::-PENCINTA ILMU-::

Friday, September 30, 2011

Tanda Keterikatan Hati.

Suatu hari ketika datang seorang adik bimbingan Fudhla..

‘’kak Fudhla, kenapa hari nie Maryam nampak kak Fudhla lalai?’’

Wajah Maryam Serius. Terkejut Fudhla! Selalunya Fudhla yang akan menasihati adik-adik. Hari ni dia menerima pula teguran dari seorang adik. Fikirannya cuba mengingati, apa yang telah dia lakukan..banyak cakap ke? Tak buat tugasan asrama ke?

 ''Apa yang kak Fudhla dah buat?''

Segera Fudhla bertanya,

‘’Hari ni Maryam tengok kak Fudhla tak buat solat sunat pun!’’
Kata si adik ..Fudhla cuba mengingati.. Ya! benar tegurannya itu.

'Ish! Adik-adik ni selalu nampak je apa yang aku buat' bicara hati Fudhla.

Rasa malu pula bila di tegur. Malu lagi dengan Allah kerana telah melalaikan salah satu anak tangga menuju Mahabbatullah.

Fudhla tersedar, kehidupan di asrama membuatkan kakak-kakak sering menjadi perhatian dan contoh buat adik-adik.. tetapi ada sesuatu yang menghairankan Fudhla..

 ‘’Terima kasih ye Maryam sebab tegur kak Fudhla, tapi kak Fudhla nak tahu sesuatu, kenapa Maryam tegur kak Fudhla tapi Maryam sendiri pun tak buat solat sunat tu?’’
Fudhla bertanya dengan nada gurau..
 

‘’saya kecik lagi!’’
Maryam menjawab dengan penuh keyakinan tanpa ada rasa sedikit pun curiga. Wajah keanak-anakannya semakin menyerlah. Jawapannya benar-benar mengusik jiwa dan perasaan Fudhla. Fudhla tersenyum.

 ''ada-ada je Maryam ni!''
Rasa lucu pulak. Dalam tegurannya ada hiburan yang menyenangkan. Namun jauh di sudut hati, Fudhla menyedari teguran itu satu muhasabah untuk dirinya. Tarbiyah daripada Allah.



Malam itu sebelum tidur Fudhla sempat membuka buku 'Jalan ke Hati'- Abbas As-Saisi:
'' Kasih sayang dan saling mencintai hanya kerana Allah adaalah jalan yang paling mudah meresap ke dalam hati.''
Subhanallah!

'Patut la Maryam sangat berani menegurku, dia yakin aku tak akan marah dia. Dia juga tahu aku menyayanginya dan dia juga menyayangiku krn Allah'

bicara Fudhla sendiri.

Benar! Kebanyakan para daie selalu salah cara untuk menegur kesilapan seseorang.

Saya berkongsi rahsianya! Seseorang yang mencintai, amat mudah ia menerima dari yang di cintainya.

Jadi, mulakan dengan sentuhan hati iaitu 'kasih sayang'. Ketika si dia telah tertaut hati, barulah memulakan tarbiyah, membetulkan apa yang salah.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Air Mata Keinsafan

Petang Khamis itu,selepas solat asar berjemaah seperti kebiasaannya jika diberikan kelapangan,kami mengadakan bulatan halaqoh kecil bersama Murabbiah;pengisian hati .Saat itu,hatiku menjadi sayu.Fikiranku memikirkan sesuatu..

'mengapa air mataku selalu mengalir kerana manusia?'soalku.

'senyap daripada hatiku,tiada balasan..

aku termenung seketika.

Betapa ruginya! Air mataku yang sering mengalir..

Tapi,semuanya sia-sia kerana semuanya bukan kerana Allah..

Seringkali aku menangis kerana kawan-kawanku yang sering menyakitkan hatiku..

Aku menangis lagi kerana aku selalu rasa keseorangan,tiada teman..aku menangis lagi kerana banyak masalah yang menimpa-nimpa kehidupanku..

Aku menangis lagi tapi aku tak tahu apa punca kesedihan hatiku..

Aku menangis lagi..
Aku menangis lagi...

Lalu,aku memerhati sekelilingku..

Di sini aku menuntut ilmu..
Di sini aku belajar berdikari..
Di sini aku terdidik dengan serba kekurangan..

Di sini halaqoh kami di adakan..
Di sini aku selalu solat berjemaah..
Di sini aku pernah di nasihati..

Di sini aku mengenal Allah..
Di sini aku jatuh cinta pada tarbiyah islamiyah..

Di sini, aku dibentuk peribadi..
Di sini juga, aku merasa bangga menjadi anak didikan Islam..

Aku tiba-tiba tersenyum ..

‘Banyaknya nikmat Allah buatku..

Tapi aku sering lupa untuk bersyukur..

Malunya aku pada Allah’

Aku mula bermuhasabah diri,betapa semua makhluk-makhluk Allah di bumi..di langit dan yang ada di antara keduanya tidak pernah putus-putus memuji Allah.,

Mereka tidak pernah terlalai walaupun seketika..
Mereka sentiasa patuh akan perintah-Nya..

SUBHANALLAH...

Bagaimana pula aku?

Aku manusia yang selalu lalai mengingati-Mu..

Air mataku mengalir lagi..

Tiba-tiba aku tersenyum kerana aku yakin, air mata yang menggalir ini adalah kerana-Mu.

'Ingatlah Aku,Aku akan mengingatimu,bersyukurlah kepada-Ku dan janganlah kamu kufur kepada-Ku'
- 2: 152-

Sebak dadaku,kalamullah yang penuh mesra lagi menghiburkan hatiku..

Mengapa aku tidak pernah mengadu pada Allah??..
Sedangkan Dia paling memahami..
Dia Maha Mengetahui walaupun apa yang terlintas di hati..

Sering kali aku mengadu pada kawan-kawanku tetapi aku tidak juga menemui penyelesaian malah, bertambah-tambah kesedihan di hatiku..

Aku menangis dan terus menangis..
Tanpa aku meletakkan pergantungan hatiku pada-Mu..
Aku lupa bahawa aku ada-Mu..



‘Ya Allaaah...’ keluh hati kecilku.

Ya! baru aku sedari..
Andai jiwaku tidak disuburkan dengan ingatan kepadaNya yang disertai tangisan kerana takut kepadaNya,harap kepada-Nya,cinta kepada-Nya ,maka akan terus keringlah hatiku...

’Wahai hati,menangislah engkau kerana-Nya! ‘bisik hatiku


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Wahai Lelaki..

Di akhirat nanti ada 4 golongan lelaki yang akan ditarik
masuk ke neraka oleh wani...ta. Lelaki itu adalah mereka
yang tidak memberikan hak kepada wanita dan tidak menjaga
amanah itu.

Mereka ialah:
1. Ayahnya
Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak mempedulikan anak2 perempuannya didunia. Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat,mengaji dan sebagainya Dia membiarkan anak2 perempuannya tidak menutup aurat. Tidak cukup kalau dgn hanya memberi kemewahan dunia sahaja. Maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar ayah, bagaimanakah hal keadaan anak perempuanmu sekarang?. Adakah kau mengajarnya bersolat & saum?..menutup aurat?.. pengetahuan agama?.. Jika tidak cukup salah satunya, maka bersedialah untuk menjadi bahan bakar neraka jahannam.)

2. Suaminya
Apabila si suami tidak mempedulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul! bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram. Apabila suami mendiam diri walaupun seorang yang alim dimana solatnya tidak pernah bertangguh, saumnya tidak tinggal, maka dia akan turut ditarik oleh isterinya bersama-sama ke dalam neraka.

(p/s; Duhai lelaki yang bergelar suami, bagaimanakah hal keadaan isteri tercintamu sekarang?. Dimanakah dia? Bagaimana akhlaknya? Jika tidak kau menjaganya mengikut ketetapan syari'at, maka terimalah hakikat yang kau akan sehidup semati bersamanya di 'taman' neraka sana .)

3. Abang-abangnya
Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya dan saudara lelakinya. Jikalau mereka hanya mementingkan keluarganya sahaja dan adiknya dibiar melencong dari ajaran Islam,tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

(p/s; Duhai lelaki yang mempunyai adik perempuan, jangan hanya menjaga amalmu, dan jangan ingat kau terlepas... kau juga akan dipertanggungjawabkan diakhirat kelak...jika membiarkan adikmu bergelumang dgn maksiat... dan tidak menutup aurat.)

4. Anak2 lelakinya
Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram disisi Islam. bila ibu membuat kemungkaran mengumpat, memfitnah, mengata dan sebagainya...maka anak itu akan disoal dan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak....dan nantikan tarikan ibunya ke neraka.

(p/s; Duhai anak2 lelaki.... sayangilah ibumu.... nasihatilah dia jika tersalah atau terlupa.... kerana ibu juga insan biasa... tak lepas dari melakukan dosa... selamatkanlah dia dari menjadi 'kayu api' neraka....jika tidak, kau juga akan ditarik menjadi penemannya.)


Lihatlah.....
betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah diakhirat pun tarikannya begitu hebat. Maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka.
Firman Allah S.W.T;
"Hai anak Adam, peliharalah diri kamu serta ahlimu dari api neraka dimana bahan bakarnya ialah manusia, jin dan batu-batu...."..!!!!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Monday, September 26, 2011

ANTARA TANGGUNGJAWAB DAN AMANAH MANUSIA

"Tangungjawab yang ada lebih banyak dari masa yang ada" Ungkapan yang diucapkan As-Syahid Imam Hasan Al-Banna di atas jelas menggambarkan begitu beratnya amanah dan tangungjawab yang terpikul dibahu kita dalam konteks mahasiswa. Antara tangunggjawab dan amanah.

Dua konatasi yang tidak jauh perbezaan serta tidak terlihat apakah sebenarnya kontradaksi antara keduanya. Mahasiswa adalah golongan yang paling bernilai kepada negara. Golongan yang begitu penting kepada agama dan masyarakat.


Mahasiswa adalah begitu sinonim dengan pemuda. Pemuda itu gagah tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu intelek pemikiranya, teguh idealismanya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu tenaganya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu kuat inginnya begitu juga mahasiswa. Pemuda itu jelas matlamatnya begitu juga mahasiswa Jelas disini begitu pentingnya golongan mahasiswa.

"Sesungguhnya mereka itu orang-orang muda yang beriman kepada Tuhan mereka, dan Kami tambahi mereka dengan hidayah petunjuk" Al-Kahfi:13

Impian dan cita-cita akan berjaya dengan wujudnya keyakinan yang kuat, wujudnya keikhlasan, semangat yang sentiasa membara bersamanya serta sedia bekorban dan berusaha untuk merealisasikanya.

As-Syahid Imam Hasan Al-Banna menyatakan terdapat empat asas penting kepada mahasiswa iaitu:

a)     
Keimanan
b)      Keikhlasan
c)      Semangat
d)      Usaha

Asas keimanan ialah hati yang bersih, asas keikhlasan ialah jiwa yang suci, asas semangat ialah keinginan yang kuat, asas usaha ialah keazaman yang membara. Semua sifat ini ada sifat yang wajib ada kepada mahasiswa. Atas dasar ini dapat dilihat betapa peri pentingnya pemuda sebagai golongang yang tinggi idealisma dan aktivisima berperanan penting dalam perubahan kepada masyarakat khususnya dalam konteks universiti yang tercinta ini.
 
Kecintaan mahasiswa kepada Ilmu
Antara amanah dan tanggungjawab. Dengan hasrat memajukan agama dan bangsa. Dalam kita melaung-laungkan kemajuan dari sudut fizikal, material dan yang penting yakni akal budi.

Rupanya kita ini jauh benar ketinggalannya. Meskipun pesatnya dibina universiti, kolej universiti dan kolej-kolej. Namun masyarakat mahasiswa adalah gagal membudayakan kecintaan kepada ilmu. Jelas dalam wilayah autoriti kita sejauh mana mahasiswa membudayakan amalan membaca sebagai sahabat akrab.

Seorang sarjana futuris ,Tofler (powershift -1991) telah turut mengakui bahawa penguasaan ilmu dan maklumat adalah satu-satunya senjata dekad ini yang akan mendominasikan pengusaan mana – mana masyarakat tamadun. Keupayaan mengekplositasi dan penguasaan maklumat akan menentukan keunggulan dalam menguasai kuasa politik, ekonomi, kewangan, militari dan segenap bidang dalam kehidupan manusiasejagat ini.

Penguasaan ilmu dan maklumat menjadi lebih penting kepada masyarakat amnya dan mahasiswa khususnya ketika era ini yang dicengkam dengan arus sejagat atau apa yang di sebut globalisasi.

Dalam arus globalisasi ini di mana kapitalisma mencengkam dunia adalah kita melihat bagaimana yang kaya akan mengusai si miskin, bahkan yang lebih kaya akan membaham yang kaya. Yang laju akan meninggalkan yang perlahan. Yang lebih laju akan lantas merempuh apa sahaja yang di hadapan.

Jelas di sini mahasiswa perlu sedar, mahasiswa perlu mempersiapkan diri dengan kantungan ilmu yang penuh di dada. Mahasiswa perlu bangun tidak lagi alpa. Sangat sedih apabila semangat juang makin pudar dalam jiwa mahasiswa. Tidak kedengaran nada-nada pengharapan kepada mahasiswa daripada masyarakat.

Andai dahulunya mahasiswa ini adalah agen perubah masyarakat kini tidak lagi. Masyarakat sangat hampa pada kita. Kedangkalan dan kegagalan kita dalam mengusai ilmu sangat menyedihkan. Universiti sebagai pusat kecermerlangan ilmu tidak lagi dapat dimanafaatkan oleh mahasiswa.
 
Keutamaan Mahasiswa
Umat diluar sana sedang diserang musuh, umat disana sedang dilanggar musuh. Mengapa kita mahasiswa masih leka dan alpa dengan pesona kelalaian. Akedemi fantasia, Malaysian idol dan beberapa program lain yang sejelek dengannya menjadi kegilaan muda-mudi masa kini.

Terjebak dengan kancah kegilaan ini juga adalah mahasiswa yang kononnya mendabik dada sebagai golongan yang sebenarnya kulit tanpa isi, kulit berisi hampas. Tanpa kita sedar bahawa gejala hendonisme ini adalah bukan menyuburkan kejernihan intelektualisma tetapi terus menyuburkan gejala kebodohan.

Mahukah nilai begini yuang terus dilabelkan pada mahasiswa?. Hanya mahasiswa sendiri yang akan dapat mengubah persepsi yang jelas negatif ini. Ayuh mahasiswa, bangun dan bersemangatlah. Mari kita kembalikan budaya kecintaan kepada ilmu.

Mari kita sepadukan kecintaan total dan keutamaan yang utama kepada penguasaan ilmu. Seiring hasrat membangunkan negara. Dari segi material dan pembangunan insan. Hanya ilmu adalah senjata yang paling ampuh untuk membela agama, bangsa dan negara Malaysia yang tercinta ini. Jangan dibiarkan negara ini dijajah sekali lagi. Atas dasar kedaifan kita dalam penguasaan ilmu.

Keutamaan penguasaan ilmu tidak dapat dinafikan peri pentingnya. Acapakali kita mendengar betapa pentingnya ilmu. Dengan keilmuan kita dapat merubah segala. Sehingganya surah pertama juga adalah bermula dengan "Bacalah".
 
Angin perubahan
Marilah kita berubah. Kita perlu berubah untuk merubah. Jangan lagi kita memperbiarkan nama-nama kita terus di conteng-conteng, di carik-carik lagi. Di samping perjuang terus di semarakkan.

Keutamaan kecintaan ilmu jangan diletakkan di kesampingan. Dengan pengusaan ilmu, kita akan lebih dinamik, progresif dan proaktif serta responsif dengan keadaan semasa. Jangan ditunggu esok.

Bermulalah hari ini. Umat di luar sana menangis melihat kecurangan kita membelakangkan tanggung jawab kita sebagai mahasiswa dan kealpaan dan kelalaian kita sebagai menjalankan amanah sebagai hamba Tuhan.
 
-Artikel iluvislam.com


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Cerpen : Bersabarlah Duhai Ukhti

Khas buat semua akhwat-akhwat dakwah.
________________________________________________________________________________



"Syikin, mak dah tak tahan. Sampai bila kau nak jadi macam ni. Tebal muka mak tolak setiap orang yang datang."
"Belum jodoh mak. Nak buat macam mana."


"Belum jodoh apanya. Kau yang tolak mereka semua."


Wajah mulusnya tertunduk sepi. Sedaya upaya wajahnya diusahakan supaya tenang. Namun di hatinya hanya Allah yang tahu. Malam itu dia menangis sendirian. Tak sanggup rasanya hendak menahan desakan keluarga agar menerima sahaja pinangan mereka yang datang. Namun dia ada pertimbangannya sendiri. Bukan dirinya tidak mahu menikah. Tetapi seperti yang sentiasa disampaikan olehnya, belum jodoh.


Syikin cantik, sopan, akhlaknya baik. Gadis desa berpendikan tinggi yang menjadi tambatan hati jejaka-jejaka yang mengenalinya. Cuma masalahnya..


"Kalau cantik tapi tak kahwin-kahwin juga, andartulah kau nanti!"


**********************************************************************************


Malam itu sudah kesekian kalinya dia menangis. Terasa sungguh beratnya hendak menghadapi desakan keluarganya. Mahu sahaja dia mengalah. Pernah sahaja dirasakannya bahawa Allah tidak lagi mahu membantunya, namun dibuang jauh-jauh perasaannya itu. Teringat dia akan perbualannya dengan teman karibnya, Fasihah.

"Fasihah, ana dah tak tahan lagi. Semalam ada lagi orang masuk meminang. Keluarga ana asyik-asyik suruh ana segera menikah. Tak tahu sampai bila ana harus bertahan."

"Syikin ukhtiku, bersabarlah. Allah bersama dengan orang-orang yang sabar,kan?"

"Memanglah, tapi sampai bila? Mana ikhwah-ikhwah kita? Kenapa bukan mereka yang masuk meminang?"

"Syikin, sabar. Masanya masih belum tiba Syikin. Ana yakin ikhwah-ikhwah kita juga sedang berusaha sedaya-upaya mereka. Realiti masyarakat di Malaysia ini, menikah awal itu suatu yang agak 'luar biasa' bagi mereka. Ana yakin, itulah yang menghambat kebanyakan daripada ikhwah-ikhwah kita. Bukannya mereka tidak berusaha."

"Kenapa kita kena susah-susah tunggu ikhwah-ikhwah kita juga? Ramai juga calon lain yang soleh, kenapa mesti mereka?"

"Ukhti, apa tujuan hidup kita?"

"Tentulah mengabdi kepada Allah."


"Dan enti tahu, untuk beristiqomah di atas jalan pengabdian kepada Allah itu, tidak mudah. Banyak ranjau dan durinya. Sebab itu kita perlu bersedia dengan persiapan yang terbaik. Dan kita bukan pengabdi semata-mata, kita da'i. Pengislah ummat. Mengabdi kepada Allah dan mendakwahi ummat ke jalan Allah. Kerana kita ummat Nabi Muhammad.


 Katakanlah: "Inilah jalan (agama) ku, aku dan orang-orang yang mengikutiku mengajak (kamu) kepada Allah dengan hujjah yang nyata, Maha Suci Allah, dan aku tiada termasuk orang-orang yang musyrik."
[Q.S. Yusuf, 12:108]


"Untuk kekal berada dalam jalan ini sekarang, ketika kita bersendirian, yang perlu kita hadapi adalah diri kita sendiri. Namun selepas pernikahan, keputusan kita tidak lagi bersendirian. Suami kita nanti sangat akan mendominasi keputusan- keputusan kita. Jika suami kita nanti bukan seorang yang faham akan dasar-dasar perjuangan kita, sudah pasti usaha untuk kita terus bertahan akan menjadi semakin sukar."


Dia terdiam. Syikin atau nama sebenarnya Nurul Asyikin Abdullah, bukannya tidak tahu akan hakikat itu. Cuma fikirannya terganggu menyebabkan diluahkan segala permasalahannya itu kepada akhwat yang sangat dekat kepadanya. Fasihah juga sangat memahami. Tidak perlu diterangkan, ukhuwah yang terbina telah menjelaskan sedari mula. Tekanan perasaan dan masalah dalaman manusia mampu dikurangkan malah diselesaikan dengan berkongsi mengenainya.


**********************************************************************************


Malam itu dia kembali menghubungi akhwatnya itu.


"Assalamu'alaikum. Fasihah Fathiyyah binti Kamaruddin ada?"

"Wa'alaikumussalam Warahmatullah. Tak pernah-pernah ada orang telefon ana sebut nama penuh."

"Heh, saja, nak mengusik akhwat tercinta."

"Yelah tu. Dari suara enti ana dah dapat rasa ada sesuatu yang enti fikirkan. Ada apa Nurul Asyikin binti Abdullah? Ayyu musykilah ya ukhti el kareemah?"

Lalu dikongsikannya hal yang baru dihadapinya. Dan seperti biasa juga, Fasihah akan setia mendengar dan menghibur serta menenangkannya.

"Entahlah. Ana tak tahu kenapa banyak sangat ujian yang datang. Mungkin Allah nak latih ana untuk
lebih bersabar agaknya. Menunggu si dia yang entah bila akan kunjung tiba. Kena banyak berdoa lagi ni."

"Betul tu. Berdoalah dengan lebih bersungguh-sungguh ukhti. Dan ikhlaskan niat. Ramai orang cari Allah ketika hadapi masalah. Mereka berdoa semata-mata untuk memenuhi keperluan dunia mereka. Bila apa yang mereka mahu dah dicapai, mereka lupakan Allah. Dan Allah katakan mereka melampaui batas".


Dan apabila manusia ditimpa bahaya dia berdoa kepada Kami dalam keadaan berbaring, duduk atau berdiri, tetapi setelah Kami hilangkan bahaya itu daripadanya, dia (kembali) melalui (jalannya yang sesat), seolah-olah dia tidak pernah berdoa kepada Kami untuk (menghilangkan) bahaya yang telah menimpanya. Begitulah orang-orang yang melampaui batas itu memandang baik apa yang selalu mereka kerjakan.
[Q.S. Yunus, 10:12]


"Ikhlaskan niat. Mungkin selama ini doa kita hanya untuk disegerakan menikah, bukan kerana untuk mencari redha Allah. Kalau memang kita bersungguh-sungguh untuk mencari redha-Nya, pasti jalannya akan terbuka.


Dan orang-orang yang berjihad untuk (mencari keridhaan) Kami, benar- benar akan Kami tunjukkan kepada mereka jalan-jalan Kami. Dan sesungguhnya Allah benar-benar beserta orang-orang yang berbuat baik.
[Q.S. Al-Ankabut, 29:69]


 "Jangan resah jika belum berpasangan, tetapi resahlah jika belum mendapat cinta daripada Tuhan. Ana pegang sungguh kata-kata tu. Ana pun kalau boleh nak segera menikah, tapi mungkin ada hikmahnya Allah masih menangguhkannya. Mungkin ana masih belum bersungguh-sungguh dalam mencari cinta-Nya. Mungkin jika Allah izinkan ana menikah sekarang, hala tuju cinta ana akan tersasar kepada makhluk-Nya."


Asyikin berfikir dalam. Cinta Allah. Sudah benarkah hala tuju cintanya? Sudah digapaikah cinta Allah itu? Ikhlaskan amalnya selama ini mencari redha-Nya semata?

"Terima kasih ukhti. Insya-Allah ana akan terus pegang kata-kata itu."

Perbualan ditamatkan. Namun fikirannya terus berputar. Masih bergema-gema di telinganya
mendengarkan kata-kata akhwatnya itu.


'Jangan resah jika belum berpasangan, namun resahlah jika belum mendapat cinta dari Tuhan.'




Kisah lalu hidupnya kembali memenuhi ruangan fikirannya. Teringat akan saat-saat mula ditarbiyah. Bagaimana dia mula mengenali Fasihah.
Bagaimana seluruh hidupnya berubah kembali mengenali Allah. Mula membaca Al-Quran, mula menjaga solat, mula menjaga pergaulan, mula berpakaian labuh dan sopan, sehingga kembali menjadi dirinya kini.

Dirasakannya Allah begitu baik kepada dirinya. Allah telah menyelamatkannya daripada jurang kejahiliyahan kepada cahaya hidayah-Nya. Memberikan dirinya peluang untuk kembali menjadi hamba-Nya yang dekat kepada-Nya. Tidak semena-mena matanya berkaca. Lalu manik-manik jernih menuruni pipi.

'Ya-Allah. Ampunkan aku. Selama ini aku khilaf. Maafkan aku jika selama ini aku tidak ikhlas mencari cinta-Mu. Maafkan aku jika selama ini aku kurang mengingatimu. Maafkan aku jika selama ini aku hanya berdoa kepada-Mu untuk memenuhi keperluan peribadiku. Ya-Allah, bantulah aku untuk kembali mencari cinta-Mu. Bantulah aku untuk kembali memperbaiki diri semata-mata untuk-Mu.' Hatinya bermunajat lirih.

Malam itu tidak dibiarnya berlalu begitu sahaja. Solat malam didirikan. Al-Quran ditadabburinya. Hatinya terubat dengan ayat-ayat yang menceritakan perihal syurga dan keindahannya.
Tafsir Surah Ar-Rahman sangat menghibur hatinya.

Di dalam syurga itu ada bidadari-bidadari yang baik- baik lagi cantik-cantik. [70]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [71]
(Bidadari-bidadari) yang jelita, putih bersih, dipingit dalam rumah. [72]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [73]
Mereka tidak pernah disentuh oleh manusia sebelum mereka (penghuni-penghuni syurga yang menjadi suami mereka), dan tidak pula oleh jin. [74]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [75]
Mereka bertelekan pada bantal-bantal yang hijau dan permadani-permadani yang indah. [76]
Maka nikmat Tuhan kamu yang manakah yang kamu dustakan? [77]
Maha Agung nama Tuhanmu Yang Mempunyai Kebesaran dan Karunia. [78]
 [Q.S. Ar-Rahmaan, 55:70-78]


'Alangkah indahnya syurga. Layakkah aku untuk menghuninya?'

Lalu tekad disemat.

"Ya-Allah, hidupkalah aku dalam redha-Mu semata-mata. Jika memang jodohku bukan di dunia ini
Ya-Allah, maka kurniakanlah aku jodoh di akhirat kelak. Jodoh abadi yang disediakan untuk para pencinta-Mu. Jadikan aku seperti Rabiah Al-Adawiyah yang tulus mencari redha-Mu dan cinta-Mu."

Air mata terus menjadi saksi. Keheningan malam terus dipecahi bunyi tangis dan rintih seorang Nurul Asyikin yang sudah kembali mencari cinta sejatinya. Dan Allah pasti punya rencana-Nya. Percaturan Allah siapa yang tahu?


***********************************************************************************


Keesokkan paginya Sony Ericsson K800i kesayangannya berbunyi. SMS masuk. Daripada Ukhti Syuhada, murobbiyahnya. Murobbi atau murobbiyah adalah mereka yang bertanggungjawab menguruskan urusan tarbiyah seseorang ikhwah dan akhwat tarbiyah. Mereka yang mengatur perjalanan tarbiyah dan porgram-program yang perlu dilalui untuk menambahkan kefahaman dan memastikan keberlangsungan tarbiyah yang dijalani oleh seseorang ikhwah dan akhwat itu.

Lalu SMS dibaca.

Salam. Ukhti, alhamdulillah malam semalam ada ikhwah hantar resume. Kalau enti dah bersedia, nanti ana dan zauj ana akan susunkan majlis ta'aruf untuk enti dan ikhwah tu.

Terasa bagaikan hawa sejuk mengalir menyelubungi jiwa dan perasaannya. Kasih sayang Allah sungguh terasa membelai ubun-ubun. Segera sujud syukur dilakukan. Air mata syukur dan bahagia mengiringi pagi yang indah itu. Nurul Asyikin semakin yakin bahawa cinta Allah tidak pernah mengecewakan.


Bagaimana anda?
Sabarlah menanti!
Usahlah ragu!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

~ Hati Kamu ~

Hati kamu,
Bukan kamu yang punya,
Bukan kamu rajanya,
Bukan kamu yang pegang kuncinya.


Hati kamu,
ALLAH lah pemiliknya.
Andai kau kotori hatimu dengan titik hitam dosa,
maka apakah jawabanmu bila di akhirat nanti?

Tidak malukah kamu memulangkan barangan yang rosak
sedangkah Pemilik hati itu memberinya dalam keadaan suci?


Ya Ayyuhan Nafsul Mutmainnah,
Kembalilah kepada Tuhanmu
dalam keadaan hati yang redha dan diredhaiNya


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

SAHABAT MACAMMANA KITA CARI???

Assalamualaikum wbt


Rasulullah SAW dalam sebuah hadisnya menyatakan,

"Ketahuilah bahawa di dalam badan ada seketul daging, apabila ia baik, baiklah badan seluruhnya dan apabila ia rosak, rosaklah sekaliannya, ketahuilah! Itulah yang dikatakan hati." (Hadis Riwayat Al-Bukhari Muslim)

Setiap daripada kita semua mempunyai kawan.Kawan dari kecil tatkala bermain pondok-pondok. Kawan ketika dibangku sekolah rendah mahupun menengah. Malah di IPT dan bekerja termasuklah JIRAN kita! Semuanya kawan. Tapi,berapa ramai dalam sepanjang kehidupannya berkawan dia  merasa kurang senang dengan perangai rakannya ? Sedangkan lidah lagi tergigit,inikan pula dalam persahabatan {ayat x boleh belah..punah simpulan bahasa

Di saat ana membelek-belek entry blog rakan-rakan,tetiba ada suatu entry yang begitu menyentuh kalbu disaat ana membacanya. Jadi,ana merasa bait-bait luahan hati luhur si penulis blog yang tergolong daripada golongan kurang upaya itu amat begitu bermakna untuk kita hayati. Apakah perasaan anda tatkala membaca entry ini?

aku cuba menjadi yang terbaik untuk semua orang. aku cuba untuk menggembirakan hati semua orang. aku cuba untuk menenangkan hati semua orang..

tapi ternyata aku silap..
ada orang yang mempergunakan kebaikan ku. ada orang yang mengambil kesempatan keatas kebaikan ku. ada orang yang mengambil peluang atas kebaikan ku ini..

tapi kenapa??apa salah aku? apa dosa aku sampai dia buat aku macamni? adakah sebab kesempitan hidup membuatkan dia bertindak mengikut hati dan perasaan tanpa mementingkan perasaan orang lain? adakah sebab desakan wang membuatkan dia lupa bahawa ada orang yang dulunye sentiasa mendoakan kejayaan dia..

nak buat cmne kan..ini realiti kehidupan..tak namanye manusia kalau tak berubah. tak kira la dari jahat ke baik ataupun dari baik ke jahat.. tak namanye manusia la kalau takde sifat iri hati ataupun cemburu terhadap kejayaan orang lain.

aku membina apa yang aku ada sekarang bukannya senang. puas dah jatuh tersungkur, puas dah kena hempap tangga, puas dah lemas dek lautan dalam, puas dah sesat dek hutan tebal. aku jadikan semuanya sebagai tali, pelampung, dan jambatan untuk aku berjaya.

atas usaha dan inisiatif sendiri, atas berkat doa yang tak pernah jemu, atas redha dan tawakal yang tak pernah kenal penat...aku merangkak, berjalan dan berlari untuk capai apa yang aku inginkan...

aku takkan membina istana emas atas penderitaan orang lain.
masih ada sifat naluri kemanusiaan dalam diri ini.
mungkin keturunan aku bukan dari keturunan yang jahat, tak pun didikan yang cukup dari keluarga aku membuatkan aku sebergini. paling kurang pun aku sendiri sedar bahawa tak elok untuk melakukan kejahatan terhadap orang lain.
maaf sekiranya aku bersalah. maybe ada keburukan aku juga yang kau tak mampu luahkan.. tapi kita boleh berbincang kan?

berat mata memandang, berat lagi bahu ku memikul.
ko mana tahu??


Pasti anda akan mengatakan YA! itulah sebenarnya yang aku ingin luahkan. Tahukah anda,mengapa lidah anda kelu tatkala ingin meluahkannya?  EGO!!! Itulah jawapannya..


TAPI ITU BUKAN 1 JALAN PENYELESAIANNYA.
JOM KITA TEROKA MACAMMANA.................>>>>>>>>>



Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)


Kawan baik
Bukannya senang mencari kawan yang baik
Bukan senang juga menjadi kawan yang baik



Kawan yang baik tak akan mengumpat di belakang kawan baiknya
Kawan yang baik tak akan cemburu dengan kejayaan kawan baiknya
Sebaliknya kawan yg baiklah yg plg banyak membantu utk mencapai kejayaan



Kawan yang baik tak akan mempengaruhi kawan baiknya utk buat pekara buruk atau sia-sia
Kawan yang baik adalah orang yang selalu menasihati kawan baiknya utk buat kebaikan


Kawan yang baik adalah org yang di cari bila susah atau senang
Kawan yang baik tempat meluah perasaan yang tidak dapat diluahkan kepada kawan biasa


Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak akan melarang larang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain


Kawan yang baik tak akan memaksa kawan baiknya utk sentiasa berada disisinya
Kawan yang baik tak akan melarang larang kawan baiknya utk berkawan baik dengan org lain


Kawan yang baik tak akan cemburu jika kawan baiknya ramai kawan baik kerana kawan yang baik tahu apa yang baik untuk kawan baiknya.
Kawan yang baik akan sentiasa menghargai kawan baiknya


Kawan yang baik tahu cita-cita kawan baiknya lalu memberi semangat dan dorongan
Kawan yang baik jika mengetahui kebodohan kawan baiknya lalu memberi pengetahuan
Kawan yang baik jika mengetahui kealpaan kawan baiknya lalu memberi peringatan dan petunjuk
Kawan yang baik sentiasa berada saat kawan baiknya bahagia dan tetap bersama bila berduka..


Dan jika kita hendak mendapat kawan yang baik, kita terlebih dahulu menjadi kawan yang baik kepada kawan baik kita.


kita memang perlu berhati hati dalam memilih kawan,,
kawan memang penting dalam hidup bermasyarakat...
memang susah nak cari kawan baik,,tapi cubalah yang terbaik untuk menjadi
yang baik untuk kawan kita,,insyaAllah,,kawan baik akan mudah ditemui.......


kenangan indahnya permulaan persahabatan kita,alhamdulillah,dari tahun 1999(darjah1) hingga sekarang kita masih bersatu,moga Allah mencucuri rahmat dalam hubungan yang terbina..

P/S:Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-Nya.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Wednesday, September 21, 2011

***Bila Lelaki Kehilangan Tulang Rusuknya***

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?LELAKI: Kamu!!!WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu, tulang rusukku.

 
Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian.

Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...

Berapa ramai lelaki yang perasan dan menghargai satu lagi tulang rusuknya selain yang memang sentiasa dibawanya? Berapa ramai jugakah lelaki yang terlupa dan terlalai belajar untuk memahami keadaan tulang rusuknya? Berapa ramai jugakkah lelaki yang tersalah mentafsir hadits dibawah?


Wanita Ibarat Tulang Rusuk yang Bengkok
.

Dari Abu Hurairah R.A berkata: Rasulullah SAW bersabda: “Berpesan baiklah terhadap para wanita, kerana wanita itu diciptakan dari tulang rusuk, dan tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, Jika engkau paksa meluruskannya dengan kekerasan akan patah dan jika engkau membiarkannya pasti akan tetap bengkok, oleh kerananya berpesan baiklah terhadap para wanita”.
(Hadith Sahih Riwayat Bukhari dan Muslim ).
 

Sifat pelindung yang ada pada tulang rusuk itulah yang diumpamakan kepada wanita, menyempurnakan kekurangan pada bahagian lain. Melindungi bahagian-bahagian penting yang lembut di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Bukankah itu penting? Sekiranya tulang rusuk yang membengkok digantikan dengan tulang yang lurus tiada lagilah ruang yang selesa kerana bengkoknya itu mempunyai fungsinya yang tersendiri.



Bukan ingin menghurai hadith tetapi hanya ingin berkongsi pandangan pada lelaki yang memandang ringan pada tulang rusuknya. Mengambil mudah tentang hati dan perasaannya. Lebih teruk mengabaikan kehidupannya dan hanya menjadikan tulang rusuknya sebagai hanya tempat melampiaskan nafsu semata dan kadang-kadang menjadi mangsa amarah serta sepak terajang.

Sesekali renunglah ia, carilah jawapan yang pasti atas pengorbananannya. Mengapa Allah (s.w.t) menjadikan tulang rusuk itu bengkok. Usahlah dicuba membetul bengkoknya dengan kekasaran dan mengaharapkan perubahan sekelip mata. Mungkin perubahan mengambil masa bertahun-tahun atau mungkin tiada juga perubahan yang mampu dibuat tetapi sekurang-kurangnya belajarlah untuk memahami kenapa tulang rusuk itu bengkok.


p/s: Tulang rusuk walaupun bengkok fungsinya cukup besar, begitulah wanita walaupun sukar difahami karenahnya dan hatinya tetapi akan lumpuhlah sebuah rumah tanpa kehadiran seorang ibu atau isteri. Lumrah manusia bila di sisi kehadirannya umpama bayang-bayang tetapi bila hati wanita telah retak dan jiwa telah kosong mungkinkah lagi dia bisa menunggu dan tika itu pasti bayang-bayang itu dirindui dan dicari.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Ustazah jatuh Cinta?

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?

Mereka juga punya hati dan rasa.

Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci

Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan  jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangka kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz