::-PENCINTA ILMU-::

Tuesday, March 13, 2012

Siapa Orang yg ALLAH Cintai?

Org yg bertaqwa.
Allah berfirman yg bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyukai org yg bertaqwa" 
(Surah Al Taubah 9:4)

 Org yg cepat2 bertaubat.
Allah berfirman yg bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyukai org yg bertaubat dan menyukai org yg menyucikan diri."
 (Surah Al Bawqarah 2:222)

Org yg adil.
Allah berfirman yg bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyukai org yg berlaku adil."
 (Surah Al-Mumtahanah 60:8)

 Org yg bertawakkal.
Allah berfirman yg bermaksud : "Kemudian apb kamu telah membulatkan tekad, maka bertawakkal lah kpd Allah. Sesungguhnya Allah menyukai org yg bertawakkal kpdNYA." 
(Surah Ali - Imran 3:159)

Org yg berbuat kebaikan.
Allah berfirman yg bermaksud : "Dan berbuat baik lah, kerana sesungguhnya Allah menyukai org yg berbuat baik." 
(Surah Al-Baqarah 2:195)

Org yg berjuang pd jalan Allah.
Allah berfirman yg bermaksud : "Sesungguhnya Allah menyukai org yg berperang pd jalanNYA dlm barisan yg teratur seakan-akan mereka sebuah bangunan yg tersusun kukuh."
 (Surah Al-Saff 61:4)


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Mengapa Israel Menangis Bila Kerajaan Mesir Bakal Digulingkan?

Hmm macam2 hal yg berlaku kat dunia ni..mula2 hari tu pasal burung banyak mati tiba2 kat beberapa negara, lepas tu banjir besar dekat australia n negara tu bakal di bebankan lagi dengan ribut/taufan yg dijangkakan melanda tak lama lagi, lepas tu rusuhan dekat tunisia..berjaya digulingkan akhirnya..now dekat mesir pulak..




kita bimbangkan rakan-rakan/keluarga/penduduk disana ada pula kuasa besar lain yang lagi bimbang…sape lagi kalau bukan israel..bimbang bukan sebab sayangkan mesir tapi cuma bimbang kepentingan mereka terjejas dekat negara tu. 
Tapi keluar statement yg sedap macam ‘ice cream’ .. Sejukkkk je hati dengar..

”Israel menyatakan kebimbangannya mengenai pergolakan di negara jirannya, mesir berikutan perkembangan itu mungkin menjejaskan kestabilan serantau…”

“Kami mengikuti perkembangan di mesir dengan rapi dan pada masa ini mesti menunjukkan sifat bertanggung jawab dan pertimbangan yang tinggi,” netanyahu memberitahu mesyuarat kabinet dalam ulasan pertamanya berhubung tunjuk perasaan yang memasuki hari keenam di mesir semalam.

sayangkan mereka dekat mesir ??? Al-maklumlah :

”mesir adalah negara arab pertama untuk memeterai perjanjian damai dengan israel pada 1979 yang disusuli dengan jordan pada 1994.”


Antara ayat yg paling sedih didengar :
”seorang bekas menteri pertahanan israel, benjamin ben-eliezer berkata, beliau bersedih dengan kemungkinan hosni mubarak disingkirkan kerana presiden mesir itu adalah orang kanan kita yang paling penting di asia barat.”
Maksudnya takut hilanglah sekutu kuat israel..siapa lagi yang nak bekerjasama dengan mereka di asia barat kalau bukan pemimpin mesir, hosni mubarak.
Dan yg paling ditakuti mereka adalah :
”seorang lagi bekas menteri pertahanan, shaul mofaz, berkata, tel aviv bimbang jika kumpulan pembangkang yang diharamkan, ikhwanul muslimin akan mengambil alih kuasa di mesir.”

wahhh israel takut orang islam bangkit..takut pemimpin islam yang beriman bangkit..kenapalah agaknye mereka takutkan pemimpin2 islam yg beriman??? Pelik..hmm, habislah mereka kalau pemimpin islam beriman mengetuai kerajaan mesir..
Kalau tak, takkanla mereka boleh cakap lagi :
”pelantikan omar suleiman kelmarin sebagai naib presiden dialu-alukan oleh beberapa pihak di israel berikutan bekas ketua risikan mesir itu mempunyai hubungan baik dengan tel aviv.”
Israel hanya menggunakan kuasa besar negara islam sebagai bonekamereka dalam menjayakan misi2 israel mengawal dunia.. Aduhlaaa..lihat la anda semua bagaimana mereka menyusup masuk dalam pentadbiran..bila dapat kawal seseorang ketua, maka mereka mudahlah mengawal negaraseterusnya mengawal dunia.


yg kita ni..tengok aje ke?? Takkk…bersama-samalah kita cuba ‘berperang’ dengan israel/yahudi dan sekutu2 mereka melalui hijrah diri.berhijrahlah untuk kembali beriman pada allah..berpegang teguhlah dengan ajaran islam.insyaallah kita mampu melawan segala anasir-anasir jahat dalam diri kita dan di luar persekitaran kita. Kerana kita tak sempurna..allah mengetahuinya..kerana itu di bukakan pintu taubat seluas-luasnya oleh allah swt untuk hambanya.
”kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikandan adalah allah maha pengampun, lagi maha mengasihani.” Surah al-furqan, 70.
”maka sesiapa yang bertaubat sesudah dia melakukan kejahatan(curi) itu dan memperbaiki amal usahanya, maka sesungguhnya allah menerima taubatnya; kerana allah maha pengampun, lagi maha mengasihani.” Surah al-maidah, 39.
Sama-sama kita menginsafi diri..sentiasa buka minda kita, buka hati kita untuk mendapatkan keredhaannya..insyaallah.
Mesti ramai orang malaysia yang tak sedar akan hal ini, namun itulah kebenarannya, orang jahat takkan menyetujui tindakan orang yang disukainya, mengapakah ia disukai oleh orang jahat? Fikirkan lah sejenak….
p/s: ihzimhum wan sur na alaihim! Hancur israel! Hancur hosni! (share ramai-ramai sebarkan maklumat ini)


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Titipanku Buat Bidadari-bidadari Akhirat

,

Subhanallah! Biah kita di sini, mendidik kita untuk memilih pakaian yang mulia. Rasa mulia dengan berpakaian longgar, tudung labuh. Alhamdulillah!

Namun, ada satu perkara yang kadang-kadang kita terlupa.

Bidadari Syurga, kita masih perlu berhati-hati dalam setiap pilihan kita. Dua perkara yang ana nak sentuh di sini adalah:

1. Memilih untuk ‘make up’
2. Memilih untuk meninggikan sanggul di sebalik tudung labuh.

Masya-Allah, semoga Allah mengampunkan dosa-dosa kita. Kadang-kadang, kita tak sedar pun yang kita telah memilih perkara-perkara yang mengundang murka Allah. kita rasa, apa yang kita buat, dah menepati syara’. Rupa-rupanya tak. Tambahan pula tiada siapa pun yang menegur kesilapan kita.

Ada hati-hati yang mulia yang menyedari kesilapan teman-temannya, tapi mereka tak ada kekuatan nak tegur. Takut! Bimbang!

Ana akui, setiap insan yang bergelar wanita suka kelihatan cantik. Allah memahami lumrah ini kerana Dia yang menciptakan wanita. Dengan itu, Allah membenarkan wanita untuk berhias, tetapi pada tempat-tempatnya dan ada batas-batasnya.

Bidadari yang sentiasa mengharap reda Allah,
make up tidak dibenarkan dalam Islam apabila make up itu mendorong pandangan mata lelaki kepadanya. Begitu juga meninggikan sanggul di sebalik tudung. Ana tidak menyertakan dalil-dalil di sini. Ana tahu, ramai yang lebih mengetahui soal ini. Namun, ana yakin kita sebagai manusia, mudah lupa dan amat memerlukan peringatan. Allah telah mengingatkan kita agar sentiasa berpesan-pesan pada kebenaran dan kesabaran.

Maaf, ana tidak berniat melukakan hati sesiapa, cuma berniat untuk menyentuh hati teman-teman. Semoga dengan sentuhan ini dapat kita bermuhasabah. Ana juga manusia yang sering lupa. Jazakumullah buat teman-teman yang sudi mengingatkan ana, menegur segala kesilapan ana.

Ketahuilah bidadari sekalian, sesungguhnya teguran teman-temanmu adalah tanda ‘sayang’ mereka buatmu. Catatan ini dari hati yang penuh cinta buat teman-teman. Semoga dari hati, jatuh juga di hati.

Doakan kebaikan muslimah sedunia.:)

p/s: perkongsian dari seorang sahibah yang disayangi di laman social networking; faceBook from Ukhti Salsabil Zulkifli


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Monday, March 12, 2012

Fesyen Terkini Yang Diragui Dalam Islam



Ini fesyen bertudung zaman sekarang yang dibanggakan ramai. 


Hadis Nabi: “Barangsiapa yang meniru sesuatu kaum, maka ia 
termasuk dari kalangan mereka.." – Riwayat Abu Daud.


RAMAI MASIH BELUM MENGETAHUINYA, JADI SAMPAIKANLAH KEPADA MEREKA..


Agenda kafir Laknatullah untuk menyesatkan wanita Islam. Adakah ini suatu kebetulan? Sememangnya agenda Kristian itu amat dahsyat untuk menjahanamkan umat Islam. Mungkin ramai yang tidak mengetahuinya. Sebar-sebarkanlah. Selamatkan wanita Islam..


Ya Allah, lindungi kami..


Wahai wanita, janganlah kamu memakai tudung yang dibutang/di pin 
di belakang sehingga menampakkan bentuk leher di hadapan. Gayanya 
tak ubah seperti birawati kristian laknatullah. 


Jauhilah dari memakai sebegini. Agenda kafir laknatullah itu sangat 
halus sehingga kita tidak sedar, ketahuilah wahai manusia sekalian.







ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, March 10, 2012

Hadiah Buat Rakyat Kelantan dari Oki




terasa sayu hatiku mendengar kata-kata indah dari saudara Islam kita 
Oki Setiana Dewi..
sayang sekali tak dapat join pertemuan tu..
lebih sayu bila muzik latar itu mengusik rindu di hati..
Alhamdulillah..






ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, March 8, 2012

AL-QURAN DIGITAL READ PEN



6 SEBAB KENAPA ANDA PERLU MILIKINYA!



1) MUDAH DIGUNAKAN - TERMASUK ANAK-ANAK KECIL
Ya, budak kecik pun boleh gunakannya! Ini menunjukkan kepada anda betapa ianya sangat senang digunakan! Tak perlu tahu IT, tak perlu kemahiran teknikal! Start pen, buka Quran, tunjukkan pen pada mana -mana ayat Quran yang anda nak baca, 
dan ianya akan bacakan untuk anda! Sungguh senang nak belajar!
Hohoho..(tak percaya? tonton video di di web )


2) SAMA MACAM QURAN BIASA, BEZANYA ADALAH TEKNOLOGI
Ianya dah lengkap sama seperti Quran biasa yang anda gunakan. Malah disediakan Iqra untuk anak-anak, dan juga buku doa yang anda boleh pelajari. Guna pen bersama Quran, Iqra dan buku doa ini, insyallah anda sukakannya! Boleh belajar sendiri, boleh ajar anak baca Iqra, dan anda sendiri boleh menghafal doa dengan mudah!


3)TERJEMAHAN DALAM BAHASA MELAYU DAN ENGLISH
Baca Quran tak lengkap kalau tanpa terjemahannya! Dalam pen ini, anda juga boleh mengetahui tafsiran Al Quran dalam Bahasa Melayu Malaysia, dan juga bahasa Inggeris. Tak perlu susah-susah cari tafsir Quran dah! Nak BM boleh, nak BI pun boleh..


4) BACAAN DARI PAKAR, 4 QARI MAHSYUR
Belajar dengan cara mendengar bacaan dari Imam Besar Masjidil Haram dan dari 4 Qari POWER iaitu Sheikh Abdul Rahman As Sudais, Sheikh Saad Al-Ghamidy, Sheikh Misyari Rashid dan Sheikh Abdul Al-Matrud adalah sesuatu yang diidam-idamkan. Nak pandai, belajar dari PAKAR....Suara merdu, bacaan tepat dengan tajwid yang betul, dan dengan taranum yang mengkagumkan.


5) ADA LAGU MP3
Nak santai-santai selepas baca Quran? Ada MP3 merdu untuk anda! Nasyid-nasyid yang merdu bakal anda dengari! Yang bestnya lagi, anda boleh DOWNLOAD lagu-lagu nasyid di komputer untuk disimpan dalam pen quran digital ini. USB Cable dah tersedia!


6) TAK GUNA BATERI DAH, GUNA CHARGER
Ya, dengan model terbaru ini, anda tak perlu bazir duit untuk beli bateri lagi! 
Charger elektrik dibekalkan bersama! Dah guna 8 jam, anda hanya perlu cas semula sahaja! Sungguh senang!






BAGAIMANA NAK BELI?


BANK IN RM290 ke akaun di bawah:


BANK MAYBANK
-----------------
No Akaun: 564548130160
Nama: HNZ Worldwide Trading
Email: qurandigital.my@gmail.com


atau...


BANK CIMB
---------------
No Akaun: 14440005375052
Nama: Abd Hakim Mhd Najili
Email: qurandigital.my@gmail.com


Selepas bank in, SILA ISIKAN MAKLUMAT PEMBAYARAN DI
>>http://www.qurandigital.my/hop.php?ref=kw


PS: Pesanan anda akan diuruskan secepat mungkin (dalam 1 hari). Produk akan diposkan. (pos laju)





ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Geng Blogger Politeknik 1Malaysia

Geng Blogger Politeknik 1Malaysia???

Gulp!!! Gulp!!! Gulp!!!

sebenarnya saya tak tahu nak update macam mana..
huhuhu

ok,gini citer nyer..
tengah hari tadi,saya check emel yang saya gunakan khas untuk akaun blog.
boleh dikatakan banyak jugaklah inbox nyer..
salah satunya adalah komen jejak blog a.k.a sahabat sekuliah saya..
pastu,saya klik akaun blog dia, maka terjumpa satu link
 iaitu


yang dia follow


jadi,bermulalah ceritanya saya dapat sampai ke site tu dan akhirnya update entry nie..
kepada semua pembaca blog nilamkasturi ni,yang berminat untuk join site tersebut 

haruslah klik link di sini


dan ikutilah syarat2nya
salah satunya,kamu haruslah salah seorang pelajar Politeknik
tak kira la politeknik mana,asalkan kita semua dapat bergabung dalam 1blog

jom jejak..

vvv
vv
v



oppss...ni port folio politeknik saya iaitu Politeknik Tuanku Syed Sirajuddin


ok,jemput-jemput..sila-sila..




ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, March 3, 2012

Apa Yang Engkau Lakukan Untuk Agama Allah?


Dari Amir bin Saad dari bapanya (Saad bin Abi Waqas) r.a katanya: Sesungguhnya Nabi s.a.w telah memerintahkan supaya membunuh cicak dan baginda menamakannya 'si penjahat kecil'. (H.R. Muslim)


Huraian Hadith:
Berlaku sebuah kisah di zaman Nabi Ibrahim a.s semasa Nabi Ibrahim dibakar oleh kaumnya, seekor burung kecil terbang berulang alik mengisi air dalam paruhnya lalu menyiram ke atas api yang membakar. Itulah yang dilakukannya berulangkali. Tingkah lakunya diperhatikan oleh makhluk Allah yang lain lalu bertanya kepada burung kecil itu: Untuk apa kau berpenat lelah mengambil air berulang alik, sedangkan api yang membakar Nabi Ibrahim tidak akan terpadam dengan air yang kau siramkan itu. Lalu dijawab oleh burung tersebut: Memang ia tidak akan dapat memadamkan api itu, tetapi aku lebih takut kepada Allah kerana Allah akan menyoal aku nanti, apakah yang aku lakukan untuk agama Allah, dan Allah tidak akan bertanya sama ada aku berjaya memadamkan api itu atau pun tidak. Berlainan pula dengan cicak yang bertindak jahat dengan menghembus-hembus kepada api yang membakar Nabi Ibrahim dengan harapan api akan menjadi lebih marak untuk terus membakar Nabi Ibrahim (walaupun sebenarnya hembusannya itu tidak membawa kesan ke atas api berkenaan).





Kami berfirman:"Hai api, jadilah engkau sejuk serta selamat sejahtera kepada Ibrahim!" (Al-Anbiyaa' 21:69)









ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Aku Tiada Apa-Apa

Aku bukanlah wanita berparas jelita..
Aku bukanlah wanita yang kaya harta..
Aku juga bukanlah wanita yang punya tahta..
Aku wanita apa adanya ..
Aku tidak sedermawan Khadijah..
Aku tidak setabah Fathimah..
Aku tidak sepintar Aisyah..


Aku wanita apa adanya..
Aku hanya seorang wanita yang menginginkan kesederhanaan cinta..
Aku tidak menilai rupa..
Aku tidak menilai harta..
Aku tidak menilai tahta..
Aku hanya ingin Cinta yang sederhana..


Cinta yang berlandaskan Keredhoan-NYA..
Cinta yang mengharapkan Syurga dari-NYA..
Cinta yang akan membawa keberkatan dan kebahagiaan dalam hidup..
Aku berharap kelak di Perbatasan Waktu..
Aku dipertemukan oleh insan pilihan-MU..


Seseorang yang hatinya terpaut pada-MU..
Seseorang yang mengikuti jejak Rasul-MU..
Seseorang yang mempedomani kitab-MU..
Seseorang yang akan menerima kekuranganku..
Yang akan membimbing hidupku..
Yang akan melengkapi hari-hariku..
Yang akan menahkodai bahtera cintaku..
Yang Mencintaiku tanpa menuntut kesempurnaan dariku..


Aku ingin mencintainya secara sederhana tanpa menyusahkannya..
Tanpa membebaninya..
Aku berharap dia juga mencintaiku secara sederhana..
Sesederhana aku mencintainya..
Biarlah saat ini aku menyemai cinta bersama-MU..
Menyemai Kerinduan akan Wajah-MU..
Sebelum bertemu dengannya diPerbatasan Waktu



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz