::-PENCINTA ILMU-::

Saturday, April 16, 2011

✿ SEKADAR RENUNGAN BERSAMA ✿

*:.☆˙·٠•●♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥ muhasabah diri ♥ ✿ (❤◕‿◕❤) ✿`*:.☆˙·٠•●Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄ƷƸ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ ♥●.

 

✿Betapanya malu apabila

Bayangkan Rasullulah tiba-tiba mengetuk pintu rumah kita... baginda datang dengan tersenyum dan muka bersih di muka pintu rumah kita,

 

...
✿Apa yang Kita Lakukan ??

Mestinya kita akn sangat berbahagia memeluk baginda erat2 lantas mempersilakn baginda masuk ke ruang tamu kita.

 

✿Baginda tentu Tersenyum

Tapi mungkin kita meminta Rasullulah tunggu sebentar di hadapan pintu kerana teringtkan VCD rated XXX yang ad di dalam ruang tamu dan segera memindahkan dahulu VCD itu ke dalam

 

✿Baginda tentu Tetap Tersenyum

Atau kita ingat lukisan wanita setengah... yang kita pasang di ruang tamu kita, sehingga kita terpaksa sembunyikannya dengan tergesa-gesa. Barangkali kita memindahkan lafaz Allah dan Muhammad yang berhabuk ke ruang tamu kita.

 

✿Baginda tentu tetap tersenyum

Bagaimana Rasullulah bersatuju menginap di rumah kita?? Barangkali kita teringat akan keluarga kita yang lebh arif lagu-lagu barat daripada selawat dan zikir. Kita tentu malu memikirkan keluarga kita yang tidak mengetahui sirah Rasullulah kerana kelalaian kita mengajar mereka.

 

✿Baginda tentu tetap tersenyum

Barangkali kita lebih malu apabila keluarga apabila kita tidak mengetahui walau satu pun satu nama ahli keluarga Rasullulah, tetapi lebih hafal nama artis dan watak-watak kartun. Barangkali kita terpaksa menukar sebuah kamar mnjadi sebuah ruangan solat. Barangkali kita teringat bahawa keluarga kita tidak mempunyai koleksi pakaian yang sesuai untuk berhadapan dengan Rasulullah SAW.

 

✿Baginda tentu tetap tersenyum

Belum lagi buku-buku dan kaset-kaset kita dan anak-anak kita. Belum lagi koleksi karaoke kita. Ke mana harus kita singkirkan semua itu demi menghormati junjungan kita. Barangkali kita akan maludiketahui junjungan kita bahawa kita tidak pernah ke masjid meskipun azan berbunyi. Barangkali kit akan malu pada saat magrib kita masih lagi sibuk dengan tv. Barangkali kita merasa malu kerana keluarga kita tidak pernah menjalankan solat sunat. Barangkali kita merasa malu kerana keluaraga kita jarang sangat membaca al-Quran. Barangkali kita mnjadi malu kerana kita tidak mengenali jiran-jiran kita.....


maafkan kami Ya Rasullulah.. 
Masihkah baginda tersenyum???
Senyuman pedih,pilu, getir... 
Oh ! betapa memalukan kehidupan pada saat ini dimata Rasullulah.

 

SUMBER :Majalah Pearl of Waqafan 2003


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz