::-PENCINTA ILMU-::

Tuesday, August 23, 2011

TEPUK DADA TANYA IMAN

"Islam telah bermula dengan dagang dan ia akan kembali dagang, maka berbahagialah mereka bersama Islam di waktu ia dagang. "
(Hadith Riwayat Muslim )


Dagang di sini bererti ASING.

DAGANG KALI PERTAMA
Islam dan da'wahnya bermula dalam keadaan dagang. Islam sewaktu mula didatangkan di Makkah Al Mukarramah, ASING dan tidak dikenali oleh masyarakat. Oleh kerana Islam ghurbah dan unik maka Islam dibenci dan dimusuhi. Pembawa dan pendokong-pendokongnya dizalimi dan dihadapkan dengan berbagai-bagai mehnah dan tribulasi.

Namun, di sana terdapat satu faktor terbesar yang menyebabkan Islam dagang iaitu faktor aqidah Islam yang berlawanan dengan Jahiliyyah atau kufur. Islam mengajak kepada aqidah yang sohih, serta realiti hidup salimah, syamilah dan kamilah yang mana bertentangan dengan kekufuran. Islam dan kekufuran sentiasa dalam keadaan harb (peperangan). Kekufuran tidak dapat menerima Rububiyyah dan Uluhiyyah Allah Subhanahuwata’ala. Kekufuran tidak menerima hukum-hukum dan undang-undang Allah Subhanahuwata’ala berjalan dan berkuasa di bumi.

DAGANG KALI KEDUA
Generasi pertama iaitu Generasi Al-Quran yang dididik oleh Rasulullah Sallallahu’alihiwasallam telah berlalu. Kerja-kerja mereka telah selesai. Kelemahan umat Islam dan kelemahan pimpinan dalam generasi-generasi selepas mereka telah berlaku. Daulah Islamiyyah telah jatuh satu persatu dan yang terakhir ialah kejatuhan Daulah Othamaniyyah di Turki. Serentak dengan itu pengaruh sekularisma yang ditaja oleh penjajah telah bertapak, menular dan berkembang pesat di seluruh negara yang diperintah oleh umat Islam. Pengaruh itu terus berakar umbi hingga kini di negara-negara Islam tanpa kecuali. Akibatnya Islam kembali ghurbah untuk kali kedua. Kini realiti menunggu rijal-rijal untuk menghilangkan Ghurbah Ath-Thaniyah (dagang kali kedua).

Tiada jalan, kaedah, acuan dan uslub lain dalam menegekkan kembali Islam melainkan dimulakan dengan TARBIYAH seperti mana yang di lakukan oleh Rasulullah SAW menghadapi dagang kali pertama. Kita perlukan TARBIYAH untuk bina ISLAM dalam diri kita dan untuk bina ISLAM di sekitar kita. Hanya dengan TARBIYAH.


Apa itu TARBIYAH?

TARBIYAH satu proses didikan ISLAM pada hati-hati manusia yang dipilih oleh Allah. Tidak sama dengan pembelajaran dan pengajaran. Ia bermula dengan kefahaman, di susuli dengan kesedaran dan menghasilkan amal yang benar dan IKHLAS.







ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz