::-PENCINTA ILMU-::

Wednesday, February 29, 2012

Titian Kejayaan




Alhamdulillah,takdir Allah masih mengikat ukhwah fillah kita sejak 2009.
Biar pun pertemuan kita singkat hanya sekadar 3hari 2malam.

semalam,ditakdirkan Allah,ana menyelongkar loker study ana dan terjumpa fail Kem Menggilap Permata anjuran UKM 2009. Ana buka balik,dan tanpa ana sedari air mata ana terjatuh lantaran perasaan rindu yang teramat sangat.

Ana terjumpa sekeping kertas yang mencoret bait-bait lagu tema  "Titian Kejayaan"..Hari ni,mai kerja ana terus on laptop search internet..
akhirnya terjumpa jugak biarpun tak sama..Alhamdulillah

Akhirnya,dapat juga ana melepaskan rindu yang tak terhingga dan dapat mengorek kembali semangat-semangat yang telah lama hilang..











ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Monday, February 27, 2012

Kata-kata Semangat

- Sebelum kamu mengeluh tentang rasa dari makananmu, pikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

- Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa, pikirkan tentang seseorang yang meminta-minta di jalanan.

- Sebelum kamu mengeluh tentang suami atau istrimu, pikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Allah untuk diberikan teman hidup.

- Hari ini sebelum kamu mengeluh tentang hidupmu, pikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.

- Sebelum kamu mengeluh tentang anak-anakmu, pikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.

- Sebelum kamu mengeluh tentang rumahmu yang kotor karena pembantumu tidak mengerjakan tugasnya, pikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.

- Dan disaat kamu lelah dan mengeluh tentang pekerjaanmu, pikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti anda.

- Sebelum kamu menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain, ingatlah bahwa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Dalam Lena Ku Terjaga

Saat sedang nyenyak dibuai mimpi di atas tilam yang begitu empuk, bilik yang dingin dan kelam tanpa cahaya, kita terbangun tiba-tiba.Setelah mata terbuka, persekitaran diamati. Belum subuh lagi ni, hati bermonolog sendirian. Kemudian tangan mencapai telefon bimbit melihat jam sekadar mendapatkan satu kepastian  
" Oh, baru pukul 3 pagi".

Dalam situasi di atas, apa yang akan kita lakukan?

Di sini, kita mempunyai beberapa pilihan.
 Tanya iman kita dan buat lah pilihan bijak.


PILIHAN 1
 Kebanyakan kita akan menarik selimut semula, dan menyambung episod kedua mimpi yang tergantung separuh jalan.
 Bukan itu saja, hati turut mengomel,

 "Apasal la aku bangun awal sangat."
 Terzahir sebuah kekesalan. Kesal bangun awal? Nauzubillah.

PILIHAN 2
 "Oh, baru pukul 3 pagi. Waktu macam ni doa makbul.
 Ya Allah, ampunkanlah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Jadikan aku hamba yang mempunyai semangat juang yang tinggi, berjuang untuk kebahagiaan dunia dan akhirat.."

 Kemudian sambung kembali 'ibadah senyap'.

PILIHAN 3
 Sebaik menyedari dah pukul 3 pagi (bukan baru pukul 3), segera bangun untuk 
solat tahajud.
 Sembahlah Allah saat mata-mata lain terpejam rapat, rukuklah saat hati kita masih tenang, sujudlah saat minda masih kosong dari sebarang urusan dunia dan berdoalah saat doa didengari Allah SWT...

Terjaga dia awal pagi, adalah satu rahmat yang merupakan kurniaan Allah SWT. Siapa tahu saat Allah takdirkan kita terjaga, sebenarnya Allah menunggu untuk memakbulkan sebarang permintaan malam tersebut. Mulalah dari langkah pertama, berdoa sebaik terjaga. malah mintalah dari Allah untuk bangkitkan kita malam-malam seterusnya.
 
Itulah caranya mengucapkan terima kasih kerana terjaga saat sedang tidur., bukan mengomel kekesalan.

 
 Tetapi, alangkah baiknya andai Tahajud dapat ditunaikan....

-petikan dari Solusi 12-


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Nottingam In Bloom

Alhamdulillah,kali ni ana nak kongsikan beberapa gambar bunga yang menarik perhatian ana yang dipost oleh sahabat ana ketika Jaulah ke Nottingam..
walaupun ana hanya sekadar dengar dan melihat ole-ole yang dibawakan,ana rasa ana dah terbang melayang ke sana..teringin sekali ana nak masuk taman bunga tulip. Dari kecil ana tergila-gilakan tulip..meh kita ronda tengok gambar-gambar yang berjaya di'snap'..












 ni la bunga tulip kesukaan ana..










ana tak sempat nak bertanyakan nama-nama bunga ni..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, February 23, 2012

Dimanakah Kamu?

Saudaraku,
Pahala memang tak nampak di mata
Tak seperti tumpukan harta dunia yang dicari-cari manusia
Tak seperti gadis cantik yang diidam-idamkan para pemuda
Tak seperti nilai A yang didambakan mahasiswa

Saudaraku,
Tapi ingatlah siapa yang menjanjikannya
Dzat yang menciptakan dunia beserta seluruh isinya
Yang membukakan bagimu kebaikan beserta pintu-pintunya
Dia Yang Maha Benar perkataannya
Dia tidak pernah menyelisihi janji-Nya

Saudaraku,
Kalau seandainya seluruh jin dan manusia
Berhati taqwa yang mencapai puncaknya
Maka tidaklah menambah kemuliaan-Nya sedikit pun juga
Kalau seandainya seluruh jin dan manusia
Berhati busuk yang mencapai dasar jurang dosa
Maka tidaklah mengurangi kemuliaan-Nya sedikit pun juga

Saudaraku,
Ketika para penuntut ilmu agama duduk di majlis ilmu
Dimanakah kamu?

Ketika hamba-hamba Allah melabuhkan seluar demi Rabb-mu
Dimanakah kamu?

Ketika para mukminat mengenakan jilbab berhias rasa malu
Dimanakah kamu?

Ketika Al-Qur’an dibaca dengan merdu
Dimanakah kamu?

Ketika orang-orang berkerumun dalam jamaah
Dimanakah kamu?

Ketika adzan Shubuh di pagi buta memanggilmu
Dimanakah kamu?

Ketika saudaramu memerlukan senyuman dan tegur salammu
Dimanakah kamu?

Ketika jalan diliputi rintangan yang mengganggu
Dimanakah kamu?

Ketika saudaramu memerlukan nasihatmu
Dimanakah kamu?

Ketika dzikir pagi-petang membasahi lisan menyejukkan qalbu
Dimanakah kamu?

Ketika masyarakat yang diliputi kejahilan haus akan ilmu
Dimanakah kamu?

Ketika orang-orang berburu pahala dengan menggebu-gebu
Dimanakah kamu?


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Muslimahku Sejati


Muslimah.
Bangga aku melihatmu..
Dengan purdahmu
Yang mengikut syariat agama..
Aku tahu..
Susah untuk berhadapan dengan manusia
Yang hanya Islam pada katanya
Tapi yakinlah sayangku..
Allah Taala memandangmu..
Dengan penuh kemuliaan..

Muslimahku..
Andai kau gusar..
Andai hatimu resah
Andai jiwamu runsing..
Carilah cintamu pada Maha Pencinta..
Bukan pada pendusta cinta manusia..
Aku yakin itulah satu-satunya kekuatanmu
Kerana aku begitu juga..

Muslimahku..
Teruskanlah pengembaraan ilmumu..
Kerana ilmu itulah menjadi bekalan..
Di dunia dan akhirat kelak..
Dan janganlah kalian..
Mensia-siakan ilmumu..
Dengan tidak mengamalkannya..

Muslimahku..
Akhir kalamku..
Inginku seru padamu..
Jagalah perhiasan dirimu..
Kerana dirimu itulah
Perhiasan dunia yang paling indah..
Janganlah mudah tergoda..
Dengan hasutan dunia..
Sesungguhnya..ia amat memeritkan..
Jika tidak..Ingatlah azab Ilahi..
Yang sungguh dahsyat..
Pastinya..kamu akan menjaga dirimu..
Daripada godaan syaitan dan nafsumu..
Jagalah segala-galanya..
InsyaAllah..aku yakin..
Allah Taala sentiasa menjagamu..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Tuesday, February 21, 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W.



Wahai manusia, dengarlah baik-baik apa yang hendak kukatakan, 
Aku tidak mengetahui apakah aku dapat bertemu lagi dengan kamu semua selepas tahun ini. 
Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikanlah ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir disini pada hari ini. 


Wahai manusia, sepertimana kamu menganggap bulan ini dan Kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan
harta setiap orang Muslim sebagai amanah suci. 
Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. 
Janganlah kamu sakiti sesiapa pun agar orang lain tidak menyakiti kami lagi. 
Ingatlah bahawa sesungguhnya, kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti membuat perhitungan di atas segala amalan kamu. 


Allah telah mengharamkan riba, oleh itu segala urusan yang melibatkan keperibadian batalkan sekarang. Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu. 
Dia telah berputus asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar, maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutidalam perkara-perkara kecil. 


Wahai Manusia, sebagaimana kamu mempunyai hak atas isteri kamu mereka juga mempunyai hak di atas kamu. 
Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka, juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana  kasih sayang.
Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembutlah terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. 
Dan hak kamu atas mereka ialah mereka sama sekali tidak boleh memasukkan orang yang kamu tidak sukai kedalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina. 


Wahai Manusia, dengarlah bersungguh-sungguh kata-kataku ini, sembahlah Allah, dirikanlah sembahyang lima kali sehari, berpuasalah di bulan Ramadhan, dan tunaikan lah zakat dari harta  kekayaan kamu.  
Kerjakanlah Ibadah Haji sekiranya kamu mampu. 
Ketahui bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. 
Kamu semua adalah sama. tidak seorang pun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam Taqwa dan beramal saleh. 
Ingatlah, bahawa, kamu akanmenghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggung jawabkan di atas segala apa yang telah kamu kerjakan. 
Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku. 


Wahai Manusia, tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan ada lain agama baru. 
Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah aku sampaikan kepada kamu. 
Sesungguhnya aku tinggalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya, necaya kamu tidak akan tersesat selama-lamanya. 
Itulah ALQURAN dan SUNNAHKU. 


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku, menyampaikan pula kepada orang lain. 
Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang terus mendengar dariku. 
Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-
hambaMU.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Wednesday, February 15, 2012

Wasiat Nabi S.A.W Kepada Saidina Ali R.A


Wahai Ali, bagi orang ‘ALIM itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Jujur dalam berkata-kata. 
2) Menjauhi segala yg haram. 
3) Merendahkan diri. 


Wahai Ali, bagi orang yg JUJUR itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Merahsiakan ibadahnya. 
2) Merahsiakan sedekahnya. 
3) Merahsiakan ujian yg menimpanya. 


Wahai Ali, bagi org yg TAKWA itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Takut berlaku dusta dan keji. 
2) Menjauhi kejahatan. 
3) Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman. 


Wahai Ali, bagi AHLI IBADAH itu ada 3 tanda-tandanya: 
1) Mengawasi dirinya. 
2) Menghisab dirinya. 
3) Memperbanyakkan ibadah kepada Allah s.w.t.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Monday, February 13, 2012

Qudwahku Rasulullah saw

Jika anda pernah bersedih,ingatilah kesedihan Rasulullah صلى الله عليه


وسلم. 


Jika anda pernah dizalimi, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم  


pernah dicederakan dan cuba dibunuh kerana Islam.



Jika anda difitnah, ingatlah Rasulullah صلى الله عليه وسلم dituduh 


dengan segala kata nista. 




Jika anda susah, ingatlah kekasih Allah Rasulullah صلى الله عليه وسلم,


makhluk paling sempurna juga pernah bersusah payah untuk 


ummatnya. 




Jika anda sedih, difitnah, dizalimi, dituduh dan berasa susah, 


cukuplah Rasulullah صلى الله عليه وسلم sebagai motivasi. 




Benarlah Baginda صلى الله عليه وسلم rahmat buat seluruh alam


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Virus Rindu???

Ya ALLAH..
Rindu apakah ini?
Rindu yang melenakanku dari-Mu
Rindu yang hampir mencekik mati keimananku
Layakkah aku merasakan ini, ya Rabbi?
Bagaikan racun yang perlahan mematikan qolbu..


Ya ALLAH..
Ingin aku luluhkan semua ini
Aku menyesal ya Rabbi..
Aku menyesal telah menyusupkan benih-benih cinta dihidupku


Ya ALLAH..
cinta ini telah menduakan diri-Mu
ampuni hamba yang dho'if
Air mata ini tak terbendung lagi , tatkala mengingat segala dosa atas kelalaian sebuah rasa..
Rasa yang susah untuk kulupakan
Rasa yang enggan pergi.
Rasa yang.... entahlah.. akupun tidak mengerti


Dia..
Sukar sekali menghapusnya
Sulit sekali ya Rabbi
Aku lelah menghindari ini semua


Andai kata aku mampu untuk meminta
Aku hanya ingin menghindari perkenalan itu
Agar tidak ada babak-babak cinta yang lahir
Cinta yang pada akhirnya menghamburkan fikiranku


Berungkali menghindar , namun percuma
dia tetap menahanku untuk terus bersama


Astaghfirullahaladziim


Andai dia tahu bahwa hati ini begitu sakit..
Bimbang antara mempertahankan egoku untuk merindukannya,
Atau pergi meninggalkan semua cerita yang tersulam


Ya ALLAH..
Bantu aku melupakannya
Bantu aku untuk menawarkan rasa ini
Bantu aku ya Rabbi..


Jika dia memang jodohku
Pertemukan aku dengannya dalam waktu yang tepat
Jika dia bukan yang Engkau inginkan atasku,
Jauhkan dia hingga nafas ini tidak menghembuskan namanya


kelelahan..!!!


Ya ALLAH..
Kurelakan ini semua
Temukan dia dengan bahagia
Bahagiakan dia dengan dunianya
Kurelakan ini semua
Pada akhirnya..
Aku ingin mencintai-Mu dengan cinta sempurna..





ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Sunday, February 12, 2012

Puisi : Cinta Di Jalan Ini


Jalan ini,
Bukan seperti yang kau hajati,
Hidup tenang penuh warna-warna keindahan,
Sedangkan ujian sentiasa menanti di depan,
Lalu apa yang membuat aku terus tetap bertahan?


Jalan ini,
Bukan seperti yang engkau sangkai,
Berjalan ceria tanpa kegusaran,
Sedang di depan mungkin ada seribu halangan,
Lalu apakah mungkin aku tetap tegak jika sendirian?


Jalan ini,
Bukan milikmu dan bukan aku jua,
Milik kita bersama untuk terus menjaganya,
Yang meyakinku untuk terus bertahan di atasnya,
Adalah kerna cinta kita yang diikat pada-Nya.


Inilah jalan cintaku,
Jua jalan cintamu,
Yang dengannya aku ingin bersamamu ke syurgawi,
Yang dengannya aku ingin membawa mu terbang tinggi,
Membawa perkhabaran syurga harapan,
Cinta di atas jalan perjuangan.

~[061011]~
Afdholul Rahman CA


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

HENTIKAN MENGUMPAT!!~






tau x org yg diumpat tu akan merasa terhina dan terluka. klu ade perkara yg baik tu ucaplah secara bersemuka dan macam itu juga lah sebaliknya. paling penting, apa sebenarnya matlamat dan tujuan kita mengumpat. klu niat menjurus ke arah negatif, perlakuan mengumpat ini akan terjadi. kadang2 ada orang yg cuba mengambil kesempatan diatas kelemahan seseorang. orang yg suka mengumpat sebenarnya PENGECUT. umpama mengetuk tin kosong,tidak berisi. hanya bising membingitkan telinga.


Mengumpat membawa kepada kemusnahan peradaban manusia. keluarga yg bahagia boleh berpecah belah hanya kerana sikap suka mengumpat. pasti korg semua pernah mendengar peribahasa melayu "KERANA PULUT SANTAN BINASA,KERANA MULUT BADAN BINASA" bukan? mengumpat adalah satu aktiviti yang mendorong kepada terjadinya perkara yang tidak baik. orang yang cemerlang dan mempunyai sikap positif tidak akan mengumpat manakala mereka yang sentiasa bersangka buruk dan mempunyai sikap negatif lebih cenderung untuk menjadi seorang yg suka mengumpat.


Sentiasa bersangka baik dengan orang sekeliling. tanamkan sikap positif dalam diri. ada sesetengah dari kita suka untuk menjadi popular dengan menjaja cerita-cerita tentang orang lain. mereka merasakan perkara ini disukai orang sekeliling. tiada siapa yang suka diumpat. gunakan pendekatan bercakap tentang perkara yang baik. berdiam diri adalah lebih baik dari bercakap. jangan terlalu ingin mengejar populariti sehingga memusnahkan diri. sentiasa bersikap positif setiap masa tanpa perlu disuruh. jangan terlalu suka megata keburukan orang lain sehingga terlupa akan kekurangan diri sendiri. lihatlah dirimu sendiri sebelum bercerita tentang orang lain. buka semua orang akan sukakan kita kalau beginilah cara kita melayan teman-teman yang lain!




ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, February 2, 2012

Manfaat Laman Sosial




ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Hidup ini


Jika anda tidak mampu membuat orang tersenyum, jangan membuat orang menangis.



Jika anda tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain, jangan menghancurkan orang lain.



Jika anda tidak mampu memberi apa apa, jangan terlalu banyak meminta.



Jika anda tidak mampu menjerit kerana rasa tertekan, lebih baik diam dari berkata kata.


Jika anda tidak mampu tersenyum kepada orang lain, tersenyumlah pada diri sendiri di hadapan cermin.



" Jadilah orang yang MEMBERI tanpa mengingatnya kembali dan orang yang MENERIMA tetapi tidak melupakannya sama sekali."




KADANG KADANG dalam hidup ini :

Orang yang EGO mahu anda melihat betapa hebatnya mereka tetapi orang yang PENGASIH mahu melihat betapa perlunya rendah hati untuk anda.

Orang yang PEMARAH mahu anda melihat betapa benarnya mereka tetapi orang yang PENYABAR ingin melihat betapa perlunya ketenangan untuk anda.

Orang yang SAKIT mahu anda melihat betapa deritanya mereka tetapi orang yang SIHAT mahu melihat betapa perlunya kesabaran untuk anda.

Orang yang KAYA mahu melihat betapa bahagianya mereka tetapi orang MISKIN mahu melihat betapa perlunya sifat pemurah untuk anda.

Orang yang BERSEDIH mahu anda melihat betapa kecewanya mereka tetapi orang yang sedang BERGEMBIRA mahu melihat betapa perlunya ketabahan untuk anda.

Orang yang normal mahu anda melihat betapa sempurnanya hidup mereka tetapi orang yang KURANG UPAYA mahu melihat betapa perlunya anda bersyukur kepada DIA.


BERSYUKUR kerana kita masih bernafas hingga hari ini, tidak kira dalam apa jua situasi kerana setiap yang DIA beri pasti punya erti walau sukar dimengerti kerana hidup ini bukan hanya untuk berpesta dalam kegembiraan tetapi berpencak silat dengan ujian dan dugaan kehidupan. Hanya keteguhan iman mampu menjadi perisai yang teguh untuk menepis setiap serangan serangan dugaan yang datang dari pelbagai penjuru.

Hidup mesti diteruskan !!!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz