::-PENCINTA ILMU-::

Saturday, April 16, 2011

~ TiPs BeRuRuSaN DeNgAn LeLaKi AjNaBi ~

1. Elakkan Berurusan dengan Lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.





2. Kalau terpaksa Contact Orang Lelaki.

Gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil. Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar.

Contoh:

=> Maaf, (bukan sorrie..).., Terima kasih (bukan time kaceh)..

=> Lagi satu halnya la buat smiley face ke (^_^).., gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.

=> Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki. Sampai Allah pun kena sound kat orang pempuan supaya keraskan suara.

Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
“Wahai istri-istri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka jangan lah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik”


Kalau rasa ayat ni ditujukan kepada istri-istri nabi saja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya. Apabila arahan ini diberi kepada istri-istri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai drajat yang sama seperti mereka, drajat wanita-wanita yang bertaqwa dan drajat wanita-wanita yang terpilih. Best kan,..???






3. Tundukkan Hati.

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang (merinding), kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki ini tertarik kepada kita. Waktu berdepan dengan lelakki itu, banyak-banyak lah berdoa,

“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”




4. Tundukkan Pandangan.

Jangan tertipu dengan matapelajaran communication skills yangg kita belajar kat uni dulu, “ make eye contact with the person you’re talking to ”. bende itu applicable kalau kita berbicara dengan orang yang sama saja. Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jenis, kita akan mendapati theory dari mata turun ke hatiitu betul. so, be careful dengan pandangan mata. Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan istri-istri nabi.

Lihat surah al-ahzab ayat 53
“ ….Apabila kamu meminta sesuatu dari istri-astri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka.. ”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sekali jaga pandangan (pandangan mata), tutuplah pandangan dengan buku, dengan file atau dengan sapa saja yang boleh membantu kita untuk menutup pandangan kita.

 Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat n isteri-isteri nabi supaya mereka tak kembali(mati) dalam kemungkran kalau kita nak jadi sehebbat mereka,kenalah buat apa yang diorang kena buat.Jangan tunggu  Allah sebut nama kita dalam Al-Qur'an baru nak buat.

=>"Wahai Cik Ain.. taatilah suamimu… ” Isk2. tak layak nye..





5. Cepatkan Urusan.

Ini mungkin applicable kepada students atau orang yang sudah bekerja yang terpaksa berurusan dengan team mata lelaki. dan tak mungkin juga , dia menjadi team kita. So, apa-apa kerja yang akan dibuat bersama, ya buat sebatas kerja itu saja. takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu tak perlu. Siapkan keje cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yg proper dan berurusanlah secara professional.





ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz