::-PENCINTA ILMU-::

Thursday, March 29, 2012

Zinnirah Serikandi Islam

Kisah seorang muslimat sejati bernama Zinnirah adalah antara contoh terunggul pengorbanan seorang muslimah demi mempertahankan akidah yang telah meresap ke dalam lubuk hatinya. Dia dipilih oleh Allah untuk menerima ujian yang cukup getir. Dia menerima hidayah Allah pada peringkat awal dakwah Rasulullah S.A.W iaitu semasa baginda berdakwah secara sembunyi-sembunyi. Dalam lipatan sejarah Islam, golongan yang pertama inilah yang banyak menerima ujian dan dugaan.


Zinnirah adalah seorang wanita berketurunan bangsa Rom. Dia telah ditawan dan dijual di sebuah pasar di Mekah. Akhirnya, dia telah dibeli oleh Umar Al-Khattab untuk dijadikan sebagai hamba. Dari segi fizikalnya, Zinnirah kelihatan lemah tetapi dari segi spiritualnya dia mempunyai jiwa yang cukup kental dan tabah. Pada peringkat awal keislamannya, Zinnirah melakukan suruhan-suruhan Islam secara sembunyi-sembunyi kerana takut diketahui oleh tuannya, Umar Al-Khattab yang terkenal dengan sifatnya yang tegas dan berani. Umar sebelum memeluk Islam amat memusuhi Rasulullah dan kaum muslimin. Zinnirah bersolat, berzikir, membaca Al-Quran dan berdoa kepada Allah dengan penuh syahdu dan keinsafan. Semua ini dilakukan dengan penuh hati-hati.


Penderitaan ke atas Zinnirah bermula setelah Umar mengetahui keislamannya. Umar dapat menghidu perubahan yang telah berlaku ke atas hambanya itu. Setelah diselidiki, ternyatalah bahawa hambanya itu telah menerima ajaran tauhid yang dibawa oleh Muhammad S.A.W. Zinnirah menjadi mangsa awal kerana kebencian Umar terhadap Islam dan kaum muslimin. Umar menyeksa dan mendera Zinnirah dengan harapan Zinnirah akan kembali kepada agama asalnya dan meninggalkan Islam. Pelbagai seksaan dikenakan terhadapnya. Pukulan, hentakan, sepak terajang, dijemur di tengah-tengah panas terik menjadi rutin biasa dalam kehidupan Zinnirah. Semuanya dihadapi dengan penuh kesabaran disamping hati dan jiwanya bergantung penuh kepada pertolongan Allah.


Kemuncak penderaan terhadap Zinnirah ialahapabila kedua matanya dicucuk dengan besi panas yangmengakibatkannya hilang penglihatannya dan terpaksa mengharungi kehidupan dalam kegelapan. Namun begitu, hatinya penuh dengan cahaya keimanan. Iman menjadi penyuluh hidupnya dalam menghadapi kesengsaraan azab dari tuannya.


“Ini untukmu Ya Allah. Aku mengharungi kesengsaraan ini untuk mendapat kesenangan di akhirat kelak. Perjuangan ini sememangnya berat, selalu menderita dan sengsara kerana aku sedar untuk mendapat syurgaMu, aku terpaksa menagih ujian berat, sedangkan neraka itu dipagari oleh pelbagai kesenangan.”
Inilah rintihan hati Zinnirah kepada Allah ketika bermunajat kepadaNya di setiap malam sebagai penawar jiwa diatas segala kesengsaraan yang dihadapi.


Zinnirah akhirnya dibeli oleh Abu Bakar As-Siddiq. Walaupun menerima pelbagai rupa seksaan daripada Umar, Zinnirah tidak mendendami tuannya itu. Malah dia berdoa kepada Allah memohon diberikan hidayah kepada Umar. Penderitaan Zinnirah tidak berakhir di sini, malah dia dicerca oleh kaum musyrikin Mekah. Mereka mengatakan Zinnirah buta kerana mendapat laknat daripada tuhan Latta dan Uzza. Namun begitu,Zinnirah dengan penuh keberanian mempertahankan dirinya dengan mengatakan dirinya buta bukan kerana tuhan mereka, tetapi ia adalah perbuatan Umar dan Allah mengizinkannya berlaku.


Walaupun diuji dengan pelbagai ujian, keyakinannya kepada Allah tidak berubah. Allah memberi karamah kepadanya. Matanya yang buta itu dapat melihat kembali. Malah sinaran matanya itu lebih bercahaya.
Zinnirah, seorang wanita biasa, yang mungkin tidak dikenali, yang tidak punya harta atau ijazah tetapi mendapat pujian daripada Allah. Para malaikat mendoakan kesejahteraannya.Mata kasarnya buta tapi mata hatinya celik, disinari dengan cahaya keimanan serta keyakinan kepada Allah


sumber :klik sini


SubhanALLAH Zinnirah, walau dirimu diuji hebat sedemikian rupa,masih teguh kecintaanmu pada ALLAH yang esa..zinnirah kaulah serikandi sejati,..
semoga menjadi pengajaran buat kita semua



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Muslimin Bantulah Muslimat Mencari Erti Solehah

Dahulu muslimat mungkin merupakan cabaran yang besar yang dapat meruntuhkan keimanan seorang muslimin. Namun hari ini, ketahuilah wahai muslimin, anda merupakan cabaran yang besar bagi muslimat dalam memagari diri di dalam rumah 'solehah'. Saban hari ada sahaja penjaja-penjaja cinta yang melalui halaman rumah 'solehah' ini, yang membuatkan kadang-kadang, muslimah ini teruja untuk melihat 'apakah yang dijual mereka?'.


Ketahuilah wahai muslimin,
Kami memagari diri kami,
Agar kamu (wahai muslimin) dapat istiqamah dalam perjuanganmu,
Kami mengeraskan kelembutan kami,
Agar kamu mampu fokus dalam gerak langkahmu,
Kami lari dari fitrah azali kami,
Agar tidak terganggu imanmu,
Namun mengapa kamu masih mengusik hati serta keimanan kami?
Sedang kita perlu saling bantu-membantu dalam menjaga iman masing-masing.
Agar gerak kerja kita dalam perjuangan ini tidak terganggu. 


Sekiranya kamu sering menganggu iman kami, maka kelemahan kami yang terserlah pula akan menganggu imanmu. Dan akhirnya kita bersama-sama jatuh ke tempat yang binasa. Na'uzubilahi min zalik!


Apabila kamu melihat ada muslimat yang solehah, atau yang sedang mengadaptasi sifat 'solehah' dalam diri. Jangan kamu ganggu mereka dengan kata-kata manismu, jangan kamu ganggu iman mereka dengan menguji sejauh mana tahap 'solehah' mereka. Apakah kamu tegar kehilangan bunga-bunga 'solehah' yang bakal mengindahkan dunia Islam ini?.


Kami sendiri pelik, apabila ada muslimin yang mengirimkan article tentang 'ikhtilat', sebagai peringatan buat muslimat. Tetapi kemudiannya muslimin itu sendiri menghantar mesej,


'Hati-hati ye balik, kalau terjatuh,bangun sendiri, hehe'.
'makan tak ajak pun..hehe'
'hujan nih, jalan la tempat teduh..kang demam'


Atau mungkin apa sahaja perbuatan atau perkataan yang boleh mengundang dosa. Jangan menipu diri sendiri muslimin hanya dengan bertopengkan ilmu kepalsuan.


"Owh maksud saya tu, jaga diri. Awak jangan su'uzhon",
"Saya tak nak lah rasa ikhtilat ni terlalu formal kita biasa-biasa je "


Apa sebenarnya yang kamu (wahai muslimin) cari?
Kamu mahu kami menjadi muslimah solehah, tapi kamu tidak membantu kami ke jalan itu,
Malah kamu sering menganggu 'perhatian' kami.
Atau mungkin kamu ingin kami jadi muslimah yang hipokrit? 
Di depan semua orang, ikhtilat, aurat, ibadah semua dijaga,
Tetapi di belakang orang,kami hanya memiliki abu-abu iman yang ringan, yang tidak berguna.


Ketahuilah wahai muslimin,
Kita memerlukan kekuatan satu sama lain,
Dalam memangkin perjuangan ini,
Jika salah satu dari kita lemah dalam mempertahankan iman,
Ia akan memberi kesan kepada keduanya.


Ketahuilah wahai muslimin
kami ingin menjadi isteri yang solehah, juga ibu yang dapat menjadi qudwatun hasanah,
Bagi melahirkan mujahid dan mujahidah,
kami memerlukan seorang suami yang soleh sebagai ketua keluarga,
Jadikan kami ini selayaknya untuk kamu,
Dan kamu selayaknya untuk kami.






GLORY
Muslimat- perempuan
Muslimin- lelaki
Ikhtilat - perhubungan lelaki dan perempuan
su'uzhon- bersangka buruk






ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Wednesday, March 28, 2012

Tuesday, March 27, 2012

Mujahadah


"MUJAHADAH ITU PAHIT KERANA SYURGA ITU MANIS"


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Dapat Kiriman Nota Comot










haaa..kalau anda nak dapat macam nilamkasturi dapat,langganlah nota comot..  klik sini


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Tuesday, March 20, 2012

Thursday, March 15, 2012

Jawapan Hilal Asyraf kepada Tun Dr Mahathir Mohamad

sebetul-betulnya,telingaku terasa perit,pedih,sakit malah terkejut  dengan butiran hujah-hujah bekas Perdana Menteri,Tun Mahathir Mohamad berkenaan hukum hudud.  

Dari hari ke hari,menanti..seseorang menegakkan kembali kenyataan yang sebenar. 

Alhamdulillah,hari ini, ana log in facebook. Ada satu artikal yang terpapar yang menerangkan dan membahas kembali hujah-hujah yang menjadi isu besar dalam kalangan umat Islam. 

jawapannya disini,seorang hamba Allah,menjawab kesemua persoalan yang dikemukakan Tun terhadap beliau..








ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Cinta? Diamkanlah..


Diam itu lebih baik. Itu yang ingin dikongsikan pada post kali ini. Topik 'cinta' sangat famous dalam kalangan remaja. Jadi, saya mengambil peluang untuk berkongsi serba sedikit tentang cinta dan bagi saya, andai kita mencintai seseorang maka, diamkanlah. Serahkan segala-galanya kepada Allah S.W.T.


Jika dirimu jatuh cinta, maka diamkanlah. Ini kerana syaitan cuba menyelinap masuk untuk jadikannya cinta bernafsu. Jika dirinya, bukan untukmu, redhailah kerana Allah S.W.T pasti menyediakan seseorang yang lebih beriman untukmu.


....DIAM ITU LEBIH BAIK....
Diamku, bukan kerana membenci kehadirannya tetapi ingin menjaga kesuciannya. Hanya Allah S.W.T yang Maha Mengetahui.


Kita diam bukan bermakna kita membenci sesuatu, tetapi mungkin kita ingin menjadikan ia lebih baik. Pernahkah kita terfikir, jika kita hanyut dalam cinta tanpa ikatan yang sah, ia bakal menjadi satu masalah untuk kita kerana kita sentiasa bergelumang dengan dosa.


Apakah yang akan berlaku pada rumahtangga kita? Anak-anak kita?


Adakah kalian masih ingat tentang kisah cinta antara Saidina Ali & Saiditina Fatimah Az-Zahra?


Kedua-dua mereka menyimpan perasaan antara satu sama lain, tetapi mereka lebih memilih untuk mendiamkan hal ini dari pengetahuan orang lain. Dengan izin Allah S.W.T, mereka berdua telah di satukan dengan ikatan yang sah.


"Dinikahi wanita itu kerana empat perkara; kerana hartanya, keturunannya, kecantikkannya dan agamanya. Maka pilihlah dalam hal keagamaannya. Nescaya beruntunglah kedua-dua tanganmu."
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim).


"Wahai kaum pemuda, siapa saja diantara kamu yang sudah sanggup untuk menikah, maka menikahlah, sesungguhnya menikah itu memelihara mata, dan memelihara kemaluan, maka bila diantara kamu belum sanggup untuk menikah, berpuasalah, karena sesungguhnya puasa tersebut sebagai penahannya."


Ramai yang berkata, jika kita diam, bagaimana si dia hendak tahu tentang perasaan kita?


Ingat, setiap apa yang berlaku di dunia ini, semuanya telah di aturkan oleh Allah S.W.T. Jangan risau jika mereka tidak tahu tentang perasaan kalian, tetapi risaulah andai dirimu tidak berupaya untuk menepis dan mengawal perasaan tersebut terhadap seseorang yang tidak halal bagi dirimu.


Jika benar cinta itu kerana Allah S.W.T, maka biarkanlah ia mengalir mengikuti aliran Allah S.W.T kerana hakikatnya ia berhulu dari Allah S.W.T maka ia pun berhilir hanya kepada Allah S.W.T.


Tetapi, ingatlah..Cinta Allah, adalah cinta yang kekal abadi. Kejarlah cinta Allah S.W.T dahulu kerana kita pasti tidak akan kecewa andai kita berjaya mencintai Allah S.W.T dengan sepenuh hati. Bagaimana kita hendak mencintai seseorang andai kita tidak berusaha untuk kenal dan cintai Sang Penciptanya.


Banyak lagi tugas kita di dunia ini terhadap agama kita. Jangan disebabkan terlalu mengejar cinta manusia, tugas sebagai seorang pendakwah juga kita tidak peduli. Jangan terlalu asyik dengan kehidupan dunia kerana itu hanyalah sementara.


Utamakan akhirat, kerana ia akan kekal abadi. Jika betul-betul sudah bersedia maka kahwinlah.


Post ini adalah untuk peringatan bersama terutamanya untuk diri ini. Semoga kita semua sentiasa di lindungi oleh Allah S.W.T. Jangan pernah kecewa jika kita pernah putus cinta tetapi jadikan ia sebagai pengajaran dalam hidup kita. Berusahalah untuk menjadi hamba yang sempurna di pandangan Allah S.W.T bukan di pandangan manusia.


Untuk Hawa..


Apabila lelaki mengatakan dirimu seorang yang sombong, itu lebih baik kerana itu menandakan dirimu sukar untuk didekati dan kamu telah berusaha untuk menjaga dirimu dan dirinya juga.


Untuk Adam..


Mereka sombong kerana mereka ingin menjaga pergaulan mereka, dan mereka berusaha untuk menghindari dirinya serta dirimu bergelumang dengan dosa. Bersyukurlah kerana dia, anda terselamat dari melakukan dosa. Hormatilah keputusan mereka dan jagalah mereka mengikut peraturan yang telah di tetapkan di dalam Islam.


Bisik hatiku:


"Jika namamu yang ditulis di Luh Mahfuz untuk diriku, nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dalam diri kita. Tugas pertamaku bukan mencari dirimu tetapi mensolehahkan diriku."


"Sukar untuk mencari soleh dirimu andai solehahku tidak setanding dengan kesolehahanmu. Janji Allah pastiku pegang dalam misi mencari diri 'Lelaki yang baik untuk wanita yang baik."


Ya Allah...

Seandainya rindu ini suci maka kuatkanlah...

Seandainya ukhuwah ini kudus maka panjangkanlah...

Seandainya luka ini berhikmah maka biarlah...

Seandainya ingatan ini berfaedah maka teruskanlah...



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Wednesday, March 14, 2012

‎4 Tips kawal MARAH


Berikut beberapa cara bagi mengawal perasaan marah:



1. Apabila sedang marah maka hendaklah membaca “ta’awwudz” (memohon perlindungan) kepada Allah sebab pada hakikatnya perasaan marah yang tidak dapat dikawal adalah daripada dorongan syaitan.

Nabi bersabda yang bermaksud:
 “Apabila salah se orang di antaramu marah maka katakanlah: ‘Aku berlindung kepada Allah’, maka marahnya akan menjadi reda”.
 (Riwayat Abi Dunya)

2. Berusahalah untuk diam atau tidak banyak bicara, sebagaimana 

sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: 
“Apabila salah seorang di antara kamu marah maka diamlah.”
 (Riwayat Ahmad).


3. Jika sedang marah dalam keadaan berdiri maka duduklah, bila duduk masih marah maka berbaringlah. Hal itu ditegaskan Nabi, 

“Marah itu daripada setan, maka apabila salah seorang di antaramu marah dalam keadaan berdiri duduklah dan apabila dalam keadaan duduk maka berbaringlah.” 
(Riwayat Asy-Syaikhany).


4. Apabila sudah ta’awwudz, diam, duduk, dan berbaring tidak mampu mengendalikan amarah maka usaha terakhir yang boleh dilakukan ialah dengan cara berwuduk atau mandi.


Sabda Nabi s.a.w yang bermaksud: 
“Sesungguhnya marah itu daripada syaitan dan syaitan dijadikan daripada api. Dan api hanya boleh dipadamkan dengan air. Oleh kerana itu, apabila se orang di antaramu marah maka berwuduklah atau mandilah.” 
(Riwayat Ibnu Asakir, Mauquf). 

Selamat mencuba!



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Tuesday, March 13, 2012

Siapa Orang yg ALLAH Cintai?

Org yg bertaqwa.
Allah berfirman yg bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyukai org yg bertaqwa" 
(Surah Al Taubah 9:4)

 Org yg cepat2 bertaubat.
Allah berfirman yg bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyukai org yg bertaubat dan menyukai org yg menyucikan diri."
 (Surah Al Bawqarah 2:222)

Org yg adil.
Allah berfirman yg bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyukai org yg berlaku adil."
 (Surah Al-Mumtahanah 60:8)

 Org yg bertawakkal.
Allah berfirman yg bermaksud : "Kemudian apb kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kpd Allah. Sesungguhnya Allah menyukai org yg bertawakkal kpdNYA." 
(Surah Ali - Imran 3:159)

Org yg berbuat kebaikan.
Allah berfirman yg bermaksud : "Dan berbuat baik lah, kerana sesungguhnya Allah menyukai org yg berbuat baik." 
(Surah Al-Baqarah 2:195)

Org yg berjuang pd jalan Allah.
Allah berfirman yg bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyukai org yg berperang pd jalanNYA dlm barisan yg teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yg tersusun kukuh."
 (Surah Al-Saff 61:4)


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz