::-PENCINTA ILMU-::

Thursday, May 17, 2012

Jika JODOH Hadir Di Usia Muda

fuhh..Alhamdulillah,
hari ni dapat lah sikit masa nak melepak di blog yang banyak sawang-sawang ni..
sapa la ek pemilik blog ni? (sudah semestinya aku)



ok,berbalik kepada tajuk entri kali ni.

Baru-baru ni,Karya Seni baru menerbitkan sebuah novel bertajuk "Suami Aku Ustaz",dan ianya telah berjaya dalam genggaman tanganku sejak Isnin lalu. Alhamdulillah.

Cerita novel tersebut mengisahkan seorang gadis remaja yang telah berkahwin di usia muda iaitu di alam persekolahan ketika dia berumur 17 tahun. Dia telah dikahwinkan dengan pilihan keluarganya iaitu sepupunya sendiri yang juga merupakan guru mata pelajaran Pendidikan Islam tingkatan 5 di kelasnya. 

asehhh...bukan cerita novel tu yang nilam nak kongsi. Nak tahu kesudahan perjalanan hidup si remaja tersebut beli la eh. RM22 ja..sesuai bagi kita para remaja sebab banyak ilmu yang dimasukkan dalam pembacaan tu..

melalui novel tu la,nilam terdetik mengeluarkan entry yang bertajuk sedemikian untuk kesekian kalinya.

Bagi korang la kan, apa pendapat korang tentang jodoh muda?

Sebenarnya,tak salah pun nak kahwin di usia muda ni. Lagipun,ini kan membantu kita menghindarkan diri kita daripada zina dan pergaulan bebas. ye la,orang zaman la ni makin kuat nafsu sebab terpangaruh dengan budaya barat yang dibawa masuk ke negara kita. ish3

Islam memang menggalakkan anak-anak muda itu supaya kahwin awal kerana Islam itu melihat jiwa anak-anak pasti akan terancam lebih-lebih lagi dengan godaan yang datang,attack dari pelbagai arah dalam masa yang sama.

Allah berfirman:
"dan kahwinkanlah orang-orang yang bujang di antara kamu. Jika mereka miskin,Allah akan memberi kemampuan kepada mereka.."
(24:32)

Jadi harta wang ringgit tu bukan keutamaan,Allah akan beri rezeki kalau kita ikhlas nikah kerana Allah bukan kerana nafsu semata. Ya,tak mudah nak mengawal keinginan nafsu,dan kita sentiasa berdepan dengan godaan terus-menerus,setiap detik,setiap ketika. Dari terjadinya buang anak,gugurkan kandungan,seks luar nikah,malah ada yang selalu jerk tengok berkepit macam belangkas..

so,kalau ada yang diantara kita yang tengah cintan cintun tu,apa kata nikah je. 
tak la kita  menambah dosa yang berterusan. kan mainan hati juga boleh menyebabkan zina hati.

dan kepada kaum Adam yang mempunyai rasa yang begitu kuat pada seseorang kaum Hawa, 'terus je kabo ke die' (curi ayat Ust Azhar Idrus) 

"tak salah kalau kita nak meminati seseorang itu (bukan muhrim) asalkan dia itu bukan isteri orang "
(Ustaz Azhar Idrus)

p/s: korang jangan sebulat suara menerima apa yang nilam bicarakan ni..nilam pun nak jugak 
        mengetahui apa pendapat korang tentang hal ni..xsalah rasanya kalu kita membincang          
        isu yang makin hangat di pasaran macam goreng pisang











ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

4 comments:

  1. tak salah tp kdg2 ibu bapa tak galakkan anak2 kawen muda..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ibubapa pentingkan kejayaan anak2..ada yg trut memikirkn bila anak dh kawen masa depan duk rumah je,xleh belaja n xleh keja dh..ish3...

      Delete
  2. beratnya nikah itu terletak pd amanahnya.

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul2..amanah yang akan dipikul pasangan tersebut setelah sah akadnya. InsyaALLAH moga Allah permudahkan segala kesulitan. aamiin

      Delete


POLI Bloggerz