::-PENCINTA ILMU-::

Thursday, September 20, 2012

Allah Maha Pemurah

tengok tajuk  mind set korang mesti  'REZEKI'.
right?
ok,good!!!

sebagai umat Islam kita perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.

Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?”
Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.
Mahfum Firman Allah (Saba’:24)

Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.
Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)

Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.
Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):

Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semua­nya dikembalikan kepada Allah SWT.

Adapun yang dirujuk dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan mem­buka rezeki seseorang.

Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.
Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.

Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang diper­cayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.

Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan per­buatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan kea­daan sedemikian berlaku.

via Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

jadi,tak perlulah kita susah nak menabur janji palsu bagai. malah tak kurang jugak dengan 'menabur pasir ke periuk nasi orang'.

apa yang kita nak,sumber rezeki kita halal. mungkin rezeki kita halal TAPI adakah rezeki tu diberkati ALLAH?

beringatlah sebelum membuat sesuatu.





ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Sunday, September 16, 2012

Nilam Jatuh Cinta?

N.i.l.a.m j.a.t.u.h c.i.n.t.a?

Eh,betul ke?
dengan sape?
orang mana?
mesti hensem kan?
konform alim kan?

ya! betul!
nilam jatuh cinta...
dengan seorang mujahid!
entah? yang pasti dia ada di bumi Allah,tak pun menanti nilam di syurga.
nilam tak kisah dia hensem ke tak. yang pasti! dia beriman. orang yang beriman ni Allah kurniakan mukanya bersih dan dicurahi nur..
memang alim. sebab,nilam nak dia bimbing dan membawa nilam menuju Jannah. kalau tak alim,apa yang dia nak ajarkan pada nilam nanti? kalau nak mengajar,kena ada ilmu. orang berilmu kan dipanggil alim? 

ngeee..
nilam masih menanti seorang mujahid!
sambil nilam berusaha menjadi seorang mujahadah!

sejak dua menjak ni,nilam asyik mimpikan tentang rumah tangga.
nilam berkahwin,hidup bersama..macam-macam la..
kenapa ek?
korang tahu tak?

bila asyik mimpi macam tu,rasa nak menjadi seorang 'isteri'/ 'ibu' tu membuak-buak.
tapi,apakan daya. semua itu takdir Allah. 
jadi,nilam kena la bersabar.
sebab Allah dan jadikan sesuatu itu berpasang-pasangan kan..

Ya Allah,dengan rahmatMu aku memohon pertolongan dariMu. Permudahkanlah segala urusanku di dunia & akhirat. aamiin Ya Rabbal 'Alamin.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, September 15, 2012

7 Cara Bersahabat Kerana Allah

 1.Memberitahu temannya bahawa dia kasih dan suka kepadanya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Jika seseorang kasih kepada seseorang maka hendaklah dia memberitahu temannya’
(HR Abu Daud)

2.Apabila berpisah dengan seseorang maka hendaklah dia mendoakan sahabatnya tanpa pengetahuannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Setiap hamba muslim yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuannya pasti akan didoakan malaikat dengan berkata engkau juga akan mendapat seumpamanya’
(HR Muslim)

3.Sentiasa bermanis muka ketika berjumpa sahabatnya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Janganlah kamu meremehkan kebajikan sedikit pun , sekalipun   dengan berjumpa temanmu dalam keadaan wajah yang ceria’
(HR Muslim)

4.Segera bersalaman ketika bertemu dengan temannya

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Setiap dua orang Islam yang berjumpa dan bersalaman pasti akan diampunkan dosa keduanya sebelum mereka berpisah’
(HR Abu Daud)

5.Amalan ziarah-menziarahi

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Hendaklah kamu menziarahi sesekali nescaya akan menambas kasih sayang antara kamu’

6.Memberi Hadiah

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Hendaklah kamu saling memberi hadiah nescaya kamu akan berkasih sayang’
(HR Thabrani)

7.Membantu sahabat-sahabatnya dalam kesusahan

Nabi Muhammad S.A.W bersabda
‘Orang yang berjalan untuk menunaikan hajat sahabatnya lebih baik daripada orang yang beriktikaf selama 2 bulan’
(HR Hakim)




aku bersyukur sangat-sangat sebab aku ada circle of friends yang sangat sayang pada aku.
dan of coz aku pun sayang mereka jugak kerana Allah swt.
dalam persahabatan tak sepatutnya ada rasa iri hati, dengki, cemburu.
sebagai kawan kita patut rasa gembira untuk kawan kita.
dan turut merasa sedih kalau mereka sedang berduka.

jangan memulakan persahabatan jikalau dari awal dah pasang niat yang salah.
bersahabatlah dengan ikhlas.
insyaAllah kita akan merasa nikmatnya.

beberapa orang kawan telah mengeluarkan aku dari hidup mereka.
atau pun mungkin aku sendiri yang membawa diri?

mungkin ada yang berkawan hanya kerana tugas atau belajar,aku tak kesah.
Bagi aku,aku akan cuba untuk tidak membuka pekung kawan-kawanku seperti ada yang sanggup hina aku di ruang media sosial misalnya di 

fb @ skype @ twitter @ tagged @ netlog @ myspace @ perfsport @ bebo
(semua ni aku search kat internet)

aku tak kesal.kutuk je la dibelakang,kerana pembalasan di hadapan hari. dan kerana yang pergi cuma beberapa orang.
tapi Allah SWT telah menggantikan dengan yang jauh lebih baik dari mereka.
yang muncul tanpa aku duga.

hidup ini adil sebenarnya.
kita sendiri yang menidakkan keadilannya.

untuk semua kawan-kawan, terima kasih kerana sudi menjadi sebahagian dari hidup saya.
mewarnakan hidup saya dengan kerenah korang semua.
nilam sayang korang banyak-banyak!

bagi yang pernah menyakitiku,
aku pun nak minta maaf,mungkin aku betul2 tak sedar diri. Tapi,satu ja aku nak minta,tegurlah aku,nasihatilah aku..tak laku pun kalau kau jaja cerita aku kat laman sosial. 
tapi,kalau nak tambah saham pahala free tuk aku,ok jugak. 


hahaahaa..nak baca,baca je la..dok mengumpat depan laptop hang tu wat pa? 


creditc kepada semua kawan-kawan nilam,yang boleh nilam post ni sebab kesah-kesah kawan yang pernah merasainya. malah,nilam pun merasainya jugak. so,jangan perlu takut untuk hidup. takut hanya pada Allah okeyh!


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Saturday, September 1, 2012

Ganyang Akhlak Style = Gangnam Style

Kadang-kadang kita lebih gopoh nak ikut trend, dari gopoh berfikir baik buruk di sebalik trend tu.



(ops. Ganyang bukan terjemahan kepada Gangnam ya.^^)

Ramai orang ingat, memperingatkan kepada kebaikan dengan mengkondem Gangnam Style adalah satu cara yg jumud. Kononnya kena manipulasikan kefemesan Gangnam Style barulah cool.

Islam bukan menghukum. Tapi dalam Islam ada hukum-hakam. 

Ada banyak lagi benda cool lah. Not this.

Fikir-fikirlah.

Jawapan Ustaz Azhar Idrus: "Gaya hidup muda mudi Seoul yang menggalakkan bercampur lelaki dan perempuan tanpa batas dengan menari tayang aurat dan kemaluan yang jelas perilaku yang tidak diredhai Allah dan Rasulullah SAW"

1. Ramai tak puas hati didatangkan perbandingan sebegini. 

Jwpn: Kita ni nak pilih cara hidup yang mana sebenarnya? Islam the way of life kan? 

2. Ada yang kata, "ada banyak lagi vid tarian tak senonoh, why tak dihighlight yang tu?". 

Jawapan: Ada beza ke highlight yang tu dengan yang ini? 

3. "Benda tarian ni ada manfaatnya kat negara dorang. Ada unsur-unsur sinis tegur masyarakat diorang."

Jwpn: "Ok, so apa yang ianya dah berjaya 'tegur' anda dan kehidupan Islam anda?"

4. "Bandingkanlah tarian dengan tarian! Bukan banding dengan ibadah!"

Jwpn: "Salah ke banding dengan ibadah yg jauh lebih baik? Mengingatkan anda yang mgkn terlupa mana yg lebih bermanfaat wlpn anda sudah tau ibadah tu bermanfaat."

"Watpe banding ngn tarian gak."

5. Ni nak tegur ke nak mengutuk mengata, macam ni ke Islam?

Jwpn: "So, macam mana cara terbaik anda? Tunjuk ajar please. Kami berminat sangat nak tahu. Maaflah, budak baru belajar lagi."

6. "Islamic la kononnnnnn!!"

Jwpn: "Ya, cuba ajar diri sendiri suka benda2 Islamik dulu dari suka benda2 tak Islamik lgsg. Sukakan kehidupan Islamik, apa yg tak kenanya? Suka Islam pun tak kena dah ye skrg? 


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Berubah? Betul kaHHH!

Ada manusia berubah kerana harta,
Sedang harta diguna habis tidak berbaki,
Ada manusia berubah kerana pangkat yg diingini,
Lupakah ia tua akan datang mengiringi,
Ada manusia berubah kerana mahu beristeri/suami,
sedangkan isteri/suami hanya menemani kita separuh hayat yang berbaki.

Tahukah kamu siapakah yg bersama kamu setiap waktu dan hari
Yang mana bersamanya Dia dengan kita lebih dekat dari hablul waridi

Dialah yang menemani kita dari saat ditiup sifat alHayy "wanafakhtu fihi min ruhiyy"
Hingga ke negeri akhirat abadi dan hakiki
Intabih ya nur fi zulam!! Ila aina wajahta fi sairy?
ila hakikiy au wahamiyy!!
Turid hakikiy albaqiyy au faniyy!!
Intabih,intabih,intabih

Nasihat kepada diri sendiri bimunasabati maulidi bittarikh masihi.
*pertama kali dlm bulan puasa, alhamdulillah.....
tawasul dgn sifat Allah alHayy,AlWasi' ,AlKarim,Al Mu'ti,arRahman arRahim,bijah alMustafal karim, habibullah rahmatan lilalamin.....alfatihah.

creditc to my friend Abg Shahir atas perkongsian.


ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan

Masihkah Ada Taubat Bagi Dosa Yang Berulang? by- Dr MAZA

Secara umumnya taubat bermaksud kekesalan dan keinsafan terhadap dosa yang dilakukan, lalu memohon keampunan Allah dan berazam untuk tidak mengulanginya lagi. Ini berdasarkan firman Allah: maksudnya:
“Dan mereka yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat kepada Allah lalu memohon ampun dosa-dosa mereka – dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan (perbuatan buruk) yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya). Orang-orang yang demikian sifatnya, balasannya adalah keampunan dari Tuhan mereka, dan syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, mereka kekal di dalamnya; dan yang demikian itulah sebaik-baik balasan (bagi) mereka yang beramal”
(Surah Ali ‘Imran: 135-136).

Maka, asalnya taubat itu di samping keinsafan dan memohon keampunan, ia juga adalah azam untuk tidak mengulanginya.

Keikhlasan atau kesungguhan seseorang yang bertaubat itu hanya diketahui oleh Allah dan dirinya sendiri. Ketika dia bertaubat, jika ia lahir dari keikhlasan maka perasaan khusyuk, duka, insaf, mengharapkan keampunan Allah akan menyelinap masuk ke dalam setiap pelusuk jiwanya. Airmata keinsafan antara bukti kejujuran insan yang menyesal dan mengharapkan keampunan. Keinginan untuk berada dalam keampunan itu akan membawanya kepada azam untuk tidak mengulangi dosa. Jika taubat seperti itu berlaku, maka itu adalah taubat yang nasuha atau yang ikhlas. Ia diterima Allah.
Sekalipun kemungkinan selepas itu, atas kelemahan diri dan kecuaian, hamba yang bartaubat tadi tergelincir sekali lagi ke dalam dosa yang sama. Jika, dia ikhlas pada taubatnya yang awal, Allah Maha Mengetahuinya dan insyaAllah akan mengampuni dosanya yang awal, juga dosa kemudian jika dia terus bertaubat lagi.

Taubat yang sebenar bukan satu perkara yang boleh dibuat-buat. Ia bukan satu lakonan. Perasaan keinsafan yang hadir dalam jiwa seorang hamba bukannya perkara yang diada-adakan. Ia adalah cahaya iman yang lahir dari kekudusan jiwa yang mengakui kebesaran Allah dan takutkan dosa. Apabila perasaan kerohanian itu wujud, maka seorang hamba pun bertaubat dengan penuh insaf dan nekad untuk tidak mengulangi. Siapakah yang mengetahui kewujudan perasaan itu dalam sesuatu jiwa? Sudah pasti hanya Allah dan insan yang bertaubat itu sendiri. Jika keadaan yang disebutkan itu berlaku, insan itu sebenarnya telah benar-benar bertaubat.

Insan atau anak Adam itu ada kelemahannya. Kadang-kala dia terjatuh lagi dalam kesalahan setelah bertaubat dengan bersungguh-sungguh. Ini –seperti yang dijelaskan- kegelinciran kedua atau ketiga dan seterusnya tidaklah bererti dia tidak ikhlas dalam taubatnya yang sebelum itu. Namun, kelemahannya menyebabkan dia berulang kali jatuh ke dalam dosa, sekalipun telah benar-benar insaf sebelumnya. Maka, jika hal ini berlaku dia hendaklah mengulangi taubat dan jangan berputus asa. Syaitan akan membisikkan perasaan putus asa dalam jiwa, sedangkan Allah Maha Pengampun Lagi Maha Penerima taubat.

 Hal ini dijelaskan oleh Nabi s.a.w dalam hadis baginda:
“Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah azza wa jalla berfirman: HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya-. Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya-. Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau”. (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Dari hadis di atas menggambarkan, selagi seseorang hamba Allah menyesal dan insaf, sekalipun telah berulang dosa, Allah Yang Maha Pengampun tetap mengampuninya. Namun, hendaklah kita berhati-hati kerana waktu kematian tidak pasti. Orang yang bertaubat dan berjaya mengawal dirinya tentulah lebih baik dari yang gagal mengawal diri. Tidak mustahil ketika dia gagal mengawal diri itu, kematian menjemputnya pergi.

7. Apapun, pintu taubat dalam Islam ini sentiasa terbuka. Tidak kira besar mana pun dosa, berapa kali ia mengulanginya. Insan jangan berputus asa dari rahmat Allah. Firman Allah: (maksudnya):
“Katakanlah: “Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Surah az-Zumar: 53).

Putus asa dari rahmat Allah adalah bisikan syaitan yang enggan melihat hamba-hamba Allah kembali kepada Allah.

8. Antara cara untuk memboleh kita istiqamah dengan taubat kita ialah memohon pertolongan Allah agar kita tetap atas jalan hidayah. Al-Quran mengajar kita doa: (maksudnya)
“Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya”
(Surah Ali ‘Imran: 8).

Nabi s.a.w pula selalu membanyakkan doa:
“Wahai Yang Membolak-balikkan jantung hati (Allah)! Tetapkan daku atas agamuMu” 
(Riwayat al-Tirmizi, Ahmad, Ibn Abi ‘Asim- dinilai sahih).

 Juga, antara langkah mengekalkan dalam kebaikan adalah dengan mendampingi mereka yang baik dan soleh. Teman yang baik dan mahukan kebaikan akan membawa kita berterusan dalam kebaikan. Begitulah sebaliknya. Firman Allah: (maksudnya)
“dan jadikanlah dirimu sentiasa berdamping rapat dengan orang-orang yang menyeru Tuhan mereka pada waktu pagi dan petang, yang mengharapkan keredaanNya semata-mata; dan janganlah engkau memalingkan pandanganmu daripada mereka hanya kerana engkau mahukan kesenangan hidup di dunia; dan janganlah engkau mematuhi orang yang Kami ketahui jantung hatinya lalai daripada mengingati dan mematuhi pengajaran Kami, serta dia menurut hawa nafsunya, dan tingkah-lakunya pula adalah melampaui kebenaran”. (Surah al-Kahfi: 28).

Hiduplah dalam lingkungan teman-teman yang selalu berpesan-pesan kepada kebenaran dan kesabaran.

10. Maka, diingatkan jangan kita berputus asa dari rahmat Allah, dan jangan kita jadikan orang lain berputus asa dari rahmat Allah. Insan mempunyai peluang bertaubat sehingga nyawa ke halkumnya. Sabda Nabi:
“Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya” (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).



ilmu yang bermanfaat itu adalah apabila ilmu itu diamalkan


POLI Bloggerz