::-PENCINTA ILMU-::

Monday, October 15, 2012

Ucapan Saidina Ali

Manusia itu tidur, jika ia mati baru ia bangun. Seseorang tidak akan binasa bila ia mengetahui
keampunanNya.
 
Nilai seseorang itu diterima oleh perbuatan baik. Orang yang manis lisannya akan banyak mendapat teman. Peribadi seseorang itu tersembunyi dibawah lisannya.
 
Dengan perbuatan yang baik orang merdeka dapat diperbudakkan. Janganlah memandang kepada siapa yang berbicara tetapi perhatikanlah apa yang dibicarakan.
 
Tidak ada kemenangan bersama kedurhakaan. 
Tidak ada pujian bersama kesombongan. 
Tidak ada kesihatan bersama kerakusan.
Tidak ada kemuliaan bersama adat yang bejat.
Tidak ada keharmonian bersama kedengkian.
Tidak ada kebenaran dengan meninggalkan perbincangan.
Tidak ada keperwiraan dengan meninggalkan perbincangan.
Tidak ada keperwiraan bagi pendusta.
Tidak ada kemuliaan yang melebihi ketakwaan.
Tidak ada pemberi syafaat yang melebihi taubat.
Tidak ada penyakit yang lebih menyulitkan daripada kebodohan.
 
Manusia itu musuh dari apa yang ia tidak ketahui.
Allah menyayangi seseorang yang mengenal keampunan dan tidaklah kekuasaannya menjadikannya
melampaui batas.
Mengulangi meminta maaf itu mengingatkan kesalahan.
Musuh terbesar itu ialah yang paling tersembunyi tipu dayanya.
 
Hikmah adalah milik orang beriman yang hilang. 
Yang jijik itu menghimpun segala aib yang buruk.
Nasihat di tengah khalayak ramai itu adalah satu celaan. 
Ukhwah itu indah


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Friday, October 5, 2012

Cinta High Class

‎"Beruntung Haura'. Abi kata, siapa nak risik Haura' bila Haura' besar nanti, Abi akan pastikan Abi pernah tamrin dan musafir sekali dengan si dia. Tak sangka, Abi dah ada 'standard' dia. 'Terer' Abi, kan Haura'?!"

Jika memilih tidak bercinta sebelum berkahwin seperti kehendak syarak, jangan sampai berkahwin dengan seseorang yang kita tidak jelas tentang agama dan akhlaknya. Jangan mudah terpesona dengan apa yang terpapar di mata. Perlu merisik dengan bijaksana dan penuh kreativiti.

Macam-macam cara merisik.

Ada orang yang menghantar 'spy'.

Ada yang bertanya kepada keluarga dan jiran tetangga si dia.

Ada yang menilai melalui facebook dan blog si dia dalam diam,

Ada bermacam-macam lagi bentuk risikan. Kreatif!

Merisik dengan cara berkawan-kawan dulu dengan si dia?Itu bukan merisik, tapi berpelesit. Ianya syubhat, kata Yusuf al-Qaradhawi. Tiada contoh begini yang ditunjukkan oleh golongan salafussoleh.

Lebih menarik, ada yang merisik melalui orang tengah yang amanah dan dihormati agama dan akhlaknya. Beruntunglah bagi mereka yang mengikuti mana-mana institusi usrah atau halaqah kerana mereka lebih mudah menemui orang tengah yang amanah.


Ikuti teladan betapa berhati-hatinya Saidina Umar untuk mengenali peribadi seseorang. Saidina Umar semasa cuba menyingkapi keperibadian seseorang, beliau sudah meletakkan piawaian tertentu. Beliau tidak mudah tertipu melihat postur dan penampilan seseorang. Beliau meletakkan kayu ukur tertentu bagi menilai agama dan akhlak seseorang itu. Ketika datang seorang lelaki yang memberikan kesaksian untuk seseorang, Umar bertanya kepadanya:

Umar: Adakah kamu mengenal orang ini?

Sahabat: Ya.

Umar: Adakah kamu berjiran dengannya dan mengetahui saat dia keluar masuk?

Sahabat: Tidak.

Umar: Adakah kamu pernah menemaninya dalam satu perjalanan (musafir) dan mengenal kemuliaan akhlaknya?

Sahabat: Tidak.

Umar: Adakah kamu pernah berinteraksi dengannya yang melibatkan dinar dan dirham (duit), sehingga kamu mengenal sifat hati-hatinya?

Sahabat: Tidak.

Umar: Mungkin kamu pernah melihatnya berdiri dan duduk solat di masjid, mengangkat kepalanya pada suatu ketika dan menundukkannya pada saat yang lain?

Sahabat: Ya.

Umar: Pergilah. Sungguh kamu tidak mengenalnya.

#segalanya tersurat dan tersirat dalam novel Cinta High Class ♥


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz