::-PENCINTA ILMU-::

Tuesday, December 20, 2011

Teman Yang Perlu Dicari

Pesanan Luqman Al - Hakim
Antaranya ..
“Hai anakku ! Apa bila engkau berteman,jadikanlah dirimu orang yang tidak pernah mengharapkan sesuatu daripadanya;
Namun
Biarkan dia mengharapkan darimu.”

Pesanan Lukman Al-Hakim lagi
Antaranya ..

“Hai anakku ! Apabila engkau ingin mencari teman sejati.
Maka
Ujilah terlebih dahulu dengan pekara kemarahannya.
Bilamana
Dalam kemarahan itu dia masih berusaha untuk
Menginsafkan engkau
Maka
Bolehlah engkau ambil sebagai teman
Dan
Sekiranya bukan demikian maka berhati-hatilah engkau terhadapnya.”


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, November 17, 2011

MUSLIMAHKU,SEMALUMU...IMANMU...

Suatu masa aku melihat,
Dua gadis berpapasan dengan hilai tawa panjang,
Mata-mata menoleh tidak mereka hirau,
Tertawa, tertawa dan terus tertawa….

Suatu ketika aku membaca,
Kisah seorang gadis cantik jelita,
"Anakku itu pemalu orangnya," si ibu berbicara bangga...
Tapi, gaya pakainya amat terbuka....
Ketat dan padat, mampu menggoncang sukma.

Suatu saat aku menyapa,
‘Dinding mukabuku’ seorang gadis bertudung labuh,
Nada bicara lewat tulisannya, manja dan amat mesra,
Menyahut gurau senda dan usikan sang jejaka...

Aku merenung semua keadaan itu dengan pandangan sayu...
Di mana letak malu tanda iman dalam dirimu..
Kerana malu dan iman itu bagai saudara seiring sejalan,
Saling melengkapi, saling membutuhkan demi kesempurnaan amalan,
Sirna salah satu dari keduanya, maka tiadalah ia sempurna...
 
Pandanglah pohon semalu,
Ia lambang iman dan malu muslimah bermaruah,
Dari jauh ia menyeri dengan kembang ungu yang indah,
Namun sebaik mendekat dia segera menutup ‘rupa’,
Tunduk sopan dengan duri bercerakan sebagai perlindungan.

Muslimahku...semalumu...imanmu...

 

Peliharalah....


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.


Jumpa lagi, InsyaALLAH.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Friday, November 11, 2011

INIKAH RINDU???

Berjauhan bukanlah sebab utama untuk saling merindui. Akan tetapi, kedekatan hati, ingatan berterusan dan perasaan memerlukan, itulah yang menerbitkan kerinduan walau sebenarnya antara kita dan orang yang dirindui amat dekat, bertemu setiap saat.


Sekiranya itu yang kita rasakan terhadap orang yang dikasihi, maka apatah lagi terhadap ALLAH SWT,Rabbul Izzati yang selayaknya kita serahkan kerinduan ini.

Maksudnya :
"Dan sesungguhnya KAMI telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan KAMI lebih dekat kepadanya dari pada urat lehernya." 
( Surah Qaaf ayat 16 )


Justeru, muhasabahlah diri seandainya ketika di kelilingi tangisan orang lain usai solat, berzikir dan membaca al Quran, kita hanya termangu-mangu melihat dan bermonolog sendiri,


"Mengapa mereka sampai menangis? Sedang aku sedikitpun tidak merasa sedih?"


Tatkala itu, menangislah kerana tidak mampu menangis kerana bimbang ALLAH SWT sudah 'menutup hatimu' dari merasakan kehangatan cinta, kasih dan rindu kepada-NYA.


Menangislah, kerana hakikatnya jiwamu sedang menderita 'sakit'!


Mencari dan terus mencari cinta ILAHI.


Jumpa lagi, InsyaALLAH.



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, October 20, 2011

Mengelak Dengan Hukum Allah?

Ayat yang seringkali kita dengar dari orang yang mengaku Islam di dalam dirinya:
"Hati kami baik walaupun kami tak tutup aurat."
"Orang yang solat belum tentu baik."
"Orang berpuasa belum tentu sembahyang."
"Wanita yang tutup aurat belum tentu baik."


Jawapannya untuk mereka adalah:

Adakah hati itu baik dan sihat jika melanggar perintah Allah s.w.t?
Orang yang baik tentu akan solat.
Orang yang solat sudah tentu berpuasa.
Wanita yang baik sudah tentu tutup aurat.


cuba kita research..

elok ker bagi lelaki tengok badan kita?
memang la pakai baju,pakai seluar.
tapi,kalau macam sarung nangka buat apa..
sama jer macam tak pakai baju,buat bazir ja duit beli pakaian macam tu.
cukup la sekadar diri diperhiaskan untuk lelaki yang bergelar suami.

Allah telah menjanjikan azab yang dahsyat kepada sesiapa yang tidak menutup aurat. Dan janji itu pasti.

menutup aurat tidak smestinya bertudung labuh,berjubah..
pakaian  yang kita pakai seharian tu pun boleh menutup aurat..
tapi dengan syarat, tidak jarang!!! tidak ketat!!!

didunia memang boleh kita endahkan saja nasihat dan teguran..
tapi,di akhirat nanti,kemana hendak lari?
tepuk dada tanya iman.
jangan biar syaitan mengkaburi mata dengan keindahan dunia..

biar dunia berada didepan pintu hati,
tapi,jangan sesekali jemput dunia masuk ke dalam hati..

semuanya di tangan anda wahai puteriku.





ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Wednesday, October 19, 2011

Kenali Wanita

a) Tanah - anak pertama, kelima, kesembilan.
b) Air - kedua,... keenam, kesepuluh
c) Api - ketiga, ketujuh, kesebelas
d) Angin- keempat, kelapan, keduabelas


WANITA BERUNSUR TANAH
1) Merendah diri,serta hormat dan patuh, setia serta
rela berkorban.
2) Tidak cerewet, tidak meninggi diri, tidak
sombong dan bukan seorang pemarah.
3) Tenang diri, aman, dan memberi sokongan.
4) Tidak suka membantah atau membangkang
5) Berwatak manis, lemah lembut, bersih dan
sentiasa menjaga kecantikan.


WANITA BERUNSUR AIR
1) Menghidupkan hati pasangan dan pemberi
semangat.
2) Mengambil berat
3) Hatinya bersih dan boleh membahagiakan
pasangan
4) Menenangkan pasangan.
5) Sangat romantis
6) Mudah menangis



WANITA BERUNSUR API
1) Cintanya sentiasa hangat dan memberahikan
2) Cergas, cepat dlm gerak geri dan tangkas
menguruskan rumah tangga.
3) Penasihat yang baik
4) Pandai dan cekap mengurus rumahtangga
5) Pandai menghias diri agar kelihatan cantik selalu     
6) Berwaspada selalu


WANITA BERUNSUR ANGIN
1) Lemah lembut dan menenangkan
2) Pandai bermain kata dan memujuk rayu
3) Sopan santun dan berbudi pekerti mulia
4) Bijak mewujudkan suasana selesa.
5) Hati yang cepat berubah ubah


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

CUKUPLAH AKU MENCINTAI DALAM DIAM

Kalau kita sukakan seseorang,
jangan berita...hu si dia.
Nanti Allah kurangkan rasa cinta padanya

Tapi luahkan pada Allah,
beritahulah Allah.
Allah Maha mengetahui siapa jodoh kita ..


Cintai Dia Dalam Diam,
Dari Kejauhan Dengan Kesederhanaan & Keikhlasan

Jika benar cinta itu kerana ALLAH maka biarkanlah ia mengalir mengikut aliran ALLAH kerana hakikatnya ia berhulu dari ALLAH maka ia pun berhilir hanya kepada ALLAH
"Dan segala sesuatu Kami ciptakan berpasang-pasangan supaya kamu mengingat kebesaran ALLAH."(Adz Dzariyat : 49)

Tetapi jika kelemahan masih nyata dipelupuk mata maka bersabarlah, berdoalah & berpuasalah
"Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah satu perbuatan yang keji.
Dan suatu jalan yang buruk."
(Al Israa' : 32 )


Ketika kau mendambakan sebuah cinta sejati yang tak kunjung datang,
Allah SWT mempunyai Cinta dan Kasih yang lebih besar dari segalanya & Dia telah menciptakan sseorang yang akan menjadi pasangan hidupmu kelak.

Ketika kau merasa bahawa kau mencintai seseorang,
namun kau tahu cintamu tak terbalas
Allah SWT tahu apa yang ada di depanmu & Dia sedang mempersiapkan segala yang terbaik untukmu


Cukup cintai dalam diam
bukan kerana membenci hadirnya
tetapi menjaga kesuciannya
bukan kerana menghindari dunia
tetapi meraih syurga-NYA
bukan kerana lemah untuk menghadapinya
tetapi menguatkan jiwa dari godaan syaitan yang begitu halus & menyelusup


Cukup cintai dari kejauhan
kerana hadirmu tiada kan mampu menjauhkan dari ujian
kerana hadirmu hanya akan menggoyahkan iman dan ketenangan
kerana mungkin membawa kelalaian hati-hati yang terjaga


Cukup cintai dengan kesederhanaan
Memupuknya hanya akan menambah penderitaan
menumbuhkan harapan hanya akan membumbui kebahagiaan para syaitan


Cintailah dengan keikhlasan
Kerana tentu kisah Fatimah dan Ali Bin Abi Talib diingini oleh hati
tetapi sanggupkah jika semua berakhir seperti sejarah cinta Salman Al Farisi..??


".. boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu.
ALLAH mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."
(Al Baqarah : 216 )


Jangan memberi harapan pada yang belum pasti,
kelak ada insan yang bakal dilukai,
Jangan menaruh harapan pada yang belum tentu dimiliki,
nanti hati yang kecewa sendiri.
Sebaliknya,
gantunglah segenap pengharapanmu kepada Yang Maha Memberi,
nescaya dirimu tak sesekali dizalimi,
kerana Dia mendengar pengharapanmu setiap kali & Dia menunaikannya dgn cara-Nya yang tersendiri


Cukup cintai dalam diam dari kejauhan dengan kesederhaan & keikhlasan
Kerana tiada yang tahu rencana Tuhan
mungkin saja rasa ini ujian yang akan melapuk atau membeku dengan perlahan


Kerana hati ini begitu mudah untuk dibolak-balikkan
serahkan rasa itu pada Yang Memberi dan Memilikinya
biarkan DIA yang mengatur semuanya hingga keindahan itu datang pada waktunya


"Barangsiapa yang menjaga kehormatan orang lain, pasti kehormatan dirinya akan terjaga."(Umar Bin Khattab ra)

If you really love her, you won’t touch her.
Not even the slightest bit.
You’ll protect her dignity and sacredness as a muslimah.
Just hold her in your heart for a few more years ..
then you can do it the halal way


“Sesiapa sahaja yang memberi kerana Allah, menolak kerana Allah, mencintai kerana Allah,membenci kerana Allah & menikah kerana Allah, maka bererti ia telah sempurna imannya.”(HR. Al-Hakim)




ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

_CENDIKIAWAN ILAHI_

Menuntut ilmu itu adalah ibadah. Jadi, kalau menuntut ilmu itu adalah ibadah, apa kaitannya dengan lahirnya seorang bijak pandai ataupun seorang cendekiawan, atau seorang yang faqih dalam bidang yang diceburi?
Apakah takrifan ibadah yang sebenar?

Adakah ibadah itu hanya sekadar solat, puasa, bayar zakat, pergi haji?

Adakah ibadah itu hanya sekadar ketika berada di masjid-masjid?

Tidak. Islam bukanlah agama kerahiban.
Hanya menjadi hamba Allah ketika berada dalam masjid. Keluar masjid, Allah sudah tidak wujud lagi dalam kamus hidupnya. Tidak. Bukan itu yang dimaksudkan dengan ibadah.

Kita tidak hanya menjadi seorang hamba Allah ketika solat sahaja.
Kita juga tidak hanya menjadi hamba Allah ketika berada dalam masjid sahaja.
Ibadah yang sebenar adalah bila kita menjadi hamba Allah 24/7 dalam semua aspek kehidupan kita.



continue langitilahi.com.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Sunday, October 16, 2011

Kenapa kita sering di nasihati??

Nasihat itu hanya kata-kata yang mungkin sepintas lalu.. 
Kata-kata yang untuk menyedarkan kita dari kelalaian & kesilapan..
Jangan pandang siapa yang memberi nasihat itu,
tapi pandanglah apa yang dinasihatkan hatta yang menasihati itu hanya seorang hamba yg hina..
Kerana mungkin esok, Allah tidak lagi menghantarkan hambaNya untuk menasihati kita..


Hidayah itu upama hembusan angin yang menyejukkan hati..
Tapi, sayangnya..hembusannya hanya seketika..
Andai kita tidak menikmati hembusan itu..
Tidak mencari jalan untuk menikmati hembusan itu berkali-kali..
Pasti kita akan rugi….
Kerana belum tentu esok hembusan angin itu tidak akan datang lagi..


Hati umpama kain putih..
Yang mencorakkannya adalah kita..
Andai kita mencintai manusia..ianya terbit dari hati..
Tapi..andai kita membenci manusia..ianya juga terbit dari hati..
Kerana hati itulah punca utama yang mewatakkan diri kita..


Adakah sama kehidupan para sahabat dgn kehidupan kita??
Dunia akhir zaman merupakan dunia yang penuh kehancuran..
Tanpa keimanan & ketaqwaan..pasti kita juga hancur..


Asal apakah yang mencorakkan siapa kita??
Di mana tahap iman kita??

Ianya bermula dr HATI..
Jalan menuju Islam itu penuh berliku..
Tapi andai HATI kita kukuh kepada Allah swt..
InsyaAllah…biarpun dihina, dicaci, diuji…
Iman kita tidak akan pernah goyah..
Kerana keyakinan pada Allah terletak pada HATI..

Janganlah memandang kita mulia daripada makhluk Allah yang lain..
Kerana belum tentu Allah memandang kita hambaNya yg MULIA..


Ingatlah..hidup itu akan berakhir dgn mati..
Itu sunatullah…
Kerana itu kita tidak perlu mencari mati..
Ianya pasti datang..tapi…

MATI YG BAGAIMANAKAH KITA INGINKAN?
dalam KEREDHAAN atau KEMUNGKARAN ALLAH SWT?

Hanya itu yang membezakan akhir hayat kehidupan sementara kita di dunia..
Kerana ianya baru permulaan untuk kehidupan kita yg kekal di sana…….


“Pandangan mata selalu menipu
Pandangan akal selalu tersalah
Pandangan nafsu selalu melulu
Pandangan hati itu yang hakiki
Kalau hati itu bersih”
-HIJJAZ-





 


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

MARI MUHASABAH DIRI

Selepas Malaikat Israfil meniup sangkakala (bentuknya seperti tanduk besar)  ya...ng memekakkan telinga, seluruh makhluk mati kecuali Izrail & beberapa malaikat yang lain. Selepas itu, Izrail pun mencabut nyawa malaikat yang tinggal dan akhirnya nyawanya sendiri.

✐ Selepas semua makhluk mati, Tuhan pun berfirman mafhumnya:

 "Kepunyaan siapakah kerajaan hari ini?" Tiada siapa yang menjawab. Lalu Dia sendiri menjawab dengan keagunganNya "Kepunyaan Allah Yang Maha Esa lagi Maha Perkasa."

Ini menunjukkan kebesaran & keagunganNya sebagai Tuhan yg Maha Kuasa lagi Maha Kekal Hidup, tidak mati.

✐ Selepas 40 tahun, Malaikat Israfil a.s. dihidupkan, seterusnya meniup sangkakala untuk kali ke-2, lantas seluruh makhluk hidup semula di atas bumi putih, berupa padang Mahsyar (umpama padang Arafah) yang rata tidak berbukit atau bulat seperti bumi.

✐ Sekelian manusia hidup melalui benih anak Adam yg disebut "Ajbuz Zanbi" yang berada di hujung tulang belakang mereka. Hiduplah manusia umpama anak pokok yang kembang membesar dari biji
benih.

✐ Semua manusia dan jin dibangkitkan dalam keadaan telanjang dan hina. Mereka tidak rasa malu kerana pada ketika itu hati mereka sangat takut dan bimbang tentang nasib & masa depan yang akan mereka hadapi kelak.

✐ Lalu datanglah api yang berterbangan dengan bunyi seperti guruh yang menghalau manusia, jin dan binatang ke tempat perhimpunan besar. Bergeraklah mereka menggunakan tunggangan (bagi yang banyak amal), berjalan kaki (bagi yang kurang amalan) dan berjalan dengan muka (bagi yang banyak dosa). Ketika itu, ibu akan lupakan anak, suami akan lupakan isteri, setiap manusia sibuk memikirkan nasib mereka.

✐ Setelah semua makhluk dikumpulkan, matahari dan bulan dihapuskan cahayanya, lalu mereka tinggal dalam kegelapan tanpa cahaya. Berlakulah huru-hara yang amat dahsyat.

✐ Tiba-tiba langit yang tebal pecah dengan bunyi yang dahsyat, lalu turunlah malaikat sambil bertasbih kepada Allah SWT. Seluruh makhluk terkejut melihat saiz malaikat yang besar dan suaranya yang menakutkan.

✐ Kemudian matahari muncul semula dengan kepanasan yang berganda. Hingga dirasakan seakan-akan matahari berada sejengkal dari atas kepala mereka. Ulama berkata jika matahari naik di bumi seperti keadaannya naik dihari Kiamat nescaya seluruh bumi terbakar, bukit-bukau hancur dan sungai menjadi kering. Lalu mereka rasai kepanasan dan bermandikan peluh sehingga peluh mereka menjadi lautan. Timbul atau tenggelam mereka bergantung pada amalan masing-masing. Keadaan mereka berlanjutan sehingga 1000 tahun.

✐ Terdapat satu telaga kepunyaan Nabi Muhammad SAW bernama Al-Kausar yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari syurga.

✐ Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
ⅰ- Pemimpin yang adil.
ⅱ- Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
ⅲ- Lelaki yang terikat hatinya dengan masjid.
ⅳ- Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
ⅴ- Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata "Aku takut pada Allah".
ⅵ- Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
ⅶ- Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

✐ Oleh kerana tersangat lama menunggu di padang mahsyar, semua manusia tidak tahu berbuat apa melainkan mereka yang beriman, kemudian mereka terdengar suara "pergilah berjumpa dengan para Nabi". Maka mereka pun pergi mencari para Nabi. Pertama sekali kumpulan manusia ini berjumpa dengan Nabi Adam tetapi usaha mereka gagal kerana Nabi Adam a.s menyatakan beliau juga ada melakukan kesalahan dengan Allah SWT. Maka kumpulan besar itu kemudiannya berjumpa Nabi Nuh a.s., Nabi Ibrahim a.s., Nabi Musa a.s., Nabi Isa a.s. (semuanya memberikan sebab seperti Nabi Adam a.s.) dan akhirnya mereka berjumpa Rasullullah SAW. Jarak masa antara satu nabi dengan yang lain adalah 1000 tahun perjalanan.

✐ Lalu berdoalah baginda Nabi Muhammad SAW ke hadrat Allah SWT. Lalu diperkenankan doa baginda.

✐ Selepas itu, terdengar bunyi pukulan gendang yang kuat hingga menakutkan hati semua makhluk kerana mereka sangka azab akan turun. Lalu terbelah langit, turunlah arasy Tuhan yang dipikul oleh 8 malaikat yang sangat besar (besarnya sejarak perjalanan 20 ribu tahun) sambil bertasbih dengan suara yang amat kuat sehingga 'Arasy itu tiba dibumi.

✐ 'Arasy ialah jisim nurani yang amat besar berbentuk kubah (bumbung bulat) yang mempunyai 4 batang tiang yang sentiasa dipikul oleh 4 malaikat yang besar dan gagah. Dalam bahasa mudah ia seumpama istana yang mempunyai seribu bilik yang menempatkan jutaan malaikat di dalamnya. Ia dilingkungi embun yang menghijab cahayanya yang sangat kuat.

✐ Kursi iaitu jisim nurani yang terletak di hadapan Arasy yang dipikul oleh 4 malaikat yang sangat besar. Saiz kursi lebih kecil dari 'Arasy umpama cincin ditengah padang . Dalam bahasa mudah ia umpama singgahsana yang terletak dihadapan istana.

✐ Seluruh makhluk pun menundukkan kepala kerana takut. Lalu dimulakan timbangan amal. Ketika itu berterbanganlah kitab amalan masing-masing turun dari bawah Arasy menuju ke leher pemiliknya tanpa silap dan tergantunglah ia sehingga mereka dipanggil untuk dihisab. Kitab amalan ini telah ditulis oleh malaikat Hafazhah / Raqib & 'Atid / Kiraman Katibin.

✐ Manusia beratur dalam saf mengikut Nabi dan pemimpin masing- masing. Orang kafir & munafik beratur bersama pemimpin mereka yang zalim. Setiap pengikut ada tanda mereka tersendiri untuk dibezakan.

✐ Umat yang pertama kali dihisab adalah umat Nabi Muhammad SAW, dan amalan yang pertama kali dihisab adalah solat. Sedangkan hukum yang pertama kali diputuskan adalah perkara pertumpahan darah.

✐ Apabila tiba giliran seseorang hendak dihisab amalannya, malaikat akan mencabut kitab mereka lalu diserahkan, lalu pemiliknya mengambil dengan tangan kanan bagi orang mukmin dan dengan tangan kiri jika orang bukan mukmin.

✐ Semua makhluk akan dihisab amalan mereka menggunakan satu Neraca Timbangan. Saiznya amat besar, mempunyai satu tiang yang mempunyai lidah dan 2 daun. Daun yang bercahaya untuk menimbang pahala dan yang gelap untuk menimbang dosa.

✐ Acara ini disaksikan oleh Nabi Muhammad SAW dan para imam 4 mazhab untuk menyaksikan pengikut masing-masing dihisab.

✐ Perkara pertama yang diminta ialah Islam. Jika dia bukan Islam, maka seluruh amalan baiknya tidak ditimbang bahkan amalan buruk tetap akan ditimbang.

✐ Ketika dihisab, mulut manusia akan dipateri, tangan akan berkata- kata, kaki akan menjadi saksi. Tiada dolak-dalih dan hujah tipuan. Semua akan di adili oleh Allah Ta'ala dengan Maha Bijaksana.

✐ Setelah amalan ditimbang, mahkamah Mahsyar dibuka kepada orang ramai untuk menuntut hak masing-masing dari makhluk yang sedang dibicara sehinggalah seluruh makhluk berpuas hati dan dibenarkannya menyeberangi titian sirat.

✐ Syafaat Nabi Muhammad SAW di akhirat :
ⅰ- Meringankan penderitaan makhluk di Padang Mahsyar dengan mempercepatkan hisab.
ⅱ- Memasukkan manusia ke dalam syurga tanpa hisab.
ⅲ- Mengeluarkan manusia yang mempunyai iman sebesar zarah dari neraka.
(Semua syafaat ini tertakluk kepada keizinan Allah SWT.)

✐ Para nabi dan rasul serta golongan khawas juga diberikan izin oleh Tuhan untuk memberi syafaat kepada para pengikut mereka. Mereka ini berjumlah 70 000. Setiap seorang dari mereka akan mensyafaatkan 70 000 orang yang lain.

✐ Setelah berjaya dihisab, manusia akan mula berjalan menuju syurga melintasi jambatan sirat. Siratul Mustaqim ialah jambatan (titian) yang terbentang dibawahnya neraka. Lebar jambatan ini adalah seperti sehelai rambut yang dibelah tujuh dan ia lebih tajam dari mata pedang. Bagi orang mukmin ia akan dilebarkan dan dimudahkan menyeberanginya.

✐ Fudhail bin Iyadh berkata perjalanan di Sirat memakan masa 15000 tahun. 5000 tahun menaik, 5000 tahun mendatar dan 5000 tahun menurun. Ada makhluk yang melintasinya seperti kilat, seperti angin, menunggang binatang korban dan berjalan kaki. Ada yang tidak dapat melepasinya disebabkan api neraka sentiasa menarik kaki mereka, lalu mereka jatuh ke dalamnya.

✐ Para malaikat berdiri di kanan dan kiri sirat mengawasi setiap makhluk yang lalu. Setiap 1000 orang yang meniti sirat, hanya seorang sahaja yang Berjaya melepasinya. 999 orang akan terjatuh ke dalam neraka.

Rujukan:
Kitab Aqidatun Najin karangan Syeikh Zainal Abidin Muhammad Al-
Fathani. Pustaka Nasional Singapura 2004.



☞ Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kepada sahabat² yang lain. Sepertimana sabda Rasulullah SAW:
                       
  ❝ Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat. ❞Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama :
①
Sedekah/amal jariahnya.
② Doa anak²nya yang soleh.
③ Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, October 15, 2011

SIAPA AKU DI DEPAN TUHANKU

Siapa Kita didepanNya
Berhenti sejenak dan renungkan siapakah kita di depanNYA.

Allahuakbar, Allahuakbar
Allahuakbar, Allahuakbar


Subuhnya
di mana aku berada
masih enak dalam kelambu rindu
sambil berpoya-poya dengan waktu
masa bagaikan menderu
langkah tiada arah tuju
fikiran terus bercelaru
terlupa aku semakin dihujung waktu
siapa aku di depan Tuhan ku?


Zohornya
aku lebih memikirkan kelaparan
kehausan dan rehatku
aku lebih mementingkan tuntutan jawatanku
aku bertolak ansur dengan waktu
aku gembira membilang keuntungan
aku terlupa betapa besar kerugian
jika aku mengadaikan sebuah ketaatan
siapa aku di depan Tuhan ku?


Asarnya
aku lupa warna masa
cepat berubah bagaikan ditolak-tolak
aku masih dengan secawan kopiku
terlupa panas tidak dihujung kepala
aku masih bercerita
tentang si Tuah yang setia dan si Jebat yang derhaka
siapa aku di depan Tuhan ku?


Maghribnya
aku melihat warna malam
tetapi aku masih berligar di sebalik tabirnya
mencari sisa-sisa keseronokan
tidak terasa ruang masa yang singkat
jalan yang bertongkat-tongkat
ruginya bertingkat-tingkat
siapa aku di depan Tuhan ku?


Isyaknya
kerana masanya yang panjang
aku membiarkan penat menghimpit dadaku
aku membiarkan kelesuan mengangguku
aku rela terlena sambil menarik selimut biru
bercumbu-cumbu dengan waktuku
siap aku di depan Tuhan ku?


Kini aku menjadi tertanya-tanya
sampai bila aku akan melambatkan sujudku
apabila azan berkumandang lagi
aku tidak akan membiarkan Masjid menjadi sepi
kerana di hujung hidup ada mati
bagaimana jenazah akan dibawa sembahyang di sini
jika ruangku dibiarkan kosong
jika wajahku menjadi asing
pada mentari dan juga bintang-bintang

siapa aku di depan tuhanku?


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz