02 APRIL 2011
di sekitar Jabatan Teknologi Maklumat dan Dewan Harum Manis,program Hari Keluarga JTMK diadakan..
apa yang ana ingin kongsi disini berkenaan program ini larh...
pada hari ni jgk lah kelas kami akan mewakili DNS2A untuk mempertandingkan rekaan inovasi yang telah disepakati oleh suma budak2 kelas iaitu
RAKKU( rak kasut unik) & RAK KASIH SAYANG...
dari kumpulan TERBAIK WOOK!!! & 4TH FLOOR...
group ana yang mencipta Hanger scarf hanya berada di tempat ketiga apabila dipertandingkan di kelas Softskills..nak wat camner kan..kita dahulukn kumpulan lelaki la kan..
jom kita survey ciptaan yang dipertandingkan..
ni larh yang dikatakan RAK KASIH SAYANG
mesti namanya menggelikan hati kan...
sius ana cakap...
bukan ana jerk ketawa dgn nama ni..
malah lectures yg jdik pengadil pun ulang sampai dua kali time ana g daftar tuk masuk pertandingan ni..
sebenarnya ada kisah disebalik nama yang diberi..
rekaan ni dicipta oleyh kumpulan 4th floor..
sebenarnya group ni xpernah sehati sejiwa walaupun dh berapa kali diberikan tugas dlm kumpulan...
tapi,keajaiban berlaku msa masing2 memikirkan apa yerk tuk dicipta nak naikkn nama DNS2A ni...
bermula dengan ketua kumpulan ni iaitu Apeh a.k.a abdul hafiz mengutarakan idea tuk menghasilkan kotak2 terbuang tu mnjadikan sebuah rak buku..semua ahlinya setuju dengan serta merta..
sumanya terkejut coz tetiba jerk sehaluan sehati sejiwa...
maka dengan kerjasama yang dihulurkan,terhasil larh ciptaan mereka itu yang mengalahkan kumpulan kami iaitu Nur Humaira' secara tetiba..huhu sedih..tp wat apa yerk nk sedih...ni adalah jalan terbaik tuk naikkan nama kelas DNS2A kan kan kan...heheh
ni antara yang dipertandingkan pada hari tu..
hasil ciptaan daripada kelas DIP2B..
iaitu LAMP LIGHT..
ni pulak hasil ciptaan dari kelas DIP1..
iaitu PERANGKAP NYAMUK..
ana terlalu kagum dengan hasil ciptaan diorang ni...
taw ak...
masa present ciptaan masing2 uh..
ana g la menyampuk sekali dengan pengadil ke booth diorang...
ternganga mulut ana bila ketua diorang present ciptaan diorang tu menggunakan formula kimia..
nasib baik ana pun pernah belajar kimia..
soya + gula merah = ubat nyamuk asli
dengan bahan2 itu terhasillah karbon dioksida...
bau hasil campuran ini dapat menarik perhatian nyamuk..
apabila nyamuk menjunamkan diri kedalam bekas yang disediakan maka tererangkaplah nyamuk dengan aroma yang sesak dengan CO2...
rekaan ni sesuai ketika camping..ia dpt mngurangkan kesan yg kurang baik pda kita
malah dpt mengurangkan ongkos pdakita berbanding membeli ubat nyamuk..coz ia dapt bertahan selama 2 minggu..cumakita kena bersabar cikit larh coz makin lama makin ada bau busuk terhasil..
hebatkan...
ciptaan ni jatuh di tempat kedua..mengalahkan rak-rak kami di tempat ketiga..
ni pulak hasil ciptaan daripada DIP2A iaitu ROMATIC BALL LAMP...
memang romantik..malah unik sesangat..
bayangkan larh,dalam lampu bulat tu diorang kemaskan cooler laptop dan batu sedikit hiasan
lampu tu diisikanair suku penuh..dan celupkan sirap nipis kedalam air tu..
diorang ada meletakkan mentol lampu picit yang disambung pada wayar yg disediakan yang dapat mengalirkan arus eleektrik..
melalui explain Bai a.k.a Hassan
dalam lampu tu kita jgk boleyh letakkn beberapa ekor ikan hiasan seperti ikan kapi,ikan mas or ikan yang anda suka..
memang cantik..bila ana membayangkan lampu tu ketika suasana sunyi..waahhhh menariknya...
tapi malang tidak berbau..ciptaan merekan kalah dengan ciptaan kelas kami...
coz ciptaan mereka menggunakan ongkos..lari darik tema dan syarat..inovasi yang dihsilkan tidak boleyh mengeluarkan ongkos coz ia harus dicipta mnggunakan bahan kitar semula..
ni booth DIP1 dengan ciptaan mereka tadi..
alahai..jurukamera mna la amik pic dri sudut cmni...hermm...pape pun mmg terbaik larh!
nilarh booth kami...
kelas kami sepakat tuk menghantar wakil tuk present bahan ciptaan kelas kami ni..
ana salah seorang mangsa yg kena present...
selain tu ada la ag...
yang baju itam duk berdiri dengan ana kt belakang tu ketua kelas ana iaitu shafiq sharif..
yang duduk rest2 berdua tu Nur Izana dan Faizol or Pejoi..
fuhh!!! time ni sebenarnya ana menggelabah bewak...
coz puan fazilawati perangkap ana dengan soalan yang sememangnya pedas...huhu nak terkeluar air mata ni haa...saya terang mcm ni dia tanya soalan macam tu...bila saya citer mcm tu dia tnya soalan lain pulak...nsib baik la ada jgk kawan nk backup ana sikit2..huhu
booth yang dh difikirkan lengkap rupa2nya ada ag xlengkap...
poster xdak!!!
hurm hampehhh...ternganga mulut kami ni haa bila ditanya mana poster...
ingatkan yang dh disiapkan tu poster tp rupa2nya hanya gambar yang menunjukkan nama rekaan inovasi...hurmmm hilang sikit markah..
ni time pagi tu...
kami disediakan beberapa aktiviti menarik pgi tu...
eg. senam erobik,tiup tepung cari gula2..music chair dan macam2 ag larh...
mmg rasa terhibur melihat kegembiraan kawan2 dan lectures2...walaupun ana xdapat bersama dalam permainan bersama kumpulan coz sibuk menghias booth kami..tapi ana sempat main permainan individu iaitu permainan favorite,music chair..sampaikan ana hampir pengsan coz pusing banyak kali..tapi ana rasa puas hati coz ana juara...yeeee...alhamdulillah...
tq kawan2 yg menyelamatkan ana daripada terus pengsan...
heehee luv u all...
bahagianya saat ni...kami beramai2 amik pic bersama..hehe...kami ni adalah puteri2 darik kumpulan BIRU...tengok tuhh...kat muka masing2 tercalit warna biru..macam komanden pun da...tp sayang..mohana xdapat bersama kami disaat ni..
suka larh yerk bila lensa kamera menghala pada kita...hehehe...
aduhai PUTERI2 BIRU
group kedua dari kanan adalah wakil daripada kumpulan biru yang diwakili PUTERA2 BIRU...
diorang adalah budak kelas DNS2A yang sudi menghulurkan kerjasama dalam penambah baikkan booth kami...thank a lot my prenzzz...
wahh ...terbaik larh korang...
ni time annual dinner...dari kiri: Azizudin,Abe Long,Laily,Izzah,Ayu,dan ana-Surita...
melaram sakan nampak...
cun habis larh jejaka DNS2A ni...tapi sayang la..coz suma xdak time ni...huhu
dari kiri: ana-Surita,Izzah,Izana dan Laily...
kami memang hantu lensa...hehehe..tp xselalu larh..hehehe...
alhamdulillah...selesai sudah majlis akad nikah aq..hehehe...tima kasih larh yerk tok kadi coz sudi sahkan akad nikah saya...hahaha...gimik jerk...heheh...
yaaahhhh!!! terbaik larh DNS2A...dengan tema tradisionnal..mcm ragam gaya dipamerkan...hahaha...
aik...cik zuraihah pun join...eh eh...gaya muda tu...
^_^
apa yg terjadi pada jejaka di barisan depan tuhhh??? hurmmm...comei..hehehe
yang berpakaian baju batik tu adalah Ketua Jabatan baru JTMK...nama beliau En Bakri bin Baharom..
bila dia kena naik pentas bg speech mesti dia mintak pilih button A or button B..
A untuk bahasa melayu..
B untuk bahasa inggeris..
bila kami jawab nak button A beliau bg speech in english...
so,mula la kami menguap dan merapu sorang2 coz bahasa yang beliau guna mmg bahasa tinggi..besa larh dia kan TPSA...huhu
khusyuk sungguh dan bersemangat bersungguh larh kamu ni...xsangka rajin eh kamu suma...
hurmm...selama ni ana tersalah sangka la yerk...soriiii!!!
hah...gadis melayu terakhir..ni kira tahap tinggi larh yerk kita melaram...
aik...awat tetiba jerk Pejol disitu...
ohh...nak wat pilihan tuk calon isteri upanya...
hehehe
^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^
ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan