::-PENCINTA ILMU-::

Saturday, May 12, 2012

Coretan Hati Buat 'Mujahid' Yang Dirindui

Coretan 1
Bila hatiku tiba-tiba meridui seorang mujahid. Aku meletakkan kepercayaan kepada-Nya. 
Timbul rasa tak layak bila memuhasabah diri ini yang serba kekurangan.


Ya Allah, temukan aku seorang ‘suami ahli Syurga-Mu’. Saat aku merinduinya, lebih kuat aku bermunajat kepada-Mu, lebih pantas aku mempertingkatkan keperibadianku. Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui, siapakah mujahid yang terbaik buatku. Kepada-Mu aku bertawakal.




Coretan 2
Mujahidku, Walaupun aku masih tidak mengenali dirimu. Namun, aku sentiasa meyakini kewujudanmu. Aku memelihara hatiku daripada mencintai mana-mana lelaki, kerana cintaku ini terlalu istimewa buatmu. Aku amat meyakini janji-Nya.. ‘lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.. jika aku mengharapkan dirimu, mujahid yang terpelihara hatinya, aku dululah yang harus memelihara hatiku. 


"Ya Allah, hanya Engkau yang layak menentukan mujahid yang terbaik buatku. Hanya Engkau penyusun terbaik buatku"




Coretan 3
Mujahidku, Hatiku menangis. Rindu untuk menanti kehadiranmu kerana ujian demi ujian sering mendatangiku. Hatiku amat bimbang akan keadaanmu, lantaran melihat keruntuhan kaum lelaki. Aku meletakkan kepercayaan kepadaNya. 


"Ya Allah, aku yakin Engkau memelihara hatinya.. memelihara peribadinya. Ya Allah, aku masih tidak mengenalinya. Jadikan jiwanya sentiasa mencintai dan dicintai-Mu"


Jawapan mujahidku (bisikan rasa dan ilham dari Allah)


Mujahidahku,


Aku juga amat rindu dan sentiasa menanti kehadiranmu. Hati ini merayu kepada Yang Maha Esa agar mempertemukan kita dalam ‘Baitud Dakwah’ tercinta. Jangan bimbang wahai mujahidahku, Aku di sini sentiasa berusaha menjaga diriku, hatiku, pandanganku. Aku juga sedang mempersiapkan diriku. Lantaran diriku yang serba dhaif, kupinta agar diberikan sedikit waktu untuk menggumpulkan roh cinta yang sebenar. Mujahidahku, Aku juga sepertimu masih dalam perjalanan menaiki anak tangga menuju Cinta-Nya. Aku juga ingin mencintai dan dicintai-Nya. Aku ingin memilih Cinta Allah sebelummu. Aku ingin buktikan kepadamu, bahawa aku ini mujahidmu. Kuingin buktikan cintaku pada Rabb, kekasih kita berdua. Teruslah mempersiapkan dirimu mujahidahku, kerana dirimu bakal menjadi sayap kiri yang akan menguatkan perjuanganku.


Sumber: Diari kehidupan seorang mujahidah 


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz