::-PENCINTA ILMU-::

Sunday, February 12, 2012

HENTIKAN MENGUMPAT!!~






tau x org yg diumpat tu akan merasa terhina dan terluka. klu ade perkara yg baik tu ucaplah secara bersemuka dan macam itu juga lah sebaliknya. paling penting, apa sebenarnya matlamat dan tujuan kita mengumpat. klu niat menjurus ke arah negatif, perlakuan mengumpat ini akan terjadi. kadang2 ada orang yg cuba mengambil kesempatan diatas kelemahan seseorang. orang yg suka mengumpat sebenarnya PENGECUT. umpama mengetuk tin kosong,tidak berisi. hanya bising membingitkan telinga.


Mengumpat membawa kepada kemusnahan peradaban manusia. keluarga yg bahagia boleh berpecah belah hanya kerana sikap suka mengumpat. pasti korg semua pernah mendengar peribahasa melayu "KERANA PULUT SANTAN BINASA,KERANA MULUT BADAN BINASA" bukan? mengumpat adalah satu aktiviti yang mendorong kepada terjadinya perkara yang tidak baik. orang yang cemerlang dan mempunyai sikap positif tidak akan mengumpat manakala mereka yang sentiasa bersangka buruk dan mempunyai sikap negatif lebih cenderung untuk menjadi seorang yg suka mengumpat.


Sentiasa bersangka baik dengan orang sekeliling. tanamkan sikap positif dalam diri. ada sesetengah dari kita suka untuk menjadi popular dengan menjaja cerita-cerita tentang orang lain. mereka merasakan perkara ini disukai orang sekeliling. tiada siapa yang suka diumpat. gunakan pendekatan bercakap tentang perkara yang baik. berdiam diri adalah lebih baik dari bercakap. jangan terlalu ingin mengejar populariti sehingga memusnahkan diri. sentiasa bersikap positif setiap masa tanpa perlu disuruh. jangan terlalu suka megata keburukan orang lain sehingga terlupa akan kekurangan diri sendiri. lihatlah dirimu sendiri sebelum bercerita tentang orang lain. buka semua orang akan sukakan kita kalau beginilah cara kita melayan teman-teman yang lain!




ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz