::-PENCINTA ILMU-::

Friday, September 30, 2011

Tanda Keterikatan Hati.

Suatu hari ketika datang seorang adik bimbingan Fudhla..

‘’kak Fudhla, kenapa hari nie Maryam nampak kak Fudhla lalai?’’

Wajah Maryam Serius. Terkejut Fudhla! Selalunya Fudhla yang akan menasihati adik-adik. Hari ni dia menerima pula teguran dari seorang adik. Fikirannya cuba mengingati, apa yang telah dia lakukan..banyak cakap ke? Tak buat tugasan asrama ke?

 ''Apa yang kak Fudhla dah buat?''

Segera Fudhla bertanya,

‘’Hari ni Maryam tengok kak Fudhla tak buat solat sunat pun!’’
Kata si adik ..Fudhla cuba mengingati.. Ya! benar tegurannya itu.

'Ish! Adik-adik ni selalu nampak je apa yang aku buat' bicara hati Fudhla.

Rasa malu pula bila di tegur. Malu lagi dengan Allah kerana telah melalaikan salah satu anak tangga menuju Mahabbatullah.

Fudhla tersedar, kehidupan di asrama membuatkan kakak-kakak sering menjadi perhatian dan contoh buat adik-adik.. tetapi ada sesuatu yang menghairankan Fudhla..

 ‘’Terima kasih ye Maryam sebab tegur kak Fudhla, tapi kak Fudhla nak tahu sesuatu, kenapa Maryam tegur kak Fudhla tapi Maryam sendiri pun tak buat solat sunat tu?’’
Fudhla bertanya dengan nada gurau..
 

‘’saya kecik lagi!’’
Maryam menjawab dengan penuh keyakinan tanpa ada rasa sedikit pun curiga. Wajah keanak-anakannya semakin menyerlah. Jawapannya benar-benar mengusik jiwa dan perasaan Fudhla. Fudhla tersenyum.

 ''ada-ada je Maryam ni!''
Rasa lucu pulak. Dalam tegurannya ada hiburan yang menyenangkan. Namun jauh di sudut hati, Fudhla menyedari teguran itu satu muhasabah untuk dirinya. Tarbiyah daripada Allah.



Malam itu sebelum tidur Fudhla sempat membuka buku 'Jalan ke Hati'- Abbas As-Saisi:
'' Kasih sayang dan saling mencintai hanya kerana Allah adaalah jalan yang paling mudah meresap ke dalam hati.''
Subhanallah!

'Patut la Maryam sangat berani menegurku, dia yakin aku tak akan marah dia. Dia juga tahu aku menyayanginya dan dia juga menyayangiku krn Allah'

bicara Fudhla sendiri.

Benar! Kebanyakan para daie selalu salah cara untuk menegur kesilapan seseorang.

Saya berkongsi rahsianya! Seseorang yang mencintai, amat mudah ia menerima dari yang di cintainya.

Jadi, mulakan dengan sentuhan hati iaitu 'kasih sayang'. Ketika si dia telah tertaut hati, barulah memulakan tarbiyah, membetulkan apa yang salah.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz