::-PENCINTA ILMU-::

Tuesday, July 17, 2012

Ramadhan Bakal Tiba Lagi

Saya suka hendak pesan sikit untuk Ramadhan yang akan tiba ini. Sekarang banyak promosi-promosi Ramadhan di dalam FB,blog dan juga di alam realiti. Banyak juga program-program dianjurkan sebagai latihan menuju ke Ramadhan.

Dan saya pasti, banyak lagi program yang akan diadakan dalam Ramadhan ini nanti. Qiamullail, solat tarawikh dan sebagainya. Alhamdulillah, baguslah. Tetapi, pada saya, ada suatu perkara penting yang saya rasa kita perlu lihat sama-sama iaitu adakah dengan semua program-program itu menjadikan kita semakin dekat dengn Allah atau tidak?

Maka, daripada sinilah, pentingnya kita melihat bahawa di samping program-program yang banyak untuk Ramadhan ini, kita sendiri tidak boleh lupa untuk proses diri kita. Apakah matlamat dari Ramadhan ini? Taqwa bukan?

Jadi, sepatutnya usaha untuk proses diri kita pun sepatutnya menuju ke situ jugalah. Ramadhan ini bukanlah bulan untuk membaiki hubungan kita dengan Rabb saja. Tetapi, ia ada bulan untuk kita memperbaiki juga hubungan sesama manusia. Sebab itu, Ramadhan bukan sekadar bulan untuk kita berqiamullail, tarawikh, puasa, dan sebagainya yang melibatkan hubungan kita dengan Allah, tetapi ia juga adalah madrasah tarbiyah untuk membentuk peribadi dan akhlak kita yang melibatkan hubungan kita sesama manusia.

Ramai orang kadang-kadang seronok dengan program yang banyak dalam bulan Ramadhan ini, tetapi terlupa memproses diri sendiri. Keaiban dalam diri tidak dirawat walaupun ibadah-ibadah fiziikal makin banyak. Program banyak, tetapi kita tidak semakin dekat dengan Allah.

Sebab itu, pentingnya muhasabah setiap hari dalam bulan Ramadhan nanti. Biar kita tidak terlepas sehari pun tanpa proses diri kita.

Inilah ihtisaban !
Berkira-kiralah untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik !

p/s: selamat menjalani ibadah puasa di bulan yang penuh dengan keberkatan. dan mungkin nilam stop kejap dari berblogging. hehe InsyaALLAH





ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

2 comments:

  1. walaupun ramadhan belum muncul lagi...
    Haniey Hannazaki mengucapkan selamat berpuasa...
    :)
    btw..tahniah dah mencapai 300 org follower..
    keep blogging..hehe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Alhamdulillah...tq haniey..
      selamat berpuasa jugak ye...

      Delete


POLI Bloggerz