::-PENCINTA ILMU-::

Thursday, February 2, 2012

Manfaat Laman Sosial




ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Hidup ini


Jika anda tidak mampu membuat orang tersenyum, jangan membuat orang menangis.



Jika anda tidak mampu memberi manfaat kepada orang lain, jangan menghancurkan orang lain.



Jika anda tidak mampu memberi apa apa, jangan terlalu banyak meminta.



Jika anda tidak mampu menjerit kerana rasa tertekan, lebih baik diam dari berkata kata.


Jika anda tidak mampu tersenyum kepada orang lain, tersenyumlah pada diri sendiri di hadapan cermin.



" Jadilah orang yang MEMBERI tanpa mengingatnya kembali dan orang yang MENERIMA tetapi tidak melupakannya sama sekali."




KADANG KADANG dalam hidup ini :

Orang yang EGO mahu anda melihat betapa hebatnya mereka tetapi orang yang PENGASIH mahu melihat betapa perlunya rendah hati untuk anda.

Orang yang PEMARAH mahu anda melihat betapa benarnya mereka tetapi orang yang PENYABAR ingin melihat betapa perlunya ketenangan untuk anda.

Orang yang SAKIT mahu anda melihat betapa deritanya mereka tetapi orang yang SIHAT mahu melihat betapa perlunya kesabaran untuk anda.

Orang yang KAYA mahu melihat betapa bahagianya mereka tetapi orang MISKIN mahu melihat betapa perlunya sifat pemurah untuk anda.

Orang yang BERSEDIH mahu anda melihat betapa kecewanya mereka tetapi orang yang sedang BERGEMBIRA mahu melihat betapa perlunya ketabahan untuk anda.

Orang yang normal mahu anda melihat betapa sempurnanya hidup mereka tetapi orang yang KURANG UPAYA mahu melihat betapa perlunya anda bersyukur kepada DIA.


BERSYUKUR kerana kita masih bernafas hingga hari ini, tidak kira dalam apa jua situasi kerana setiap yang DIA beri pasti punya erti walau sukar dimengerti kerana hidup ini bukan hanya untuk berpesta dalam kegembiraan tetapi berpencak silat dengan ujian dan dugaan kehidupan. Hanya keteguhan iman mampu menjadi perisai yang teguh untuk menepis setiap serangan serangan dugaan yang datang dari pelbagai penjuru.

Hidup mesti diteruskan !!!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Monday, January 30, 2012

Kitab Cinta (Puisi Harga Cinta Padaku)





Harga cinta,
Mahal padaku melebihi gunung,
Kerana cin...ta bukan sekadar pada manusia,
Tetapi bermula dengan Tuhanku Yang Maha Agung.

Kalau benar cinta hendak bersama hingga ke syurga,
Kerana pencinta kepada Rabbku semuanya berhajat ke sana,
Dari situ dasar cinta aku bina,
Kepada makhluk yang lainnya.

Tidak akan aku bawa kepada murkaNya,
Tidak akan aku tarik kepada nerakaNya,
Tidak pula aku akan susahkannya dengan dosa-dosa,
Sambil menjaganya, diriku aku perhatikan jua.

Harga cinta padaku mahal,
Apakah yang lebih mahal daripada syurga?
Itulah dia cintaku,
Membawa ke sana,
Bukan kepada selainnya.

Apa-apa yang ke neraka,
Menjemput murkaNya,
Itu bukan cinta,
Buat aku yang memahaminya.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Sunday, January 29, 2012



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Wednesday, January 25, 2012

~ p.r.a.k.t.i.k.a.l ~

Alhamdulillah,
beberapa hari lalu genaplah sebulan aku menjalani latihan industri (praktikal) di sebuah firma KayoDen ComPuter..





banyak pengalaman pahit manis yang aku dapat sejak sebulan disini..
alhamdulillah,aku masih dalam kitaran tarbiyah..
alhamdulillah jugak,kerana Allah takdirkan aku seorang bos yang agak mengambil berat tentang ilmu agama..


setiap kali tiba waktu solat,kami para pelatih diingatkan untuk solat diawal waktu..
memandangkan kami bercampur lelaki perempuan,setiap tingkahlaku kami dijaga rapi..
hubungan iktilat kami terjaga,alhamdulillah..


1st aku masuk firma ni,aku bluur yang teramat sangat sebab aku hanya belajar teori..
tup-tup gi sana nak kena wat amali..


alhamdulillah,berkat usaha bos dan rakan2 pelatih aku  dapat pelajarinya dengan lebih baik..
walaupun aku ni kadang-kadang sifat gila-gila aku keluar..
bosan jugak kalau tak bergurau senda,nyakat menyakat.. sunyi ooo...





kami juga turut disediakan exam sebulan sekali..
keja aku banyak memerlukan aku menggunakan screw driver,spanar dan entah pa pa ag..
kadang-kadang aku nak tergelak jugak la..
kalau anak dara lain  sibuk dengan senduk dan sudip..aku plak dengan screw entah apa amacam..
agak-agak nanti aku menikah,apa la aku nak bagi suami aku makan..haip..kesitu pulak aku fikir..
lambat ag tu..insyaallah..


baru-baru ni bos kami cakap dalam meting,insyaallah dia akan dapat tender baru..mungkin sekolah..
maknanya lepas ni,kami semua keja luar la..seronoknyaaaa...


bukan apa,lama-lama sangat terperuk kat dalam kedai tu,borink gak..


nak gak jalan-jalan jelajah Pendang..daerahku yang tercinta ni..
dah lama aku pencen dari keja ronda meronda kampung..
bukan ronda-ronda macam aweks2 tepi jalan tu..dapat jugak la mengeratkan hubungan silaturrahim..




ngeeee....

rakan-rakan pelatih kat sini ada 3 orang..
1) Nur Liana (dari Poli Perlis)
2) Ahmad Fikri _dari Poli Perlis)
3) Mohamad Naim(dari PERDA)

dengar kata ada lagi rakan pelatih yang nak masuk bulan februari ni..tapi lelaki...
huhuhu...mcm xbest pun ada,mcm best pun ada..
hurmm..
harap-harap semuanya yang baik-baik(sekepala) macam yang dah adsa sekarang..
cian kat korang...xsempat nak snap gambar la...kalu x boleh la bagi depa femes sikit..

kami kat sini suka curi-curi (bukan curi tuuu) buka fb..
hehe wifi free..
up to date blog ni pun guna wifi gak ni..hehhee
bos kami xsuka kami berFB sangat,malah dia anjurkan kami untuk selalu berzikir..

mesti korang nak tengok bos kami kan..jap2 nak caeri gambar..

yang depan sekali pakai serban tu la bos kesayangan kami

haaa...inilah dia..tapi sori la..ni gambar lama..
insyallah,gambar2 kami akan menyusul selepas ini..
cewwahhh..hehe doak2kan la ek..

kalau hampa rajin jom la jalan-jalan kat site ni.. kayodencomputer.tripod.com

jemput-jemput la sila-sila ke kedai kami untuk mendapatkan perkhidmatan yang terbaik..insyaallah











ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Sunday, January 15, 2012

Kenapa Semalam?

semalam itu adalah detik yang pasti kalian tidak akan lupa….
Walaupun pahit perlu telan tuk merawat hati 


Muhasabah diri itu sangat perlu…
Bukan tuk mencari kelemahan diri masing-masing
Sebaliknya menambah pembaikan diri
Yang kadang kita tidak sedari
Namun kesannya pada yang merasa dan melihat..

Indahnya…semalam…
Semoga hati kita dipandu ke arah destinasi yang lebih baik
Demi menjaga keutuhan ukhwah…
Manisnya panorama semalam
Gelap gelita mencari penyuluh hidup
Tumpahnya air mata semalam 
Adalah yang terbaik tuk diluahkan…

Kita tak seperti bintang di langit….
Kita juga tak seindah pelangi….
Kerana kita insan biasa
Yang berdiri atas kekurangan dan kelebihan tersendiri..

Semoga Allah menjadi saksi
Dalam mencari resolusi diri


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Biar Kegembiraan Mereka Menjadi Kegembiraan Aku.

Aku bukan sepanjang masa gembira,
kerana aku ada jiwa,
dan hidup aku bukanlah sempurna,
maka ada lompong yang menerbitkan sedih di sana.
 
Saban hari ada yang datang,
menyatakan diri mereka kurang gembira,
wujud masalah di sini dan sana,
maka aku berusaha membantu,
memberikan penyelesaian kepada mereka dan mereka,

mereka gembira bila semua usai,
sedang aku kekal terbengkalai,

air mata jatuh berjurai-jurai,
meneruskan kehidupan sebegini,
aku akan hanya kekal sakit,

maka aku berhenti,
berdiri sebentar dan melihat kembali,
mengapa senyuman mereka itu
tidak mampu menjadi kegembiraan diri?

Akhirnya aku lepaskan kesedihan hati,
Sudah usaha sudah,
Tuhan Yang Tidak Memberi,
tanda memang bukan untuk diri,
selesai tugas selesai,
yang tinggal adalah redha daripada hati.

Maka biarlah kegembiraan mereka menjadi kegembiraan aku,
biar tenang galau di dalam kalbu,
biar syukur sahaja yang datang bertamu,
dan kekuatan muncul untuk meneruskan kehidupanku.
 


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Tuesday, December 20, 2011

Teman Yang Perlu Dicari

Pesanan Luqman Al - Hakim
Antaranya ..
“Hai anakku ! Apa bila engkau berteman,jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya;
Namun
Biarkan dia mengharapkan darimu.”

Pesanan Lukman Al-Hakim lagi
Antaranya ..

“Hai anakku ! Apabila engkau ingin mencari teman sejati.
Maka
Ujilah terlebih dahulu dengan pekara kemarahannya.
Bilamana
Dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk
Menginsafkan engkau
Maka
Bolehlah engkau ambil sebagai teman
Dan
Sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.”


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, November 17, 2011

MUSLIMAHKU,SEMALUMU...IMANMU...

Suatu masa aku melihat,
Dua gadis berpapasan dengan hilai tawa panjang,
Mata-mata menoleh tidak mereka hirau,
Tertawa, tertawa dan terus tertawa….

Suatu ketika aku membaca,
Kisah seorang gadis cantik jelita,
"Anakku itu pemalu orangnya," si ibu berbicara bangga...
Tapi, gaya pakainya amat terbuka....
Ketat dan padat, mampu menggoncang sukma.

Suatu saat aku menyapa,
‘Dinding mukabuku’ seorang gadis bertudung labuh,
Nada bicara lewat tulisannya, manja dan amat mesra,
Menyahut gurau senda dan usikan sang jejaka...

Aku merenung semua keadaan itu dengan pandangan sayu...
Di mana letak malu tanda iman dalam dirimu..
Kerana malu dan iman itu bagai saudara seiring sejalan,
Saling melengkapi, saling membutuhkan demi kesempurnaan amalan,
Sirna salah satu dari keduanya, maka tiadalah ia sempurna...
 
Pandanglah pohon semalu,
Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,
Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,
Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,
Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan.

Muslimahku...semalumu...imanmu...

 

Peliharalah....


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.


Jumpa lagi, InsyaALLAH.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Friday, November 11, 2011

INIKAH RINDU???

Berjauhan bukanlah sebab utama untuk saling merindui. Akan tetapi, kedekatan hati, ingatan berterusan dan perasaan memerlukan, itulah yang menerbitkan kerinduan walau sebenarnya antara kita dan orang yang dirindui amat dekat, bertemu setiap saat.


Sekiranya itu yang kita rasakan terhadap orang yang dikasihi, maka apatah lagi terhadap ALLAH SWT,Rabbul Izzati yang selayaknya kita serahkan kerinduan ini.

Maksudnya :
"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." 
( Surah Qaaf ayat 16 )


Justeru, muhasabahlah diri seandainya ketika di kelilingi tangisan orang lain usai solat, berzikir dan membaca al Quran, kita hanya termangu-mangu melihat dan bermonolog sendiri,


"Mengapa mereka sampai menangis? Sedang aku sedikitpun tidak merasa sedih?"


Tatkala itu, menangislah kerana tidak mampu menangis kerana bimbang ALLAH SWT sudah 'menutup hatimu' dari merasakan kehangatan cinta, kasih dan rindu kepada-NYA.


Menangislah, kerana hakikatnya jiwamu sedang menderita 'sakit'!


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.


Jumpa lagi, InsyaALLAH.



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz