'mengapa air mataku selalu mengalir kerana manusia?'soalku.
'senyap daripada hatiku,tiada balasan..
aku termenung seketika.
Betapa ruginya! Air mataku yang sering mengalir..
Tapi,semuanya sia-sia kerana semuanya bukan kerana Allah..
Seringkali aku menangis kerana kawan-kawanku yang sering menyakitkan hatiku..
Aku menangis lagi kerana aku selalu rasa keseorangan,tiada teman..aku menangis lagi kerana banyak masalah yang menimpa-nimpa kehidupanku..
Aku menangis lagi tapi aku tak tahu apa punca kesedihan hatiku..
Aku menangis lagi..
Aku menangis lagi...
Lalu,aku memerhati sekelilingku..
Di sini aku menuntut ilmu..
Di sini aku belajar berdikari..
Di sini aku terdidik dengan serba kekurangan..
Di sini halaqoh kami di adakan..
Di sini aku selalu solat berjemaah..
Di sini aku pernah di nasihati..
Di sini aku mengenal Allah..
Di sini aku jatuh cinta pada tarbiyah islamiyah..
Di sini, aku dibentuk peribadi..
Di sini juga, aku merasa bangga menjadi anak didikan Islam..
Aku tiba-tiba tersenyum ..
‘Banyaknya nikmat Allah buatku..
Tapi aku sering lupa untuk bersyukur..
Malunya aku pada Allah’
Aku mula bermuhasabah diri,betapa semua makhluk-makhluk Allah di bumi..di langit dan yang ada di antara keduanya tidak pernah putus-putus memuji Allah.,
Mereka tidak pernah terlalai walaupun seketika..
Mereka sentiasa patuh akan perintah-Nya..
SUBHANALLAH...
Bagaimana pula aku?
Aku manusia yang selalu lalai mengingati-Mu..
Air mataku mengalir lagi..
Tiba-tiba aku tersenyum kerana aku yakin, air mata yang menggalir ini adalah kerana-Mu.
'Ingatlah Aku,Aku akan mengingatimu,bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu kufur kepada-Ku'
- 2: 152-
Mengapa aku tidak pernah mengadu pada Allah??..
Sedangkan Dia paling memahami..
Dia Maha Mengetahui walaupun apa yang terlintas di hati..
Sering kali aku mengadu pada kawan-kawanku tetapi aku tidak juga menemui penyelesaian malah, bertambah-tambah kesedihan di hatiku..
Aku menangis dan terus menangis..
Tanpa aku meletakkan pergantungan hatiku pada-Mu..
Aku lupa bahawa aku ada-Mu..
‘Ya Allaaah...’ keluh hati kecilku.
Ya! baru aku sedari..
Andai jiwaku tidak disuburkan dengan ingatan kepadaNya yang disertai tangisan kerana takut kepadaNya,harap kepada-Nya,cinta kepada-Nya ,maka akan terus keringlah hatiku...
’Wahai hati,menangislah engkau kerana-Nya! ‘bisik hatiku
No comments:
Post a Comment