::-PENCINTA ILMU-::

Friday, July 15, 2011

~ CARA-CARA MENGHALANG GODAAN SYAITAN ~

Bagi membantu manusia menghadapi hasutan syaitan dan serangan-serangan iblis, Islam telah menunjukkan kepada manusia berbagai perkara yang dapat membantunya bertahan menghadapi pertarungan dengan syaitan seterusnya berjaya menewaskan musuh ketatnya itu. Cara tersebut telah dirumuskan oleh seorang dari para solihin dengan katanya: “ saya telah merenung dan memikirkan cara-cara dari pintu manakah syaitan masuk  ke dalam diri manusia, ternyata ia masuk ke dalam diri melalui 10 pintu.”

1.Tamak dan buruk sangka
Maka saya menghadapinya dengan sifat menaruh kepercayaan dan berpada dengan apa yang ada.

2. Cintakan kehidupan dunia dan panjang angan-angan.
Saya menghadapinya dengan perasaan takut terhadap kedatangan maut yang boleh berlaku saban waktu.

3. Cintakan kerehatan dan kemewahan
Lantas, saya menghadapinya dengan keyakinan bahawa kenikmatan itu akan hilang dan balasan buruk pasti menanti.

4. Kagum terhadap diri sendiri (u’jub)
Lantas saya menghadapinya dengan rasa terhutang budi kepada Allah swt dan kepada akibat buruk.

5. Memandang rendah terhadap orang lain dan tidak menghormati mereka
Lalu saya menghadapinya dengan mengenali hak-hak mereka  serta menghormati mereka secara wajar.

6. Hasad (dengki)
Lalu saya menghadapinya dengan sifat berpada (qanaah) dan redha terhadap kurniaan Allah swt terhadap makhluknya.

7. Riya’ dan sukakan pujian orang
Lalu saya menghadapinya dengan menjaga keikhlasan.

8. Bakhil (kedekut)
Lalu saya menghadapinya dengan menyedari bahawa apa yang ada pada makhluk akan binasa  manakala yang kekal itu ada di sisi Allah swt.

9. Takabbur (membesarkan diri)
Lalu saya menghadapinya dengan rasa tawaddhuk (rendah diri)

10. Tamak haloba
Lalu saya menghadapinya dengan mempercayai ganjaran yang disediakan di sisi Allah swt dan tidak tamak tehadap apa yang ada di sisi manusia.


Di antara arahan yang dianjurkan oleh Islam sebagai jalan untuk mengelakkan serangan dan tipu daya syaitan ialah agarsentiasa seseorang itu mengingati Allah apabila memulakan sesuatu pekerjaan.


 Satu riwayat dari Abu Hurairah r.a berhubung dengan hal ini:

“  Syaitan bagi orang mukmin telah menemui syaitan bagi orang kafir, lalu didapati syaitan bagi orang kafir dalam keadaan gemuk montel, sedangkan syaitan bagi orang mukmin dalam keadaan kurus kering bertelanjang dan kusut masai. Lalu syaitan  bagi orang kafir itu bertanya syaitan bagi orang mukmin. Kenapa kamu kurus kering? Lalu ia menjawab: “ Aku bersama seorang lelaki yang apabila ia makan, ia menyebut nama Allah, lalu aku terus kelaparan, apabila minum ia menyebut nama Allah, lalu aku terus dalam keadaan dahaga, apabila ia memakai pakaian ia menyebut nama Allah menyebabkan aku bertelanjang. Apabila ia memakai minyak rambut juga menyebut nama Allah, lalu aku pun kusut masai”. Kemudian syaitan bagi orang kafir itu berkata:” Tetapi aku bersama lelaki yang tidak berbuat demikian sedikitpun, maka bolehlah aku berkongsi makan, minum dan pakaian dengannya”


Di antara cara-cara untuk dijadikan kubu pertahanan bagi menghadapi tipu daya syaitan:

1.Jangan makan dengan terlalu kenyang meskipun makanan yang baik dan halal.
2.Membaca Al-Quran, berzikir mengingati Allah dan memohon keampunan.
3.Tidak tergopoh2 dalam melakukan sebarang pekerjaan.


“ Sesungguhnya orang-orang bertaqwa apabila mereka ditimpa was-was dari syaitan, mereka ingat kepada Allah, maka ketika itu juga mereka akan melihat kesalahannya (kembali sedar)” (Surah Al-A’raf: 201”


Rujukan : Apa erti saya menganut Islam (Allayarham Ustaz Fathi Yakan


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

No comments:

Post a Comment


POLI Bloggerz