhsin, selamat diijabkabulkan dengan seorang muslimat yang dipadankan oleh murabbiku dan zawjahnya – Ustaz Zikry dan Ustazah Murni.

“Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma filkhair. Semoga Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan,” doaku kepada Muhsin sebaik akad nikah selesai.

“Jazakallahu khair, syeikh!” ucapnya lantas memelukku. Ternyata dia sungguh gembira pada hari itu. Almaklumlah, sudah bergelar suamilah katakan.

“Anta bila lagi nak menyusul ana? Cepat-cepatlah mendirikan rumah tangga,” bisiknya kepadaku dalam pelukan ukhuwah kami.

Aku tidak menjawab. Kubalas dengan senyuman sahaja. Ah, terlalu ramai yang menggalakkan aku agar segera bernikah! Tua sangatkah umurku? 23 tahun... muda lagi. Masih boleh enjoy.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Beberapa bulan selepas itu, Hamdani pula mendirikan rumah tangga. Dia juga sahabat karibku. Nampaknya tinggal aku seorang saja dalam anggota usrahku yang masih solo. Istilah yang kami gunakan ialah KIB – Kelab Ikhwah Bujang.

Doa Buat Pengantin Baru kulafazkan kepada Hamdani, sama seperti yang kuungkapkan kepada sahabat-sahabatku yang lain dalam perkahwinan mereka.

“Nafiz, bila pula giliran anta nak berkahwin? Ayuh, perkara yang baik perlu disegerakan! Bukankah Nabi bersabda bahawa sesiapa yang bernikah beerti dia telah menyempurnakan separuh daripada agama?”

Hadith Tentang Pernikahan“Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

Seperti biasa, aku hanya tersenyum. Bersetuju tidak, membantah pun tidak. Aku sebenarnya takut. Malah belum bersedia untuk menjengah ke alam rumah tangga.

“Nak tunggu kita rasa cukup bersedia untuk bernikah, sampai bila-bila pun kita tak sedia,” ujar Ustaz Zikry ketika aku meluahkan masalahku kepadanya. “Apa yang kita perlu persiapkan ialah keimanan dalam diri kita. InsyaALLAH, kalau kita sudah siap dengan bekalan iman di dada, kita boleh memimpin keluarga di jalan yang diredhaiNYA.”

Aku berfikir dalam-dalam. Kemudian, aku membuat kata putus setelah aku berselawat tiga kali dalam hati.

“Akhi, insyaALLAH ana mohon akhi jadi orang tengah ana. Carikanlah pasangan yang akhi kira cocok buat diri ana yang hina ini.”

“Alhamdulillah! Ana terima lamaran anta untuk menjadi pasangan hidup anta,” jawab Ustaz Zikry.

“Erk?!”

Dia ketawa kecil melihat responku. “Ana gurau sajalah. Ana nak katakan bahawa ana menerima lamaran anta untuk menjadikan ana sebagai orang tengah,” jelasnya sambil menepuk-nepuk bahuku. “InsyaALLAH ana cuba carikan zawjah solehah buat anta.”

“Jazakallahu khair, akhi.”

“Hmm... anta buat keputusan ni, anta tak rasa terpaksakan? Almaklumlah, semua orang asyik bertanya tentang status bujang anta. Ana risau anta buat keputusan ni kerana ingin senangkan hati orang lain. Risau pula kalau anta pula yang berduka hati.” Ustaz Zikry meminta kepastian dariku.

“Ini keputusan ana, akhi. Bukan kerana pujukan atau sebagainya,” jawabku ringkas.

“Anta banyakkanlah solat istikarah. Minta pendapat orang tua. Kemudian, hubungi ana kalau anta benar-benar sedia,” Ustaz Zikry masih merasakan bahawa keputusanku sebentar tadi ialah keputusan terburu-buru.

Mungkin benar katanya. Aku memerlukan beberapa waktu untuk memikirkan soal pernikahan ini. Dalam beberapa hari, kurujuk beberapa maklumat berkaitan tentang perkahwinan. Akhirnya aku menemui sebuah hadith yang kukira menjawab teka-tekiku.

Hadith Tentang Pernikahan 2“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.” (HR. Bukhari)

Sepanjang bekerja di hangar (bengkel pesawat), aku mulai diserang penyakit debaran. Ustaz Zikry telah menjumpai muslimat yang sesuai buatku. Gambarnya telah dikirim, namun kutidak mahu melihat gambar tersebut kerana khuatir fikiranku terganggu. Kualaskan keyakinan kepada ALLAH SWT bahawa orang tengah yang soleh pasti akan menjumpai muslimah solehah buatku. Aku terima dia seadanya kerana apa yang kumahukan ialah Islamnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Majlis walimahku berlangsung secara bersederhana. Kali ini aku pula yang menerima ucapan doa pengantin daripada kawan-kawanku. Usikan-usikan mereka tidak dapat kuelakkan. Aku belum lagi berkesempatan untuk mendekati zawjahku kerana sebaik ijab kabul selesai, disusuli doa kesyukuran, kami berdua terus melayan tetamu. Kami sebenarnya malu antara satu sama lain.

“Najwa Amani, abang suka nama tu. Indah disebut, secantik empunya nama,” pujiku pada malam pertama kami berdua. “Bisikan Rahsia Ketenanganku, maksud nama Aini sungguh mendamaikan.”

“Aini?” ulang zawjahku. Timbul cemburu dalam hatinya apabila aku menyebut nama lain.

 “Najwa sedar diri Najwa bagaimana. Najwa berbadan gempal, tidak secantik muslimat yang lain. Namun, Najwa juga seperti muslimat lain yang disarungi rasa cemburu.”

“Aini cemburu?” tanyaku sambil tersenyum.

“Siapa Aini?” zawjahku bertanya perlahan. Ada getaran sedih di peti suaranya.

“Aini itu gelaran khas abang buat sayang. Kerana sayang ialah ‘mata’ yang membuat abang berasa tenang. Mata yang membuat abang berasa semakin dekat dengan Maha Pencipta.”

“Aini itu... gelaran buat Najwa?” zawjahku mengukir senyumannya. Kembang hatinya apabila aku merungkai misteri di sebalik nama Aini, yakni Mataku.

“Gelaran daripada Pemburu Cinta Ilahi khusus buat zawjah yang membantu abang mencapai matlamat tersebut,” tambahku.

“Abang tidak menyesal kahwin dengan Aini?” zawjahku mulai membahasakan diri dengan nama barunya. Kukuis pipinya kerana bijak mengambil hatiku dengan penerimaan gelaran itu.

“Tiada perkara yang membuat abang menyesal mengahwini Aini.”

“Macam yang Aini cakap sebelum ni. Aini ni tiada potongan badan. Tidak layak untuk abang yang tampan. Aini cuma takut abang mencari pasangan lain selepas ini,” sekali lagi zawjahku memperkecilkan dirinya.
Kuraih tangan zawjahku dan kutekap di dadaku. Kutatap matanya biar getaran kasih kami melantun kuat.

“Ada tiga perkara yang ingin abang sampaikan kepada Aini,” ujarku.

“Pertama, abang tak mahu Aini mengatakan bahawa Aini tidak cantik dan sebagainya. Aini tahu bukan, ALLAH berfirman dalam surah at-Tiin ayat keempat bahawa seindah-indah ciptaan adalah manusia. Oleh itu, kalau Aini mengatakan sesuatu yang memperkecilkan ciptaan ALLAH pada diri Aini, bermaksud Aini memperkecilkan kuasaNYA. Aini cintaku, kamulah wanita tercantik buat abang,” ketika kututurkan ayat itu, mutiara jernih mengalir di pipi zawjahku. "Seindah hiasan duniawi ialah wanita solehah," sambungku lagi.

“Kedua, abang kahwini Aini kerana Islam yang ada pada Aini. Abang tidak pandang yang lain. Bagi abang, jika indah Islam seseorang itu maka indahlah dirinya. Dan sangat beruntung bagi sesiapa yang memilikinya. Sesungguhnya abanglah orang yang paling beruntung sekali kerana dapat mengahwini seorang puteri yang menjaga agamanya,” kemudian ku titipkan sebuah hadith sebagai tazkirah buatnya.

Hadith Tentang Pernikahan 3“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Mendapat keuntunganlah barang siapa yang menikahi perempuan kerana agamanya. Maka anda akan memperoleh keberkatan” (HR. Bukhari dan Muslim)

“Dan yang terakhir, abang ingin memberitahu Aini. Janganlah ditolak akan poligami. Kerana sesungguhnya sesiapa yang menolak poligami, maka dia sebenarnya menggalakkan penzinaan.” Aku berhenti seketika untuk melihat respon zawjahku. “Tetapi, bersyukurlah sayang kepada ALLAH kerana abang berniat untuk bernikah seorang sahaja. Hanya Aini seorang ‘Aini’ buat abang.”

“Demi dzat yang jiwaku dalam genggamanNYA, aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika hilang agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu,” kata-kata Imam Nawawi kulafazkan, kudakap zawjahku penuh kasih.

Akan kujadikan dirinya berasa istimewa. Akan kuhapuskan segala rasa rendah diri yang bertakung dalam dirinya. Aku mahu dia menjadi sayap kiriku yang sentiasa menyokong perjuanganku. Berkatilah kami ya ALLAH. Redhailah percintaan kami!

Ibrah:Duhai srikandi islami, jangan kau risaukan zahiriahmu. Kau tetap menjadi pilihan Perindu Ilahi, selagimana kau menjaga agamamu. Kupinta kepadamu, genggamlah cinta hakikimu seeratnya. Nescaya akan dilimpahiNYA dikau dengan insan assoleh.

Duhai pahlawan deeni, kahwini bidadari yang solehah. Angkatlah mereka sebagai pemilik cinta, selepas Dia dan pesuruhNYA. Jangan kau terpedaya dengan rupa, kerana hanya agama yang boleh membuatmu bahagia.

Duhai kalian berdua, sungguh bahagianya percintaan yang dibina. Namun jangan alpa, DIAlah selayaknya dicintai menjulang tinggi. PesuruhNYAlah juga wajar lebih dicintai, berbanding pasangan kalian. Bercintalah kalian di bawah lembayung kasih dan rahmatNYA.

Alhamdulillah Cinta!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Tuesday, April 12, 2011

BAGAIMANA???

Saya mahu berubah, tapi saya tidak tahu bagaimana....??
'Saya nak berubah jadi baik'
'Saya tahu. Semua orang nak jadi baik'
'Tapi saya tak tahu bagaimana dan dari mana saya harus mula...'
'Dari saat ini. Sekaranglah'.
'Susah'
'Susah kerana kamu tak tahu caranya'
'Habis tu, bagaimana?'

Begini...

Sebab Apa Perlu Berbaik-baik Dengan Allah.Pertama sekali, kita perlu tahu sebab apa kita perlu menjadi manusia yang baik di sisi Allah. Ini ialah perkara yang paling asas, iaitu mengenali siapa itu Allah.

"Aku dah baik. Buktinya, aku selalu bersedekah. Aku selalu beri makan orang miskin. Aku selalu buat rumah terbuka. Pendek kata, aku memang selalu tolong orang tak kiralah dia miskin atau kaya pun. Aku sudah cukup baik".

Syaitan telah berjaya mengelirukan kita. Kita tersalah faham tentang konsep 'baik' itu.
Baik kepada Allah, barulah baik kepada manusia.
Inilah asasnya. Baik dengan manusia telah berjaya kita capai. Dan hasilnya, kita dipuji-puji kerana bantuan dan kebaikan kita. Kerana kita baik dengan manusia, pasti akan ada manusia yang terhutang budi, akan membantu kita apabila kita ditimpa masalah. Itu semasa kita hidup.


Selepas kita mati, lain hal nya. Dimana anak-anak kita? isteri-isteri kita? atau orang-orang yang pernah makan budi kita? Dimana mereka?
Mereka hanya ada saat kita dikuburkan. Selepas itu, mereka pulang. Siapa yang akan membantu kita saat itu?
Tiada sesiapa, selain Allah semata-mata. Maka, percayalah cakap saya. Kita memerlukan Allah. Kita sangat-sangat memerlukan Dia. Kita perlu jadi baik di mata Allah, barulah Allah akan berbaik dengan kita.
Maka, jelas. Kita perlu jadi baik kerana kita mengharapkan Allah. Kita perlu baik kerana kita tidak mahu dimurkai oleh Allah di akhirat kelak.

Tapi bagi layman, susah nak faham kan?
Beginilah. Kita perlu tahu bahawa agama ialah seumpama oksigen. Kita memerlukan ia. Kita boleh memilih untuk bernafas atau tidak, tapi kita tahu kesudahannya. Sama halnya. Kita boleh memilih samada mahu berbaik-baik ataupun menyombong dengan Allah. Tapi, pesan saya, jangan terjerit-jerit pula nanti...

Atas Dasar Apa Kita Perlu Berubah?Saya selalu jumpa, manusia berubah kerana 'semangat'. Maknanya, dia datang surau, belajar agama, tapi tidak ikhlas. Dia datang, kerana ajakan kawan-kawan. Lalu, kerana niat yang 'tidak berapa murni' ini, mereka akan mudah futur, jemu, putus asa dan terus kembali kedalam 'kegelapan'.
Kerana itulah, saya lebih suka jika manusia berubah sedikit demi sedikit. Dan saya juga suka kepada dakwah yang 'slow and steady'. Seorang saudara pernah berkata, 'manusia yang berubah jadi baik sekelip mata, berkemungkinan besar akan berubah menjadi jahat balik dengan sekelip mata juga'.
Saya setuju walaupun bukan 100% kerana terlalu banyak buktinya. Berubahlah kerana Allah.

Pesan Saya.
Saya tidak salahkan anda kerana dosa yang anda lakukan (jika ada). Tapi saya akan salahkan anda, jika anda tiada niat mahu berhenti dan tiada usaha untuk mencapai matlamat berhenti itu. Saya akan sungguh-sungguh salahkan anda!

Berubah jadi baik itu sukar, tidak dinafikan. Tapi kita tetap perlu berubah. Saya sendiri sudah banyak 'dilukakan' kerana mahu 'keluar' dari jalan itu. Tapi percaya cakap saya, ia sangat-sangat berbaloi. Sangat berbaloi untuk 'sakit' sebentar, kerana bahagia yang menanti tidak berpenghujung.

Trust me. Percayalah cakap saya ini.
Kata-kata orang yang paling bijak di dunia ini ialah 'aku mahu berubah'.
Dan kamu pasti akan mendapati saya akan menyokong perubahan kamu, setiap saat.

Kesimpulan
Berubah sikit-sikit. Take time. Jangan lupa kisah pembunuh yang membunuh 100 orang yang mati dalam perjalanan mahu bertaubah lalu masuk syurga. Dia belum bertaubat lagi, cuma sedang berusaha bertaubat dan dia tak sempat pun. Tapi Allah ampunkan dia.

Jika Allah pun ampunkan orang yang berdosa, apa hak saya untuk benci kepada orang yang berdosa.

Saya sayang anda, kerana itulah saya mahu ajak anda semua sama-sama berubah. Kita impikan hidup yang lebih baik. Biar hidup kita tidak mewah, asalkan Allah sayang kita dan manusia beriman sayang kita. Itulah kebahagiaan sebenar...

***Nota Penting!!!Jangan bertangguh-tangguh untuk berubah. Jangan beralasan nak tunggu jadi ikhlas (konon-kononnya), sebab kalau kita nak tunggu ikhlas, sampai mati pun kita tidak akan berubah. Percaya cakap saya. Ikhlas ini hanya akan datang SELEPAS kita berubah. Ikhlas ialah step 2 manakala step 1 ialah berubah. Kita tak akan mampu untuk skip the steps.
Berubah perlu disegerakan.!!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Ya Rabbul I'zzati

"aku bersyukur pada Mu Ya Allah, kerana Engkau beri padau ku kekuatan untuk aku menerusi kehidupan aku pada hari ini....."
Ya Allah " sabbit qulubi `ala dinik " - utuhkanlah hati ku keatas agama Mu



(`'·.¸ (`'·.¸*¤* ¸.·'´) ¸.·'´)
لا إله إلا اللـه محمد رسول اللـه
(¸.·'´ (¸.·'´*¤* `'·.¸) `'·.¸)



tiada tuhan selain Allah, Muhammad pesuruh Allah.....


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz