::-PENCINTA ILMU-::

Tuesday, April 12, 2011

Ya Rabbul I'zzati

"aku bersyukur pada Mu Ya Allah, kerana Engkau beri padau ku kekuatan untuk aku menerusi kehidupan aku pada hari ini....."
Ya Allah " sabbit qulubi `ala dinik " - utuhkanlah hati ku keatas agama Mu



(`'·.¸ (`'·.¸*¤* ¸.·'´) ¸.·'´)
لا إله إلا اللـه محمد رسول اللـه
(¸.·'´ (¸.·'´*¤* `'·.¸) `'·.¸)



tiada tuhan selain Allah, Muhammad pesuruh Allah.....


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

KiSaH BeNaR

Ini adalah satu kisah yang sangat menarik. Semoga dengan cerita ini hati anda akan terbuka tentang membaca Al-Quran. Kisah ini dipetik daripada kisah yang ditulis dalam Bahasa Inggeris. 
  Mengapa Kita Membaca Al-Quran, sedangkan kita tidak memahami sep...enuhnya apa yang di baca?.
 Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran.
 Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. 
   Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’  

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi.

Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi.  

Pada ketika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah.

Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’  

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam.  

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’  

 i took this note from a friend :)


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Monday, April 11, 2011

$$$ Cinta kerana Allah $$$

Kata-kata itu yang pernah engkau ucapkan padaku... Atas nama cinta ini, aku berharap hubungan kita diredhaiNya...
Atas nama cinta ini, hubungan kita akan selalu dijagaNya...
Atas nama cinta ini, ku berharap kita kan sampai pada tujuan kita...

Tapi kenyataannya...
Semua berbeza...
Tak seiring dengan apa yang ku fikirkan...
Masalah mula timbul...
Hati berantakan...

Hidup terasa tak ada gunanya...
Ahh... adakah ini yang dinamakan cinta kerana Allah??
Apa sebenarnya maksud mencintai seorang hamba krna Allah??
Kenapa Allah tidak mengizinkanku tuk mengecap cinta lebih lama??

Cinta cmna yang diredhaiNya??
Bukankah kami adalah hamba yang selalu bersujud padaNya
Bukankah kami takkan terjerumus pada maksiat karna selalu mengingatNya
Bukankah aku mencinta dia dilandasi krna cinta kepadaNya

Tapi mengapa Allah mengizinkanku tuk mengecap cinta hanya sementara
Mengapa Allah tidak menyatukan kami hingga harapan kami terwujud
Apakah cintaku selama ini salah???...

Sahabatku....
Selama ini kamu salah menafsir mengenai cinta...
Cinta itu tetap bertentangan dengan agama...
Cinta itu tidak diredhaiNya...
Bukan itu yang namanya cinta krna Allah...bukan...bukan itu...




Tapi...
Bukankah cinta karna Allah itu....
Mengerti akan kelebihannya, memahami dan menerima kekurangannya??
Ya... itu memang cinta krna Allah....
Bukankah cinta krna Allah itu....
Aku melihatnya bukan dari fizikal tapi dari akhlak dan agamanya??
Ya... itu memang cinta krna Allah...

Lantas...apa yang salah dengan cintaku??
Cintamu tidak salah, krna cinta itu adalah fitrahNya
Namun yang salah adalah cara kalian menempatkan cinta itu

Jika kalian saling mencintai krna Allah
Kalian takkan saling mengajak dalam hubungan yang salah
Takkan saling mengajak mendekati maksiat
Takkan mengumbar kata-kata cinta

Tapi akan menyimpan cinta kalian dihati
Hanya Allah-lah yang tahu akan cintamu
Jika dia mencintaimu kerana Allah
Dia takkan mengajakmu ber'kapel'


Akan tetapi sudah berfikir ke arah pernikahan
Jika dia memang mencintaimu
Maka dia akan melamarmu
Atau dia mencintaimu dalam diam
Tidak mengganggu penjagaan hatimu



Barulah cinta kalian itu sempurna, cinta karena Allah


sekadar perkongsian..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Thursday, April 7, 2011

ADAKAH KITA BERTEMU DENGAN ORG YG SALAH???

Terkadang kita terfikir :

Adakah kita bertemu dengan orang yang salah?

Teman sekerja yang tak 'ngam'?

Kawan - kawan sekolah atau universiti yang tidak boleh nak buat geng study?

Housemate/roomate yang menyakitkan hati (sebab tak pandai membasuh pinggan/bercakap menggunakan kata-kata yang pedas, dan sebagainya) ?

Ataupun kekasih yang tiba-tiba dirasakan tak serasi?

atau mungkin juga adik beradik, keluarga yang kita tidak boleh fahami perangai mereka?

{ingat, entry ini bukan hanya untuk cinta-cinta sahaja, okey?}

Kerana hakikatnya, kita akan bertemu dengan ramainya manusia yang menjengkelkan hati kita, dan sangat sukar untuk kita bersama dengan mereka.
Pelbagai ragam dan karenah manusia yang  dapat kita temui di dunia ini.
Kerana berlainannya manusia itu adalah untuk apa .....

 يَـٰٓأَيُّہَا ٱلنَّاسُ إِنَّا خَلَقۡنَـٰكُم مِّن ذَكَرٍ۬ وَأُنثَىٰ وَجَعَلۡنَـٰكُمۡ شُعُوبً۬ا وَقَبَآٮِٕلَ لِتَعَارَفُوٓاْ‌ۚ إِنَّ أَڪۡرَمَكُمۡ عِندَ ٱللَّهِ أَتۡقَٮٰكُمۡ‌ۚ إِنَّ ٱللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ۬
"Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal." - [Al Hujurat: 13]

Untuk lita'arafu..
Untuk berkenalan. Untuk mengetahui, mengenal manusia lain.
Untuk menyedari betapa beruntungnya kita, mahupun rendahnya kita berbanding manusia lain.

Untuk kita sering berlumba-lumba menggapai taqwa tanpa membeza-bezakan manusia lain.

Namun, tentu kita akan bertemu dengan manusia yang tidak serasi dengan kita serta berlainan segalanya.
Sehingga sekecil-kecil perbezaan kita menjadi besar dan dijadikan hujah untuk menjauhkan diri, apatah lagi terkadang sehingga memutuskan silaturrahim.

Walaupun diri kita dengan dia, satu aqidah, satu kefahaman dan satu cinta pada Allah..
Dan kita bertanya, mengapa diri kita dan dia, begitu jauh sekali?
Di situlah, kita kena sentiasa berusaha untuk mencari titik persamaan...
Kita takkan pernah bertemu dengan orang yang salah.
Takkan!
Kerana Allah telah metakdirkan setiap saat dan inci dalam kehidupan kita.
Setiap takdir itu merupakan satu ketetapan Allah buat kita, merupakan sesuatu yang terbaik buat kita.
Dan setiap manusia yang kita temui itu, tentu memberikan makna sesuatu pada kita.
Walaupun banyaknya kejengkelan hati kita pada dia.

Namun, tentu sebenarnya mereka yang 'salah' itu sendiri banyak mengajar kita: 'akan kekurangan diri kita sendiri.'

Bukankah seorang musuh itu terkadang lebih jujur daripada seorang sahabat sejati, yang dipetik dari kata-kata hikmah Arab.

Setiap jodoh dan pertemuan tentunya telah ditetapkan oleh Allah,
Untuk kita belajar sesuatu darinya.

Tak pernah kita bertemu dengan orang yang salah ... semua yang kita temui adalah stesen-stesen perhentian untuk mengutip hikmah, buat bekalan di dalam perjalanan.
Percayalah, kadang-kadang di awal pertemuan akan banyak berlaku perkelahian, salah faham dan ketidak seragaman.
Namun masa akan mengambil alih, memberi peluang makna kefahaman masuk ke dalam jiwa kita yang jernih.
Kerana kita pada hakikatnya, punya hati yang satu, matlamat yang satu, dan tentu cinta yang satu, hanya kepada Allah.

Ikatan hati manakah lagi yang paling kuat selain dari Allah?
Kerana itu, di setiap perselisihan, mahupun ke tidak serasian, kembalilah semula
kepada apa yang akan dapat menyatukan kita.

Itulah dia Allah.

Kerana dihitung perbezaan-bezaan, memang akan semakin menjadikan hati kita jauh.

Namun, those does not matter, sebab Allah sahaja yang membinakan hati kita Insya-Allah.

And He Knows best.

Wallahua'lam.

Bersabar, dan teruslah berdoa.

Allah itu pasti menetapkan sesuatu yang terbaik buat kita, jika kita benar-benar yakin akan Dia..


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

***NILAI TERBESAR ADALAH NILAI IMAN***


Kita perlu lebih dari sekadar orang yang boleh cemerlang dalam akademik, dalam kemahiran-kemahiran yang diceburinya, mempunyai bakat kepimpinan dan softskill yang baik.

Jika hanya sekadar itu, maka kita memiliki 'stok' yang sama seperti yang dimiliki oleh jahiliah.

'Stok' yang membezakan kita dengan mereka adalah bila kita menterjemahkan kefahaman Islam sebenar dalam semua bidang yang kita ceburi, dalam bakat kepimpinan yang dimiliki serta dalam apa jua aspek kehidupan.

Itu yang menjadikan kita BERNILAI !
Jika tidak, tiada NILAI untuk kita banggakan kerana yang lain-lain itu semuanya telah dimiliki oleh jahiliah hari ini.

Kemajuan, telah mereka miliki.
Kecemerlangan, sudah mereka kuasai.

Stok NILAI terbesar, NILAI IMAN !


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Sunday, April 3, 2011

### EvEnT FaMiLy dAy'S JTMK ###

02 APRIL 2011
di sekitar Jabatan Teknologi Maklumat dan Dewan Harum Manis,program Hari Keluarga JTMK diadakan..
apa yang ana ingin kongsi disini berkenaan program ini larh...
pada hari ni jgk lah kelas kami akan mewakili DNS2A untuk mempertandingkan rekaan inovasi yang telah disepakati oleh suma budak2 kelas iaitu
RAKKU( rak kasut unik) & RAK KASIH SAYANG...
dari kumpulan TERBAIK WOOK!!! & 4TH FLOOR...
group ana yang mencipta Hanger scarf hanya berada di tempat ketiga apabila dipertandingkan di kelas Softskills..nak wat camner kan..kita dahulukn kumpulan lelaki la kan..
jom kita survey ciptaan yang dipertandingkan..

ni larh yang dikatakan RAK KASIH SAYANG
mesti namanya menggelikan hati kan...
sius ana cakap...
bukan ana jerk ketawa dgn nama ni..
malah lectures yg jdik pengadil pun ulang sampai dua kali time ana g daftar tuk masuk pertandingan ni..
sebenarnya ada kisah disebalik nama yang diberi..
rekaan ni dicipta oleyh kumpulan 4th floor..
sebenarnya group ni xpernah sehati sejiwa walaupun dh berapa kali diberikan tugas dlm kumpulan...
tapi,keajaiban berlaku msa masing2 memikirkan apa yerk tuk dicipta nak naikkn nama DNS2A ni...
bermula dengan ketua kumpulan ni iaitu Apeh a.k.a abdul hafiz mengutarakan idea tuk menghasilkan kotak2 terbuang tu mnjadikan sebuah rak buku..semua ahlinya setuju dengan serta merta..
sumanya terkejut coz tetiba jerk sehaluan sehati sejiwa...
maka dengan kerjasama yang dihulurkan,terhasil larh ciptaan mereka itu yang mengalahkan kumpulan kami iaitu Nur Humaira' secara tetiba..huhu sedih..tp wat apa yerk nk sedih...ni adalah jalan terbaik tuk naikkan nama kelas DNS2A kan kan kan...heheh



ni antara yang dipertandingkan pada hari tu..
hasil ciptaan daripada kelas DIP2B..
iaitu LAMP LIGHT..


ni pulak hasil ciptaan dari kelas DIP1..
iaitu PERANGKAP NYAMUK..
ana terlalu kagum dengan hasil ciptaan diorang ni...
taw ak...
masa present ciptaan masing2 uh..
ana g la menyampuk sekali dengan pengadil ke booth diorang...
ternganga mulut ana bila ketua diorang present ciptaan diorang tu menggunakan formula kimia..
nasib baik ana pun pernah belajar kimia..
soya + gula merah = ubat nyamuk asli
dengan bahan2 itu terhasillah karbon dioksida...
 bau hasil campuran ini dapat menarik perhatian nyamuk..
apabila nyamuk menjunamkan diri kedalam bekas yang disediakan maka tererangkaplah nyamuk dengan aroma yang sesak dengan CO2...
rekaan ni sesuai ketika camping..ia dpt mngurangkan kesan yg kurang baik pda kita
malah dpt mengurangkan ongkos pdakita berbanding membeli ubat nyamuk..coz ia dapt bertahan selama 2 minggu..cumakita kena bersabar cikit larh coz makin lama makin ada bau busuk terhasil..
hebatkan...
ciptaan ni jatuh di tempat kedua..mengalahkan rak-rak kami di tempat ketiga..


ni pulak hasil ciptaan daripada DIP2A iaitu ROMATIC BALL LAMP...
memang romantik..malah unik sesangat..
bayangkan larh,dalam lampu bulat tu diorang kemaskan cooler laptop dan batu sedikit hiasan
lampu tu diisikanair suku penuh..dan celupkan sirap nipis kedalam air tu..
diorang ada meletakkan mentol lampu picit yang disambung pada wayar yg disediakan yang dapat mengalirkan arus eleektrik..
melalui explain Bai a.k.a Hassan
dalam lampu tu kita jgk boleyh letakkn beberapa ekor ikan hiasan seperti ikan kapi,ikan mas or ikan yang anda suka..
memang cantik..bila ana membayangkan lampu tu ketika suasana sunyi..waahhhh menariknya...
tapi malang tidak berbau..ciptaan merekan kalah dengan ciptaan kelas kami...
coz ciptaan mereka menggunakan ongkos..lari darik tema dan syarat..inovasi yang dihsilkan tidak boleyh mengeluarkan ongkos coz ia harus dicipta mnggunakan bahan kitar semula..


ni booth DIP1 dengan ciptaan mereka tadi..


alahai..jurukamera mna la amik pic dri sudut cmni...hermm...pape pun mmg terbaik larh!


nilarh booth kami...
kelas kami sepakat tuk menghantar wakil tuk present bahan ciptaan kelas kami ni..
ana salah seorang mangsa yg kena present...
selain tu ada la ag...
yang baju itam duk berdiri dengan ana kt belakang tu ketua kelas ana iaitu shafiq sharif..
yang duduk rest2 berdua tu Nur Izana dan Faizol or Pejoi..


fuhh!!! time ni sebenarnya ana menggelabah bewak...
coz puan fazilawati perangkap ana dengan soalan yang sememangnya pedas...huhu nak terkeluar air mata ni haa...saya terang mcm ni dia tanya soalan macam tu...bila saya citer mcm tu dia tnya soalan lain pulak...nsib baik la ada jgk kawan nk backup ana sikit2..huhu


booth yang dh difikirkan lengkap rupa2nya ada ag xlengkap...
poster xdak!!!
hurm hampehhh...ternganga mulut kami ni haa bila ditanya mana poster...
ingatkan yang dh disiapkan tu poster tp rupa2nya hanya gambar  yang menunjukkan nama rekaan inovasi...hurmmm hilang sikit markah..


ni time pagi tu...
kami disediakan beberapa aktiviti menarik pgi tu...
eg. senam erobik,tiup tepung cari gula2..music chair dan macam2 ag larh...
mmg rasa terhibur melihat kegembiraan kawan2 dan lectures2...walaupun ana xdapat bersama dalam permainan bersama kumpulan coz sibuk menghias booth kami..tapi ana sempat main permainan individu iaitu permainan favorite,music chair..sampaikan ana hampir pengsan coz pusing banyak kali..tapi ana rasa puas hati coz ana juara...yeeee...alhamdulillah...
tq kawan2 yg menyelamatkan ana daripada terus pengsan...
heehee luv u all...


bahagianya saat ni...kami beramai2 amik pic bersama..hehe...kami ni adalah puteri2 darik kumpulan BIRU...tengok tuhh...kat muka masing2 tercalit warna biru..macam komanden pun da...tp sayang..mohana xdapat bersama kami disaat ni..


suka larh yerk bila lensa kamera menghala pada kita...hehehe...
aduhai PUTERI2 BIRU


group kedua dari kanan adalah wakil daripada kumpulan biru yang diwakili PUTERA2 BIRU...


diorang adalah budak kelas DNS2A yang sudi menghulurkan kerjasama dalam penambah baikkan booth kami...thank a lot my prenzzz...


wahh ...terbaik larh korang...



ni time annual dinner...dari kiri: Azizudin,Abe Long,Laily,Izzah,Ayu,dan ana-Surita...
melaram sakan nampak...


cun habis larh jejaka DNS2A ni...tapi sayang la..coz suma xdak time ni...huhu


dari kiri: ana-Surita,Izzah,Izana dan Laily...
kami memang hantu lensa...hehehe..tp xselalu larh..hehehe...


alhamdulillah...selesai sudah majlis akad nikah aq..hehehe...tima kasih larh yerk tok kadi coz sudi sahkan akad nikah saya...hahaha...gimik jerk...heheh...

yaaahhhh!!! terbaik larh DNS2A...dengan tema tradisionnal..mcm ragam gaya dipamerkan...hahaha...
aik...cik zuraihah pun join...eh eh...gaya muda tu...
^_^


apa yg terjadi pada jejaka di barisan depan tuhhh??? hurmmm...comei..hehehe


yang berpakaian baju batik tu adalah Ketua Jabatan baru JTMK...nama beliau En Bakri bin Baharom..
bila dia kena naik pentas bg speech mesti dia mintak pilih button A or button B..
A untuk bahasa melayu..
B untuk bahasa inggeris..
bila kami jawab nak button A beliau bg speech in english...
so,mula la kami menguap dan merapu sorang2 coz bahasa yang beliau guna mmg bahasa tinggi..besa larh dia kan TPSA...huhu


khusyuk sungguh dan bersemangat bersungguh larh kamu ni...xsangka rajin eh kamu suma...
hurmm...selama ni ana tersalah sangka la yerk...soriiii!!!


hah...gadis melayu terakhir..ni kira tahap tinggi larh yerk kita melaram...
aik...awat tetiba jerk Pejol disitu...
ohh...nak wat pilihan tuk calon isteri upanya...
hehehe



^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^^


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

DIMANAKAH PENGAKHIRAN KITA???


susahnya menjaga hati,
apabila dipuji,
hidung kembang meninggi,

apabila dihina,
mengaku "akulah yg paling baik
kerana aku yg paling tahu ttg agama".
Siapa kau mengaku hebat dlm beragama.
berbangga dgn ilmu yg ada sedang itu hanya setitis cuma..

sdg kau dan aku adalah makhluk biasa.
yg ditiinggikn darjatnya dgn akal dan dihinakan dgn nafsu..

dimana pengakhiran kita..?


Syurga atau neraka..???
peringatan utk diri dan para daie.


 


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

d(@^@)b

Mengapa ada lagi insan yg merasa bangga..?
Bangga dgn penghidupan dunia yg sementara..
Walau pun engkau tahu..
Ia akan hilang & pergi meninggalkanmu..


Bayangkanlah jika saat & waktu terhenti..
Terhenti tanpa kita sedari..
Masihkah ada lagi kesempatan utk kita kembali..?
Tidakkah terdetik d hati..?
Berpeluangkah utk kita menginsafi diri..?


Dunia tetap dunia..
Yang penuh dgn hiasan & permainan..
Semua yg ada d dalamnya..
Akan musnah tanpa tersisa sedikitpun..


Tidakkah engkau tahu akan 1 kepastian..?
Yg kita sendiri tidak pasti akan kedatangannya..
Mengapa kita tidak bersedia menghadapinya..?
Agar kita tidak termasuk insan2 yg dlm kerugian..

Bila saat itu tiba..

Tiada yg akan menemani kita..
Melainkan amalan..yg menjadi bekalan menuju jalanNYA..
Menjadi pembela kita d sana..

Setiap detik saat & waktu..
Janganlah engkau berhenti sujud kpd Tuhanmu..

Kerana kita hambaNYA..
Yang hanya bergantung kpdNYA..
Tiada yg lain dariNYA..
Hanya Allah..Tuhan kita..


Datangnya kita dariNYA..
Kembalinya kita kepadaNYA..
Itulah kita hambaNYA..
Tiada yg lebih mengetahui dariNYA..




~ DUNIA HANYA SEMENTARA..YANG KEKAL HANYA D SANA ~


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, April 2, 2011

}}}}}}} S A H A B A T {{{{{{{

Saat aku terjatuh engkau senantiasa berusaha membuatku bangkit
Saat aku tersenyum, engkau pun tersenyum dengan indah
Saat aku bersedih, engkau senantiasa menghiburku
Dan saat aku melakukan kesalahan, engkau senantiasa menegurku…
Tidak mengenal waktu, tempat, kapan dan dimana,
Engkau selalu siap siaga membantuku
Engkau selalu membantuku disaat aku kesulitan
Engkau selalu ada saat aku membutuhkanmu..

Persahabatan sejati layaknya kesehatan, nilainya baru kita sadari
setelah kita kehilangannya. jagalah apapun yang telah menjadi milikmu dengan baik karna suatu hari ketika dia pergi dari hidupmu kau tak akan menyesalinya.

Sahabat seperti matahari di waktu siang...
seperti bulan dan bintang di wkt malam....
dan seperti pelangi di waktu hujan....

Seorang sahabat adalah yang dapat mendengarkan lagu didalam hatimu dan akan menyanyikan kembali tatkala kau lupa akan bait-baitnya.
Bertemanlah dengan orang yang suka membela kebenaran. Dialah hiasan dikala kita senang dan perisai diwaktu kita susah

Namun kita tidak akan pernah memiliki seorang teman, jika kita
mengharapkan seseorang tanpa kesalahan. Karena semua manusia itu baik kalau kita bisa melihat kebaikannya dan menyenangkan kalau kita bisa melihat keunikannya tapi semua manusia itu akan buruk dan membosankan kalau kita tidak bisa melihat keduanya.

Seorang Sahabat adalah.....
dorongan ketika engkau hampir berhenti....
petunjuk jalan ketika engkau tersesat....
membiaskan senyuman sabar ketika engkau berduka.....
memapahmu saat engkau hampir tergelincir dan....
mengalungkan butir-butir mutiara doa pada dadamu...

Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar.
Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan.
Sahabat sejati menjadi pendorong impian.
Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.insyaAllah

Sahabat sejati adalah....
seseorang yang manakala kita tegak, ia tegak di samping kita dan...
manakala kita lemah serta nyaris terjatuh, maka ia akan mengingatkan dan menopang kita.



InsyaAllah anda semua adalah sahabat2 yang kucintai Lillahi Ta'ala


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Friday, April 1, 2011

}{}{ KEMBALI }{}{

Bila hati berasa kejauhan,
Kita tercari-cari jalan penyelesaian,
Berdoa bersujud dan berharap,
Meminta kepadanya agar cinta dikembaliakn.

Namun segalanya seperti disia-siakan,
Jiwa yang kosong tetap kekosongan,
Hati yang merindu terus keresahan,
Menanti jawapan pada persoalanyang tidak berkesudahan,
Berakhir dengan kebuntuan,


Mencari pihak untuk dipersalahkan,
Lalu kekuasaanNYA dipersoalkan,
JanjiNYA dipertikaikan,
Mengapa seperti doa tidak diterima?
Sujud tidak bermakna,
Harapan tidak kedengaran,
Adakah Allah telah melupakan kita?

Sedarlah,
Sebenarnya yang memiliki keEsaan,
Yang melengkapi kesempurnaan,
Hanyalah ALLAH bukanlah kita,
Insan yang lemah dan leka,

Apa gunanya berdoa kepadaNYA tanpa menyedari apa yang dipinta?
Apa ertinya bersujud ketika hati megah bangga dengan dunia?
Apa gunanya berharap sedangkan diri sombong dengan kuasaNYA?

Kembalikanlah dirimu walau selangkah kepadaNYA,
Nescaya DIA akan mengembalikan diriNYA sebatu ke dalam dirimu,
Itulah caranya mencari Cinta sempurna,
Bagi hamba yang rindukan Cinta ALLAH.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz