::-PENCINTA ILMU-::

Thursday, February 23, 2012

Muslimahku Sejati


Muslimah.
Bangga aku melihatmu..
Dengan purdahmu
Yang mengikut syariat agama..
Aku tahu..
Susah untuk berhadapan dengan manusia
Yang hanya Islam pada katanya
Tapi yakinlah sayangku..
Allah Taala memandangmu..
Dengan penuh kemuliaan..

Muslimahku..
Andai kau gusar..
Andai hatimu resah
Andai jiwamu runsing..
Carilah cintamu pada Maha Pencinta..
Bukan pada pendusta cinta manusia..
Aku yakin itulah satu-satunya kekuatanmu
Kerana aku begitu juga..

Muslimahku..
Teruskanlah pengembaraan ilmumu..
Kerana ilmu itulah menjadi bekalan..
Di dunia dan akhirat kelak..
Dan janganlah kalian..
Mensia-siakan ilmumu..
Dengan tidak mengamalkannya..

Muslimahku..
Akhir kalamku..
Inginku seru padamu..
Jagalah perhiasan dirimu..
Kerana dirimu itulah
Perhiasan dunia yang paling indah..
Janganlah mudah tergoda..
Dengan hasutan dunia..
Sesungguhnya..ia amat memeritkan..
Jika tidak..Ingatlah azab Ilahi..
Yang sungguh dahsyat..
Pastinya..kamu akan menjaga dirimu..
Daripada godaan syaitan dan nafsumu..
Jagalah segala-galanya..
InsyaAllah..aku yakin..
Allah Taala sentiasa menjagamu..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz