::-PENCINTA ILMU-::

Sunday, May 13, 2012

Bukan Hari Ibu Lambang Kasihku Padamu Ibu

Suatu hari, anak gadis kecil datang memeluk ibunya. Pelukannya erat tidak seperti hari-hari biasanya.


Ummi: "Eh, hari ni hari ibu ya? Ustaz Azhar Idrus  maklum, hari ibu tidak boleh disambut, bimbang terjejas akidah."


Anak gadis: "Ummi, daku memelukmu hari ini bukan kerana hari ibu, tapi kerana kasihku padamu. Tadi di sekolah, ustazah ceritakan betapa Rasulullah s.a.w. menyebut ibu melebihi sebutan bapa. Betapa besar nilai seorang ibu di hadapan Allah dan Rasul. 


Sesungguhnya tidak akan pernah daku merasa jemu memelukmu walau dirimu saban hari meningkat usia, rambutmu memutih, tubuhmu tidak lagi sekuat dulu..Sungguh, daku tidak jemu-jemu mengasihimu ummiku.."


Ummi: "   .... :)







ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, May 12, 2012

Coretan Hati Buat 'Mujahid' Yang Dirindui

Coretan 1
Bila hatiku tiba-tiba meridui seorang mujahid. Aku meletakkan kepercayaan kepada-Nya. 
Timbul rasa tak layak bila memuhasabah diri ini yang serba kekurangan.


Ya Allah, temukan aku seorang ‘suami ahli Syurga-Mu’. Saat aku merinduinya, lebih kuat aku bermunajat kepada-Mu, lebih pantas aku mempertingkatkan keperibadianku. Ya Allah, hanya Engkau yang Maha Mengetahui, siapakah mujahid yang terbaik buatku. Kepada-Mu aku bertawakal.




Coretan 2
Mujahidku, Walaupun aku masih tidak mengenali dirimu. Namun, aku sentiasa meyakini kewujudanmu. Aku memelihara hatiku daripada mencintai mana-mana lelaki, kerana cintaku ini terlalu istimewa buatmu. Aku amat meyakini janji-Nya.. ‘lelaki yang baik untuk perempuan yang baik’.. jika aku mengharapkan dirimu, mujahid yang terpelihara hatinya, aku dululah yang harus memelihara hatiku. 


"Ya Allah, hanya Engkau yang layak menentukan mujahid yang terbaik buatku. Hanya Engkau penyusun terbaik buatku"




Coretan 3
Mujahidku, Hatiku menangis. Rindu untuk menanti kehadiranmu kerana ujian demi ujian sering mendatangiku. Hatiku amat bimbang akan keadaanmu, lantaran melihat keruntuhan kaum lelaki. Aku meletakkan kepercayaan kepadaNya. 


"Ya Allah, aku yakin Engkau memelihara hatinya.. memelihara peribadinya. Ya Allah, aku masih tidak mengenalinya. Jadikan jiwanya sentiasa mencintai dan dicintai-Mu"


Jawapan mujahidku (bisikan rasa dan ilham dari Allah)


Mujahidahku,


Aku juga amat rindu dan sentiasa menanti kehadiranmu. Hati ini merayu kepada Yang Maha Esa agar mempertemukan kita dalam ‘Baitud Dakwah’ tercinta. Jangan bimbang wahai mujahidahku, Aku di sini sentiasa berusaha menjaga diriku, hatiku, pandanganku. Aku juga sedang mempersiapkan diriku. Lantaran diriku yang serba dhaif, kupinta agar diberikan sedikit waktu untuk menggumpulkan roh cinta yang sebenar. Mujahidahku, Aku juga sepertimu masih dalam perjalanan menaiki anak tangga menuju Cinta-Nya. Aku juga ingin mencintai dan dicintai-Nya. Aku ingin memilih Cinta Allah sebelummu. Aku ingin buktikan kepadamu, bahawa aku ini mujahidmu. Kuingin buktikan cintaku pada Rabb, kekasih kita berdua. Teruslah mempersiapkan dirimu mujahidahku, kerana dirimu bakal menjadi sayap kiri yang akan menguatkan perjuanganku.


Sumber: Diari kehidupan seorang mujahidah 


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Tuesday, May 8, 2012

Kita Mungkin Dipanggang Neraka

Seorang adik menghubungi saya baru-baru ini. Ia mengadu masalah seorang sahabatnya yang hampir berzina. Saya tidak terkejut sangat mendengarnya meskipun sahabat itu adalah seorang ahli gerakan Islam. Bagi saya, ahli mahupun tidak, ia tidak terlepas daripada buruan syaitan dan bisikan nafsu. Semakin merapat ia kepada Allah, semakin syaitan berusaha menjatuhkan keimanannya dalam lembah maksiat.


Adik saya itu kelihatannya tidak tenang. “Ustaz Dzul, ana tidak dapat tidur semalaman memikirkan perkara itu. Ana sangat sedih.” Begitulah lebih kurang mesejnya. Saya menyedari kesedihan menguasai dirinya menyebabkan emosinya agak kurang tenang.


Saya bertanyakan beberapa persoalan kepadanya. “Dik, agak-agaklah, siapa lebih mulia, enta ke dia? Boleh tak enta sebut pada ana, adakah enta masuk syurga dan dia masuk neraka?” Adik saya itu terdiam dan kemudian memberikan respon. “Masya Allah ustaz, dia lebih mulia daripada ana.”


Saya tidak mahu memberikan jawapan yang panjang lebar kepada dia. Saya hanya meminta agar adik itu menuntun kehendak nafsu sahabatnya. Seseorang yang tenggelam dalam lembah maksiat, kemungkinan akan mengakhiri hidup di lembah keimanan.


Bak kata saudara saya Zahiruddin, “Yang kita bimbang adalah kesudahan hidup kita.” Ya, ketakutan orang siddiq adalah su’ul khatimah. Mungkin ia merupakan orang yang mulia dalam hidup tetapi penghujungnya adalah buruk.


Berkata Syeikh Abdul Qadir Jailani sebagai suatu pedoman,


“Jika kamu bertemu dengan orang tua, bisikkan kepada hatimu. Sesungguhnya ia orang tua, pasti pahalanya banyak bertimbun.


“Jika kamu bertemu orang muda, maka bisikkan kepada hatimu. Ia masih muda, dosanya pasti lebih kurang berbanding aku.


“Jika kamu bertemu dengan orang alim, maka bisikkan kepada hatimua. Ia orang alim, pasyi ia lebih mulia berbanding aku.


“Jika kamu bertemu dengan orang jahil, maka bisikkan kepada hatimu. Ia orang jahil, ia melakukan maksiat kerana kejahilan sedangkan aku melakukan maksiat dalam keadaan aku mengetahui.


“Jika kamu bertemu pelaku maksiat, maka bisikkan kepada hatimu. Ia mungkin orang maksiat, namun aku tidak tahu apakah kesudahan penghujung hidupku. Mungkin ia mati dalam keadaan bertaubat dan taat sedangkan aku tidak tahu kesudahanku.”


Maka sahabat, apa guna kita berlagak sombong, dengan jawatan dan aktifnya kita. Ingin saya berpesan kepada adik-adik dan sahabat-sahabat saya,


“Janganlah sombong jika kamu aktif dalam berusrah. Mungkin banyak orang yang kamu latih, tetapi belum tentu ia menyelamatkan kamu dari sambaran neraka. Orang yang berusrah rajin, kadang-kadang dihinggapi penyakit sombong. Ia merasakan jamaah kuat kerananya. Ia merasakan ramai orang yang Berjaya dilatihnya. Walhal ia hanya melatih fikrah, tetapi tidak menuntut hati agar membenci kehendak nafsu dan menjauhi dunia.”
Alangkah, saya teringat pesan saya kepada sahabat-sahabat yang mengambil bidang kedoktoran.


“Jika kamu memilih pasangan hidup kerana fikrah, maka pandangan kamu sangat sempit. Misi perkahwinan yang terbesar bukanlah dengan kamu mendapat pasangan hidup yang mengizinkan kamu aktif dalam jamaah. Tetapi tujuan yang terbesar adalah mencari pasangan yang menanamkan rasa rindu kamu kepada akhirat dan takut kepada neraka.”


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Monday, May 7, 2012

Nasihat Seorang Kakak (Salsabil-KUIN)

Adik-adikku, jika selumbar masuk jari kita, cepat2 kita kena buang kn? kalau tak bernanah. Mcm tu jugak hati, bila ada cinta selain Allah yg memasuki hati kita, bersegeralah mengeluarkanya krn bimbang ia juga akn bernanah.


Ada yang berkata, ‘bukan senang kak nak lupakn si dia’


Antara cara menempuh mujahadah ini:
1. Berdoa sungguh2 agr Allah mencabut nama si dia dlm ingatan kita. 
2. Mohon pd-Nya agr mengantikan hati yang bermaksiat dengan hati yang baru.
3. Banyakkn bersama teman-teman yang soleh. 
4. Sibukkn diri dengan hal-hal yang meningkatkn kualiti iman.
5. Libatkan diri dengan prgm2 yang mendidik hati.


Adakalanya kita merasa susah nak lalui mujahadah ini. Tp yakinlah, jika kita bersungguh-sungguh. Allah pasti menyambut kesungguhan kita dengan sentuhan Cinta-Nya. 


Kita tak akan dapat merasai Cinta Allah, jika di dalam hati kita masih berbaki Cinta kpd makhluk. Mg kita semua bersegera menyelamatkan hati kita dari terus bernanah, kerana hati ini juga akan di soal oleh Allah di akhirat kelak. 


Salam sayang dari akak, akak sentiasa mendoakan adik2 yang akak kasihi krn Allah.























ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, May 3, 2012

“AMALAN MENJADI WANITA SOLEHAH”.

hehe...sori eh korang suma,nilam xsempat nak pos entry terbaru,jd hari ni ada masa ckit tapi xbanyak nak la post entry..
entry ni bukan sebab jeles ke hape ke,sekadar perkongsian saje..
Nilam dah lama nak tanya pada korang la an,bagi kaum hawa la yerk..
pernah jumpa muslimah bertudung labuh x?
ikut la,dah ke belom..
yang pasti Nilam juz nak kongsi rasa hati nilam..
nilam teringin sangat nak jadi macam muslimah di luar sana,berjihad di jalan Allah
ALHAMDULILLAH Allah mengkabulkan doa Nilam. Biar pun orang akan kata,' aku segan la nak pakai macam tu,nampak warak sangat'
hurmm
salah perspeksi macam tu
sebenarnya suma tu baik tuk kita semua para muslimah,muslimah bukan sekadar daripada pakaian semata-mata...ok,la bca entry tu,pastu fikirkan lah yer...



Memang semua wanita bercita2 untuk menjadi wanita solehah dan semua lelaki juga menginginkan pasangannya itu seorang wanita solehah. Disini ustazah tuliskan serba sedikit tips atau ciri2 yg boleh diamalkan untuk menjadi wanita solehah.


Amalan-amalan itu ialah:


1. Mendirikan solat/sembahyang.
Semua manusia yang sudah mencapai umur baligh diwajibkan ke atasnya solat fardhu 5 waktu sehari semalam. Solat fardhu dengan rajin dan lakukannya juga solat sunat sebagai menampung kekurangan yg terdapat pada solat wajib itu tadi.


2. Menjaga solatnya.
Seseorang yg wajib solat dituntut juga khusyuk ketika menunaikan kewajipan itu.Selain khusyuk , menunaikan solat juga dituntut beristiqamah iaitu melakukan solat dengan berterusan mengerjakannya serta menjaga waktunya, ini bermaksud solat itu mesti di awal waktu dan tidak melengah2kan nya.


3. Bersyukur dan redha.
Manusia ini biasa mempunyai tabiat yg buruk kerana apabila ditimpakan ujian atau musibah sering mengeluh dan adakalanya seperti menyalahkan takdir. Tetapi apabila senang dan kaya sedikit mereka cepat lupa diri. Sebaiknya kita bersyukur dan redho dgn setiap pemberian Allah. Janji Allah dlm alquran, apabila kamu bersyukur aku akan tambahkan nikmat kpdmu tetapi sekiranya kamu kufur ingatlah azabku amat pedih.


4. Selalu bersedekah.
Murah hati adalah sifat yang mulia. Kehidupan akan menjadi indah dan bahagia apabila semua orang ada perasaan ingin saling bantu membantu sesama saudara seagama. Sehinggakan malaikat berdoa agar orang yg rajin memberi sedekah itu Allah swt akan gantikan dengan ganjaran yg berlipat kali ganda.


5. Menjaga maruah diri.
Untuk menjadi wanita solehah hendaklan wanita itu menjaga maruahnya dengan menutup aurat dgan betul. Memelihara diri dan kehormatannya serta menjauhi perlakuan yg boleh mendorongnya melakukan kemaksiatan dan perbuatan keji.


6. Takut murka Allah.
Wanita solehah sentiasa patuh kepada ajaran Allah dan menjauhi semua larangan Nya. Walaupun Allah tidak dapat dilihat tetapi sentiasa merasakan Allah itu Maha Melihat semua perbuatan Hambanya. Malu melakukan kejahatan dan kemaksiatan kerana takut akan azab dan pembalasan dari Allah swt.


7.Menjaga amanah.
Sebagai wanita perlulah menjaga amanah yang telah dipikulkan ke atasnya seperti amanah menjadi seorang isteri, seorang ibu, seorang pekerja dan seorang tetangga. Amanah kepada Allah, seprtia didalam surah Fatihah ” kepada Engkau kami menyembah dan kepada Engkau kami memohon pertolongan.


8. Pandai mengaji Al-Quran.
Wanita solehah selain solat, menjaga solatnya dgn istiqamah, menjaga amanah dan memelihara diri ,mestilah juga tahu mengaji Quran dan suka/sering menjadikan Quran itu sebagai sahabatnya. Kerana rumah yg tiadak diperdengarkan alunan bacaan Quran ibarat seperti sebuah kubur.!


Begitulah serba sedikit amalan untuk menjadi wanita solehah. Sebagai panduan buat semua yg bercita2 menjadi wanita solehah..InsyaAllah.

Dan kepada kaum Adam di luar sana pulak,kalau nak bagi hantaran berpuluh ribu bagi la pada yang mempunyai ciri-ciri di atas. Kan tak rugi!























ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, April 21, 2012

Gambaran Hari Kiamat



Mengalir air mata Ku tanpa Ku sedari ketika membaca kisah ini... Astaughfirullah!!!


- Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar) yang memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.


- Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya “Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?” Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya “Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa.” Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.


- Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.


- Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut “Ajbuz Zanbi” yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji benih.


- Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.


- Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.


- Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.


- Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.


- Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.


- Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.


- Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:


ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.


- Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara “pergilah berjumpa dengan para Nabi”. Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.


- Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.


- Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 orang malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga ‘Arasy itu tiba dibumi.


- ‘Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 orang malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.


- Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 orang malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari ‘Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.


- Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & ‘Atid / Kiraman Katibin.


- Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.


- Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.


- Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.


- Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.


- Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.


- Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.


- Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta’ala dengan Maha Bijaksana.


- Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.


- Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :


ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.


(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)


Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.


Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.


Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.


Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.


Rujukan: Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al- Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.


Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW: ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞ Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :


① Sedekah/amal jariahnya.


② Doa anak²nya yang soleh.


③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, April 19, 2012

Di Dalam Hati Manusia

Di dalam hati manusia ada kekusutan dan tidak akan terurai kecuali menerima kehendak Allah swt

Di dalam hati manusia ada keganasan dan tidak akan hilang kecuali berjinak dengan dengan Allah swt

Di dalam hati manusia ada kesedihan dan tidak akan hilang kecuali seronok mengenali Allah swt 
Di dalam hati manusia ada kegelisahan dan tidak akan tenang damai kecuali berlindung, bertemu dan berjumpa denganNya

Di dalam hati manusia ada penyesalan dan tidak akan padam kecuali redha dengan suruhan dan laranganNya serta qadha dan qadarNya serta kesentiasaan sabar sehingga menemuiNya

Di dalam hati manusia ada hajat dan tidak akan terbendung kecuali kecintaan kepadaNya dan bermohon kepadaNya.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Tuesday, April 17, 2012

JANGAN BELI !!! ADA BABI!!!



Buat sahabat dan umat seislamku,,marilah kita pakat2 berhati2 dengan rezeki dan apa yang akan menjadi darah daging kita..
Patutlah lepas makan ni kita susah nak baca al quran & solat !!! 
contoh lain :- apollo, cadbury etc. print code ni simpan dlm wallet atauhenset. refer bila nak beli.


Semoga Allah menghancurkan kaum-kaum yang zalim & musyrikin yang cuba menghancurkan Islam. wallahu a'lam
info : persatuan pengguna pulau pinang


Yang jelas nye.....pringles pun ader gak lemak ni.


kalau xcaya tgk ader E471 kat ingredients nya tu...mmg patut lah Allah turunkan bala virus influenza tu.... Xheran lah kalau skg ni ramai sgt samseng, yg muda, yg tua


laki..pompuan. ..sama jer.....solat yg wajib main tinggal jer..doa pun byk yg tak termakbul ekoran makanan2 seperti ni yg jadi darah daging.......nauzubillah.. Camner nak lahirkan lebih ramai islam yg betul2 'muslim'... dari kecik dah disuapkan dgn makanan2 mengarut ni... yg heran nya caner leh ader tanda HALAL bg makanan2 tersebut?


Bijaknya org2 kafir memperdayakan org2 Islam hanya dgn makanan...... Kebijaksanaan mereka xkan kekal lama... Tp...ingatlah suatu masa yg telah ditetapkan oleh Allah swt, org2 mukmin akan bangkit jua... Jika kita sedar dan prihatin..forward lah untuk rakan2 seislam...semoga kita lebih berhati2 ngan tipu daya & helah musuh2 Allah swt...


share dan war2 kan kepada sahabat2,,dan rakan 2 seagama kita..Allahuakbar...Kita sama2 berkongsi sesuatu yg bermanfaat,,,semoga Allah...Satu kan hati2 kita amin...




MULSIFIERS E - CODES FOR PIG FAT 




1 E 100 16 E 280 31 E 434 46 E 482 
2 E 110 17 E 300 32 E 435 47 E 483 
3 E 120 18 E 301 33 E 436 48 E 491 
4 E 140 19 E 325 34 E 440 49 E 492 
5 E 141 20 E 326 35 E 441 50 E 493 
6 E 153 21 E 327 36 E 470 51 E 494 
7 E 160 22 E 334 37 E 471 52 E 495 
8 E 161 23 E 335 38 E 472 53 E 542 
9 E 210 24 E 336 39 E 473 54 E 570 
10 E 213 25 E 337 40 E 474 55 E 572 
11 E 214 26 E 422 41 E 475 56 E 631 
12 E 216 27 E 430 42 E 476 57 E 635 
13 E 234 28 E 431 43 E 477 58 E 904 
14 E 252 29 E 432 44 E 478 59 E 920 
15 E 270 30 E 433 45 E 481


Dari Abu Hurairah r.a…Nabi s.a.w. sabdanya:


"Sesiapa yang mengajak ke jalan mengerjakan sesuatu amal yang baik, adalah baginya pahala sebanyak pahala orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala itu dari pahala-pahala mereka, dan (sebaliknya) sesiapa yang mengajak kejalan mengerjakan sesuatu amal yang menyesatkan, adalah ia menanggung dosa sebanyak dosa orang-orang yang menurutnya, dengan tidak mengurangi sedikit pun dosa itu dan dosa-dosa mereka."


Petikan Daripada Kitab Fikhul Jihad Karangan
Prof.Dr.Sheikh Yusuf Al-Qaradhawi



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

SIBUK OH SIBUK

Sibuk sebagai alasan. Jika alasan ini diberikan untuk BEBERAPA KALI mungkin boleh diterima. Tetapi, bila alasan ini diberikan SETIAP KALI, maka sebenarnya pemberi alasan itu tidak bersedia untuk menerima/melakukan/meninggalkan sesuatu. 
Dan pemberi alasan itu telah menutup pintu hatinya untuk melakukan/menerima/ meninggalkan sesuatu.




Saya yakin, semua orang setuju jika saya kata semua orang di dunia ini sibuk. 


Siapa yang tidak sibuk???


Jika sibuk menjadi alasan untuk tidak hadir usrah, rehlah tarbawi, tamrin dan yang sewaktu dengannya, maka dia menghalang dirinya untuk mendapat hidayah Allah. Dia menghalang dirinya untuk mendapat sentuhan tarbiyah yang meransang IMAN. Dia menghalang dirinya untuk iman subur meningkat. 


Akhirnya, Dia menghalang dirinya dari menjauhi azab Allah. Dia menghalang dirinya dari menuju syurga Allah.....


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Sunday, April 15, 2012

INFO TERKINI TENTANG HIMEGA '12

Hijrah Menara Gading atau disingkatkan sebagai HIMEGA adalah merupakan sebuah program untuk memberi kefahaman dan kesedaran kepada bakal mahasiswa agar lebih mempersiapkan diri dengan cabaran-cabaran yang akan mendatang.

Pada peringkat awal, HIMEGA dilaksanakan sepenuhnya di bawah HALUAN Malaysia, sebuah badan bukan kerajaan yang telah menjalankan pelbagai program kebajikan di dalam mahupun luar negeri. Namun sekarang, perlaksanaannya telah diberikan sepenuhnya kepada HaluanSiswa. Namun, HALUAN Malaysia masih memantau pergerakan dan perjalanan program ini

Objektif
  • Mendedahkan peserta kepada kepentingan untuk menyambung pengajian sehingga ke peringkat Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dan supaya menjadi mahasiswa yang cemerlang dalam semua aspek fakulti insan.
  • Memperkenalkan HALUANSiswa sebagai medan untuk berbakti dan berkhidmat kepada masyarakat kampus.
  • Memperkenalkan Kolej Teknologi Darulnaim (KTD) sebagai salah sebuah institusi pengajian tinggi yang mementingkan aspek pendidikan rohani dan akademik yang tersusun.
  • Mengenalpasti kursus dan kerjaya berdasarkan minat dan kelayakan peserta.

Tema
"Nurturing 'Alim Mujahid"

Yuran
RM70 / peserta ( makanan, penginapan, nota, fail, dan sijil )

Pemakaian
Sila pastikan anda memakai pakaian yang sesuai pada sepanjang program.
Semasa majlis perasmian, bagi lelaki anda perlu memakai baju kemeka-L dan seluar slack, manakala bagi peserta wanita, anda perlu memakai tudung-P berwarna cream atau putih

Pengangkutan
Sekiranya anda memerlukan pengangkutan untuk ke tempat program, sila hubungi saudara Azam( 0132988003 | azam_sa92@yahoo.com ) atau saudari Sharifah ( 0133575234 | insafidaiman@yahoo.com )

Pengangkutan akan disediakan dari stesen-stesen berikut ke tempat program

Hentian sebelah UPM-Serdang, lebuhraya utara-selatan
Stesen bas Kajang
Stesen ktm Bangi
Tentatif penuh program boleh dilihat di sini [klik]

TUNGGU APA LAGI ADIK-ADIK,KAWAN-KAWAN,TEMAN-TEMAN,SAUDARA-SAUDARAKU..AYUH KE SANA..HEBAHKAN KEPADA SEMUA LEPASAN SPM/STPM/STAM

PELUANG KALIAN ADA DI DEPAN MATA              [daftar]




ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz