Berikut beberapa cara bagi mengawal perasaan marah:
1. Apabila sedang marah maka hendaklah membaca “ta’awwudz” (memohon perlindungan) kepada Allah sebab pada hakikatnya perasaan marah yang tidak dapat dikawal adalah daripada dorongan syaitan.
Nabi bersabda yang bermaksud:
“Apabila salah se orang di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka marahnya akan menjadi reda”.
(Riwayat Abi Dunya)
2. Berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana
sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:
“Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.”
(Riwayat Ahmad).
3. Jika sedang marah dalam keadaan berdiri maka duduklah, bila duduk masih marah maka berbaringlah. Hal itu ditegaskan Nabi,
“Marah itu daripada setan, maka apabila salah seorang di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah.”
(Riwayat Asy-Syaikhany).
4. Apabila sudah ta’awwudz, diam, duduk, dan berbaring tidak mampu mengendalikan amarah maka usaha terakhir yang boleh dilakukan ialah dengan cara berwuduk atau mandi.
Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud:
“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila se orang di antaramu marah maka berwuduklah atau mandilah.”
(Riwayat Ibnu Asakir, Mauquf).
No comments:
Post a Comment