::-PENCINTA ILMU-::

Thursday, April 14, 2011

ALHAMDULILLAH CINTA ###

Bermulanya sebuah kisah pada tanggal 23 Julai 20xx. Sahabat karibku, Muhsin, selamat diijabkabulkan dengan seorang muslimat yang dipadankan oleh murabbiku dan zawjahnya – Ustaz Zikry dan Ustazah Murni.

Barakallahu lakuma wabaraka ‘alaikuma wajama’a bainakuma filkhair. Semoga Allah memberkati untukmu dan berkat ke atasmu serta mengumpulkan kamu berdua dalam kebajikan,” doaku kepada Muhsin sebaik akad nikah selesai.

Jazakallahu khair, syeikh!” ucapnya lantas memelukku. Ternyata dia sungguh gembira pada hari itu. Almaklumlah, sudah bergelar suamilah katakan.

Anta bila lagi nak menyusul ana? Cepat-cepatlah mendirikan rumah tangga,” bisiknya kepadaku dalam pelukan ukhuwah kami.

Aku tidak menjawab. Kubalas dengan senyuman sahaja. Ah, terlalu ramai yang menggalakkan aku agar segera bernikah! Tua sangatkah umurku? 23 tahun... muda lagi. Masih boleh enjoy.



~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~



Beberapa bulan selepas itu, Hamdani pula mendirikan rumah tangga. Dia juga sahabat karibku. Nampaknya tinggal aku seorang saja dalam anggota usrahku yang masih solo. Istilah yang kami gunakan ialah KIB – Kelab Ikhwah Bujang.

Doa Buat Pengantin Baru kulafazkan kepada Hamdani, sama seperti yang kuungkapkan kepada sahabat-sahabatku yang lain dalam perkahwinan mereka.

“Nafiz, bila pula giliran anta nak berkahwin? Ayuh, perkara yang baik perlu disegerakan! Bukankah Nabi bersabda bahawa sesiapa yang bernikah beerti dia telah menyempurnakan separuh daripada agama?”

Hadith Tentang Pernikahan“Barangsiapa yang berkahwin, maka dia telah melindungi (menguasai) separuh daripada agamanya, kerana itu hendaklah dia bertakwa kepada Allah untuk memelihara yang separuhnya lagi”. (HR. Al Hakim dan Ath-Thahawi)

Seperti biasa, aku hanya tersenyum. Bersetuju tidak, membantah pun tidak. Aku sebenarnya takut. Malah belum bersedia untuk menjengah ke alam rumah tangga.

Nak tunggu kita rasa cukup bersedia untuk bernikah, sampai bila-bila pun kita tak sedia,” ujar Ustaz Zikry ketika aku meluahkan masalahku kepadanya. “Apa yang kita perlu persiapkan ialah keimanan dalam diri kita. InsyaALLAH, kalau kita sudah siap dengan bekalan iman di dada, kita boleh memimpin keluarga di jalan yang diredhaiNYA.”

Aku berfikir dalam-dalam. Kemudian, aku membuat kata putus setelah aku berselawat tiga kali dalam hati.

Akhi, insyaALLAH ana mohon akhi jadi orang tengah ana. Carikanlah pasangan yang akhi kira cocok buat diri ana yang hina ini.”

“Alhamdulillah! Ana terima lamaran anta untuk menjadi pasangan hidup anta,” jawab Ustaz Zikry.

Erk?!”

Dia ketawa kecil melihat responku. “Ana gurau sajalah. Ana nak katakan bahawa ana menerima lamaran anta untuk menjadikan ana sebagai orang tengah,” jelasnya sambil menepuk-nepuk bahuku. “InsyaALLAH ana cuba carikan zawjah solehah buat anta.”

Jazakallahu khair, akhi.”

Hmm... anta buat keputusan ni, anta tak rasa terpaksakan? Almaklumlah, semua orang asyik bertanya tentang status bujang anta. Ana risau anta buat keputusan ni kerana ingin senangkan hati orang lain. Risau pula kalau anta pula yang berduka hati.” Ustaz Zikry meminta kepastian dariku.

Ini keputusan ana, akhi. Bukan kerana pujukan atau sebagainya,” jawabku ringkas.

Anta banyakkanlah solat istikarah. Minta pendapat orang tua. Kemudian, hubungi ana kalau anta benar-benar sedia,” Ustaz Zikry masih merasakan bahawa keputusanku sebentar tadi ialah keputusan terburu-buru.

Mungkin benar katanya. Aku memerlukan beberapa waktu untuk memikirkan soal pernikahan ini. Dalam beberapa hari, kurujuk beberapa maklumat berkaitan tentang perkahwinan. Akhirnya aku menemui sebuah hadith yang kukira menjawab teka-tekiku.

Hadith Tentang Pernikahan 2“Barangsiapa yang telah merasa sanggup (mampu) untuk berumahtangga, maka hendaklah ia bernikah. Sesungguhnya nikah itu lebih melindungi penglihatan dan lebih memelihara kehormatan. Dan sesiapa yang belum sanggup (mampu), hendaklah dia berpuasa, kerana puasa itu dapat mengurangkan nafsu syahwat.” (HR. Bukhari)

Sepanjang bekerja di hangar (bengkel pesawat), aku mulai diserang penyakit debaran. Ustaz Zikry telah menjumpai muslimat yang sesuai buatku. Gambarnya telah dikirim, namun kutidak mahu melihat gambar tersebut kerana khuatir fikiranku terganggu. Kualaskan keyakinan kepada ALLAH SWT bahawa orang tengah yang soleh pasti akan menjumpai muslimah solehah buatku. Aku terima dia seadanya kerana apa yang kumahukan ialah Islamnya.

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~


Majlis walimahku berlangsung secara bersederhana. Kali ini aku pula yang menerima ucapan doa pengantin daripada kawan-kawanku. Usikan-usikan mereka tidak dapat kuelakkan. Aku belum lagi berkesempatan untuk mendekati zawjahku kerana sebaik ijab kabul selesai, disusuli doa kesyukuran, kami berdua terus melayan tetamu. Kami sebenarnya malu antara satu sama lain.

“Najwa Amani, abang suka nama tu. Indah disebut, secantik empunya nama,” pujiku pada malam pertama kami berdua. “Bisikan Rahsia Ketenanganku, maksud nama Aini sungguh mendamaikan.”

Aini?” ulang zawjahku. Timbul cemburu dalam hatinya apabila aku menyebut nama lain.

 “Najwa sedar diri Najwa bagaimana. Najwa berbadan gempal, tidak secantik muslimat yang lain. Namun, Najwa juga seperti muslimat lain yang disarungi rasa cemburu.”

Aini cemburu?” tanyaku sambil tersenyum.

Siapa Aini?” zawjahku bertanya perlahan. Ada getaran sedih di peti suaranya.

“Aini itu gelaran khas abang buat sayang. Kerana sayang ialah ‘mata’ yang membuat abang berasa tenang. Mata yang membuat abang berasa semakin dekat dengan Maha Pencipta.”

“Aini itu... gelaran buat Najwa?” zawjahku mengukir senyumannya. Kembang hatinya apabila aku merungkai misteri di sebalik nama Aini, yakni Mataku.

Gelaran daripada Pemburu Cinta Ilahi khusus buat zawjah yang membantu abang mencapai matlamat tersebut,” tambahku.

“Abang tidak menyesal kahwin dengan Aini?” zawjahku mulai membahasakan diri dengan nama barunya. Kukuis pipinya kerana bijak mengambil hatiku dengan penerimaan gelaran itu.

Tiada perkara yang membuat abang menyesal mengahwini Aini.”

“Macam yang Aini cakap sebelum ni. Aini ni tiada potongan badan. Tidak layak untuk abang yang tampan. Aini cuma takut abang mencari pasangan lain selepas ini,” sekali lagi zawjahku memperkecilkan dirinya.
Kuraih tangan zawjahku dan kutekap di dadaku. Kutatap matanya biar getaran kasih kami melantun kuat.

Ada tiga perkara yang ingin abang sampaikan kepada Aini,” ujarku.

“Pertama, abang tak mahu Aini mengatakan bahawa Aini tidak cantik dan sebagainya. Aini tahu bukan, ALLAH berfirman dalam surah at-Tiin ayat keempat bahawa seindah-indah ciptaan adalah manusia. Oleh itu, kalau Aini mengatakan sesuatu yang memperkecilkan ciptaan ALLAH pada diri Aini, bermaksud Aini memperkecilkan kuasaNYA. Aini cintaku, kamulah wanita tercantik buat abang,” ketika kututurkan ayat itu, mutiara jernih mengalir di pipi zawjahku. "Seindah hiasan duniawi ialah wanita solehah," sambungku lagi.

Kedua, abang kahwini Aini kerana Islam yang ada pada Aini. Abang tidak pandang yang lain. Bagi abang, jika indah Islam seseorang itu maka indahlah dirinya. Dan sangat beruntung bagi sesiapa yang memilikinya. Sesungguhnya abanglah orang yang paling beruntung sekali kerana dapat mengahwini seorang puteri yang menjaga agamanya,” kemudian ku titipkan sebuah hadith sebagai tazkirah buatnya.

Hadith Tentang Pernikahan 3“Perempuan itu dinikahi kerana empat perkara: kerana hartanya, kerana keturunannya, kerana kecantikannya, dan kerana agamanya. Mendapat keuntunganlah barang siapa yang menikahi perempuan kerana agamanya. Maka anda akan memperoleh keberkatan” (HR. Bukhari dan Muslim)

Dan yang terakhir, abang ingin memberitahu Aini. Janganlah ditolak akan poligami. Kerana sesungguhnya sesiapa yang menolak poligami, maka dia sebenarnya menggalakkan penzinaan.” Aku berhenti seketika untuk melihat respon zawjahku. “Tetapi, bersyukurlah sayang kepada ALLAH kerana abang berniat untuk bernikah seorang sahaja. Hanya Aini seorang ‘Aini’ buat abang.”

Demi dzat yang jiwaku dalam genggamanNYA, aku mencintaimu kerana agama yang ada padamu. Jika hilang agama dalam dirimu, maka hilanglah cintaku kepadamu,” kata-kata Imam Nawawi kulafazkan, kudakap zawjahku penuh kasih.

Akan kujadikan dirinya berasa istimewa. Akan kuhapuskan segala rasa rendah diri yang bertakung dalam dirinya. Aku mahu dia menjadi sayap kiriku yang sentiasa menyokong perjuanganku. Berkatilah kami ya ALLAH. Redhailah percintaan kami!

Ibrah:Duhai srikandi islami, jangan kau risaukan zahiriahmu. Kau tetap menjadi pilihan Perindu Ilahi, selagimana kau menjaga agamamu. Kupinta kepadamu, genggamlah cinta hakikimu seeratnya. Nescaya akan dilimpahiNYA dikau dengan insan assoleh.

Duhai pahlawan deeni, kahwini bidadari yang solehah. Angkatlah mereka sebagai pemilik cinta, selepas Dia dan pesuruhNYA. Jangan kau terpedaya dengan rupa, kerana hanya agama yang boleh membuatmu bahagia.

Duhai kalian berdua, sungguh bahagianya percintaan yang dibina. Namun jangan alpa, DIAlah selayaknya dicintai menjulang tinggi. PesuruhNYAlah juga wajar lebih dicintai, berbanding pasangan kalian. Bercintalah kalian di bawah lembayung kasih dan rahmatNYA.

Alhamdulillah Cinta!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz