::-PENCINTA ILMU-::

Saturday, March 26, 2011

PELIKNYA UMATKU

*PELIKNYA UMATKU....
Bola Punya Hal,Pukul 3 Pagi Boleh Bersengkang Mata. Bola Punya
Hal,Ringan Aje Tubuh Untuk Bangun Diwaktu Ayam Pun Tak Bangun Lagi
Tapi,Pukul 3 Pagi Akan Jadi Terlalu Berat Utk Bangun Jika Disuruh Tahajjud 2 Rakaat Diwaktu Sahur
Cukup Menyeksakan Baginya. (Alamak! Terkena!)


*PELIKNYA UMATKU....
Menangis Teresak-Esak Sbb Penyanyi Pujaan Terkeluar Dari Akademi
Fantasia Air Mata Sungguh Murah Melimpah Pabila Artis Pujaan Turut
Menangis
Namun, Berapa Sgt Umatku Yg Sudi Melinangkan Air Matanya Sbg Taubat Kpd Yg Esa?
Berapa Sgt Umatku Yg Menangisi Kerana Kematian Seseorang Ulama Dan Solehin?


*PELIKNYA UMATKU....
Sms Berpuluh Ringgit Dgn Senang Hati Dihantar, Janji Penyanyi
Pujaan Terpilih. Jari-Jemari Begitu Ringan Menaip Nama Penyanyi Pilihan Dan Nombor Undian.
Tapi, Jari Jemari Begitu Berat Utk Mengambil Seringgit Utk Dimasukkan Kedalam Tabung Masjid Tangan.
Begitu Kaku Utk Menghulurkan Seringgit Dua Ke Jalan Allah.


*PELIKNYA UMATKU....
Gembira Dia Sbb Anak Pandai Menyanyi Dan Pandai Main Piano
Sedih Sekali Dia Pabila Anaknya Tak Dpt Masuk Akademi Fantasia,Malaysian
Idol,
Namun, Tak Ramai Umatku Yg Sedih Jika Zuriatnya Buta Al-Quran
Tak Ramai Umatku Yg Resah Jika Anaknya Tidak Tahu Sujud Kpd Yg Esa.


*PELIKNYA UMATKU....
Sanggup Bersesak-Sesak,Berhimpit-Himpit Dipadang Konsert Hiburan..
Sanggup Memberi Komitmen Memenuhi Dan Memeriahkan Konsert Hiburan Sedihnya..
Program Allah 5 Kali Sehari Di Masjid Tidak Dapat Sambutan Meriah Dari Umatku.
Mereka Tidak Sanggup Untuk Berdiri Dlm Saff Walaupun 5 Minit Cuma.


*PELIKNYA UMATKU....
Setiap Tahun Adanya Pertandingan Tilawah Al-Quran Tak Cukup
Peringkat Kebangsaan..Dibuat Peringkat Antarabangsa.
Tapi,Dengan Al-Quran Masih Lagi Bersikap Ikut Selera Mana Rasa Elok, Diamalkan..
Mana Rasa Tak Elok Untuk Nafsu,Baca Aje Dah Le.


*PELIKNYA UMATKU....
Setiap Tahun Mereka Sanggup Menjadi Penunggu Setia Kepada Jam 12
Malam Pada Hari Merdeka, Pada Hari Tahun Baru Jam 12 Mereka Akan Bersorak Ramai-Ramai..
Tak Kira Jantan Betina Detik Saat Jam 12 ,
Saat Yg Ditunggu-Tunggu Tanpa Berkedip Mata Melihat Jam Besar.
Sedihnya..
Tak Ramai Yg Mampu Dan Mahu Menunggu Waktu Solat Lebih Awal Di Masjid


*PELIKNYA UMATKU....
Setiap Kali Aku Menulis Fakta Yang Benar Dan Kenyataan Tentang
Bangsaku, Kaumku Dan Umatku, Pasti Ada Suara2 Sumbang Dan Lantang
Yang Cuba Mempertikaikannya Umpama Menegakkan Benang Yang Basah..


wAllahu'alam..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz