::-PENCINTA ILMU-::

Tuesday, March 13, 2012

Titipanku Buat Bidadari-bidadari Akhirat

,

Subhanallah! Biah kita di sini, mendidik kita untuk memilih pakaian yang mulia. Rasa mulia dengan berpakaian longgar, tudung labuh. Alhamdulillah!

Namun, ada satu perkara yang kadang-kadang kita terlupa.

Bidadari Syurga, kita masih perlu berhati-hati dalam setiap pilihan kita. Dua perkara yang ana nak sentuh di sini adalah:

1. Memilih untuk ‘make up’
2. Memilih untuk meninggikan sanggul di sebalik tudung labuh.

Masya-Allah, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Kadang-kadang, kita tak sedar pun yang kita telah memilih perkara-perkara yang mengundang murka Allah. kita rasa, apa yang kita buat, dah menepati syara’. Rupa-rupanya tak. Tambahan pula tiada siapa pun yang menegur kesilapan kita.

Ada hati-hati yang mulia yang menyedari kesilapan teman-temannya, tapi mereka tak ada kekuatan nak tegur. Takut! Bimbang!

Ana akui, setiap insan yang bergelar wanita suka kelihatan cantik. Allah memahami lumrah ini kerana Dia yang menciptakan wanita. Dengan itu, Allah membenarkan wanita untuk berhias, tetapi pada tempat-tempatnya dan ada batas-batasnya.

Bidadari yang sentiasa mengharap reda Allah,
make up tidak dibenarkan dalam Islam apabila make up itu mendorong pandangan mata lelaki kepadanya. Begitu juga meninggikan sanggul di sebalik tudung. Ana tidak menyertakan dalil-dalil di sini. Ana tahu, ramai yang lebih mengetahui soal ini. Namun, ana yakin kita sebagai manusia, mudah lupa dan amat memerlukan peringatan. Allah telah mengingatkan kita agar sentiasa berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.

Maaf, ana tidak berniat melukakan hati sesiapa, cuma berniat untuk menyentuh hati teman-teman. Semoga dengan sentuhan ini dapat kita bermuhasabah. Ana juga manusia yang sering lupa. Jazakumullah buat teman-teman yang sudi mengingatkan ana, menegur segala kesilapan ana.

Ketahuilah bidadari sekalian, sesungguhnya teguran teman-temanmu adalah tanda ‘sayang’ mereka buatmu. Catatan ini dari hati yang penuh cinta buat teman-teman. Semoga dari hati, jatuh juga di hati.

Doakan kebaikan muslimah sedunia.:)

p/s: perkongsian dari seorang sahibah yang disayangi di laman social networking; faceBook from Ukhti Salsabil Zulkifli


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz